Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Untuk anak usia 0-3, beri ruang dan peluang,
Di saat mereka mahu mencuba, kerana fitrah mereka:

- mereka amat proaktif
- yakin diri tak putus asa
- berminat dengan kerja orang dewasa terutama usia 2-3 autonomy stage
- mereka cuma nak rasa sahaja
- beri sahaja peluang 5% buat dengan pemantauan anda 100%.

Hasil nanti anda ada anak usia 5-6 little helper yang sangat bertanggunghawab dan boleh diminta pertolongan, tak kekok,

Anda akan ada anak remaja yang tak kekok juga membantu dan selesaikan kerja rumah,

Anda ada anak yang memudahkan pasangannya untuk ringan tulang membantu kerja asas.

Maznah Ibrahim.
Keibubapaan kini tidak seperti dahulu.
Sekarang rata-rata kedua ibu bapa bekerja,
Lama masanya anak perlu ditinggalkan di sekolah, rumah transit, dan pengasuh.

Ledakan emosi anak-anak kini juga tidak sama macam dulu,
Penuh dengan idealisme dan mahukan lebih dari apa yang ada atau diberi,
Pengaruh rakan sebaya, sosial, dan bermacam lagi.

Kita percaya kepada balik pada asas kasih sayang yang sejati,
Kerana kuasa kasih sayang amat besar.
Besarnya ia mengatasi segalanya.
Hatta pengaruh dan ledakan teknologi kini sekalipun.

Balik pada kuasa kesabaran,
Percaya ada imbuhan kelak dengan doa dan usaha,
Ilmu keibubapaan nak diaplikasi perlukan kesabaran yang tinggi,
Untuk suit kan dengan anak-anak kini yang bijak beraksi.

Kini, di Utara,
Kami bawakan Ibu Rose (Prof Dr Rozieta Shaary),
Pakar parenting pertama di Malaysia,
Untuk berkongsi dan memberi sedikit ilmu dan kemahiran keibubapaan,
Kepada para ibubapa Utara: Penang, Kedah dan Perlis.

Julung kali,
Mesti mau pergi,
Sekali saja, esok entah bila lagi,
Habaq mai kawan-kawan sekali,
Dari merintih, pening seorang diri,
Dapatkan ilmu keibubapaan ini buat diri.

Kerana anda adalah ejen perubah,
Perubah masa depan Negara,
Yang ada pada anak-anak kita,
Mereka pewaris generasi kita,
Kita bina legasI, mulakan langkah pertama.

Jum.

12 Mei 2018,
8 pagi hingga 1.00 tenghari,
Kangar, PERLIS.

Daftar segera untuk pelaburan berbaloi,
Awai, jimat banyak tuu…
Sebelum 15 April 2018.

Kot balik mengundi di utara,
stay sekali lajak sampai Sabtu,
Half day saja,
Pastu boleh pi kenduri.

Daftar sini: bit.ly/IBUROSEPERLIS
Maklumat lanjut sini: bit.ly/IBUROSEPERLIS
Soalan :

kalau bdk 2 thn yg ada habit ske cam pukul org.. itu perkara biasa ke?

- so klu itu biasa.. camna ye nk handle sbb org lain akn jd tkt kat dia lak nantu.. huhuhu
- klu bnda tu x biasa.. camna lak nk handle spy kita blh buang habit tu dr dia??

Jawapan:

Normal πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Self Control – Tangan Anak Kecil Perlu Salur dengan Betul Energinya – Maznah Ibrahim
https://maznahibrahim.com/self-control-tangan-anak-kecil-perlu-salur-dengan-betul-energinya/
Pabila ibubapa mulai risau anak kata tak suka belajar x /y / z,
Kita fahami dulu Fitrah Anak Belajar itu bagaimana,
Agar lorong yang kita nak sediakan seterusnya untuk anak adalah yang terang, lurus, dan sukses di hujungnya.

Jemput baca di sini:

https://maznahibrahim.com/buku-orang-tuanya-manusia-olahan-siri-1-fitrah-anak-belajar/
Emosi Selalu Tak Terkawal Bila Waktu Rushing:
Anak nak ke sekolah atau anak nak kena siapkan kerja sekolah waktu malam.
----------------------------

Wassalam puan, saya faham tu sebab saya pun alami sama, waktu rushing saya pagi dan petang sebelum maghrib dan sebelum anak tidur.

Ada tiga (3) cara saya amalkan (walau kadang terbabas at least ada hari hari yang saya berjaya penuh bila saya amalkan ini):

https://maznahibrahim.com/3-cara-boleh-cuba-jika-emosi-anda-selalu-terbabas-bila-nak-cepat-pagi-atau-malam-sebelum-tidur/
Adakah anak anda suka request untuk beli mainan (toys) kerap kerap ?

Tuliskan komen dan feedback anda sebagai ibu bapa / jawapan dari si anak di sini.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213690395106528&id=1004411173
ANAK ANAK ADALAH PERHIASAN KEHIDUPAN DUNIA

Buka buka AlQuran, dapat ayat ini terus.

Al Kahf, 18: 46

Peringatan untuk diri.

Benar,

1) Harta dan Anak anak adalah perhiasan kehidupan dunia,

- Bagaimana konsep dan fungsi perhiasan?
Display, seronok, cantik, diagung2kan, dicerita-ceritakan, ditunjuk-tunjukkan,

Allahu...

