Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati โค emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Dalam Buat Salah, Percaya Kebaikan Ada Dalam Diri Anak Kita....
.

Baru baru ini saya ber sesi dengan seorang remaja. Saya rasa terkesan sendiri dengan sesi eksplorasi kami. Saya yakin Allahlah yang memberi ilham akan tutur bicara saya kepadanya kerana Allah mahu membentuk anak ini.
.

Sebab, anak ini masih boleh dibentuk kebaikan dalam diri di sebalik 'aksi yang amat mencabar' yang boleh disalaherti sebagai 'buat onar' sungguh oleh orang biasa.
.

Ayat saya yang mendorong perspektif positif dalam dirinya :
.

"Apa sebab adik tak buat sampai macam tu?" (kesalahan ekstrim yang dia plan nak buat)
.

"Sebab saya tak jumpa dia. Kalau saya jumpa, mesti saya buat".
.

"Bila jumpa dia, Adik tetap takkan buat, kan? Tau tak sebab apa".
.

"Hm.... Tak tahu, sebab apa ya?"
.

"Sebab, dalam diri adik, ada 'kebaikan' yang halang adik dari laksanakan betul-betul idea salah tu.
.

Di dalam setiap manusia itu tetap ada 'kebaikan' dalam diri, hingga halang dia dari benar-benar lakukan kesilapan hingga peringkat 'jenayah' yang tidak boleh diterima sosial/masyarakat"
.

Macam kes remaja lain buat salah hingga tahap jenayah tu (saya tak tulis sini, tapi saya beri contoh kes real berlaku di Malaysia suatu waktu dulu), dia dikuasai banyak suara negatif dan emosi, hingga pertimbangan akal sudah tiada. Emosi kasihan dah tak ada dalam diri".
.

"Ya, saya tak sampai hati, saya kasihan pada dia".
.

"Sebab dalam diri adik sebenarnya ada kebaikan sebagai seorang manusia yang ada hati nurani yang bersih. Adik seorang yang ada hati insan lagi".
.

"Ya, haritu kan kak, saya dan kawan-kawan buat ni" (sambil tunjukkan video rakaman projek kecil-kecilan dia - projek suka suka, buat khidmat masyarakat, masyaAllah saya puji terus kepada dia)
.

"Wah, akak suka, kan betul akak kata dalam diri adik ada kebaikan, sebab adik ni baik lagi, adik takkan buat benda yang salah pada 'xx' kan".
.

"Hmm, ya saya dan rakan juga ada terfikir nak buat cc, dd, ee".
.

"Wah tu macam Robin Hood kan๐Ÿ˜…".
"Bagus niat adik tu, cumanya akak nak minta adik fikir jauh sikit lagi, dan zaman berubah tak macam dulu".
.

"Dan adik sebenarnya sudah kuasai satu skil iaitu Kuasa Memilih. Memilih yang baik, tidak yang buruk, macam merokok, seks sebelum kahwin, porno".
.

"Ya, ada kawan saya ajak rokok. Saya tolak. Kawan sorang ni nak tengok porn di hp saya, saya mengamuk pukul dia, sebab saya taknak orang ingat tengok porn tu saya, dalam hp kita boleh trace history". (semakin semangat dia bercerita, jarum baik saya sudah masuk๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š).
.

"Waah, ini memang satu kuasa yang hebat, lebih hebat dari Boboboi, sebab berjaya memilih yang baik. The Power of Choose".
......

===

Konsep dan ilmu asal saya ambil dari ilmu mengenai pra syarat seorang pendera seksual. Dalam ciri sebelum menjadi pendera seksual, ada 4 faktor / juga stages. Pertama memang Internal Inhibitors, Halangan Dalaman.
.

Orang normal, masih sihat mental, Halangan Dalaman inilah yang menjadikan dia tak buat benda yang salah besar yang tak boleh diterima mana-mana undang satu dunia; dera kanak-kanak secara seksual.
.

Kedua saya ambil dari Khalifah Method, anak boleh diajar kuasa Memilih Yang Baik, bukan yang buruk/salah. Sebab dalam hati ada suara hati yang baik (juga ilmu asas ESQ).
.

Sama konsep ini untuk anak kita:
.

1. Percaya, yakinlah, anak-anak kita tetap ada kebaikan dalam dirinya. Dalam buruk / silap / salah nya dia, pasti ada kebaikan dalam dirinya.

