Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
SCAN EMOSI DI BADAN KITA

Ada orang sakit kepala sebab sedih sangat,
Ada orang sakit dada sebab sedih sangat,
Ada orang sakit kepala sebab marah sangat,
Ada orang sakit kepala sebab takut sngat.

Ada macam-macam, dan beza-beza kerana setiap kita unik dan tak sama,

Cara kita simpan emosi, cara kita luah emosi, ada tersendiri.

Ada cara sihat, ada cara selamat,
Ada cara tak sihat, ada cara tak selamat,


Sebab tu kita perlu aware sangat diri kita jenis macam mana...

Cumanya ramai orang tak tahu (tak sedar) punca dia sakit fizikal tu sebab cara emosi dia disimpan/diluah,
Dia tak tau pun pattern emosi dia menginap di badan dia selama ini macam mana.

Alangkah baiknya jika dia tahu dan dia sendiri boleh manage,
Maka takda la sampai kena makan ubat dan bergantung pada ubat, untuk treat simptom sakit (macam iceberg)

Dia cuma perlu ubah gaya hidup dia selama ini sahaja.
Reframe.
Aktifkan yang baik,
Tinggalkan yang tak baik.
Tambahkan yang baik-baik,
Kurangkan yang tak baik.
.

Maznah Ibrahim
Alhamdulillah Selesai sudah Seminar EHSABAR 2018 hari ini, 10 Mac di PPAS Shah Alam.

Walau ada pelbagai ujian,
Namun semua semangat,
dan saya yakin anda terpilih,
untuk menjejak kaki ke Seminar istimewa ini.

Ada dari Sarawak, Perlis, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, selain KL dan Selangor.

Moga semua selamat tiba dengan aura semangat baru ke sarang masing-masing.
.

Allah berkati kalian,
dan mudahkan semua urusan selepas ini,
berkaitan impian dan misi kalian semua..
insyaAllah.
.

Walau tamat lewat 6pm + namun dapat bertahan emosi, fizikal, minda untuk kekal hingga habis. Memang ibu bapa mithali betul
😃
.
❤️❤️❤️
Maznah Ibrahim.

p/s: Saya akan sms tradisional jemputan ke group Telegram Alumni EHSABAR nanti ya.
Assalamualaikum wbt.

Lama tak berkongsi penulisan dan reminder ibu/bapa emosi hebat.

Hari ni saya nak share satu post terbaru saya:

IBU CEPAT MARAH, APA SEBENARNYA PUNCA DAN CARA KENDALI DIRI DAN ANAK

Biasanya kerenah anak-anak walau berapa usianya, tetap ibu boleh handle dengan syarat ibu tenang, terkawal dan bijak kendali diri dan anak dengan beberapa teknik spesifik berkesan. Syarat atau key utama 'ibu perlulah tenang, dan terkawal emosi dalaman'. Bila ibu tak terkawal, kerenah anak yang remeh kecil pun boleh meletus. Semua salah di pandangan mata, dan semua hal pun nak marah, kan?

Kondisi di mana ibu tak dapat kawal/urus emosi ialah:

1. Bila ibu amat PENAT EMOSI.

.... Sambungan di sini:

https://maznahibrahim.com/ibu-cepat-marah-apa-sebenarnya-punca-dan-cara-kendali-diri-dan-anak/
Pembinaan Karektor Mandiri Usia Emas 0-6
=====================

Di saat anak berkeinginan sangat,
Beri kepercayaan, dan peluang.
.

Fateh nak buat sendiri air coklat panas dia,
.

Hmm, mummy pun guide dia dari jarak jauh,
terjengket dan berpanjat lah dia mengambil bahan berkenaan.
.

1. mug dia dah ambil.
2. ambil sudu kecil besi yang kering,
3. masuk 1 sudu kecil tak penuh sangat, serbuk coklat delfi
4. kemudian masuk 1 sudu kecil putih gula molasses dalam balang tu
5. 2 scoop panjang sedia ada susu tepung full cream
6. air panas half mug dia.
7. kacau. tunggu sat.
8. masuk kan air biasa. kacau, sedia untuk diminum.
.

