Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Saya share dulu,

Perkongsian mengenai buku Self Esteem di sini;


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=723728034468450&id=477691842405405


nak sambung sebab ke3 lambat sedikit nak cari masa menulis nya

:)
Permulaan, umum dulu.

Skrip self affirmation diri pserta ibu ehsabar seminar,

begini juga.

Saya banyak apply untuk klien kanak-kanak, remaja dan dewasa yang tercedera self esteem (payung atas lagi ialah Self Concept), akan skrip sebegini,

untuk pasakkan label umum dulu,

kemudian baru lah lebih spesifik.

2) perlulah nama individu itu diletakkan di depan ayat, bukan Saya

Contoh, Saya awal

tukar ke

Maznah awal.


.
.
Saya semasa melatih klien, saya rasa lebih berderau dalam darah saya, bila sebut 'Maznah'.
.

Sebab ia berkaitan mesej itu tuju khusus untuk siapa.

Elok letak nama sendiri ya.

😉

Alumni EHSABAR yang dikasihi,

cuba buat semula skrip Self Affirmation kalian dengan mulanya ialah nama sendiri.

Bacakan. (mata)

Dengarkan. (telinga)

Rasakan. (hati)

Ada getaran, insyaAllah.
Khairunnisa yang sudah boleh membaca serba sedikit bahasa melayu,

Mahu baca buku no 3 Fateh pagi tadi.

Apa maksudnya?

Signal Allah beri.


.
Maznah, kamu perlu buat buku Self Esteem untuk Khairunnisa' spesifik pula.

Berlaku adillah kepada anak-anak sucimu.

(seolah Allah berkata kepada saya)

Mesej /skrip ayat untuk KN, biasanya,

Khairunnisa' sihat
Khairunnisa' kulit sihat
Khairunnisa' kulit cantik
Khairunnisa' kulit licin


😂😂😂 Fizikal sedikit.

Sebab dia Eczema.

Malam-malam bangun tidur sama dia tu adalah biasa.

Alhamdulillah mengurang sejak menginjak usia 2, namun baru ni berlaku 'serangan' semula.

Oh ya, jadinya KN pagi tadi baca juga buku Fateh, list keseluruhan tu, dengan nama Fateh...

Apa agaknya perasaan dia?

Jangan disangka anak kecil tiada perasaan.

Hatta bayi juga rasa.

Mesti dia rasa juga.

Saya boleh rasa.

Chayok, jum buat semua.

Nanti sharekan dengan saya, boleh Tag nama saya ya.


Maznah.
Bersambung,

Sebab ke 3 (Trigger pasal Self Esteem Project)

(Bagaimana tercetusnya idea perlu buat buku Self Esteem ini)

Sabtu dan Ahad lalu, Fateh ke kelas MA.

Semua berjalan baik, dengan Sabtunya pertama kali di rumah teacher, hanya kerana dia mahu kawan. Selama ni di center, dia seorang dan dia bosan amat, katanya.

Ahad, di center semula, ada kelas ganti dengan murid lain.

Rupanya dia paling kecil. Lain ada abang-abang.

Dia mula rasa sukar sebab tak ingat (lama juga tinggal).

Jenis dia ni, bila penat otak, dia akan flat 😂 terus terbaring di lantai.... Sebbaik saya baru masuk dan menjalankan fungsi peranan saya untuk support dia.

Ada la seorang abang ni, badan besar. Usia dalam 9.

Komen dia kepada Fateh ada dua, yang boleh menerbitkan mungkin marah pada Fateh dan morale down. (Bab ni kami dah bincang dengan teacher untuk solusi).

1. Abang ini kata : Memang tulisan dia tak cantik eh.. (aduh bedebus karang).

Kelakarnya saya yang konfius. Sebab saya rasa tulisan Fateh kira cantik berbanding budak usia nya😂😂 (ni mak kes perasan ke apa, sebenarnya tak, saya rasa banyak improvement kena buat, tapi di FB ramai pula kata cantik, maka saya yang ekstrovert ni terus berjaya tukar perspektif, tulisan anakku boleh tahan cantik juga sebenarnya - mak kadang kena peneguhan dari orang lain, kan?)

Saya tak ingat saya jawab apa ke budak ini (padah menulis lambat peristiwa ini).

Lebih kurang macam saya kata, biasa sahaja, or oh ya saya tak jawab sebab saya konfius (haa.. bayangkan bila kita dewasa pun jadi blocked minda bila orang kata negatif dan label tak elok, apatah lagi kanak-kanak).

