Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
*6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir*

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

*1. Allahumma*
*2. Innaka*
*3. 'Afuwwun*
*4. Tuhibbul*
*5. 'Afwa*
*6. Fa'fu 'Anni*

Yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Dari Prof Dr Wan Maseri :
(Jemput baca dengan penuh rasa di hati)

Bicarahati selepas solat tasbih di bulan Ramadhan:

Allahumma ya Rahman ya Rahim ya Sami', kami bersyukur kpMu ya Allah kerana mengizinkan kami utk rukuk dan sujud kpMu sambil bertasbih dan menyebut2 Nama2Mu. Tiadalah nikmat yg lbh besar berbanding dgn nikmat dpt memuliakanMu ya Karim dgn beribadah dan bertasbih kpMu dibulan yg mulia ini ya Karim.

Allahumma ya Affuw ya ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, maafkan kami, ampunkan kami dan terimalah taubat kami kerana sesungguhnya kami tidak dpt memujiMu sepadan dgn nikmat kurniaanMu kp kami, apatah lg kami sering lalai dlm mengingatMu dan kdg2 tersasar dlm dosa maksiat.

Ya Quddus ya Jalil, sucikan hati kami dari segala kotoran agar kami dpt mendekatkan diri kpMu dan dpt sentiasa memujiMu.

Ya Allah ya Quddus, Kami dtg disaat ini dgn kalimah Subhanallah utk mengungkap akan kesempurnaanMu ya Quddus ya jalil ya dzaljalaaliwalikram. Sesungguhnya setiap takdirMu ya Qodir ya Muktadir itu sempurna, tiada cacat cela dan kesilapan. Kami dtg disaat ini utk menyatakan kp Mu bahawa kami redha atas segala yg Engkau telah takdirkan buat kami.

Ya Allah ya Hamid, kami dtg disaat ini kpMu utk memujiMu atas segala nikmat kuniaanMu kp kami sepanjg hidup kami sejak diciptakan sehingga saat ni. Terima kasih ya Allah ya Rahman kerana kurniakan kami kaki, tangan, mata, telinga dan seluruh anggota tubuh utk kami beribadat dan berbakti. Terima kasih ya nuur atas sinaran cahaya matahari Mu. Terima kasih ya muhyi atas udara yg bersih utk kami hirup. Kami pasti tidak akan mampu membilang nikmat2Mu kp kami.

Ya Ahad ya Wahid ya Somad, kami dtg kpMu disaat ini utk mentauhidkan Mu dgn sempurna.pasakkan kalimah laailahailallah dan 99 Nama2 Mu ke dlm hati kami, sel2 tubuh kami, neuron2 otak kami agar kami sentiasa ingat kpMu dan tidak mensyirikanMu. Kami menafikan ada daya makhluq, tetapi semuanya dayaMu. Engkaulah ya Waaliy ya Wakil ya Baari' yg mengurus, mentadbir dan mengatur segala urusan makhluqMu setiap saat.

Allahumma ya Kabir ya Mutakabbir, Engkau maha besar lg memiliki seluruh kebesaran di alam ni dan layak dibesar2kan kerana seluruh 7 lapisan langit dan bumi dlm genggamanMu. Dan kami ini hamba yg kerdil yg tidak punya apa2 pun, hanya meminjam segalanya dan menumpang di bumiMu buat sementara.

Allahumma ya Rahman ya Rahim, rahmati kami semua di dunia hingga akhirat. Ya Salam, sejahterakan kami, ya Karim, muliakan kami di dunia hingga akhirat.

Semperna Ramadhan yg mulia ini, ya Rahman ya Rahim ya hafiz ya muhaimin, bebaskanlah kami semua dari azab nerakaMu. Ya Rozzaq ya Baaqi ya karim, kurniakan kami semua syurga abadiMu yg mulia.