Contoh: Abang marah adik dia, pasti ada sebab niat protection yang dia pegang/hasratkan. Dia sebenarnya tak mahu adik jatuh maka dia marah adik panjat lompat dsb.
.

2. ‎Pastikan keluarkan potensi 'kebaikan dalam diri' yang masih ada itu, dengan bicara leading yang ke arah perspektif positif, insan baik.
.

3. Iaitu nyatakan yang anda Bersangka baik pada si anak, sepenuhnya, dari hati anda.
.

4. Tekankan mengenai moral dan kebaikan dalam diri, adalah satu kuasa kawalan diri dalaman, kuasa memilih. Memilih Yang Baik. Ia juga adalah skil membuat keputusan ya.
.

5. Percaya uswah positif ini akan membentuk anak untuk mengamalka
n semula bersangka baik ini kepada anda ibubapa pula. ๐Ÿ˜Š.

Contoh: Anda buat silap, terlupa janji pada si anak, anak pula bersangka baik, nyatakan anda terlupa, bukan sengaja๐Ÿ˜Š.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

p/s: Anda pelajari sesuatu? Katakan 'Ya' dan share kepada rakan anda refleksi / apa anda dapat atau terkesan.
Hanya 5% Sahaja Anda Beri Peluang Anak 0-3 Tahun Buat Kerja Orang Dewasa, Kesannya Anak Akan Pro Dalam Skil Kehidupannya Kelak
.

Adalah normal untuk anak kecil berminat untuk 'imitate' buat kerja macam anda buat: cuci kereta, cuci pinggan, gosok gigi sendiri, mop lantai, sapu lantai, basuh baju dengan tangan, mesin basuh, blender mesin, tumbuk alu, sidai baju, vacuum, kacau buat air, kacau bancuhan cekodok, kacau masakan di kuali /periuk panas, terbalikkan masakan di kuali, pakaikan pampers sendiri dsb...
.

Ia hanya dalam 5% dia try buat, dan kita akan murnikan 95% 'balance' nya. Don't worry, hasil kerja dan niat anda masih 'up to standard' ๐Ÿ˜€
.

Walau 5%, namun impaknya amat besar, iaitu pengalaman sewaktu dia EAGER NAK CUBA BUAT, + ANDA BERI = ia jadi KEPUASAN MAKSIMA macam kita dapat balasan 'Give High 5' yang penuh 100% ditepuk (cuba buat sekarang). Puas sangat.
.

Dan sebenarnya sesuatu berlaku di neurons otaknya, berkaitan emosi. Ia jadi 'matched', emosi real dan positif dipenuhi untuk dirembeskan, dan ia memang semulajadi, genuin, dan layak diraih untuk peringkat perkembangan mereka saat itu.
.

Dan, sebenarnya ia jadi satu memori kekal dalam badan dia untuk dia tidak kekok lakukannya bila dia sudah besar nanti.
.

Saya saksikan anak sekolah rendah, dan orang dewasa yang yakin diri dan helpfull, tidak kekok buat, atau sebaliknya kekok dan self esteem rendah, kurang proaktif, banyak berpunca dari ketiadaan peluang atau disokong sewaktu perkembangan peringkat autonomi dan inisiatif nya...
.

Anda pun tak naklah anak remaja atau anak dewasa anda tidak reti basuh pinggan makan sendiri, masak nasi sendiri, telor goreng sendiri, lipat baju sendiri, or jadi menantu orang yang kekok buat kerja rumah, tak reti main peranan bantu isterinya kelak.. kan? Hanya sebab kecil, masa dia usia awal ini anda halau dia dari duduk di dapur 'kacau anda memasak' atau di bilik kacau anda lipat baju. Hmm..
.

Penulisan lama:

https://maznahibrahim.com/mendorong-anak-kecil-mengemas-selepas-makan/
.

Anak usia 3-6 pula sudah pandai dalam bab penjagaan kepada orang lain, contoh jaga adik baby, nak dukung adik baby, nak pakaikan pampers adiknya.
.

Ini peringkat inisiatif (3-6 tahun dalam Erikson Psikososial) dan peringkat peranan gender lelaki/perempuan (dalam Psikoseksual 3-5/6 tahun). Maka sokonglah peringkat keperluan perkembangan mereka, dan tugas perkembangan mereka, demi melahirkan generasi yang proaktif, dan caring, punyai hati... InsyaAllah...
.