Ya teacher (tc) Fateh jawabkan, dia kecil lagi baru 4 tahun, eh 5 tahun, kamu tu dah 9 tahun... camtula... hoho orang lain yang bantu back up ya.

2) Masa Fateh ter flat baring tu, abang sama ni tanya saya: Dia memang macma ni eh kat rumah? 😂😂😂😂 (lagu haruuuuuu)

Ha masa ni saya dah rasional dan dapat jawab dengan baik.

Saya tanya dia.

Abang ada adik tak kat rumah?

Tak, jawab dia.

Ha, kalau abang nak tahu, masa abang kecil usia macam Fateh ni, abang pun macam ni (bila frust menonggeng flat badan ke lantai, minta nak balik - tapi tak sampai tahap meronta, cuma meminta balik sahaja).

Saya sambung,

Cuba tengok adik ni (anak tc, usia 2 tahun), aunty selalu cakap kat Fateh, bila Fateh komplen pasal adik dia, yang dia pun sama macam tu (kerenah biasa budak-budak usia 2 tu) masa dia kecil macam adik.

Nampaknya abang ini diam dan seperti faham.

Balik cerita kat suami, memang suami kata bagi tepek sebiji kat budak tu😂😂😂 hahaha sabar saja. Saya pula back up budak tu, saya kata budak tu walau besar tapi dia belum matang lagi ayahnya.

Dalam whatsap mesej dengan tc Fateh, tc akui kurang setuju campur dengan budak besar sebab buatkan Fateh self esteem jatuh.

Saya pula kata, elok juga untuk cabaran, tapi yelah sebab dia ni Thinking, nak menang, perlu dibantu dia soalan mudah untuk dia boleh jawab dan feel good.. Kan?

OTW balik rumah Ahad itu dari center tc dia, saya senyap sahaja dan hanya pesan pada diri,: Maznah, jangan cakap apa-apa pasal MA, biar saja. Tidak perlu tekankan pasal hal tadi. Memang ada niat nak ajar dia di rumah, tapi tak apa tak perlu cakap apa-apa. (oh ya, di center sebelum pulang, tc dia ada ajar saya untuk kukuhkan Fateh beads 6-9 sahaja, oh macam kacang kan? Tapi budak ni kalau tak nampak juga konsepnya dan logiknya kenapa beads ni 6 macam tu, dia tetap tak nampak logis dan tak melekat info tu. Tambah kena kepit dua jari, bukan kira satu-satu.

OK berbalik dalam kereta pulang,

Saya kan senyap sahaja,

Dan berkata-kata dalam hati saja.

Tiba-tiba Fateh bersuara,

"Baiklah, Mummy. Fateh akan buat MA dengan Mummy😭..
😭

Terharunya saya, macam mana dia boleh baca apa saya fikir...😁

Sebenarnya skill dia ni sejak usia 2 sudah ada. Saya menyusu dia, dan bercakap dalam hati (saya kan suka monolog dalam hati sendiri), dia akan berkata sesuatu seolah dia dengar apa saya cakap dalam hati. Dahsyat kan?

Agaknya budak Thinking ni memang sampai mind reading kot ya.. Haha....


OK selesai sebab ke-3 kenapa saya Trigger
kena buat buku Self Esteem Fateh ni.

Sebab ke 4 - adalah sebab yang amat terkesan dalam diri saya...

Maznah.
Sebab ke 4 (Trigger pasal Self Esteem Project Fateh)


Petang yang sama Ahad itu,

Saya tak berapa ingat (intuiting ni asyik lupa saja 😞), ada sedikit konflik dengan Fateh.

Biasa-biasa 'gaduh' dengan anak 😂. Ia berkaitan dengan demand dia (yang macam biasa tu) tak silap saya.

Kanak-kanak Thinking (T) memang strong willed dan demand very high.

Nak nak kami ibubapa Intuiting (I) ni ditakluki si anak T.

Jadi kemudiannya saya nak tidurkan adiknya di bilik, pasang aircond, minta dia tidur sekali.

Dia ada, dalam sedikit kegelapan bilik pada waktu petang itu.

Dalam berbicaranya kami berdua duk masih argue tu (serius tak ingat isu apa😁),

Saya ada terkasar sedikit perkataan saya.

Dia tersentak.

Saya tersenyap.