Ya Waduud, di sepuluh akhir Ramadhan yg teristimewa ini yg Engkau kurniakan kp hamba2 yg mencari cintaMu yg hakiki, suci, mulia dan abadi, kurniakan kami cintaMu agar kami dpt mencintaiMu, merinduiMu, memujaMu dan berkorban utkMu. Kami ingin menghabiskan sisa2 usia kami sebg kekasih dan syuhada'Mu.
Sebenarnya Ebook saya ni boleh saja di print untuk jadi buku khas istimewa anda...

Kredit untuk puan Mar Jie dari Terengganu dan ibu ibu lain yang print juga 👍👍👍

*Ramai pm tanya ada buku hardcopy tak. Saya menjawab maaf belum ada buat masa ni puan, namun puan blh saja print untuk jadi bahan buku hardcopy puan.

*dan tiada paksaan dalam memiliki Ebook ini, ada kami refund duitnya bila tersalah faham ingatkan buku fizikal 😅. saya ok sahaja no harm untuk refund duit anda 😊

*dan kami ada email susulan untuk anda semua bagi support berterusan. ramai kata ia bermanfaat dan berterima kasih (love letters). Alhamdulillah. Juga tak kurang yang meluah dan bertanya soalan peribadi. InsyaAllah saya cuba menjawab customised ikut pertanyaan anda (mcm konsultasi one to one thru email).

*di support group telegram, ada bertanya umum/ spesifik, dan saya cuba menjawab setakat mana saya tahu dan boleh. mudahan semua kita ibu ibu bapa dibantu Allah dalam melaksana amanah Nya dengan sebaiknya ..

*anda semua ibu hebat, kepada anak anak hebat anda.

Maznah Ibrahim
* yang belum dapatkan, boleh ke

https://taknakmarahanak.com

dan dapatkan diskaun 40% selagi promo masih ada.😊😍
Konsep 3 S dalam LUA (LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION)

Saya Modify untuk Parenting Harian Kita

3S nya ialah:
1⃣ Sangka Baik
2⃣ Syukur
3⃣ Sabar

Ia dari buku LUA, oleh Tn Zuhairi Nopiah (Terbitan PTS, boleh beli online ya)

Sabar datang last

Ia boleh jadi KPI kita, untuk usaha ikut 3 steps ini, setiap kali berhadapan kerenah anak-anak.

STEPS

1) BERSANGKA BAIK.

Sentiasa mindset bermula dengan niat hati dan minda yang baik dan positif,

2) kemudian SYUKUR, apapun syukur, walau benda baik mahupun yang kurang baik.

Jika benda kurang baik, PERCAYA, yang Allah beri ganjaran mahupun ujian ini sebab nak ajar kita dan naikkan tingkat darjat kita aspek apa sahaja, emosi sabar, Ilmu dan, Skill.

3) SABAR dan let go. Menahan Marah dan Jadi Sabar adalah besar perjuangannya.

Sentiasa ingat yang syaitan iblis amat dekat membisikkan amarah kepada para ibu bapa mithali semua kerana mahu anak-anak soleh solehah kita turun jatidiri dan estim diri pabila kita marah mereka dan tidak menyokong perkembangan mereka dengan baik.

Let Go pula penting untuk tidak membenarkan atau membiarkan diri terusan dalam hati dan minda negatif (apply ilmu urus emosi cepat tepat efektif EHSABAR)
.

Contoh Aplikasi 3 S ini dalam satu situasi common.

Anak-anak berdua ini bergaduh. Berebut dan tidak beralah.

1) Sangka baik = Ini proses / peringkat sangat manis, indah dan comel.

Tiada adik beradik tidak bergaduh.

Dari circle kecil adik beradik ini,
di usia muda,
di rumah kita sendiri,
mereka belajar tangani konflik, beralah, sabar, negotiate dan berdamai.
Mereka akan faham kelak bila besar nanti.

Sangka baik yang si adik 2 tahun ini peringkat autonomi (mahu buat sendiri cara sendiri),

egosentrik (dia sahaja betul) dan

emotional brain usia 1.5-3.0 (cepat ekspres emosi dan sedang belajar urus emosi dirinya).

