Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
TEKNIK PERATURAN DI MEJA MAKAN
.

Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan, ganti dengan Teknik Menerangkan Peraturan Dengan Betul
.

Teknik ini saya sering lakukan ketika di meja makan bersama. Anakanda akan berada di ‘high chair’ nya manakala kami di kerusi dewasa biasa masing-masing.
.

Sejak anakanda berusia 1 tahun 2 bulan (kini 1 tahun 8 bulan), beliau sudah memiliki ‘high chair’ dan mangkuk serta sudunya sendiri. Pabila datang ‘mood’ meneroka dan seronok bermainnya (normal untuk kanak-kanak kecil yang belum ada 'table manners'), beliau akan membaling makanan sama ada ke bawah lantai atau di mana-mana kesukaannya. Ini lebih ketara sejak beliau pandai membaling makanan untuk ikan belaan di kolah rumah kami.
.

Saya akan berkata: “Fateh, makanan untuk dimakan bukan dicampak atau baling (Teknik Menerangkan Peraturan Umum). Fateh makan ni, masuk muuulut!” (Sambil tunjukkan makanan kami dimasukkan ke mulut kami: Teknik Menunjukkan Cara).
.

Selalunya beliau akan ikut, dan kami akan terus memuji : “Bagus, Fateh makan, masuk mulut (puji tingkahlaku). Mummy suka (Impak 1) (sambil senyum lebar: Teknik Ganjaran Sosial). Makanan tak sepah (Impak 2)”.
.

Pabila adegan campak membaling berlaku lagi, kami akan memberitahu sebelum tindakan menarik mangkuknya dilakukan.
.

Saya tidak berkata “Fateh buat lagi, Mummy ambil mangkuk!” (mengugut).
.

Sebaliknya saya hanya menggunakan Teknik Menerangkan Peraturan Makan: “Fateh nampaknya dah kenyang. Mummy ambil mangkuk letak tepi ya” (sambil letakkan ke tepi saya perlahan-lahan).
.

Sekiranya beliau masih belum selesai, beliau akan berbunyi sambil menunjukkan mangkuknya menunjukkan beliau masih mahu makan lagi, dan peluang akan diberi (sambung makan).
.

Biasanya memang benar, pabila peraturan makan tidak dipatuhi lagi, bermaksud anakanda sememangnya sudah kenyang.
.

Seterusnya sesi mengemas akan dilakukan, dan beliau menurut sahaja bermakna beliau okay.
.

Sambungan: teknik memberi solusi, dan teknik menunjukka cara: mengemas lantai bersama.
.

Nota:
=====

*Peraturan Selamat / Meja Makan keluarga anda perlu konsisten dan tindakan disiplin wajar yang ingin dilaksanakan seperti menarik mangkuk ke tepi perlu dillakukan dengan berhemah dan hormat, kerana bayi juga ada perasaan dan harga diri.
.

**Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas sudah mula peringkat Autonomi, iaitu melakukan segala yang difikirkannya boleh secara cuba jaya sendiri. Tindakan menghukum kesilapan seperti marah atau fizikal (menarik kasar dsb) boleh menyebabkan sebaliknya dari Autonomi (Rasa Autonomi: Ini cara saya, Boleh tak saya buat sendiri) kepada rasa Ragu-ragu dan Malu, iaitu rendah estim/harga diri. Kesan berpanjangan boleh dilihat pada kanak-kanak usia mula bersekolah iaitu seawal 4-6 tahun di prasekolah dan sekolah rendah yang kerap rasa kurang yakin diri cuba melakukan sesuatu yang diingininya atau dijangkakan perlu dilakukan di sekolah.
.

Maznah Ibrahim.

t.me/ehsabar

*Repost artikel lama anakanda Fateh usia sebelum 2 tahun.
Teknik Mendorong Anak Kecil Mengemas Selepas Makan
.

Sambungan dari Teknik Pejam Mata Pada Kesalahan anak kecil di meja makan kepada aktiviti mengemas lantai bersama, iaitu Teknik Memberi Solusi dan Menunjukkan Cara.
.

Selesai makan (anak menghulurkan mangkuk makanannya ke depan tanda sudah tidak mahu makan lagi / kenyang), saya akan berkata:
.

"OK, Fateh dah habis makan, Mummy nak kemas” (menyediakan minda anak untuk aktiviti seterusnya).
.

Kemudian saya akan mengambil kain lap saya dan kembali kepadanya. Turunkan beliau dari ‘high chair’ dan berdiri di lantai yang penuh dengan butiran makanan jatuh.
.

“Ok, makanan kita tumpah, maka kita perlu kemaskan lantai ya” (Teknik Memberi Solusi dan Menunjukkan Cara).

.
Anak akan nampak kita buat dan percayalah dia akan sangat ‘prososial’ iaitu membantu mengelap bersama.
.

