Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Sentiasa ingatkan diri untuk pandang dan fokus usaha anak,
Bukan hasil sahaja.

*Reminder untuk diri saya juga

https://maznahibrahim.com/puji-usaha-anak-bukan-hasil/
Biasanya agak susah nak diajak anak kecil mandi, kan?

Sebenarnya ia berkaitan dengan peringkat Autonomi anak berusia 1.6/2.0 - 3.0 tahun, iaitu mahu berdikari dan mandi /buat sendiri.

Ada beberapa cara boleh dicuba dari pengalaman kecil saya ini.

Silakan.

https://maznahibrahim.com/2097-2/
Fahami Aspek Psikologi Anak untuk Diajak Bersolat dari Kecil.

Ia adalah satu proses pembentukan karektor,

memerlukan banyak kesabaran dan tunjuki.

Silakan.

https://maznahibrahim.com/mengajak-anak-kecil-solat/
Pilih Yang Baik
Fikir Yang Baik
Berasa Yang Baik
dan
Berkata-kata lah Yang Baik

SAHAJA

Cuba.

Usaha.

When You Master Your Breathing,
U will Master in Control Your Emotions.

Maznah Ibrahim.
Ramai yang suka tengok video ni bila Fateh naturally kiss adik nya KN setelah selesai baca di whiteboard. (saya pun tak jangka).

Maybe Fateh rasa adik dia penyokong setia dia untuk program membaca.

Yelah beza dengan si adik, telah dan mudah membeza, jadi jauh di sudut hati dia ada rasa sesuatu, dia cuba usaha untuk atasi kesukaran membaca ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213477077533722&id=1004411173
Anak bertanya bermaksud dia sudah sedia untuk tahu.
.

Bila beritahu, tengok tahap kefahaman dan penerimaan dia, dia tak tanya dah, ok, stop.
.

Dia tanya lagi, terangkan 'advance' sedikit dari usia dia katakan usia 10 cerita macam dia 13 tahun, kemudian dia akan stop tanya sebab dia nak digest (belum faham sepenuhnya).
.

Tapi apa berlaku ialah,
.

Anak ini akan rakam dan ingat info anda beri, kerana anda menjawab semasa dia bertanya.
.

Tetapi apa jadi jika anda tidak menjawab/ mengelak kerana malu / atau jawab dengan info kurang tepat/salah?
.

Info jawapan atau reaksi pertama anda inilah yang jadi penentu dan penanda aras dia akan kembali bertanya kepada anda atau tidak.
.

Jika anda malu, marah dan mengelak, dia takkan tanya anda dah, sebab dia dah ada pengalaman ibubapa dia react macam tu,
.

So dia akan dapatkan jawapan daripada ? kawan-kawan, search di internet sendiri etc. yang mana ia berlaku bukan di depan mata kita dan kita tak boleh baiki/betulkan kefahaman dia yang masih mentah atau digest ikut kefahaman level usia kecil dia tu. Ia mungkin tak benar seperti sebenarnya.
.

Jadi,
... (teruskan baca)

https://maznahibrahim.com/anak-bertanya-berkenaan-isu-semasa-seksualiti/
Kebanyakan Anak Akan Rasa Terbeban dengan Masalah Ibubapa
.

Apa maksudnya ya?
.

Maksudnya, kanak-kanak mudah untuk fikir masalah ibubapa jika dia dah tahu ibubapa dia ada masalah tertentu, contoh konflik berpanjangan, bergaduh, bertekak, masalah kewangan dsb. Terutama bila di hadapan mereka, atau mereka terdengar.
.

Jadi, saranan saya, salah seorang ibubapa perlulah sit down one to one dengan si anak besar dan terangkan apa hasrat mereka kepada si anak,
.

iaitu usah fikir kan sangat masalah orang dewasa.
.

fokus kepada tanggungjawab anak-anak, sebagai ? pelajar, dan hamba Allah.
.

Masalah ibubapa biar ibubapa yang selesaikan, sebab itu level orang dewasa untuk selesaikan masalah mereka,
.

dan kerana anak-anak belum ada kapasiti cukup untuk solusikan isu orang dewasa.
.

Dengan fokus kepada jagaan diri anak itu sendiri, itupun sudah membantu ibubapa. Banyak bantu.
.

Sebab, jika ibubapa tahu si anak terbeban emosi sampai boleh depress dan anxiety berlebihan (murung, sedih dan bimbang lebih), ibubapa akan rasa lebih bimbang, bersalah dan lagi menambah isu yang perlu di 'tackle' dalam kehidupan ibubapa ini.
.

Untuk ibubapa, jangan difikir anak-anak tidak tahu, tidak dengar dan tidak rasa konflik dan pergaduhan anda,
.

Hakikatnya dalam tali perhubungan kekeluargaan,
Setiap ahli keluarga ada tali berhubung satu sama lain,
.

1 tali yang hubungkan ibu dan bapa tegang,
Tanpa sedar tali yang hubungkan ibu dan bapa ini dengan setiap anak, juga akan terkesan, tegang juga.
.

Anak anak stres. Stres sendiri. Dalam level mereka sendiri yang fragile dan belum matang. Ia agak dahsyat untuk dibayangkan kerana anda akan tidak sangka bagaimana bebannya mereka menanggung 'masalah orang dewasa' yang bukan masalah mereka. Kerana saya jumpa anak anak ini pada usia remaja, dan mereka ini menyimpan rasa dan berfikir-fikir masalah ibubapa sejak mereka usia sekolah rendah, beberapa tahun tu ❗️❗️❗️
.

Apa yang anak boleh buat, ialah selain:
1) fokus kepada palajaran mereka,
2) tanggungjawab sebagai hamba Tuhan - solat dan jaga diri, jaga adik beradik.
3) ialah DOA. Doakan sahaja untuk ibubapa mereka.
.

Ini cuma pesanan kecil saya sahaja,
Kot kita orang dewasa rasa anak tak tahu, anak tak apa-apa, mereka kecil lagi, dan mereka ok sahaja.
.

Hakikatnya mereka amat terkesan, terasa, terfikir-fikir 'masalah' ibubapa mereka...
.

2) selain pesan pada anak untuk di atas, pesan pada anak, "MAAF, kerana anak-anak terkesan. Mama juga tidak mahu ini berlaku. Namun adik abang kakak usah risau sangat, sebab Mama akan usaha untuk selesaikan masalaha Mama" - cakap secara jelas akan border atau batasan tindakan mereka dan tindakan kita. Ini untuk mereka tidak bersangka-sangka dan berlebihan menyimpan rasa dan fikir tentang masalah anda. Dan mereka (si anak) rasa mereka nak bantu ibubapa ini. Jadi beritahu bantu dengan cara fokus pada pelajaran mereka, dan jadi orang berjaya. Itu sudah cukup.


Refleksi,
Maznah Ibrahim
SETTING MINDA SETIAP HARI
======================

Ini setting minda saya Jumaat lepas sebelum berjumpa anak-anak, dan Alhamdulillah kekal konsisten mood sangat in control, baik, sabar, macam ibu mithali dah jadi betul la 😃.

.
Jadi, lakukan selalu, mesej sebegini, tulis dan baca, apa anda mahu jadi.
.

Boleh ubah setiap hari, pun tak apa. Ikut diri anda.
.

Dengan Menulis, 40% impian/matlamat kita sudah dalam genggaman,
.

Tak tulis? Tak tahu apa mahu, lagi lah jauh dari capai cita-cita, jadi ibubapa yang bagaimana.

.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.

.........

YOU ARE GOOD ENOUGH, MOM.

Anda sudah buat dan beri yang terbaik,
anda sudah cukup bagus hari ini,
YOU DID WELL 😊

dapat senyum,
melayan dengan mendengar cerita si anak tanpa celah,
tidak judge, tapi puji dulu,
tune in,
tak marah tapi tenang aja.

dan anak berbangga memiliki ibu seperti anda.

Alhamdulillah.

😃
Maznah Ibrahim
Untuk anak usia 0-3, beri ruang dan peluang,
Di saat mereka mahu mencuba, kerana fitrah mereka:

- mereka amat proaktif
- yakin diri tak putus asa
- berminat dengan kerja orang dewasa terutama usia 2-3 autonomy stage
- mereka cuma nak rasa sahaja
- beri sahaja peluang 5% buat dengan pemantauan anda 100%.

Hasil nanti anda ada anak usia 5-6 little helper yang sangat bertanggunghawab dan boleh diminta pertolongan, tak kekok,

Anda akan ada anak remaja yang tak kekok juga membantu dan selesaikan kerja rumah,

Anda ada anak yang memudahkan pasangannya untuk ringan tulang membantu kerja asas.

Maznah Ibrahim.
Keibubapaan kini tidak seperti dahulu.
Sekarang rata-rata kedua ibu bapa bekerja,
Lama masanya anak perlu ditinggalkan di sekolah, rumah transit, dan pengasuh.

Ledakan emosi anak-anak kini juga tidak sama macam dulu,
Penuh dengan idealisme dan mahukan lebih dari apa yang ada atau diberi,
Pengaruh rakan sebaya, sosial, dan bermacam lagi.

Kita percaya kepada balik pada asas kasih sayang yang sejati,
Kerana kuasa kasih sayang amat besar.
Besarnya ia mengatasi segalanya.
Hatta pengaruh dan ledakan teknologi kini sekalipun.

Balik pada kuasa kesabaran,
Percaya ada imbuhan kelak dengan doa dan usaha,
Ilmu keibubapaan nak diaplikasi perlukan kesabaran yang tinggi,
Untuk suit kan dengan anak-anak kini yang bijak beraksi.

Kini, di Utara,
Kami bawakan Ibu Rose (Prof Dr Rozieta Shaary),
Pakar parenting pertama di Malaysia,
Untuk berkongsi dan memberi sedikit ilmu dan kemahiran keibubapaan,
Kepada para ibubapa Utara: Penang, Kedah dan Perlis.

Julung kali,
Mesti mau pergi,
Sekali saja, esok entah bila lagi,
Habaq mai kawan-kawan sekali,
Dari merintih, pening seorang diri,
Dapatkan ilmu keibubapaan ini buat diri.

Kerana anda adalah ejen perubah,
Perubah masa depan Negara,
Yang ada pada anak-anak kita,
Mereka pewaris generasi kita,
Kita bina legasI, mulakan langkah pertama.

Jum.

12 Mei 2018,
8 pagi hingga 1.00 tenghari,
Kangar, PERLIS.

Daftar segera untuk pelaburan berbaloi,
Awai, jimat banyak tuu…
Sebelum 15 April 2018.

Kot balik mengundi di utara,
stay sekali lajak sampai Sabtu,
Half day saja,
Pastu boleh pi kenduri.

Daftar sini: bit.ly/IBUROSEPERLIS
Maklumat lanjut sini: bit.ly/IBUROSEPERLIS