Sangka baik si abang 5 tahun ini terkejut dengan sifat tega tegas dan beremosi si adik, dan bertahan / berperang seolah si adik sama usia dia 5 tahun, sama seperti kawan dia di sekolah 😀.

Kat sini nak beri penjelasan berulang kepada si abang bahawa ini peringkat normal dan model lah sebaiknya kerana nanti adik akan matang dan rasional serta menjadi pendamping /peneman pejuang bersama nanti. Mujahid dan mujahidah.

(Jika tak sangka baik, ada sahaja judgement silap, ganggu LUA ibubapa, tarikan aura negatif mendatangi maka sukar untuk ibubapa jadi positif semasa tangani kerenah anak-anak).

Adik ni degil.
Abang ni keras kepala.
Kenapalah adik abang ni tak boleh berkongsi sama sama.
.

2. Syukur = redha.

Alhamdulillah anak-anak saya normal dan ini peringkat mesti dilalui semua ibubapa.

Syukur anak anak ada emosi dan ada adik beradik untuk mereka berlatih sosialisasi di peringkat terawal di rumah saya.

3. Sabar = senyum tiga. 🤗😊

Lalui dan hadap sahaja dengan senyuman penuh sabar dan menyokong mereka.
Usah dimarah anak belum matang ini namun terusan hypno script baik baik dan positif. InsyaAllah. Allah bersama orang yang sabar.

Refleksi 3S,
Maznah Ibrahim.
Nak Raya Ni, Sepanjang Masa Dengan 'Anak Anak' Yang Ramai, Suasana Bukan Rutin, Akan Ada Banyak Kerenah Sebab Mereka Excited.....
.

"ALTERNATIF KEPADA SAYING NO"

Usaha untuk guna alternatif yang lebih positif dan baik.

1. Berbanding berkata tidak/jangan, beritahu apa yang boleh atau yang kita mahu.

Cth
Jangan panjat, katakan "Turun, sayang, sofa untuk diduduk. (Nanti petang kita gi panjat kat playground)".

Jangan sepak, katakan "Kaki untuk jalan atau lari bukan sakitkan badan orang lain".
.
.

2. Berbanding berhenti merengek, katakan "Tolong cakap betul-betul apa yang abang mahu, Mama akan lebih faham kalau abang cakap elok-elok"
.
.

3. Berbanding Mama takkan belikan X (apa yang anak nak sangat), katakan "Mama tak dapat belikan barang X, tapi apa kata mama beli yang Y ni atau kita buat Z sendiri 😍".
.
.

4. Berbanding Jangan sedih/marah-marah, tetapi katakan "Jika mama jadi abang, mama pun akan rasa sangat marah, tapi mama akan beritahu orang tu tak boleh rampas, minta elok-elok, .... bukan pukul dia".
.
.

5. Berbanding "Papa tak boleh main dengan adik sekarang", katakan "Boleh, kita main itu selepas Papa siapkan sikit lagi kerja ini, sementara tu adik jalan dulu / buat xxxxx dulu, ok. Adik ingatkan Papa kalau Papa terlupa. TQ Sayang!".
.
.
.

Beri ruang,
alternatif solusi,
bukan tutup terus.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
PERATURAN MARAH / ANGER RULES
------------------------------------------------------

Saya suka poster ini,

ia sangat tepat.

Ya, memang marah tidak salah, kerana ia hanyalah satu perasaan spontan dirasai bila trigger/ push the anger button in oneself.

Cuma untuk anak-anak,

penting untuk diingatkan kepada mereka,

'Marah adalah okay,

cuma pastikan adik tidak :

1) cederakan diri
2) cederakan orang lain
3) rosakkan barang lain di sekitar

Exactly peraturan yang sama di dalam PlayTherapy Room kami,

"Adik boleh buat apa saja adik mahu dalam bilik ini,
asalkan adik tidak cederakan diri, cederakan kakak, atau rosakkan barang di dalam bilik ini.
Sesi masa istimewa kita 40 minit,
dan kakak akan beritahu bila masa nak habis.
Dan pasir, hendaklah di dalam kotak pasir sahaja".

