Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Keibubapaan kini tidak seperti dahulu.
Sekarang rata-rata kedua ibu bapa bekerja,
Lama masanya anak perlu ditinggalkan di sekolah, rumah transit, dan pengasuh.

Ledakan emosi anak-anak kini juga tidak sama macam dulu,
Penuh dengan idealisme dan mahukan lebih dari apa yang ada atau diberi,
Pengaruh rakan sebaya, sosial, dan bermacam lagi.

Kita percaya kepada balik pada asas kasih sayang yang sejati,
Kerana kuasa kasih sayang amat besar.
Besarnya ia mengatasi segalanya.
Hatta pengaruh dan ledakan teknologi kini sekalipun.

Balik pada kuasa kesabaran,
Percaya ada imbuhan kelak dengan doa dan usaha,
Ilmu keibubapaan nak diaplikasi perlukan kesabaran yang tinggi,
Untuk suit kan dengan anak-anak kini yang bijak beraksi.

Kini, di Utara,
Kami bawakan Ibu Rose (Prof Dr Rozieta Shaary),
Pakar parenting pertama di Malaysia,
Untuk berkongsi dan memberi sedikit ilmu dan kemahiran keibubapaan,
Kepada para ibubapa Utara: Penang, Kedah dan Perlis.

Julung kali,
Mesti mau pergi,
Sekali saja, esok entah bila lagi,
Habaq mai kawan-kawan sekali,
Dari merintih, pening seorang diri,
Dapatkan ilmu keibubapaan ini buat diri.

Kerana anda adalah ejen perubah,
Perubah masa depan Negara,
Yang ada pada anak-anak kita,
Mereka pewaris generasi kita,
Kita bina legasI, mulakan langkah pertama.

Jum.

12 Mei 2018,
8 pagi hingga 1.00 tenghari,
Kangar, PERLIS.

Daftar segera untuk pelaburan berbaloi,
Awai, jimat banyak tuu…
Sebelum 15 April 2018.

Kot balik mengundi di utara,
stay sekali lajak sampai Sabtu,
Half day saja,
Pastu boleh pi kenduri.

Daftar sini: bit.ly/IBUROSEPERLIS
Maklumat lanjut sini: bit.ly/IBUROSEPERLIS
Soalan :

kalau bdk 2 thn yg ada habit ske cam pukul org.. itu perkara biasa ke?

- so klu itu biasa.. camna ye nk handle sbb org lain akn jd tkt kat dia lak nantu.. huhuhu
- klu bnda tu x biasa.. camna lak nk handle spy kita blh buang habit tu dr dia??

Jawapan:

Normal 👇👇👇


Self Control – Tangan Anak Kecil Perlu Salur dengan Betul Energinya – Maznah Ibrahim
https://maznahibrahim.com/self-control-tangan-anak-kecil-perlu-salur-dengan-betul-energinya/
Pabila ibubapa mulai risau anak kata tak suka belajar x /y / z,
Kita fahami dulu Fitrah Anak Belajar itu bagaimana,
Agar lorong yang kita nak sediakan seterusnya untuk anak adalah yang terang, lurus, dan sukses di hujungnya.

Jemput baca di sini:

https://maznahibrahim.com/buku-orang-tuanya-manusia-olahan-siri-1-fitrah-anak-belajar/
Emosi Selalu Tak Terkawal Bila Waktu Rushing:
Anak nak ke sekolah atau anak nak kena siapkan kerja sekolah waktu malam.
----------------------------

Wassalam puan, saya faham tu sebab saya pun alami sama, waktu rushing saya pagi dan petang sebelum maghrib dan sebelum anak tidur.

Ada tiga (3) cara saya amalkan (walau kadang terbabas at least ada hari hari yang saya berjaya penuh bila saya amalkan ini):

https://maznahibrahim.com/3-cara-boleh-cuba-jika-emosi-anda-selalu-terbabas-bila-nak-cepat-pagi-atau-malam-sebelum-tidur/
Adakah anak anda suka request untuk beli mainan (toys) kerap kerap ?

Tuliskan komen dan feedback anda sebagai ibu bapa / jawapan dari si anak di sini.

👇👇👇👇

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213690395106528&id=1004411173
ANAK ANAK ADALAH PERHIASAN KEHIDUPAN DUNIA

Buka buka AlQuran, dapat ayat ini terus.