Rasa salah tapi ego saya tak minta maaf lagi.

Kemudian tiba-tiba Fateh nak tidur dah.

Saya masih berkata-kata sesuatu, macam nasihat (konon berhikmah, tapi macam label sedikit, tak silap pasal minta dia bersyukur dan sebagainya).

Dalam tidurnya separa dia, dia mengangguk setiap perkataan saya.

Saya dapat rasakan, seolah setiap perkataan menuduh saya ini, menusuk ke qalbu dia, dan minda separa sedar dia. Dia mengangguk menerima setiap patah kata saya.

Agaknya dalam 3-5 ayat kot? Tak ingat.

Kemudian saya juga tertidur sama. Dalam 2.30 ptg lebih. (sekali tidurkan si adik dengan menyusu).

Kemudian saya terbangun tidur, dan merapati Fateh.

Panas.

Dia demam?

Ya dia demam.

Saya usap dia dan ucapkan di telinga nya - maaf, dan doa dia kuat sihat dsb.

Saya terus bergerak buat kerja lain dan kemudiannya menunaikan solat. Dalam solat, saya doa untuk dia. Saya juga terus solat sunat taubat.

Lama tak buat.

Memang selalu ingatkan alumni ehsabar untuk terus buat solat sunat taubat setiap kali termarahkan anak yang bukan salah anak sepenuhnya, atau beremosi berlebihan.

Sucikan kembali, diri. Kembali ke track. Track ibubapa mithali (labelkan diri sahaja begitu untuk doa LUA jadi ibubapa mithali).

Saya kesal amat.

Kami beri dia pcm, dan saya terus bisikkan ayat positif.

Macam biasa skrip saya tu:

Fateh sihat
Fateh kuat
Mami sayang Fateh
Ayah sayang Fateh
Khairunnisa
Khairunnisa' sayang Fateh.

Saya kesal dan merasakan seolah setiap kata tidak elok saya itu menusuk ke dalam badannya hingga imun badan dia lemah dan demam.

Malamnya dia bangun dan kebah.

Saya beritahu saya ada hadiah untuknya (3 buku self esteem Fateh) - saya kan buat kejap.

Dia mahu.

Dia kata: Fateh nak buat MA sekarang.

Mak aih, mudahnya 😂

Kami buat bersama. Saya katakan tidak perlu pen kertas tulis.

Hanya abacus sahaja>

Kami go thru 6-9. Mudah sahaja dia buat.

Oh boleh pula.

(tapi kan dua hari kemudian kami buat semula dia lupa tau, heheh. Tc kata normal sebab bila tinggal akan lupa, mula-mula ni kena kerap sedikit katakan 3 kali seminggu. Lepas dah kuasai, boleh jarakkan masa jadi seminggu sekali atau dua kali sebulan).

OK, di situlah tercetusnya buku ini kerana:

Saya rasa bersalah.

Saya tahu pendera terbesar percentage kepada kanak-kanak ialah ibubapa sendiri.

Saya tidak mahu jadi begitu kerana saya sudah ada sedikit ilmu treatment dan ia perlu digunakan untuk pencegahan.

Saya tahu dari mana datangnya tabiat spontan diri saya melabel anak dsb, dalam diri saya.

Jadi saya mahu break the cycle.

Bersambung sebab ke 5, terakhir.
Sebab ke 5 (Trigger pasal Self Esteem Project Fateh)

(Saya tahu pendera terbesar percentage kepada kanak-kanak ialah ibubapa sendiri.

Saya tidak mahu jadi begitu kerana saya sudah ada sedikit ilmu treatment dan ia perlu digunakan untuk pencegahan.

Saya tahu dari mana datangnya tabiat spontan diri saya melabel anak dsb, dalam diri saya)

SAYA MAHU BREAK THE CYCLE.

Dan sayalah payung anak-anak untuk melindungi emosinya selagi boleh, dorong dia ke tahap tertinggi potensi dia boleh capai.

Anak-anak adalah harta kita.

Dan,

SEBAB SAYA SAYANG ANAK SAYA.

Sahabat semua pasti begitu juga kan?


Maznah Ibrahim.
Assalamualaikum wbt

Didoakan semua sahabat dalam keadaan baik, sihat, dan positif minda dan emosi.

Doakan perjalanan saya selamat ke tempat dituju, Ipoh Perak.

Untuk meraih ilmu dan skill tambahan.