Clear rules,
kanak-kanak akan rasa sangat selamat sebab tahu apa boleh apa tak boleh.

Untuk anak semasa dia sedang show the tantrum,
berada di situ, TIME IN,

katakan kepada mereka,

"Mak akan ada di sini untuk teman adik,
pastikan adik selamat.
Adik dah habis marah, boleh datang dekat Mak, okay?"

Jika Mak nak TIME OFF diri,
katakan,

"Mak juga sangat marah macam adik.
Mak akan pergi ke sana (cth bilik/dapur) untuk tenangkan diri mak sebab Mak taknak cederakan adik.
Adik boleh teruskan keluarkan marah adik,
Bila adik dah selesai, adik datang dekat Mak".

- Anak tahu apa dia boleh buat,
- Anak tahu mak dia berada di mana
- Anak tahu mak dia pergi sebab nak make sure i) dia selamat sebenarnya dan ii) mak juga nak bertenang.

Mesej Utama saya:

1) Marah adalah okay, tidak salah sama sekali
2) Cara ekspres marah sahaja ada OK dan ada Tak OK, pilih yang OK
3) Cara marah selamat di anggota badan, alternative ways, ada banyak, beza ikut individu, boleh kita pelajari dalam EHSABAR, untuk anggota spesifik individu.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

*sumber gambar: Pinterest
Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Selamat kembali ke fitrah,

dan ingat, anak-anak fitrah lahiriahnya adalah baik dan suci,
Kitalah yang mencorakkan dan membentuknya dari kacamata Tuhan yang sempurna.

dan Maaf kan saya sekiranya ada salah silap kata dalam penulisan, reply mesej dan sebagainya.

Saya doakan Aidilfitri kali ini memberikan suatu makna yang baik dan positif untuk anda dan keluarga.

Bagi yang bukan Islam,

Selamat bercuti panjang bersama keluarga tersayang,
dan semoga semua perancangan aktiviti berjalan dengan baik :)

Salam 1 Syawal 1439 H
Maznah Ibrahim

https://maznahibrahim.com/fitrah-anak-adalah-baik/
MUSIM PERAYAAN, EMOSI MULA TAK TERKAWAL...
.

Cek keperluan asasi kita (Maslow Hierarchy), 2 paling bawah tu:
.

1⃣. FISIOLOGI

Makan - banyak makan kuih raya sangat ? Anak lapar nasi, mak ayah pun, nak nak kurang sayur dan buah, lagi tak seimbang, otak kacau, buat hal, emosi meledak.

- Caranya : Cari nasi dan lauk seimbang, legakan tekak, perut, otak.
.

. Tidur - tidur adalah istirehat. Penat fizikal melampau, ibubapa pun mula marah-marah, kan bila anak buat kerenah. Anak pula dah tak rutin nap tidur siang, tidur merata di dalam kereta, di riba, di lantai rumah orang, otak kacau, mula buat hal (perangai).

- Caranya : orang dewasa, jaga solat, solat tu sebelum perform kena ambil wudhu', insyaAllah jaga solat, energy kekal tahap baik. Bila bawa anak sekali, mereka juga akan dapat tempias aura baik ibubapa, dan juga basahkan badan (mandi bertukar baju) untuk fresh up.
.

. Cuaca - panas berlebihan, orang ramai keliling, mandi sejukkan badan amat penting, bawa set baju tukar dan pampers.

- Caranya : Mandi bersih diri di masjid sangat ok, masjid besar dan sejukk walau tengahari panas. Air mineral jangan lupa stok untuk minum kerap ya.
.

2⃣. SAFETY

Tengah ramai, di rumah orang, jarang ketemu, anak rasa tak biasa, tak secure. Senang buat hal bila di ruang tak biasa.

