Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Selamat berhari minggu dan menguruskan urusan suri rumah tangga semua ❤️
Percaya Setiap Ujian Emosi Yang Melemahkan, Adalah Gangguan Makhluk Lain, Maka Kuncinya Balik Pada Tali Allah Sekuatnya Sahaja
.

Allah vs Syaitan
.

Sebab diri kita manusia, lemah,
Tak mampu, tak daya nak lawan,
Kadang kita ikut nafsu (syaitan),
Kadang kita ikut diri (tak pasti diri tu kuat ke arah Syaitan / Allah).
.

Solat sunat taubat,
Mohon Allah sahaja bantu,
.

Solat sunat taubat,
Kesal dengan perbuatan silap,
Benci kepada perbuatan itu,
Azam tidak ulangi lagi perlakuan itu
.

Walau sekecil marah kan anak di waktu anak fragile tak berdosa itu buat kerenah,
Atau solat isya'/ subuh anda terlepas / terlajak.
.

Saya suka klien saya hari ini dari awal nampak perkaitan ujian emosi asas takut - hingga jadi panic attack dan anxiety nya adalah kerana Allah mahu panggil beliau dekat lagi dengan Allah.
.

Sesi lebih mudah dan cepat kerana dia kembali kepada penyembuhnya iaitu Allah jua.
.

Ingat, Syaitan vs Allah.
.

Kuatkan tali perhubungan anda dengan Allah sahaja.
.

Amalkan solat sunat taubat, doa, istighfar., LUA dan percaya yang baik-baik sahaja.
.
.

Maznah Ibrahim.
Sentiasa ingatkan diri untuk pandang dan fokus usaha anak,
Bukan hasil sahaja.

*Reminder untuk diri saya juga

https://maznahibrahim.com/puji-usaha-anak-bukan-hasil/
Biasanya agak susah nak diajak anak kecil mandi, kan?

Sebenarnya ia berkaitan dengan peringkat Autonomi anak berusia 1.6/2.0 - 3.0 tahun, iaitu mahu berdikari dan mandi /buat sendiri.

Ada beberapa cara boleh dicuba dari pengalaman kecil saya ini.

Silakan.

https://maznahibrahim.com/2097-2/
Fahami Aspek Psikologi Anak untuk Diajak Bersolat dari Kecil.

Ia adalah satu proses pembentukan karektor,

memerlukan banyak kesabaran dan tunjuki.

Silakan.

https://maznahibrahim.com/mengajak-anak-kecil-solat/
Pilih Yang Baik
Fikir Yang Baik
Berasa Yang Baik
dan
Berkata-kata lah Yang Baik

SAHAJA

Cuba.

Usaha.

When You Master Your Breathing,
U will Master in Control Your Emotions.

Maznah Ibrahim.
Ramai yang suka tengok video ni bila Fateh naturally kiss adik nya KN setelah selesai baca di whiteboard. (saya pun tak jangka).

Maybe Fateh rasa adik dia penyokong setia dia untuk program membaca.

Yelah beza dengan si adik, telah dan mudah membeza, jadi jauh di sudut hati dia ada rasa sesuatu, dia cuba usaha untuk atasi kesukaran membaca ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213477077533722&id=1004411173
Anak bertanya bermaksud dia sudah sedia untuk tahu.
.

Bila beritahu, tengok tahap kefahaman dan penerimaan dia, dia tak tanya dah, ok, stop.
.

Dia tanya lagi, terangkan 'advance' sedikit dari usia dia katakan usia 10 cerita macam dia 13 tahun, kemudian dia akan stop tanya sebab dia nak digest (belum faham sepenuhnya).
.

Tapi apa berlaku ialah,
.

Anak ini akan rakam dan ingat info anda beri, kerana anda menjawab semasa dia bertanya.
.

Tetapi apa jadi jika anda tidak menjawab/ mengelak kerana malu / atau jawab dengan info kurang tepat/salah?
.

Info jawapan atau reaksi pertama anda inilah yang jadi penentu dan penanda aras dia akan kembali bertanya kepada anda atau tidak.
.

Jika anda malu, marah dan mengelak, dia takkan tanya anda dah, sebab dia dah ada pengalaman ibubapa dia react macam tu,
.

So dia akan dapatkan jawapan daripada ? kawan-kawan, search di internet sendiri etc. yang mana ia berlaku bukan di depan mata kita dan kita tak boleh baiki/betulkan kefahaman dia yang masih mentah atau digest ikut kefahaman level usia kecil dia tu. Ia mungkin tak benar seperti sebenarnya.
.

Jadi,
... (teruskan baca)

https://maznahibrahim.com/anak-bertanya-berkenaan-isu-semasa-seksualiti/
Kebanyakan Anak Akan Rasa Terbeban dengan Masalah Ibubapa
.

Apa maksudnya ya?
.