Raikan keinginan mereka,
Beri ruang dan peluang mereka cuba buat,
Lepas puas dalam beberapa saat, mereka akan lepaskan kepada anda,
Masa dia buat, Pantau 100%,
Katakan "hati-hati" sahaja,
Anak akan kenal lebih baik banyak benda, nama benda, rasa, panas, bahaya, berat, Maznah Ibrahim
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

p/s: Silakan tag/share dengan pasangan atau kawan-kawan anda dengan gembiranya :)
Bismillah

Sempena hari lahir Khairunnisa' pada hari ini 9 Feb dan Fateh pada 10 Feb,

Saya dengan ini mahu memberi hadiah misteri percuma untuk kalian yang rajin membaca di dalam Channel Telegram dan kenalan saya semua.

Nantikan link hadiah akan saya umumkan di sini ya,

Sebarkan pada kenalan anda.

InsyaAllah hadiah ini amat istimewa, dan khusus untuk follower saya yang bersama-sama saya dalam Parenting Journey di alaf baru ini.

Salam Ukhuwwah Jumaat,
โคโคโค
MaznahIbrahim
9 Februari 2018.
[Hadiah Ulang Tahun Kelahiran Anakanda Fateh & KN - PERCUMA] 10 Tips Atasi Marah & 2 Video Urus Emosi PREMIUM.
.

[1] 10 Tips Atasi Marah. Ebook ringkas & padat sesuai untuk bacaan & panduan pantas.
.
[48 Jam Sahaja] Khas untuk yang dapatkan ebook dalam tempoh 48 jam.
.
[2] TAMBAHAN PERCUMA - 2 Video PREMIUM : Tips Urus Emosi dari 10 Video Berbayar (Projek Akan Datang).


....dapatkannya di FB Page saya >>> https://facebook.com/maznahibrahimofficial/photos/a.488469814660941.1073741830.477691842405405/866766383497947/?type=3&theater
Kerapkali Ibu Ayah Rasa Penat Mengulang Nasihat atau Peringatan Untuk Si Anak.....

Isunya :

1) kenapa kena berulang?
2) Anak ni pelupa benar ke?
3) Berapa kali kena ulang sampai dia betul dengar, faham?
.

1) Ya kena ulang sebab sesuatu tingkahlaku yang baru dan standard, tidak mudah diaplikasi secara otomatik. Ia perlu latihan. Anak kecil nak tonton TV jauh dari depan TV, perlu diingatkan xx kali. TV sangat menarik untuk disentuh, sedangkan TV tidak boleh disentuh pergerakan orang di dalam TV itu. Anak kecil suka sesuatu konkrit baru puas (peringkat sensori motor mereka - sentuh, rasa, bau, lihat, dengar - lebih puas dan ini menepati keperluan peringkat perkembangan mereka).
.

Teringat kadangkala Khairunnisa' usap tepi TV macam TV tu hidup๐Ÿ˜‚. Saya kata, Adik mai la usap kepala Mami ni bukan TV, hehehe.
.
Haha, dalam peringkat kognitif anak usia 2-7 tahun, ini dipanggil Animisme, anak kecil ingat semua benda tak hidup macam hidup laa... Contoh langgar bucu meja, dia marah meja tu sebab langgar dia walhal dia yang jalan tak hati-hati kan?
.

2) Anak bukan pelupa, tetapi macam saya kata tadi, untuk jadi habit perlu latihan dan untuk faham kesan tak ikut apa mak ayah nasihat, perlu pengalaman alaminya dan ini perlu ikut perkembangan kematangan kognitif/pemikiran. Contoh jika anak panjat dan jatuh, mak kata Haa tu la kan mama dah kata jangan panjat. Anak akan rasa sakit, ini akan mengurangkan kadar kekerapan dan kegemaran dia memanjat dsb, namun, masih lagi mereka suka memanjat, tiada serik, dan ini saya kaitkan dengan:

Ciri OPTIMIS. satu ciri yang bagus, iaitu anak kecil tidak serik dan ciri ini sesuatu yang amat baik, perlu ada pada semua orang dewasa. Isunya ramai orang dewasa mudah serik dan taknak buat lagi bila gagal.

- Anak bila dah besar nanti, rasa serik dan gagal, tunjukkan video mereka masa bayi yang optimis, cuba berpuluh kali tak jemu (mak ayah yang jemu, dah lah tu dik oi...)
- Teringat Khairunnisa' ada ter lemas beberapa saat dalam kolam dan memang dia tidak serik malah boleh masuk kolam lagi.
.

3) Berapa kali kena peringatkan? baca artikel lama yang saya tulis di bawah ini, ringkas aja, boleh baca lelaju ya๐Ÿ˜Š .
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

www.t.me/ehsabar

https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringatkan-anak-benda-yang-baik/
Kawalan Emosi, Anak Juga Belajar dari Kita

Boleh pick up satu teknik dari artikel ini, bagaimana orang dewasa kawal emosi marah melalui 1 teknik pernafasan, dan di samping itu ajari anak kita teknik ini.

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://maznahibrahim.com/teknik-pernafasan-kawal-marah/
Cara Activate 5 Deria Kita Untuk Switch Emosi Negatif kepada Positif


๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://m.facebook.com/maznahibrahimofficial/photos/a.488469814660941.1073741830.477691842405405/654053114769276/?type=3



p/s:
Seminar EHSABAR, 10 Mac 2018, Shah Alam masih dibuka, segera daftar / dapatkan maklumat lanjut di www.ehsabar.ml atau hubungi Pn Farah di +60177080038
Bagaimana emosi anak kita sejak dia dalam kandungan, dengan lahir nya dia saja sudah 25% otak nya dipenuhi, ๐Ÿ˜ฅ

Dan jika kini usianya 6,8,10 atau apa sahaja number nya, bila sudah tercalar,

Mudahkah dibersihkan kembali?
.
.

https://maznahibrahim.com/โ€‹emosi-tercalar-dan-pembersihannya/
Dengan ilmu spesifik,
Banyak perkara kita boleh kurangkan kesannya.

Luah, jangan pendam.
Dapatkan bantuan.
Solusi dan jalan sentiasa ada.

Ketakutan akan hilang bila ada ilmu berkenaan sesuatu perkara itu.

Di sini ada berkenaan bagaimana bantu diri jika marah berkaitan kisah silam diri anda.

https://maznahibrahim.com/kaedah-terapi-diri-tangani-emosi-marah-anak-kecil-yang-berpunca-dari-kisah-silam/
Anak Kerap Baling Barang, Semua Pun Dibalingnya, Apa Berlaku di Otaknya?
.

Haha. Teringat masa anakanda Fateh saya usia 2 awal, semua barang dibalingnya, terutama bila marah.
.

Untuk kanak-kanak, ada proses di dalam pemikirannya.
.

Konsepnya:

1โƒฃ Skema
2โƒฃ Assimilasi
3โƒฃ Akomodasi


Sambungan penuh penulisan, di sini: ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=872599092914676&id=477691842405405
Dalam Urus Emosi Ibubapa,
Penting kenal diri dulu,
Sebelum manage emosi anak.
Sebab tanpa sedar,
Anak memang ikut caragaya anda.
.

Kenali emosi asas,
Jujur akui, rasai, acknowledge,
Termometer tahap aku memang tinggi/banyak ini.
Mana strength, iaitu cara aku guna anggota badan selama ini, kita identify first corak gaya selama berpuluh tahun ini....
Refleksi, Muhasabah diri.
.
.

Then modify / reframe setelah faham cara ubah strategy,
.

Kita perlu find the balance,
.

bila seimbang, segalanya lebih stabil, aman, in control.
.

Contoh fisiologi badan penat,
emosi mudah meletus,
minda jadi berfikiran negatif.
.

Tangki emosi mana satu dah menyurut sangat,
Tak perasan pun selama ini,
Patutla sakit... (sakit dalam emosi)
.

Selama ini LUA banyak ke arag tak cukup Yakin Percaya, kepada Maha Pemberi,
Macam mana nak jadi positif jika LUA selama ini memamg mode Negatif navigator nya ๐Ÿ˜“
Sedihnya selama ini tak perasan,
Tak Tahu, Maka Tak Kemudi diri dengan baik dan bijak,
Sedang Khalifah pemimpin itu bermula dengan Pimpin Dirimu sendiri dahulu......
.

Dalam EHSABAR banyak kenal diri,
Strategy pengurusan emosi, saya boleh beri idea cadangan, sebab saya ada baaaaanyak idea (InsyaAllah, Alhamdulillah Intuiting sangat kaya dengan Idea dan Kata),
.

Namun yang kena find tune, Pause, cari solusi / strategi tu, ialah diri sendiri,
Sebab anda akan laksana perubahan itu sendiri,
Saya bukan diri anda.
.

Unless saya buat one to one session, bantu percepatkan cari coping strategy baru yang positif. Syarat individu itu Sudi Mahu dibentuk reframe semula gaya hidup lama ke baru.
.