Bawa mainan/barang kegemaran anak, untuk tambah rasa selamat tu.

Ajar anak ingat yang Allah jaga, baca Al Fatihah sekurangnya sebelum ke mana-mana.

Ingat rule sentuhan selamat, say No Run n Tell. Asertif beritahu tidak/jangan kepada perilaku tak suka, tapi elak pukul dengan fizikal kepada orang lain.
.

3⃣. TANGKI EMOSI

i. perkataan (cakap elok2, ucapkan penghargaan kepada mereka: thanks)

ii. layanan/perbuatan (pandang mata, dengari keperluan mereka, senyum pada mereka)

iii. sentuhan (peluk usap)

iv. masa istimewa (masa one to one, dan all in one contoh di bawah)

v. hadiah (benda material kecil habuan untuk mereka)
.
.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
3 Tips Mudah & Pantas Penuhi Tangki Emosi Anak Musim Cuti
.

cuba lakukan 3 steps ini dengan sepenuh hati😉
.

1) Pandang tepat mata nya, sama level
.

2) sentuh bahu nya dengan sebelah tangan (sentuhan fizikal - boleh juga usap belakang/kepala sebentar)
.

3) beri perhatian penuh tanpa berbelah bagi. dengar, angguk, respond.
.
.

30 SAAT (atau tak sampai pun, sebab anak dah habis bercerita, terkesima mak layan best macam raja/puteri),
.

TANPA celah atau bertanya atau menegur.
.

Full beri perhatian dengan dorongan minima suara (hmm, ooh, aaa, ahaa, oohh) jika tak tahan nak keluarkan suara juga 😂.
.

Tengok hasil.
.

Tangki emosi positif meningkat.
.

Anak gembira lain macam.
.

Anak mudah dengar kata, ikut kata, bekerjasama.
.

Mengapa?
.

Kerana anak rasa didengari, dihargai dan disayangi. Saya penting.
.

Yelah di celah-celah event orang dewasa banyak sangat, kan?
.

Rupanya suara hati kecil saya ini juga penting 😊😉😚.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Fasa STATUS perkembangan anak usia 7 tahun pertama ialah RAJA', manakala RUANG LINGKUP nya adalah BERMAIN.

Ia berdasarkan riwayat Rasulullah s.a.w dalam membahagi tahap kehidupan seseorang, "Dalam tujuh tahun pertama, anak adalah RAJA; tujuh tahun kedua, menjadi PEMBANTU (yang harus taat dalam menjalankan perintah); sedangkan tujuh tahun ketiga, menjadi WAZIR (menteri) yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugasnya.

Fasa ruang lingkup yang dijelaskan Rasulullah s.a.w adalah sebagai, "Biarkanlah anak-anak kalian bermain dalam tujuh tahun pertama, kemudian didik dan bimbinglah mereka dalam tujuh tahun kedua, sedangkan tujuh tahun berikutnya jadikan mereka bersama kalian dalam musyawarah dan menjalankan tugas".

Untuk anda yang punyai anak berusia bawah 7 tahun, bagaimana kita menjaganya? Jika seorang RAJA, pastinya kita harus hormati dan melayani segala keperluannya, kan? Tidak mungkin kita akan boleh membentak, memerintah atau memukul RAJA ini, malahan RAJA ini ada hak, atau ruang lingkup sebebasnya sehingga boleh memecat atau menghukum kita!!!...(baca lanjut)

https://maznahibrahim.com/anak-anda-adalah-raja-kecil/
Jika kerap komplen tentang suami, renungkan ini
=====================================

Ya kita sukar ubah suami, kerana dia sudah besar gajah. Sudah buluh orang kata. 😂

Klien saya yang mengeluh suami kurang proaktif, dan isteri rasa buntu sampai tahap tidak tahu buat apa dah,

Saya hanya berkata selain buat sahaja apa yang puan boleh buat, doa, fokus diri dan capaian puan boleh, iaitu anak dan urusan lain,

Latihlah anak lelaki puan sebagaimana puan mahu ia dewasa nya kelak.