Tidak akan pernah rugi belajar lagi dan lagi sampai ke liang lahad.

Sedikit yang kita tahu, sangat banyak lagi yang kita tak tahu.

Maznah.
Buku Pertama HomeMade Fateh Sebenarnya ialah Buku Ini, Setahun Lalu
==============

Tahun lalu.
.

Saya buat buku pertama dia. Usia 4 tak silap.
.

Masa ni ala-ala dia suka la. Baca dibantu.
.

Tapi pastu stop. Dia tak minat dah, sebab dia tahu mak dia nak dia membaca 😁 memang anak lelaki ni beza ngan si adik girl KN.
.

Buku ni adaptasi dari kursus membaca Nury. Diajar bagaimana buat buku untuk anak.
.

Selang seli dengan gambar.
.

1 page satu ayat sahaja.
.

Disusuli 1 picture.
.

Disambung 1ayat semula.
.

Dan 1 picture berkenaan di page seterusnya.
.

Mengapa?
.

Kerana kanak-kanak jika dalam satu page ada gambar dan tulisan, pasti akan more to gambar.
.

Jadi ini bertujuan untuk dia menangkap 'membaca tulisan' bukan 'membaca gambar'. Membaca gambar adalah skil semulajadi tak perlu dilatih.
.

Tengok aja ayah mai, feature ayah real atau dalam gambar dia akan terus sebut "Ayah" kan?
.

Tulisan "Ayah" dia perlu membaca.
.

Menariknya pasal buku ini ialah,
.

setahun kemudian, dia berjaya "buat robot sendiri"😱 dari lego dan menggerakknya dengan guna programming. MasyaAllah. La haw la wa la quwa ta illah billah.....
.

Allah lorongkan,
Allah beri jalan,
di Perlis yang kecil ini.
.

Unimap ada buat bengkel Robotik 2 hari Mac lalu sempena cuti sekolah.
.

Untuk budak 9 tahun ke atas.
.

Tetapi 1 of parent sekolah Fateh, adalah prof di unit itu dan offer sedikit seat untuk anak seawal usia 5.
.

Ingatkan si ayah Fateh akan ajar dia programming. Syarat ayah Fateh kena pandai boleh membaca.
.

Rupanya di bengkel itu, kanak-kanak tak perlu membaca pun boleh, dia akan susun dan arah ikut gambar, tak silap saya. Asal dia seorang yang boleh ikut arahan 😱. Anak Thinking ku.
.

Kesimpulan saya,
.

buku ini rupanya adalah satu doa.
LUA.
.

Ia jadi seperti ditulis rupanya 😭.
.

Buku Self Esteem dia, saya niat nak bagi membaca.
.

Malam-malam dia belek juga huruf tu sambil saya sebut perkataan nya.
.

Sebenarnya anak suka. Siap minta buku ke4 pas Star Walls lagi 😂 Baik, mak layan...
.

Mana orang yang tak suka, namanya disebut dalam buku? Siapa tak suka difokuskan diberi perhatian? Ingat masa berkenalan bercinta dengan pasangan dulu, kita akan suka nak tahu pasal dia, makan apa, suka warna apa bagai, kan?
.

Kita lagi suka jika dia juga nak tahu banyaaak pasal kita, detail lagi 😂 Kanak-kanak pun sama la.
.

Jum buat. Ayuh.
.

Simple sahaja. Buat dulu baru tahu. Usah plan lama sangat, masa berjalan.
.
.

Maznah Ibrahim.

*boleh click di picture untuk detail tiap page.

*buat/bentuk 5 ayat dulu, baru tulis di kertas A4 besar tu.

*standby 5 picture bersesuaian dengan ayat itu

*kenapa 5? untuk permulaa. M
Baseline 5, macam Flashcard, 5 keping juga. Tetapi boleh antara 1-15 kad / ayat

*tengok buku kedua dia, 3 buku Self Esteem bersaiz Half A4, dulu Full 1 A4 kan? Kat situ ada penambahbaikan, Untuk latih mata matang dan fokus.

* Kenapa membaca? untuk jambatan Ilmu dan self esteem juga. Takkan dah usia 7 baru terkejar, anak kecil perlu dibantu.
Saya hadiahkan untuk semua sebagai rujukan sahabat

5 ayat bentuk dulu, ajak anak atau buat sndiri
5 gambar
10 helai sahaja

Kertas Ivory
Warna Putih
230gram Saiz A4
Pen Marker Merah