Isunya biasanya manusia ada ego, suka challenge, walau otak kiri suka bukti, mahupun otak kanan tak suka diatur. ๐Ÿ˜

Keynya Hati, Jantung emosi,
Mahu berubah,
Percaya dan yakin,
Tiba masa aku berubah,
.

Ada BIG WHY,
Aku berubah untuk apa,
Selamanya aku tidak mahu terperangkap begini.
.
.
Oh, I Must Change.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
.

p/s: ehsabar masih ada tempat, lagi dua minggu. Jum, kita bersama seharian sampai 6pm dan fahami mengenai ini.


https://ehsabar.ml
Sabar dan Kuatkan Lagi Kesabaranโ€ฆ.
.

Setiap kali bila saya diuji emosi agar saya berSABAR, saya detikkan dalam hati, โ€œMaznah, Sabar dan Teruskan Perbuatโ€.

Pada saya banyak tips sabar, namun yang paling utama ialah ilmu spesifik untuk diri kita, bab kawalan dan pengurusan emosi diri sendiri. Dan ia unik sebab setiap orang tak sama, walau asasnya sama, sebagai manusia. Konsep sama, teknik berbeza. 

Banyak ibubapa pabila letih fizikal, akan mudah hilang sabar.

Ya saya akui, betapa fisiologi ini banyaknya spontan dan tidak dapat ditahan-tahan, ianya macam otomatik.

Jadi jika kita ada sedikit ilmu kefahaman mengenai konteks emosi di badan kita,
kita akan lebih โ€˜sedarโ€™ dan โ€˜bijakโ€™ untuk perkuatkan kesabaran kita dengan menggunakan fisiologi juga. Baru lah komponen hati dan minda (samada serentak atau satu persatu).

Sabar, dan Kuatkan Kesabaran.

Suami saya kata, SABAR ni tiada limit. Setelah anda bersabar level 1, cuma perlu perkuatkan keSABARAN anda untuk level kedua.

Ramai juga terkandas di level 1,
Maka akan tumbang, macam lari berhadang tu (penghadang pertama lepas, penghadang kedua tak lepas). Aduss.

 

Ia diambil dari surah Ali Imran 3: 200
โ€œHai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntungโ€ (Ali Imran:200).

Semua mahu untung, kan? 
Ya banyak untungnya bila kita berjaya berSABAR. 
Bukan sahaja kepada diri, malah dalam kerja harian kita, dengan orang sekeliling kita, pasangan dan anak-anak dan sahabat handai. 

InsyaAllah, mari kita bersama dalam Seminar EHSABAR,

Untuk sedikit ilmu tambah nilai dalam hidup anda.

Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang atau planet tinggi nun di sana,
Namun saya yakin, sedikit kudrat (fisiologi/fizikal) dan kemahuan anda (hati dan minda) untuk Berjaya HADIR,
Memperuntuk masa seharian bersama saya dan sahabat seperjuangan anda yang lain,
InsyaAllah besar manfaatnya. 
Sebab tak semua mampu untuk kuatkan kudrat fizikalnya untuk hadir.

Ia satu proses.
Teringat semalam saya berbual dengan seorang peserta EHSABAR dari Langkawi,
Walau puan itu tidak pernah berkongsi secara terbuka di dalam group Alumni EHSABAR,

Namun, Allahu, saya amat bersyukur jauh di sudut hati pabila mendengar beliau yang beranak 5 ini berkata:
โ€œPuan, saya totally berubah, setelah hadiri seminar EHSAABAR puanโ€ (Ianya setahun lalu).

MasyaAllah, 'Totally Change' tu pada saya amat besar.

Sebab diri saya sendiri juga masih struggle dan berusaha untuk pertingkat diri dalam ilmu urus emosi ini plus meneruskan berkongsi dengan ramai orang bab ini. 

Dan Allah merezekikan pula pelajar-pelajar beliau โ€˜berguruโ€™ dengan saya semalam. 
Perkataan โ€˜berguruโ€™ juga amat besar pada saya,

Kerana saya sering merasai saya tiada apa-apa.
Saya kecil sahaja...
Yang ada dalam diri saya, hanyalah niat dan impian yang besar.

Untuk terus perbuat,

Berkongsi mengenai ilmu EHSABAR.
Break The Cycle, dan cegah.

 

Emosi Hebat melalui Sains Anggota BAdan dan spiritual (EHSABAR).

masih ada tempat lagi bagi anda berminat:

 

www.ehsabar.ml

Refleksi,
Maznah Ibrahim