Mahu seorang suami yang rajin tolong ke dapur, Latihlah anak lelaki buat kerja rumah.

(Alhamdulillah bab ini memang saya latih betul untuk anak lelaki sulong saya,

fitrah mereka kan suka buat apa kita buat,

jangan risau anak lelaki suka main masak-masak, kecil-kecil ni nak beri pengalaman saja, besar sedikit otomatik dia kurang buat bila sibuk aktiviti luar lain.

Kebetulan juga saya amat bertuah suami sangat banyak membantu dalam bab kerja rumah, maka anak ada model lelaki buat kerja rumah sebab ayah suami juga rajin buat kerja rumah kerana kematian isteri).

Mahu seorang suami pandai meluahkan emosi dengan kata-kata (agar tak salah faham dan jelas dengan apa dia rasa dan fikir),

latihlah anak lelaki menjadi seorang yang pandai meluah dengan perkataan bukan perbuatan sahaja. 😀
.

***Tetiba teringat semalam Fateh beritahu setelah berkurung beberapa minit menutup pintu sebab tak diberi tonton Tobot (kerana dia belum mandi, dia offer membayar dengan baca surah sahaja, saya tidak setuju) :

Keluar dari bilik, katanya "Tadi Fateh sangat marah. Marah kat Mummy. Sekarang Fateh tak marah dah".

Haha saya sudah jangka. Tak mengapa.

Saya suka dengar mulut comelnya meluahkan rasa hatinya. Saya jelas. Maka saya mudah untuk didik dia. Dia jenis perlu diberi masa untuk rasa dan tunjuk protes marah dia pada kami.

Tempoh masa protes tu singkat aja (5-10min) tapi rasa macam lama... Tempoh tu kena sabar sangat-sangat. Asal dia selamat.

(Mudah aja saya terbabas nak marah denda dia tapi itu bukan solusi terbaik, dia 4 tahun sedangkan saya 30-an : beza puluh tahun tu, tak wajar nak berlawan).

Saya hanya katakan, dan perteguhkan peraturan rumah (stick to the rule):

"hanya mandi, solat dan baca surah boleh dapat keistimewaan tonton cerita kegemaran". Macam biasa adik KN boleh dimandikan awal, maka ceritanya dia boleh tengok.

Saya tahu Fateh sudah reda. Sambil saya berkata tu dia dah angkat tangan untuk dibukakan bajunya.

"Allow and recognise their feeling.
That's all they need".

Benarkan, dan raikan, apa anak rasa. Kerana perasaan itu real.

Tak salah untuk rasa marah. Hanya cara luahkan sahaja, samada selamat atau tidak.

Tidak selamat, beri contoh yang lain yang lebih baik.

Contoh anak marah dengan kaki (tendang tendang kita), minta dia habiskan 10 pusingan jogging dalam rumah.

Marah dengan tangan, minta dia tumbuk habis-habisan sekelompok bantal dan bear besar, atau tilam tebal.

Komunikasi adalah key utama dalam perhubungan manusia yang sukses.

Luah emosi dengan perkataan, baru jelas sebenarnya 😉

Jika tidak, ramai pasangan tak boleh 'baca' apa sebenarnya dia ni nak. 🙄 Mak macam kita ni bolehla sebab anak sendiri, kan. Tu pun kena pandai observe dan analisis tingkahlaku si anak dan situasi pattern yang sama... emosi yang sama.
.

Mak yang masih sentiasa belajar,

Maznah Ibrahim.
.
Sentiasa sedar diri, anak tetap anak.

Kita ibubapa ada peranan dan tanggungjawab lebih besar,
.
iaitu tidak berperangai macam 'anak-anak'. Sedar dan refleksi diri selalu,
.
kita payung memayungi si anak dari cuaca tak menentu, .
hakikatnya tangan mereka amat kecil untuk memayungi kita pula, kan?
.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim