Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
ANAK BARU MASUK DARJAH 1 / TINGKATAN 1/ BARU BERSEKOLAH TADIKA, MACAM MANA NAK TAHU DIA OK KE TAK?
.

Agak ramai pm dan bertanya mengenai anak mereka yang baru nak masuk sekolah, ada yang bertanya untuk anak seawal usia 2 baru nak masuk ke nurseri lagi.😊😊😊
.

Biasanya ragam dan cemas nya ibubapa adalah untuk anak Darjah 1 atau Tingkatan 1 sebab alam persekolahan sekolah rendah / menengah lebih formal dan berbeza, kan?
.

Walau bagaimanapun, apa jua situasi PERTAMA KALI dalam lingkungan luar dari kebiasaan (keluarga/rumah pengasuh), sistem lain (sistem sosial di nurseri/tadika/sekolah), tetap merupakan pengalaman pertama yang bukan mudah untuk anak-anak kecil ini. 🐳
.

Bayangkan saja, kita baru masuk kerja di sebuah organisasi baru. Kita tak tahu siapa apa mana bagaimana. Nak minum air top up bekas air masak pun tak tahu nak ambil di mana melainkan kita tanya dan barulah kita dapat info, kan? 💁
.

Ada anak-anak sehinggakan tak buang air kecil di sekolah, tunggu balik rumah baru nak buang air kecil. Begitu sekali, sebab mereka tak tahu kat mana tandas, mereka tak tanya, dan mereka 'just' tak tahu kat mana, nak tanya siapa!
.

Jadi, ini 2 INDIKATOR anak anda OK di sekolah/pengalaman baru nya:
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
.

1⃣ Anak pulang / diambil oleh anda dalam keadaan ceria, dan mereka bercerita. Anak kecil, fitrahnya memang suka meluah/ bercerita apa pengalaman baru mereka. Khairunnisa usia 2+ pun tiap hari sebaik sahaja saya ambil dari rumah pengasuh biasa dia (walau duduk sejak dari usia 3 bulan) tu pun akan bercerita: "Mummy, tadi adik.... itu ini itu ini", macam-macam dia nak beritahu.
.

Mengapa? TAHUKAH ANDA:

Sebab anak-anak RINDUkan anda.
Mereka nak luah.
Mereka excited dah jumpa anda setelah banyak jam tak jumpa.
Anda adalah orang paling rapat dengan mereka sejak dari alam rahim lagi. Bila mereka berada di situasi luar dari lingkungan anda ibubapa, bila apa-apa berlaku, mereka cepat teringatkan anda. Jiika mak saya, mak saya akan tepuk badan saya masa tidur. Jika mak saya, dia kacau air susu cawan saya macam ni, takda ketul-ketul tertinggal. Jika mak saya, dia akan tanya saya dulu.

2⃣ Anak anda tidak kelihatan tidak mahu ke sekolah/tadika esok paginya. Mereka ceria dan menantikan hari esok atau pagi ini nak ke sekolah, maka mereka tidak menolak untuk bersiap ke sekolah/tadika. Tiada adegan liat liat. Ada yang sampaikan Sabtu Ahad pun mahu ke sekolah😁😂😍.
.

Maka sebaliknya? Faham faham sajalah ada sesuatu tak kena di sekolah/tadika maka mereka menolak untuk ke sekolah.
.

Sebaliknya dari di atas, 3 INDIKATOR Anak Anda Mungkin Tak OK Di Sekolah:
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
.

1⃣ Anak tidak bercerita apa-apa atau berceritanya dia adalah berkenaan perkara yang tidak enak.
.

Perkara tidak enak macam adegan bergaduh atau dimarahi teacher, jika di 'tackle' dengan baik, maka esoknya tiada adegan tidak mahu / liat ke sekolah.
.

Manakala, untuk anak tak bercerita, monyok:
.

Terus bantu switch kan emosi mereka, bawa ke luar dulu, macam playground, singgah mana-mana sebelum balik rumah.
.

Tujuan untuk beri masa dan ruang untuk mereka release tenaga emosi mereka. Terbaik ialah aktiviti menggunakan fizikal.
.

Tujuan untuk cepat luah/lega dari anggota badan. Badan ni menyimpan tenaga tau. Tenaga Negatif terutamanya bagi anak yang jenis pemendam.
.

2⃣ Perhatikan jika mood berterusan sampai makan malam ditolak, dan tidur malam meracau/ mengigau.
.

Jadi, untuk cegah/ bantu awal,
.

refleksikan behaviour si anak: Mama nampak anak mama petang ni muka MACAM monyok aja, ada apa-apa tak best berlaku ke ni (jangan terus judge adik marah ke, tapi guna perkataan 'nampak macam')

bila ada isu diutarakan si anak, tanya kan APA MEREKA TELAH LAKUKAN bila mereka hadapi situasi mencabar itu. Sekiranya perlu (ELAK REACT/JUDGE TAPI RESPOND) bantu dia refleksikan diri dan pengalaman dia. Kadangkala si anak kecil ini salah sangka dan personalised, almaklumla kecil lagi pengalaman kurang.
.

contoh: anak rasa guru garang sangat, sedangkan suara guru itu jeni
s tinggi - betulkan persepsi si anak, kemungkinan besar si guru ini jenis suara kuat sebab dia nak semua murid dengar suara dia (sama juga kondisi di tadika ya, ramai kanak-kanak tak mahu ke sekolah kerana rasa macam guru garang dan marahkan dia).
.

3⃣ Sediakan skil baru diperlukan si anak, contoh jika anak kata tak da orang nak kawan dengan dia, ajar dia skil komunikasi: pandang mata rakan, senyum, beri salam dan kenalkan nama sendiri.

Esok pagi sebelum hantar ke sekolah, remind anak akan skil atau point penting. Manakala selepas pulang sekolah, pastikan perhatikan lagi jika wujud simptom sama, iaitu lakukan follow up dengan si anak mengenai isu semalam. Ini bertujuan agar kita benar-benar pasti anak OK dan dapat atasi cabaran semasa alam persekolahan :)
.

KATA AKHIR..
°°°°°°°°°°°°°°°°°
.
Sesungguhnya pengalaman baru anak kita ini merupakan sesuatu yang besar sebagai penanda aras pengalaman baik buruk mereka adalah sentiasa ada 'hikmah', skil mereka tiptop dan mereka adalah lebih efisien dalam mengatasi cabaran kehidupan dalam fasa timeline sejarah hidup mereka.
.

Pastikan kita cukup alert dan supportif, dengan mendengar dan bantu anak sebaiknya.
.

1⃣ Dengar dulu cerita si kecil, kemudian
2⃣ Explore (Teroka - bagaimana mereka hadapi cabaran, cukup baik atau boleh tambah baik?) dan
3⃣ Empower (Top Up Skill mereka, beri idea solusi).

.
Maznah Ibrahim.
BAGAIMANA BENTUK PERSEPSI YANG BETUL UNTUK ANAK ANAK KITA
.

Semalam saya baca dan fahamkan buku Khalifah Parenting lagi. Beza kali ini bila kita lebih berusia dan ber anak yang bertambah bilangannya berbanding masa pergi kursus dulu, bujang tran tang tang, hehehe.
.

Ada kesamaan point penting disampaikan oleh Allahyarham Prof Dr Muhammad Al Mahdi di dalam Khalifah Method ini dengan NLP (Neuro Linguistic Programming).
.

Antaranya ialah Persepsi.
.

Persepsi ni macam apa yang anak 'perceive' / lihat, dan percaya, jadi belief system bak kata orang putih.
.

Umumnya ia dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu:

1⃣ Fizikal - Persekitaran: kebendaan, macam info, ilmu, buku, gajet.

2⃣ Sosial - Komunikasi dalam keluarga, melibatkan aspek manusia, lingkungan pergaulan yang anak ini akan absorb/ diterapkan mesej mesej nya.

3⃣ Kata Hati - dari PML - Pembelajaran Masa Lampau (apa pengalaman terdahulu si anak, bentuk lintasan hati, niat).
.

Jadi anak akan ada persepsi berbeza-beza ikut masa, situasi, peristiwa, dan sebagainya bergantung kepada 3 faktor di atas tu.
.

Contoh diberi dalam buku tu,
.

Anak yang suka merokok menganggap merokok itu adalah kool, best, menarik, dan berharga (biasa remaja la ni, bab peer pressure kan, self esteem dan identiti diri sedang dibentuk)

Anak yang tak merokok akan anggap merokok ni macam kotor, membazir, tak sihat, buang masa.
.

Definisi berbeza ini akan bergantung kepada 3 faktor atas tu.
.

Jadi, bantu anak untuk sentiasa ada persepsi berlandaskan PERSEPSI ISLAM.
.

Sebab,

Apa kita persepsikan banyak dipengaruhi oleh 3 faktor atas tu, bermakna ia berbeza dan tidak standard. Manusia banyak ragam banyak kepala ideanya, banyak pandangannya, kan?

Ambil pendekatan standard, apa diajarkan dan dibataskan, disusun aturkan dalam Islam, adalah sudah cukup lengkap, dan terbaik. Islam itu lengkap/ syumul.
.

Bab ni, memang kena banyak rujuk Al Quran dan As Sunnah. Mak Ayah kena belajar banyak lagi merujuk kepada yang arif. Tadabbur banyak isi kandungan Al Quran dan As Sunnah ya. Dekati banyak orang yang berilmu ini.
.

Lain, sebagai parent biasa:
.

🔶 Kita kena selalu BERBUAL/BERBICARA dengan anak mengenai apa pengalamannya sehari-hari sebab ia membentuk KEPERCAYAAN / PERSEPSI yang mostly belum matang dan logik / tepat benar disebabkan faktor usia muda mereka.
.

Contoh anak saya Fateh pagi ni berkeras mahu diambil ayahnya awal dari sekolah, alasan awal sebab nak sama macam kawan kawan lain, ramai diambil awal pulang. Kemudian baru lah dia beritahu sebenarnya sebab dia tak suka tidur tengahari. Rasa dipaksa tidur di saat dia tak nak atau tak rasa nak tidur. Bab ni banyak kali kami masih perlu educate dia bab khasiat tidur tengahari ini untuk otak dan tenaga dia. Last pagi tadi saya minta dia berbincang dengan pengetua, apa dia boleh buat jika tak tidur. Kemudian saya pm pengetua standby kot dia berani berjumpa berbincang bab taknak tidur ni, heheh.
.

🔷 Banyakkan cerita cerita islami dan tauhid, agar penerapan nilai islam dan persepsi Islam dapat diselitkan. Buku storytelling saya tengok banyak sangat di pasaran kini, cuma baca tak terbaca ja, kan? Masa bercerita santai ni lah mungkin anak akan trigger dan mula bertanya atau beritahu (share) pengalaman dia atau lingkungan sosial nya (rakan itu, ini, guru itu ini dsb).
.

Jangan tinggal doa, sebagai pendinding dan pemelihara diri anak dan keturunan kita, agar sentiasa terpelihara dari sebarang pengaruh tidak baik.
.
.
❤️❤️❤️
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
INGAT MODEL ICEBERG - Explore Lah Cerita Anak Walau Secebis Perkataan
.

Izinkan saya berkongsi.
.

Ramai juga termasuk saya bila lupa, akan mudah judge anak.
.

Kita kerap lihat iceberg di atas, lupa nak tengok dengan mata hati, ke dasar hati anak.
.

Pesanan, bila anak berkata sesuatu, teroka lah.
.

Tanya lagi.
.

Contoh anak tak nak ke sekolah, sebab taknak tidur di sekolah, bosan kena suruh tidur sahaja,
.

Teroka apa maksud dia, apa perspektif si kecil ini.
.

Logik akal dewasa kita tidur penting untuk tenaga,
.

Rupanya si anak ada 'puzzle',
.

Contoh anak saya, puzzle dia ialah kenapa abang dan kakak besar di sekolah nya tidak perlu tidur siang, dia dan rakan sahaja kena tidur.
.

Fateh ni selalu berangan diri dia besar, hehe. Satu lagi sebagai Thinking dia sentiasa mahu sama, adil dan saksama.
.

Sekarang air sedap dia bila saya bancuh, saya kena letak di piring kecil, katanya macam gelas orang besar tu.
.

Bila selesai 'puzzle' tu, otomatik sendirinya anak akan nak kerjasama.
.

Saya tanya dia semalam apa teacher (Tc) pengetua cakap, bagaimana Tc pengetua explain,
.

Rupanya teacher pengetua guna dua jari saja, (teringat sahabat Yulia Yusar pernah explain kat anakandanya Muhammad pasal kenapa kena hafal surah panjang, guna gambar lukisan logik ketinggian badan, lagi tinggi badan - dah besar kena hafal surah panjang lagila)
.

Tc Pengetua Fateh tunjukkan dua jari (ibu jari dan jari telunjuk) - iaitu abang abang besar sudah besar, tenaga mereka banyak maka mereka tak perlu tidur, manakala dia kecil lagi maka kena tidur la untuk rehat dan recaj tenaga.
.

Selesai, kan.
.

Tips Bila Anak Mengadu TakNak ke Sekolah:
.

1⃣. Ambil keyword di 'mention' si anak, explore /teroka lagi. Contoh, bosan. Apa maksud bosan untuk si anak kecil ini. Apa situasinya, siapa dan apa dan bagaimana situasinya. Sebagai mak ayah, analisis lah menggunakan akal dewasa dan kebijaksanaan kita.
.

2⃣. Bantu dengan betulkan persepsi anak, perjelaskan lagi. Sama saya beri contoh anak takut ke sekolah kerana guru garang - sebab? - suara tinggi, suara tinggi bukan bermaksud marahkan anak, tapi nak bagi semua kanak-kanak dengar dengan jelas sebab murid ramai.
.

3⃣. Sentiasa mendengar luahan si anak, gunalah mata hati semasa mendengar dan melihat ke matanya. Pasti ada sesuatu yang menjadi struggle kepada dirinya yang kecil ini. Mereka masih bergantung kepada kita, mereka kecil lagi banding kita berpuluh tahun beza, maka bantulah mereka....
.
.

❤️❤️❤️
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Best reminder for today...
Jika Anda Selalu Beri 'Conditional Love' - Sayang yang Bersyarat, Usaha Ubah kepada 'Unconditional Love'

Saya sedang mengkaji mengenai Tangki Emosi kanak-kanak.

Banyak kita beri pujian (Tangki Words) bila anak buat baik sahaja - ini betul, tetapi cara pujian kita kena tahu cara yang lebih tepat - iaitu teknik nabi is the best puji tingkahlaku betul anak/usaha anak BUKAN PUJI ORANG.
.

Ini memberi mesej kepada anak yang kita ni bersyarat, suka anak bila dia buat baik betul sahaja,
.

Jadi kesannya ramai juga kanak-kanak akan 'hiding' (sembunyikan tingkahlaku salah dia dan bercerita kisah diri yang baik dan betul sahaja),
.

Atau 'please' buat baik dan betul yang dia tahu ibubapa suka untuk dapat pengiktirafan / pujian semata sedangkan dia tidak lah buat sebab diri sendiri pilih buat baik/betul.
.

Kita bimbang bahasa kasih sayang 'words' bersyarat ini akan buatkan anak yang bijak ini bertingkahlaku kurang jujur pada diri dan orang sekelilingnya.
.

Jadi bagaimana? Saya sambung nanti tips nya ya.

...cont.

Maznah Ibrahim.
7 KENYATAAN FAKTA INI MUNGKIN BOLEH BANTU ANDA UNTUK SAYANGI ANAK ANDA TANPA SYARAT
.

[OVERVIEW ISSUE KASIH SAYANG BERSYARAT: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=852203624954223&id=477691842405405
.

1⃣ Anak-anak kita adalah kanak-kanak 👬👭. Jika Akta Kanak-kanak 2001 (revise 2016) di Malaysia, kanak-kanak merujuk kepada yang berumur bawah 18 tahun.
.

2⃣ Maka anak-anak kita akan cenderung bertindak / bertingkahlaku seperti kanak-kanak. Maka elakkanlah kita sebagai orang dewasa pula, bertindak / bertingkahlaku seperti seorang kanak-kanak 🙇 (sedor la diri tu dah berusia dan jadi mak bapak orang naa 🙆 )
.

3⃣ Cuma tingkahlaku yang sangat keanak-anakan yang ditunjukkan oleh anak-anak kita memang agak kurang menyelesakan kita atau sesiapa jua 💆 . Ia memang fitrah. So releks, semua orang sama.
.

4⃣ Jika saya jalankan peranan saya sebagai ibubapa (orang dewasa) dan menyayangi mereka, tanpa mengambil kira sikap keanak-anakan mereka, mereka akan jadi LEBIH MATANG dan tak buat dah gaya keanak-anakan mereka.
.

Maka kat sini cara handle anak masa dia jadi keanak-anakan ialah: 'TIDAK JADI SEPERTI ANAK-ANAK', tapi KEKAL JADI IBUBAPA DEWASA yang merupakan 'COACH EMOSI' mereka. Matang. Nanti, mereka akan tinggalkan sikap keanak-anakan mereka ketika itu, dan berubah jadi matang sesuai menurut usia mereka sendiri.
.

Contoh anak usia 3 merengek macam usia bayi 😩 , cara layan mereka, anda perlu kekal sebagai ibubapa matang, tidak marah-marah mereka, layan seketika dengan tenang, beri full attention dan anda akan dapati tak lama lepas tu anak akan berubah kepada mode kanak-kanak usia 3. (ini ada kaitan dengan pergerakan otak dari otak reptilia, ke otak emosi dan seterusnya otak rasional. Untuk rasional sedikit, biasanya usia 3 ke atas bergantung kepada individu kanak-kanak itu).
.

5⃣ [KESAN KASIH SAYANG BERSYARAT ] Jika saya hanya sayangkan mereka pabila mereka nak sedapkan hati saya (please kita), dan jika saya luahkan sayang saya kepada mereka hanya pada ketika itu, ANAK AKAN RASA TIDAK DISAYANGI SECARA GENUIN (ikhlas/jujur). Ini akan merosakkan self image mereka, buatkan mereka rasa tidak selamat, dan sebenarnya cegah mereka daripada menjadi lebih self control (boleh kawal diri) dan bertingkahlaku lebih matang.
.

Maka INGAT, hasil capaian perkembangan dan tingkahlaku mereka sebenarnya adalah SAMA BANYAK dengan tanggungjawab yang telah saya jalankan kepada mereka. Bermaksud, tingkahlaku anak dan tahap perkembangan anak merujuk kepada berapa banyak peranan dan tanggungjawab yang saya telah laksanakan kepada mereka. Jika anak tak OK tingkahlaku mereka, bermaksud saya yang tak cukup OK.
.

6⃣ [KESAN KASIH SAYANG BERSYARAT ] Jika saya sayang mereka hanya pabila mereka memenuhi standard permintaan saya atau ekspektasi saya, mereka akan RASA TIDAK CUKUP KOMPETEN/cukup cekap dan mereka akan percaya yang tak guna lah mereka berusaha buat yang terbaik, sebab IA TAK PERNAH CUKUP. Mereka akan sentiasa terperangkap dengan rasa tidak selamat mereka, kebimbangan mereka, rendah estim diri dan kemarahan. Untuk cegah ini dari berlaku, Saya perlu sentiasa ingatkan diri saya mengenai TANGGUNGJAWAB saya untuk kesleuruhan pertumbuhan dan perkembangan mereka.
.

7⃣ [KESAN KASIH SAYANG TANPA SYARAT] Jika saya sayangkan mereka dengan tanpa syarat, mereka akan rasa selesa terhadap diri mereka sendiri dan akan boleh mengawal kebimbangan (anxiety) mereka dan mengawal tingkahlaku mereka di sepanjang pembesarannya hingga dewasa.
.
.
Benar, tingkahlaku anak usia 3 atau 12 atau 16 tak sama dan tak boleh dibandingkan, namun ingat,mereka masih anak-anak kita, dan bukan orang dewasa 
.

*point asal dari ‘The 5 Love Languages of Children', oleh Gary Chapman & Ross Campbell, cuma translasi dan sedikit tambahan dari Maznah Ibrahim.
.

*continue... untuk solusi apa kita boleh buat
.


Maznah Ibrahim.

#tangkiemosianak
#kasihsayangtanpasyarat
#UntukBaikiMasyarakatPerlubaikiAspekParenting
Mahu Tahu
BAGAIMANA NAK BERI KASIH SAYANG TAK BERSYARAT KEPADA ANAK?

Adalah dengan cara BERI PENGARUH POSITIF BERARAH BERTERUSAN

Baca tulisan penuh, dengan contoh, dan Sila Komen di post ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=854160648091854&id=477691842405405
Maznah Ibrahim:
Kehidupan Anak Remaja Kita Adalah Satu Kesinambungan Dari Kehidupan Alam Kanak-kanak Mereka dan Parenting Kita
===============================

Saya sedang mengkaji tentang kesihatan semasa remaja kita di Malaysia. Lately ini saya dihalakan kepada intervensi dan pencegahan untuk remaja.
.

Bakal mengendalikan Focus Group Discussion dengan beberapa orang remaja sebentar lagi bagi mengetahui apakah yang mereka mahukan atau suka untuk datang ke klinik kesihatan KKM kami, agar perkhidmatan kami adalah mesra remaja, kan.
.

Juga bakal berkongsi dalam Februari nanti di beberapa slot berkenaan kesihatan remaja, dan pastinya antaranya ialah Personal Safety iaitu berkaitan pencegahan dan perlindungan dari penderaan dan eksploitasi seksual.
.

Ia bermula dengan satu ilmu skil kehidupan. Personal Safety ialah keselamatan peribadi. Peribadi bermaksud sesuatu yang sangat private, dan bila dikaitkan dengan seksualiti ramai yang mengelak, atau beri info salah (tidak tepat), rasa malu dan sebagainya.
.

Hakikatnya remaja atau anak kecil ini amat ingin tahu kerana tidak diberitahu atau dibincangkan secara terbuka.
.

Oh ya lately ini juga saya ditanya mengenai anak kecil lelaki ada merasai perubahan di alat sulit kelamin (zakarnya) yang berkait dengan pandangan mata, sentuhan berkaitan seksual. Ibu Ibu berbeza ini bertanya adakah ia normal?
.

Pabila kita ada sedikit ilmu yang benar, biasanya kita takkan terkejut, malah lebih relaks sebab tahu ia normal. Ia perkembangan yang normal sepenuhnya.
.

Sama macam bila anak kita detox eczema atau sakit lain-lain simptom mengejutkan, jika tak tahu ini apa, kita akan panik. Tapi bila disahkan oleh doktor atau coach kita ini normal, kita akan lebih selesa dan relaks, tidak panik.
.

Maka, sahabat semua, amat penting untuk kita tambah ilmu kehidupan yang pelbagai, kerana ia bakal diwarisi info dan skil ini oleh anak-anak kita.
.

Saya sertakan sedikit beberapa Live Sharing saya sebelum ini berkenaan seksualiti kanak-kanak dan artikel lama saya berkenaan ini.

LIVE SHARING:

(1) - Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak, 0-6 Tahun, Apa Ibubapa Perlu Tahu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787123134795606&id=477691842405405
.
(2) Seksualiti Kanak-kanak: Personal Safety, Peraturan Sentuhan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787200204787899&id=477691842405405
.
(3) Seksualiti Kanak-kanak, Personal Safety, Peraturan Sentuhan (sambungan)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787215634786356&id=477691842405405


Beberapa penulisan lama saya mengenai hal ini di sini:

https://maznahibrahim.com/category/pendidikan-seksualiti-kanak-kanak/
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
Sebagai IbuBapa, Sejauh Mana Kita Cukup Redha dan Maafkan Anak?
===========================

Saya yakin, sahabat saya semua di sini pemaaf orangnya.
.

Percaya tak, anak kecil juga amat pemaaf. Namun kadangkala kita orang dewasa yang mudah simpan lama dan belum memaafkan orang, hatta anak sendiri, mungkin anda masih marah untuk beberapa jam atau hari lagi.
.

Semalam malam saya ada ter marah anakanda sulong saya, dalam keadaan saya amat mengantuk (balik hari dari Perlis-Putrajaya-Perlis).
.

Saya tersedar bila terbangun awal pagi dan teringat untuk minta maaf padanya sesegera mungkin.
.

Paginya bila dia dalam keadaan cukup segar dan sedar, saya minta maaf untuk insiden semalam.
.

Mukanya biasa aja, macam taknak maafkan, hehe😚 (mak menge judge).
.

Saya cakap lagi, betapa pentingnya memaafkan agar hati kita bersih, ringan dan boleh move on macamtu... dalam bahasa mudah saya bercerita.
.

Kemudian antara ayat saya tu macam kita akan teringat-ingat jika tak memaafkan orang, sukar nak ke depan lebih jauh.
.

Lepas tu dia kata, dia sebenarnya dah tak ingat dah, dia memang dah maafkan saya😅 (Adeh, mak eh🙈 ).
.

Saya pun puji dan ucapkan terima kasih, puji sebab dia boleh memaafkan dan terima kasih sebab memaafkan kesalahan saya.
.

Benarlah seperti saya selalu katakan, anak kecil emosinya ringan macam belon. Mereka amat suka main belon, dan beza orang dewasa tak kisah tak heran sangat nak main belon, kejar belon, kan? Sebab emosi anak kecil ringan macam belon dan emosi orang dewasa sarat berat macam sedepuk benda di atas tanah.
.

Kat sini ada satu cerita Human Kind kisah benar, bagaimana seorang ibu yang amat redha dan memaafkan pembunuh anaknya....
.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=157135151605132&id=128075747844406
.

Dan bagaimana ayat ibu ini amat menyentuh hati sesiapa mendengarnya... betapa positif pandangannya terhadap si remaja pesalah ini, sebagai seorang anak yang suci bersih, dan belum cukup aqalnya.
.

Ibu ini amat benar. Seorang anak remaja seperti itu masih muda, dan belum cukup matang untuk bertindak rasional. Beza seorang anak dengan seorang ibubapa iaitu orang dewasa, dalam sebarang tindakannya.
.

Memaafkan adalah kuncinya, agar anak ini boleh move on, jauh lagi.
.

Memaafkan juga adalah kunci perhubungan ukhuwwah sesama manusia, kerana jalinan ini perlu sarat dengan kasih sayang atas nama Rahman Pemurah dan Rahim Pengasihnya Allah, Pencipta kita.
.

Bagaimana kita boleh menyamakan diri kita dengan anak kita? Jika anak anda berusia 6 dan anda 36 tahun, beza 30 tahun asam garam dirasai tu, mana mungkin anda layak menyimpan hati, dendam dan menyalahkan si kecil itu, sedang Allah sendiri amat pengampun kepada hambaNya kita yang baaanyak sangat salahnya.😢
.

Key nya, jadilah seorang Pemaaf, kerana Allah Al Afuw amat pemaaf, dan sifat itu sudah ada dalam diri kita.
.

Saya merasakan, dan mempercayai, seorang anak, lagi kecil usianya, lagi kuat jati diri dan sifat Asmaul Husna Allah dalam dirinya.
.

Betapa seorang anak amat innocent, malah bijaksana jauh lebih smart dari kita, kerana kita banyak dipengaruhi judgement, hasil dari pengalaman lampau.
.

Betapa anak eczema saya jauh lebih berdisiplin dan penyabar dari saya, untuk mempelawa serta menyuakan makanan yang dia tidak boleh makan kepada saya, dan dia tetap berdisiplin tidak makan, kerana dia tahu dia akan kegatalan bila makannya.
.

Betapa hebat emosi dan kecerdikan anak kecil kita!
.

Kita? Banyak belajar dari mereka. Tentunya.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
.

Dah habis baca, pejam mata, cakap pada diri anda dengan penuh perasaan:

"Ya saya seorang ibu yang pengasih dan pemaaf".