Al Kahf, 18: 46

Peringatan untuk diri.

Benar,

1) Harta dan Anak anak adalah perhiasan kehidupan dunia,

- Bagaimana konsep dan fungsi perhiasan?
Display, seronok, cantik, diagung2kan, dicerita-ceritakan, ditunjuk-tunjukkan,

Allahu...

Tetapi,

2) Amalan-amalan yang kekal lagi soleh

- Bagaimana anak anak ini kita bentukkan karektor mereka, jadikan amalan parenting kita, secara kekal dan konsisten,

- contoh amalan ajari anak bersabar, tepati masa, hargai masa, hormati sesama manusia, bercakap perkataan baik, hargai ilmu, etc -- niat mahu membentuk mereka menjadi hamba Allah yang bertakwa, anak soleh solehah kita,

- amalan-amalan inilah yang kita kongsikan, display kan dengan niat untuk bersama berusaha menjadi ibubapa lebih baik setiap hari, (harapan jadi saham pahala berpanjangan)

3) Adalah lebih baik pahalanya di sisi Allah

- lebih baik pahala (perhiasan kehidupan dunia tu dah memang pahala jika digunakan dimanfaat sebaiknya, namun lebih baik digunakan beserta amalan yg konsisten kekal lagi soleh)

4) Serta lebih baik untuk menjadi harapan

- lebih baik untuk kita harapkan, contoh pagi tadi suami kata KN comelnya lah hai, marah marah pun comel sangat, jangan besar lah dik, kekal umur camni. Saya kata nanti adik dah besar, kahwin, mesti ayah sedih. Suami kata mesti kena interview cukup-cukup 😅😁😂.

- Yang lebih baik untuk kami harapkan dan memang jadi harapan kami (namun kadang terlupa, kan?), ialah anak ini menjadi sebaik-baik wanita yang kuat, berpegang pada Din, berilmu Al Quran dan As Sunnah dilaksanakan kedua asasnya, dan menjadi tulang belakang menyumbang kepada dunia Islam bersama/melalui pasangan suami dan anak-anaknya,

- yang mana untuk harapan ini, kami perlu menjadi ibubapa model mithali yang baik untuk anak-anak kami.

- dan amalan yg baik yang ramai sahabat2 kita kongsikan ini didoakan (jadi harapan) masuk dalam tabung saham akhirat kita : ilmu bermanfaat..
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
Kenali Karektor Protector (Pelindung) Fitrah
Yang Ada dalam Diri Anak Lelaki Anda,

Sejak usia bila bermula,

Raikan dan macam mana nak kekalkan ia agar jadi ciri pemimpin lelaki yang berwibawa, bukan duduk belakang biarkan wanita memimpin.

Nanti kita live ya. Nantikan.😉

*Sharekan dengan saya pengalaman dan observation anda tentang perkara ini,

di sini👇👇👇


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=907680616073190&id=477691842405405
Kenali Karektor Protector (Pelindung) Fitrah
Yang Ada dalam Diri Anak Lelaki Anda,

-------

Kerapkali anak lelaki lebih mencabar kita,

Seawal usia 1+,
Makin terserlah pada peak usia 5,
Lagi tergugat bila usia remaja.

Fahami kenapa, dan bagaimana nak respon,

Raikan dari awal,
.

agar kelak ciri baik ini kekal,
terbentuklah karektor pemimpin lelaki yang berwibawa,
duduk di depan, untuk memimpin.
.

Nanti kupasan live bersama saya
Maznah Ibrahim
(Khusus untuk anda punyai anak lelaki usia 0-6 tahun)
.

*Sharekan dengan saya pengalaman dan observation anda tentang perkara ini

*Sharekan dengan rakan anda yang berminat perkara ini

*Bila ada kefahaman lebih mendalam, persepsi anda akan berubah, layanan anda lebih responsif dan positif.
.

Jumaat - 4 Mei 2018 - 1030 malam
FB Page: www.facebook.com/maznahibrahimofficial
Jumpa lagi dan lagi anak anak yang terbeban dengan memikirkan masalah ibubapa, hingga menanggung satu lagi isu, pscyhiatric problem di usia muda. Ia bukan kecil, tetapi besar sekali. Sama sama kita peringat diri kita.