Pujian diberi : “Alhamdulillah, bagus Fateh nak tolong Mummy kemas, nanti lantai bersih, Mummy pun senang hati”.
.

Beliau akan tolong mengelap / kemas lantai ala kanak-kanaknya (ia berlaku sangat singkat, kurang 1 minit anak diberi peluang mengemas) (bermaksud, sabarlah untuk 1 minit sahaja ya :)
.

Saya tidak memberikan nasihat percuma (membebel) atas kesalahannya seperti: “Hiiish, tengok ni. Banyaknya makanan tumpah. Penat Mummy tau!”, atau “Fateh, lain kali makan la elok-elok, bla bla bla…”. (tak ada idea nak membebel pun, bukan anak faham pun yang dia tangkap ialah rasa kurang enak/kecewa orang dewasa kepadanya).
.

Cara saya menahan kepenatan kerana mengelap setiap hari ialah dengan menarik nafas panjang dengan mulut tertutup, sambil terus melakukan kerja pembersihan (hormone anti-stress akan ter rembes pabila kita melakukan aktiviti fizikal). :D
.

Usai mengelap lantai ala kanak-kanak kecil, saya akan beri ‘hint’ kepada ayah untuk mengambil anak dan membersihkan tangan dan badannya. (biasanya pakaian akan perlu ditukar).
.

Hadiah kepada kesabaran dan membenarkan anak mengekspresikan motor skil halus memegang sudu garfu di meja makan (sambil beliau melihat kami makan bersama: guna sudu/tangan) ialah pada usia 1 tahun 6 bulan, kami dapati cara memegang sudunya amat meningkat baik dan seperti orang dewasa (pegang di hujung sudu dan masuk ke mulut dari depan, bukan tepi sudu).
.

Contoh keadaan lain pabila air dari cawannya atau air kotak kecil tumpah, Fateh akan memberitahu dengan nada ‘kesal’ (imitate / tiru orang dewasa iaitu saya), dengan berkata “Tummpaaaahh…”, saya akan terus memberikan kertas tisu kepada beliau dan secara spontan beliau akan mengelap air tumpah di lantai itu (dahulu saya yang lapkan, kemudian saya ubah dengan Teknik Memberi Solusi, memang berkesan :). Kemudian saya akan menyambung pembersihan yang lebih sempurna selepas itu.
.

Sambil memuji akan tingkahlaku positifnya : “Fateh lap air tumpah, Mummy suka. Pasni minum hati-hati ya” dan beliau akan menjawab : “Hm!” (tone / nada tanda setuju / faham / kerjasama diperolehi) iaitu cara kebiasaan dia menjawab. Sebaliknya jika tidak faham, nada Hmm nya berbunyi tinggi di hujungnya iaitu “Hm?” atau jika tidak setuju beliau akan berkata “Ma mau…”.
.

Kini usia 5, jika dia makan tumpah dan air tumpah, dia cuma perlu tahu di mana kain buruk dan dia akan lap sendiri, (kadangkala dia guna tisu, saya terangkan tisu kecil, air tumpah yang banyak kena guna kain), manakala sapu menggunakan penyapu dan penyodok, dia tahu cara guna, dan akan ambil set itu pabila diminta kemas sendiri. Dia tidak kekok dan tidak menolak melakukannya, doanya agar dia menjadi lelaki dewasa yang mudah bantu kaum wanita, terutama isterinya kelak. InsyaAllah.
.

Nota.
=====

*Kita tidak mengharap anak akan tolong bersihkan lantai secara sempurna, maka beri peluang anak membersihkan bersama adalah peluang prososial (berbuat baik yang diterima peringkat sosial) yang sangat sesuai dilatih di peringkat umur seawal 1 tahun atau pabila anak mula meniru tingkah laku anda sebagai ibu / bapa.
.

*Maksud menunjukkan cara ini ialah dengan andaian kita sebagai ibu/bapa ada perbuat cara betul sebelum itu untuk diikuti dan diterima anak sebagai tingkahlaku ke
biasaan (kerana mata kecil anak melihat dengan sangat ‘zoom in’ sejak awal bayi 6 bulan:- kotor-bersihkan, sepah-kemas, tumpah-lap, habuk-lap.
.

*Dalam disiplin psikologi kanak-kanak, teknik ini dinamakan “Right Wrongs Together” iaitu kita bersama-sama anak pabila dia betul / berjaya, mahupun pabila dia perbuat silap / salah. Ini kerana didikan dan bimbingan berterusan amatlah penting dalam membentuk tingkah laku positif anak.
.

