Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Terima kasih Pn Eyza dari Bidadari.my

Semoga kita semua berupaya berada dalam self control yang baik, bijak dan berhikmah semasa dengan anak anak kita, kerana caragaya kita hari ini, menjadi caragaya mereka kelak sebagai ibubapa. Jadi mulakan dahulu.

Sedikit sedikit, pelan pelan kayuh.

Maznah Ibrahim

https://www.bidadari.my/5-alternatif-berkata-tidak-atau-no-kepada-anak/
Sentiasalah
"Intervene' - masuk campur dalam urusan anak,
sejak awal.

Follow rapat-rapat orang kata.
Jika dibiarkan tak buat apa-apa, akan semakin menghala ke arah tak baik / negatif.

Bantu awal, isu anak,
sebab anak masih bawah umur, kematangan, dan pengalaman.

Maznah Ibrahim.
.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=806427102865209&id=477691842405405
Pabila rasa anak anak banyak kerenah / buat hal....
.

Rindu pada kemulusan anak anda yang dah semakin membesar..

Kembalikan EMOSI HEBAT yang pernah anda rasai,

untuk MULA SEMULA pandangan fitrah kasih sayang kepada mereka..

Mereka tetap anugerah terindah terbaik dari Pencipta untuk anda dan pasangan.

Dan anda tetap ibubapa terpilih, dan TERBAIK untuk pimpin tangan mereka,
bimbing mereka menjadi insan terbaik kepada dunia ini.

No doubt!

#tipsbonding
Maznah Ibrahim
Untuk Anak Usia 2-3 Yang Mencabar,

- Meminta itu dan ini (contoh nak makan itu, nak minum ini, nak mandi camni, nak gosok gigi macam ni, nak baju ini bukan itu…)
.

Penuhilah ia,
.

Sebab:

Mereka belum cukup upaya (fizikal) penuhi sendiri keperluannya
Mereka belum cukup bijak (akal) menilai cara ini betul atau salah
Mereka cuma mahu buat seperti apa mereka fikir betul dan mungkin boleh dapat (egosentrik dan peringkat kognitif praoperasi 2-7 tahun)
.

Cara nak FIKIR SABAR

🔓Fahamkan 3 point di atas (asas perkembangan kanak-kanak).

🔓 Fikirkan nanti KITA TUA pun akan banyak ‘songeh’ / kerenah macam tu.

🔓 Nanti mereka akan buat SAMA macam kita buat kepada dia bila kita tua nanti. Sebab ini adalah PENGALAMAN AWAL perhubungan kemanusiaan yang dia alami dan pelajari.

🔓 Soal diri, aku nak dilayan macam mana? Maka mulakan dengan aku layan anak aku SEKARANG seperti aku mahu dilayan oleh anak aku KELAK.

🔓 Masa emas ini TIDAK akan berulang kembali.
.

Hadiahnya nanti :

Usia sedikit matang seawal 3 tahun (ia akan berlaku sekitar 3-6 tahun), anak ini akan boleh penuhi keperluan asas anda.

Perhatikan, ketika dia main masak-masak, dia akan serve dan tanya anda nak makan / minum apa, kemudian dia serve dengan penuh HORMAT dan BANGGA. Ketika anda minta bantuan di saat amat perlu, mereka dengan GEMBIRA dan TERBUKA akan bantu buatkan atau ambilkan.

Lambat jadi macam atas ni, sebab lambat anda sabar dengan kerenahnya, maka lambat lah lagi nak tuai hasil, dan banyaklah adegan marah beremosi negatif kepada anak.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

t.me/ehsabar
www.maznahibrahim.com
www.taknakmarahanak.com
Anda risau anak jenis introvert?

Boleh baca ini.

👇👇👇👇👇

----------------------

Anak Personaliti Introvert... Macam Mana Nak Bantu

Tak semua anak selesa di khalayak ramai, ini dinamakan introvert.

Jenis introvert ni lebih selesa bekerja dengan benda dan data berbanding dengan manusia, bila besar nanti.

Personaliti Introvert ini diwarisi secara genetik, dan tidak salah sama sekali.

https://maznahibrahim.com/anak-personaliti-introvert-macam-mana-nak-bantu/
PERINGKAT ANAK USIA 3-6, MEREKA SANGAT BERUSAHA DAN BERINISIATIF

Mereka nak sesuatu, mereka usaha sendiri dapatkan (tarik kerusi dan panjat, berusaha dapatkan sendiri)

Mereka ada idea sesuatu, mereka usaha nak laksanakan sendiri (macam-macam la pula eksperimen dia, habis dipunggahnya, habis basah semua, habis tumpah semua…)
.

KESAN BILA KITA TAK FAHAM KEPERLUAN PERKEMBANGAN MEREKA:

🙄 Kita kerap marah,

🙄 Halang,

🙄 Kita buatkan.
.

Macam mana nak tangani dan support perkembangan mereka:

Sambung baca di:

https://maznahibrahim.com/anak-kita-yang-berusaha-3-6-tahun/
Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak (Part 1)

5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI:

1. Tangki perkataan baik
2. Tangki sentuhan selamat
3. Tangki masa istimewa
4. Tangki layanan yang baik
5. Tangki material bersesuaian

PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anak anda.

Jum sama-sama pelajari dan amalkan.

Saya mulakan dengan Tangki Perkataan Yang Baik.
.

Tekan bawah ni ya untuk penerangan cepat tepat dan bermanfaat, InsyaAllah.
.

https://maznahibrahim.com/macam-mana-nak-penuhi-tangki-emosi-anak-part-1/
Didoakan anda semua kuat dan positif dalam usaha membentuk kesabaran dlm diri anda setiap hari ❤️

Kerana setiap ujian anda itu,
Anda MAMPU DAN LAYAK hadapinya,

Dengan sebaiknya,

dengan kebijaksanaan dan sumber yang ada dalam diri dan sekeliling anda.


Maznah Ibrahim.
MACAM MANA NAK PENUHI TANGKI EMOSI ANAK (PART 2)

Layan anak macam VVIP.

Terkandung dalam artikel ini, adalah:

5 KUNCI LAYANAN BASIS UNTUK ANDA BUAT SETIAP KALI BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK:

Dan lain-lain tangki layanan yang baik yang boleh anda lakukan setiap hari,

Dan bagitahu anak, anda dah buat ini bila anak kata 'Mama tak sayang kita..'

Klik di bawa untuk bacaan lengkap.

https://maznahibrahim.com/macam-mana-nak-penuhi-tangki-emosi-anak-part-2/
APAKAH GAME KLASIK PERTAMA ANDA DENGAN ANAK YANG SANGAT BERMANFAAT UNTUK PERKEMBANGAN MEREKA?

Game ‘Ba Ba Chak’

Nampak macam game mudah, namun ia ada elemen mencari (‘seeking’) yang besar pengaruhnya dalam kehidupan seorang anak kelak.

Ia menggalakkan ciri semulajadi anak manusia berfikir dan mencari jawapan kepada persoalan dalam diri.

Klik untuk bacaan lanjut.

https://maznahibrahim.com/game-klasik-pertama-anda-dengan-anak-yang-sangat-bermanfaat-untuk-perkembangan-kanak-kanak/