Terima kasih pn Eyza Faizah memanjangkan penulisan saya ini.


https://www.bidadari.my/anak-terbeban/
Jangan lupa tonton kupasan saya mengenai karektor 'protector) / pelindung pada anak anak lelaki ? kita.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=908989599275625&id=477691842405405


Next Live FB saya akan berkenaan persediaan anak nak masuk remaja, erti cinta dan bagaimana hadapi persoalan anak berkenaan seksualiti, percintaan, dll.
Anak Dimarah Kerana Kesilapan Kecil

Contoh, sambil makan, lap mulut di bahu,
Duduk saja-saja, tiba-tiba gigit baju di lehernya,
Tengah main, tetiba cubit/terkasar dengan ibu/ayah/adik,
Tengok TV, dekat dekat depan TV,

Caranya, cuma peringatkan saja.

Fitrah anak yang kecil yang spontan tidak dapat kawal perlakuan,
Adalah Lupa.

Cukupkah 5000-6000 + kali kita peringatkan mereka untuk tingkahlaku yang betul?

Jika belum, usah berharap diri layak untuk marah marah beremosi kepada si anak.
Marah berlampauan sampai pukul, ugut, kecam tingkahlaku dia.

Gunakan KeyWord sahaja, anak akan faham.

[Dengan andaian, sudah bincang berduaan One to One dengan anak 'KENAPA' / 'SEBAB APA tak boleh buat sedemikian].

i.e kenapa tak boleh tengok TV dekat? Sebab nak jaga mata, nak guna mata sampai tua, nak mata sihat.

i.e kenapa tak boleh pukul walau gurau / teruja? Sebab kita mahu buat sentuhan selamat sahaja. Beza sentuhan selamat kita rasa sayang, selamat, suka, gembira. Manakala sentuhan tak selamat kita rasa tak selesa, sakit, marah, geram, nak balas balik.

Contoh reminder keyword (half arahan, not too long statement):

Fateh, jauh sikit (tonton tv dekat)
Fateh, tak perlu gigit baju.
Fateh, main elok-elok.

https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringatkan-anak-benda-yang-baik/
SALAM RAMADHAN 1439 H UNTUK SEMUA

Di awal pagi sahur ini,

Saya mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua kenalan dan pembaca dari maznahibrahim channel, email, dan fb saya.

Saya juga memohon maaf atas segala kekhilafan sekiranya ada,

Saya mendoakan agar kalian sentiasa dalam keadaan baik,
sejahtera,
penuh manfaat dan menerima rahmat keberkatan dari Allah swt.
.

Semoga Ramadhan kali ini akan memberi lebih lebih lagi kebaikan dan makna dari tahun tahun lalu untuk anda sekeluarga.
.

Sedikit pesanan dari refleksi saya untuk ingatan bersama :
.

1) Pastikan setiap ibadah dan aim yang anda telah niatkan / letakkan untuk ramadhan kali ini, diMAKNAI dengan penuh hati, dan direfleksi SETIAP HARI agar tidak tersasar dari tujuan asal anda yang murni,

contoh:

membaca Al Quran setiap hari 4 mukasurat,

anak dapat memahami dan mengikuti makna puasa makan dan minum walau hanya separuh hari,

tidak membeli di bazar ramadhan tetapi memasak makanan rumah sahaja, dll.

Ini kerana tidak direfleksi setiap hari buatkan kita mudah tersasar dari track niat asal.
.

2) KURANG kan masa ber GAJET, limitkan dan niatkan hanya untuk kebaikan dan silaturrahim sahaja, jadikan ia satu bentuk puasa dan ibadah dalam diri anda.

Contoh: hanya maksimum 30 minit sehari membaca fb, insta dan media sosial, niat untuk inspirasi murni sahaja.

Ini kerana kita mahu manfaat MASA bagi optimumkan point no 3 di bawah 👇. Sesuatu yang baik akan boleh turn to sesuatu tak baik dengan mudah (masa, jika kamu tidak memancungnya, ia akan memancung kamu). Contoh berbual elok elok, namun bila lama sangat, boleh terdengar umpatan, leka, lagha).
.

3) Jadikan ibadah-ibadah di bulan Ramadhan ini sebagai satu LATIHAN pembentukan DISIPLIN untuk diri, anak dan keluarga secara konsisten/ istiqamah.