*Contoh jika anak mahu menggunakan / main dengan penyapu lantai / penyodok sampah dan mop, izinkan dia perbuat sama-sama. Beri ruang kecil (5%) untuk dia ‘kerja’kan dengan beri arahan solusi “Fateh sapu sini” sambil anda menyapu bahagian lain seluruhnya (95%), kemudian anda kembali semula kepadanya untuk menyapu di bahagian kecil 5% itu. Selesai, anda puas hati selesai kerja, anak pun puas hati dapat 'kerjakan' (win-win).
.

*Percayalah teknik solusi / menunjukkan cara ini amat berkesan dan mudah, anda tidak penat, anak puas bermain / membantu anda. Sekiranya kita tidak galakkan anak membantu kerja rumah semasa kecil lagi, kerana menganggap dia akan kecahkan lagi suasana atau dia terlalu kecil lagi, jangan kecewa pabila usia dalam 5-6 tahun dan ke atas terutama remaja, anak tidak berminat membantu di dapur hatta meletakkan sebiji pinggannya di sinki sekalipun. Kajian menunjukkan bayi lingkungan usia boleh imitate (tiru) ini amat prososial iaitu keinginan membantu secara semulajadinya sangat ada. Maka kita gunalah sebaik mungkin masa emas ni...
.

Alhamdulillah.

***Repost penulisan lama didik anakanda bawah usia 2 tahun.

Maznah Ibrahim.
KISAH ANAK NO 2....
=================

InsyaAllah kita live bicara malam ni berkenaan:

Betul ke anak no 2 ni orang kata selalu lain dari lain, mencabar, berani, independant, akal lain macam,....

9 Malam, Jumaat 15 Disember 2017.
*Boleh berkongsi dan bertanya soalan juga ya.
.

Maznah Ibrahim.
Alhamdulillah sempat live sharing tadi berkenaan Kisah Anak No 2, ada 3 point penting saya nak sampaikan,


boleh tonton semula di :


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=839056702935582&id=477691842405405
Kenali Anak Kita dari 4 Jenis Ini,
.

Tackle mereka dari 5 Steps ini.
.

Step 1: Bila Anak Bertingkahlaku Mencabar, sentiasa lihat di sebalik mesej anak, bukan di atas iceberg dia. Ingat, iceberg hanya 10%, manakala punca dia ialah bawah iceberg tak nampak, 90%.
.

Steps 2: Kenalpasti Secara Fitrahnya, Kebiasaan, Natural, Anak Jenis Macam Mana.
.


Steps 3: Interprete Makna Tantrum Dia. Tanya Diri. Apa Keperluan Anak Yang Tak Dipenuhi.
.

(contoh Fateh saya baru ini, marah pada orang belakang turuni tangga di Bukit Sami, kerana dia lambat, dia kata : "Eh apa ni, mana boleh potong barisan. Kena beratur" 😂😂😂 Sungguh Anak Thinking saya ini amat marah bila orang tak ikut peraturan, - He needs to feel more respected

Juga - marah bila uncel belakang gelak, dia ingat orang tu gelakkan dia - part ni selalu berlaku, dia Thinking, sensitiviti dia ialah tidak suka dimalukan, walau orang tak berniat nak malukan dia. Part ni kami masih educate dia untuk lebih empatik dan tolerate, fahami perspektif orang lain. Pelan-pelan kayuh.
.

Steps 4: Be Intuitive, Not Reactive. Jangan React, Tapi Respond dengan Mata Hati Dalam Anda. Anda Sebagai Ibu, Adalah Bijak dalam Mengenali Sensitiviti Dia. Faham dan Advocate Ke Orang Luar Yang Tak Faham Anak Kita.
.

Steps 5: Enjoy Your Experience. Setiap Kali Anda Berjaya Fahami Anak dengan Baik, Ucapkan Syabas Kepada Diri.
.
.

Saya sharekan Ebook Dr Anayasmin Azmi, Sahabat Adinda saya, dapatkan Ebook ini, Share Link, Bukan Ebook Pdf nya ya, Hormati Hak Cipta Terpelihara Beliau.

======================

Assalamualaikum,

NAK EBOOK PERCUMA lagi?
"Ebook Cara Kenal Type Anak"
Terhad hari ni sahaja tau.

Klik dan SHARE post fb ni ya:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155664512346690&substory_index=1&id=606421689


Terima kasih..semoga lebih berkat dan bermanfaat!
.
.
Maznah Ibrahim.
Sedarkah Anda, Mengenai Kepentingan Perkembangan Seksualiti Anak-anak Bermula Sejak Anak Dilahirkan?

1 Penulisan Jawapan Saya di sini beserta Sharing FB Live saya, ada 3, di sini:
.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=796870783820841&id=477691842405405

.
Beberapa artikel lama saya di sini:

https://maznahibrahim.com/category/pendidikan-seksualiti-kanak-kanak/


.
Maznah Ibrahim