Jerit gembira dia sebab buat air sendiri.
Selama ni request kat mak dia aja, kan.
.

Ayahnya order 1 (mereka dua air kegemaran air coklat sama)
.

Ayah order, bayar RM1 syiling, kumpul ya untuk mainan idaman dia robot makan kad semalam jumpa di Toys r us.
.

*Ingat, anak usia 0-3 nak cuba kerja orang dewasa, beri 5% ruang mencuba, usia 5-6 boleh beri buat sendiri fully. Goreng cekodok di kuali panas dahulu Fateh pernah buat sendiri fully sendiri dipantau di sebelah, masa usia 4.


Maznah Ibrahim
PABILA BUNTU, MINTALAH HANYA KEPADA ALLAH
====================
.

Semalam seseorang pm saya dan meluah ringkas.
.

Ayat permulaan ialah "Puan saya buntu...." disusuli luahan situasi dialaminya.
.

Saya diam dan lama sedikit baru menjawab.
.

Jawapan saya:

.... Bila buntu zikir Ya Fattah sahaja puan.

Ya Allah Ya Fattah,
Bukakanlah Jalan untukku, untuk menangani isu anak anakku.
Sesungguhnya daku lemah dan buntu.

Ulang 3 kali sebut dengan penuh rasa dalam hati....
.
.

InsyaAllah, bukalah jalan tu, Ilham dari Nya.
.

Sesungguhnya saya juga manusia biasa dan tidak tahu apa nak respond, kerana saya bukan di tempatnya. Ujian sangat besar untuk ibu anak-anak remaja yang amat terluka dan jadi agresif.
.

Saya nampak 'Teknik Rebonding' amat perlu dilakukan dengan:
.

1⃣. sabar dan terus perbuat usaha rebonding - jika anda parent anak-anak remaja, sedang fasa diuji, ia makan masa mungkin bertahun...

2⃣. perbuat usaha teknik rebonding jika anda anak usia emas 0-6. Ia tak lama, sekejap sahaja, demi tidak mahu ia berlarutan/ disimpan hingga jadi keras (Ingat kisah batu dan cahaya tidak boleh berada dalam bekas yang sama - Storytelling saya dalam Seminar EHSABAR untuk peserta baru ni)

3⃣. perbuat/usaha dan sabar sedikit sahaja lagi untuk anda parent anak-anak usia 7-12, ia tak seteruk jika anda fasa anak remaja, namun sedikit usaha keras perlu dilakukan sekarang sebelum ia berlarutan jadi lebih parah.
.

Mohonlah pada Nya, jalan terbaik untuk situasi anda,
Kerana pemberi ujian itu adalah Allah, pemilik kita dan pencipta kita.

Mohon Allah pimpin hati kita.

------------------------------------------------
Surah AtTaghabun. Ayat 011

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
---------------------------------------------------

i. Percaya (3 S dalam LUA), ujian yang anda rasa susah tu tetap dengan izinNya

ii. Beriman sahaja kepada Nya, percaya dan yakin kepada Nya

iii. Maka Allah akan pimpin hati anda

iv. Untuk anda rasa tenang dan keep sabar

v. Ingat, Allah Maha Tahu, selepas tu rujuk kembali kepada Nya.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
3 Tips Mudah & Pantas Penuhi Tangki Emosi Anak Musim Cuti Sekolah (Atau Bila-bila Pun)
.
.

Cuti-cuti sekolah ni, rasanya tangki masa diluang bersama keluarga bertambah, berlimpah ruah dari biasa (mungkin).
.

Pabila bawa anak berjalan, dan anak mahu berkata sesuatu dengan kita, walau si kecil 2 tahun mahupun si petah 5 tahun,
.

cuba lakukan 3 steps ini dengan sepenuh hati😉
.

1) Pandang tepat mata nya, sama level
.

2) sentuh bahu nya dengan sebelah tangan (sentuhan fizikal - boleh juga usap belakang/kepala sebentar)
.

3) beri perhatian penuh tanpa berbelah bagi.
.
.

30 SAAT (atau tak sampai pun, sebab anak dah habis bercerita, terkesima mak layan best macam raja/puteri),
.

TANPA celah atau bertanya atau menegur.
.