Maksudnya, kanak-kanak mudah untuk fikir masalah ibubapa jika dia dah tahu ibubapa dia ada masalah tertentu, contoh konflik berpanjangan, bergaduh, bertekak, masalah kewangan dsb. Terutama bila di hadapan mereka, atau mereka terdengar.
.

Jadi, saranan saya, salah seorang ibubapa perlulah sit down one to one dengan si anak besar dan terangkan apa hasrat mereka kepada si anak,
.

iaitu usah fikir kan sangat masalah orang dewasa.
.

fokus kepada tanggungjawab anak-anak, sebagai ? pelajar, dan hamba Allah.
.

Masalah ibubapa biar ibubapa yang selesaikan, sebab itu level orang dewasa untuk selesaikan masalah mereka,
.

dan kerana anak-anak belum ada kapasiti cukup untuk solusikan isu orang dewasa.
.

Dengan fokus kepada jagaan diri anak itu sendiri, itupun sudah membantu ibubapa. Banyak bantu.
.

Sebab, jika ibubapa tahu si anak terbeban emosi sampai boleh depress dan anxiety berlebihan (murung, sedih dan bimbang lebih), ibubapa akan rasa lebih bimbang, bersalah dan lagi menambah isu yang perlu di 'tackle' dalam kehidupan ibubapa ini.
.

Untuk ibubapa, jangan difikir anak-anak tidak tahu, tidak dengar dan tidak rasa konflik dan pergaduhan anda,
.

Hakikatnya dalam tali perhubungan kekeluargaan,
Setiap ahli keluarga ada tali berhubung satu sama lain,
.

1 tali yang hubungkan ibu dan bapa tegang,
Tanpa sedar tali yang hubungkan ibu dan bapa ini dengan setiap anak, juga akan terkesan, tegang juga.
.

Anak anak stres. Stres sendiri. Dalam level mereka sendiri yang fragile dan belum matang. Ia agak dahsyat untuk dibayangkan kerana anda akan tidak sangka bagaimana bebannya mereka menanggung 'masalah orang dewasa' yang bukan masalah mereka. Kerana saya jumpa anak anak ini pada usia remaja, dan mereka ini menyimpan rasa dan berfikir-fikir masalah ibubapa sejak mereka usia sekolah rendah, beberapa tahun tu ❗️❗️❗️
.

Apa yang anak boleh buat, ialah selain:
1) fokus kepada palajaran mereka,
2) tanggungjawab sebagai hamba Tuhan - solat dan jaga diri, jaga adik beradik.
3) ialah DOA. Doakan sahaja untuk ibubapa mereka.
.

Ini cuma pesanan kecil saya sahaja,
Kot kita orang dewasa rasa anak tak tahu, anak tak apa-apa, mereka kecil lagi, dan mereka ok sahaja.
.

Hakikatnya mereka amat terkesan, terasa, terfikir-fikir 'masalah' ibubapa mereka...
.

2) selain pesan pada anak untuk di atas, pesan pada anak, "MAAF, kerana anak-anak terkesan. Mama juga tidak mahu ini berlaku. Namun adik abang kakak usah risau sangat, sebab Mama akan usaha untuk selesaikan masalaha Mama" - cakap secara jelas akan border atau batasan tindakan mereka dan tindakan kita. Ini untuk mereka tidak bersangka-sangka dan berlebihan menyimpan rasa dan fikir tentang masalah anda. Dan mereka (si anak) rasa mereka nak bantu ibubapa ini. Jadi beritahu bantu dengan cara fokus pada pelajaran mereka, dan jadi orang berjaya. Itu sudah cukup.


Refleksi,
Maznah Ibrahim
SETTING MINDA SETIAP HARI
======================

Ini setting minda saya Jumaat lepas sebelum berjumpa anak-anak, dan Alhamdulillah kekal konsisten mood sangat in control, baik, sabar, macam ibu mithali dah jadi betul la 😃.

.
Jadi, lakukan selalu, mesej sebegini, tulis dan baca, apa anda mahu jadi.
.

Boleh ubah setiap hari, pun tak apa. Ikut diri anda.
.

Dengan Menulis, 40% impian/matlamat kita sudah dalam genggaman,
.

Tak tulis? Tak tahu apa mahu, lagi lah jauh dari capai cita-cita, jadi ibubapa yang bagaimana.

.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.

.........

YOU ARE GOOD ENOUGH, MOM.

Anda sudah buat dan beri yang terbaik,
anda sudah cukup bagus hari ini,
YOU DID WELL 😊

dapat senyum,
melayan dengan mendengar cerita si anak tanpa celah,
tidak judge, tapi puji dulu,
tune in,
tak marah tapi tenang aja.

dan anak berbangga memiliki ibu seperti anda.

Alhamdulillah.

😃
Maznah Ibrahim