Contoh

berbuka waktu mahgrib sebagai satu masa makan istimewa bersama keluarga setiap hari,

perut dilatih untuk off makanan selama sekurangnya 12 jam bagi rehat usus,

solat fardhu awal waktu, solat sunat tambahan dan baca Quran dipertingkatkan untuk pembentukan karektor diri bagi aspek menjaga mata telinga hati, menjaga masa dan aktiviti bermanfaat, dll.

Ini kerana latihan selama 21 hari berturut tanpa henti dapat membentuk satu karektor kekal dalam diri manusia.
.

*Alhamdulillah Saya telah selamat melahirkan anak ketiga sebelum ramadhan, iaitu pada 12 Mei malam, berbanding 21 Mei due. Hikmah ialah saya mungkin dapat bersama berpuasa insyaAllah dengan kesihatan ibu dan anak yang optimum. 😃

*
InsyaAllah saya tetap akan menulis posting berkaitan dengan niat ia satu ibadah untuk diri saya. Jangan lupa set notification untuk tak terlepas ia.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Pabila Emosi Tak Best Melanda Untuk Ibu di Bulan Ramadhan...

Waktu bulan ramadhan inilah kita akan lebih diuji emosi, kerana apa? Kerana pertama perkataan Ramadh itu bermaksud panas. Kedua kerana kita ada niat nak didik hati dan diri jadi lebih baik, dan istiqamah baik.

Maka, banyakkanlah atau lazimkanlah diri untuk:

i) bertasbih, puji Allah, atas ujian ini, dan
ii) minta ampun kepada Allah.

Usah berlamaan menyesal. Move on.

Dua hari lepas saya diuji emosi sungguh dengan anak pertama. Nak dekat buka puasa pula tu. Allahu ...

Saya kesal, dan mohon Allah tunjuki dan pimpin saya.

Saya dapat ilham, buka Al Quran. Secara rawak di tangan saya membuka hp saya : terjemahan Quran, dua kali saya scroll. Satu untuk surah, satu untuk ayat.

Saya terpana mendapat ayat ke 3 dari surah An Nasr ini....

Sungguh bila tak boleh solat, bercuti, lagi diuji. Nak nak bila dekat berbuka puasa. Sabar dan kuatkan kesabaran, usaha lagi. Tiada yang sempurna... Allah didik kita dan bimbing kita sentiasa.

Maznah Ibrahim.

* tasbih : subhanallaha wabihamdihi 100x

=========================
*Rujukan Tasbih Memuji Allah:

Fadhillah atau keutamaan bertasbih :

Mush’ab bin Sa’d menceritakan bahwa ayahnya pernah mengatakan, Rosulullah Sab bersabda,”Apakah seseorang diantara kamu kuat setiap hari melakukan 1.000 (seribu) kebaikan?”, sahabat menjawab,”Bagaimana seseorang diantara kami dapat melakukan 1.000 (Seribu) kebaikan ?, Rosulullah Saw menjawab,”Yaitu mengucapkan tasbih 100 (seratus) kali, maka akan dituliskan untuknya 1.000 (seribu) kebaikan dan akan diampuni 1.000 (seribu) kesalahannya” (HR. Muslim, Nasa’i dan disahkan oleh Tirmidzi)

Abu Hurairah ra menungkapkan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa mengucapkan ‘Subhanalloh wa bihamdihi’ 100 kali dalam sehari semalam, maka ia akan diampuni segala dosanya, sekalipun dosanya itu sebanyak buih dilautan” (HR. Muslim dan Tirmidzi)

Abi Umamah ra menyatakan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa yang terhalang oleh malam untuk dapat bangun atau terhalang oleh harta untuk memberi infaq atau takut kepada musuh dalam perang, maka hendaknya ia memperbanyak membaca ‘Subhanalloh wa bihamdihi’, karena sesungguhnya ucapan ini lebih dicintai oleh Allah dibandingkan segunung emas yang ia infaqkan dijalan Allah” (HR. Thobroni, tetapi sanadnya lemah)

Abu Huroiroh ra mengemukakan, Rosulullah Saw bersabda, “Dua kalimat yang ringan diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan sangat dicintai oleh Tuhan Yang Maha Rahmat, yaitu ‘Subhanallo wa bihamdihi subhanalloohil azhiim’ (HR. Bukhori dan Muslim)