Full beri perhatian dengan dorongan minima suara (hmm, ooh, aaa, ahaa, oohh) jika tak tahan nak keluarkan suara juga 😂.
.

Tengok hasil.
.

Tangki emosi positif meningkat.
.

Anak gembira lain macam.
.

Anak mudah dengar kata, ikut kata, bekerjasama.
.

Mengapa?
.

Kerana anak rasa didengari, dihargai dan disayangi. Saya penting.
.

Yelah di celah-celah event orang dewasa banyak sangat, kan?
.

Rupanya suara hati kecil saya ini juga penting 😊😉😚.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Bagaimana Aplikasi Teknik Hypnoscript Untuk Anak Kecil Kita
.

Teknik ni saya latih anak sejak usia 3+ dan Alhamdulillah anak boleh apply sendiri bila-bila masa dia rasa kurang yakin diri terutama sejak dia menginjak 3 tahun (rupanya dia otak dominan Thinking, banyak berfikir menghalang dia redah ikut emosi darah O dia).

Sedangkan dia sebelum itu sangat berani dan membeli di kedai runcit sendiri sejak usia 2.8 tahun, saya tunggu di luar kereta. Saya latih di saat dia berkehendak sesangat, dan saya beri duit, dia akan pergi beli sendiri. Hingga kini dia boleh membeli sendiri dengan pantauan saya dari jarak jauh.

Ingat, kuncinya : semasa anak berkehendak sangat, match kan emosi 'strong will' dia dengan beri dia ruang dan peluang saat itu - saya panggil ianya : 'Cabaran RM1' dan dia sentiasa berjaya laluinya dengan selamat.

Ia momen emas - yang ramai terlepas pandang dan beri ruang peluang pada si anak untuk skil kehidupan proaktif lakukan apa dia perlu buat.



Maznah Ibrahim.
Outline for Tomorrow Sharing.

Intuiting selalu suka TULIS/CONTENG flow of content dia.

Untuk 69 anak staf, Bengkel 'Don't Touch',

Usia 11-18, mostly usia 13,14,15.

Menariknya total no. of participants is 69,
My Lucky Number 😂😂😂 (DOB 6 September).

Sekiranya dimudahkan diizinkan Allah, boleh tengok saya berbicara esok Live ya.
.

Maznah Ibrahim.
Kunci Bahagia
============

1) Niatkan hari minggu,
bila spend masa dengan anak, suami, keluarga luas,

bukan untuk sesiapa.

bukan untuk suami.

bukan untuk anak.

bukan untuk mertua, ipar duai.

Contoh, pergi kenduri kerana nak sedapkan hati suami/mertua/ipar,

TAK, pegi kenduri kerana Allah Al Muhaimin suka kita PELIHARA silah. Jaga Hubungan untuk utuhkan kasih sayang sesama kita.

Bersihkan rumah, memasak, untuk anak suami,
bukan sebab suami dan anak suka masakan kita.

Tapi sebab Allah Ar Rahman Ar Rahim Ar Razzak telah murahkan rezeki masa, kesihatan, kudrat badan fizikal, kognitif,

izinkan makanan jadi sedap,beri idea untuk kita masak, dan semua ahli keluarga suka.

Juga izinkan kita BERJAYA bersih rumah kerana kita berusaha perbuat. Allah suka yang cantik, indah dan bersih.
.

Key nya KERANA:

ALLAH SUKA
.

untuk siapa?

Untuk Allah.
.

Sebab semua ni, rezeki hubungan, kasih sayang melalui silah, makanan, jiwa lapang bila rumah bersih, semuanya untuk Allah.

Sebab Allah suka hambaNya tenang, lapang, bersih, dan cukup.
.

2) SYUKUR. Apa berlaku pun Alhamdulillah. Baik senang, baik sukar. Pasti ada suatu rahmat dan didikan Allah nak beri.
.

3) YAKIN YANG Allah Maha Baik

Berbaik Sangka Pada Allah sentiasa,
Kita Yang Akan Untung Dari Pelbagai Sudut.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.