Tetapi,

2) Amalan-amalan yang kekal lagi soleh

- Bagaimana anak anak ini kita bentukkan karektor mereka, jadikan amalan parenting kita, secara kekal dan konsisten,

- contoh amalan ajari anak bersabar, tepati masa, hargai masa, hormati sesama manusia, bercakap perkataan baik, hargai ilmu, etc -- niat mahu membentuk mereka menjadi hamba Allah yang bertakwa, anak soleh solehah kita,

- amalan-amalan inilah yang kita kongsikan, display kan dengan niat untuk bersama berusaha menjadi ibubapa lebih baik setiap hari, (harapan jadi saham pahala berpanjangan)

3) Adalah lebih baik pahalanya di sisi Allah

- lebih baik pahala (perhiasan kehidupan dunia tu dah memang pahala jika digunakan dimanfaat sebaiknya, namun lebih baik digunakan beserta amalan yg konsisten kekal lagi soleh)

4) Serta lebih baik untuk menjadi harapan

- lebih baik untuk kita harapkan, contoh pagi tadi suami kata KN comelnya lah hai, marah marah pun comel sangat, jangan besar lah dik, kekal umur camni. Saya kata nanti adik dah besar, kahwin, mesti ayah sedih. Suami kata mesti kena interview cukup-cukup πŸ˜…πŸ˜πŸ˜‚.

- Yang lebih baik untuk kami harapkan dan memang jadi harapan kami (namun kadang terlupa, kan?), ialah anak ini menjadi sebaik-baik wanita yang kuat, berpegang pada Din, berilmu Al Quran dan As Sunnah dilaksanakan kedua asasnya, dan menjadi tulang belakang menyumbang kepada dunia Islam bersama/melalui pasangan suami dan anak-anaknya,

- yang mana untuk harapan ini, kami perlu menjadi ibubapa model mithali yang baik untuk anak-anak kami.

- dan amalan yg baik yang ramai sahabat2 kita kongsikan ini didoakan (jadi harapan) masuk dalam tabung saham akhirat kita : ilmu bermanfaat..
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
Kenali Karektor Protector (Pelindung) Fitrah
Yang Ada dalam Diri Anak Lelaki Anda,

Sejak usia bila bermula,

Raikan dan macam mana nak kekalkan ia agar jadi ciri pemimpin lelaki yang berwibawa, bukan duduk belakang biarkan wanita memimpin.

Nanti kita live ya. Nantikan.πŸ˜‰

*Sharekan dengan saya pengalaman dan observation anda tentang perkara ini,

di siniπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=907680616073190&id=477691842405405
Kenali Karektor Protector (Pelindung) Fitrah
Yang Ada dalam Diri Anak Lelaki Anda,

-------

Kerapkali anak lelaki lebih mencabar kita,

Seawal usia 1+,
Makin terserlah pada peak usia 5,
Lagi tergugat bila usia remaja.

Fahami kenapa, dan bagaimana nak respon,

Raikan dari awal,
.

agar kelak ciri baik ini kekal,
terbentuklah karektor pemimpin lelaki yang berwibawa,
duduk di depan, untuk memimpin.
.

Nanti kupasan live bersama saya
Maznah Ibrahim
(Khusus untuk anda punyai anak lelaki usia 0-6 tahun)
.

*Sharekan dengan saya pengalaman dan observation anda tentang perkara ini

*Sharekan dengan rakan anda yang berminat perkara ini

*Bila ada kefahaman lebih mendalam, persepsi anda akan berubah, layanan anda lebih responsif dan positif.
.

Jumaat - 4 Mei 2018 - 1030 malam
FB Page: www.facebook.com/maznahibrahimofficial
Jumpa lagi dan lagi anak anak yang terbeban dengan memikirkan masalah ibubapa, hingga menanggung satu lagi isu, pscyhiatric problem di usia muda. Ia bukan kecil, tetapi besar sekali. Sama sama kita peringat diri kita.

Terima kasih pn Eyza Faizah memanjangkan penulisan saya ini.


https://www.bidadari.my/anak-terbeban/
Jangan lupa tonton kupasan saya mengenai karektor 'protector) / pelindung pada anak anak lelaki ? kita.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=908989599275625&id=477691842405405


Next Live FB saya akan berkenaan persediaan anak nak masuk remaja, erti cinta dan bagaimana hadapi persoalan anak berkenaan seksualiti, percintaan, dll.
Anak Dimarah Kerana Kesilapan Kecil

Contoh, sambil makan, lap mulut di bahu,
Duduk saja-saja, tiba-tiba gigit baju di lehernya,
Tengah main, tetiba cubit/terkasar dengan ibu/ayah/adik,
Tengok TV, dekat dekat depan TV,

Caranya, cuma peringatkan saja.

Fitrah anak yang kecil yang spontan tidak dapat kawal perlakuan,
Adalah Lupa.

Cukupkah 5000-6000 + kali kita peringatkan mereka untuk tingkahlaku yang betul?

Jika belum, usah berharap diri layak untuk marah marah beremosi kepada si anak.
Marah berlampauan sampai pukul, ugut, kecam tingkahlaku dia.

Gunakan KeyWord sahaja, anak akan faham.

[Dengan andaian, sudah bincang berduaan One to One dengan anak 'KENAPA' / 'SEBAB APA tak boleh buat sedemikian].

i.e kenapa tak boleh tengok TV dekat? Sebab nak jaga mata, nak guna mata sampai tua, nak mata sihat.

i.e kenapa tak boleh pukul walau gurau / teruja? Sebab kita mahu buat sentuhan selamat sahaja. Beza sentuhan selamat kita rasa sayang, selamat, suka, gembira. Manakala sentuhan tak selamat kita rasa tak selesa, sakit, marah, geram, nak balas balik.

Contoh reminder keyword (half arahan, not too long statement):

Fateh, jauh sikit (tonton tv dekat)
Fateh, tak perlu gigit baju.
Fateh, main elok-elok.

https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringatkan-anak-benda-yang-baik/