Terima kasih kepada semua yang bersama kami dalam Tegas Dalam Hikmah. 🤍
Beberapa hari selepas webinar, saya masih membaca satu-satu review dan pandangan yang dikongsikan.
Ada yang membuat saya tersenyum, dan ada juga yang mengingatkan saya kenapa perkongsian seperti ini penting.
Mas berkongsi,
“Penyampaian santai, tapi mesej sampai. Yang paling saya hargai, bagi parent yang pernah tersilap atau terlambat, Pn. Maznah tidak menyalahkan parent, tetapi menggalakkan kita untuk perbetulkan cara, bina semula bonding dan terus mencuba. Paling terkesan bagi saya — belajar untuk memaafkan diri sendiri, move on dan terus berusaha mendidik anak dengan cara yang lebih baik. ...”
— Mas
Hidayah Kamaruddin pula menulis,
“Terima kasih Dr atas ilmu. Saya rasa lebih tenang menghadapi tingkah laku mencabar anak dengan guna ayat atau arahan yang simple terapi tegas.”
— Hidayah Kamaruddin
Dan Rina berkongsi,
“Alhamdulillah dapat ilmu baru, banyak betul kesilapan dalam mendidik anak2 yang sedang membesar. Semoga saya dapat istikhamah praktikkan ilmu baru ni”
— Rina
Terima kasih atas setiap perkongsian yang diberikan. 🌷
Bagi yang sudah mendaftar tetapi tidak sempat mengikuti sesi secara live, rakaman webinar sudah dihantar kepada email anda.
Cuba cari email dengan tajuk:
📩 “Rakaman Webinar Tegas Dalam Hikmah”
Link untuk menonton rakaman ada di dalam email tersebut.
Dan bagi yang belum menyertai webinar tempoh hari, tetapi rasa perkongsian ini mungkin dapat membantu dalam memahami dan mengurus tingkah laku anak dengan lebih jelas, rakaman Tegas Dalam Hikmah juga masih boleh didapatkan.
Dapatkan rakaman >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat terus digunakan sedikit demi sedikit dalam kehidupan bersama anak-anak.
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Selamat Hari Malaysia dan beristirehat bersama keluarga tersayang 😊❤️
.

Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah tempoh hari, kita belajar melihat apa yang mungkin sedang berlaku di sebalik tingkah laku anak.
Kali ini, saya mahu mengajak ibu bapa melihat satu lagi bahagian yang turut mempengaruhi cara kita bertindak - keadaan emosi kita sendiri.
Kita mungkin sudah tahu anak perlu ditegur dengan tenang.
Kita juga tahu meninggikan suara bukan cara yang kita mahu.
Tetapi selepas seharian mengurus kerja, rumah dan pelbagai perkara yang belum selesai, arahan yang perlu diulang beberapa kali pun boleh terasa sangat berat.
Pada waktu itu, bukan ilmu yang tiada.
Kita mungkin sudah terlalu penat untuk menggunakan ilmu yang kita ada.
Sebab itu webinar yang seterusnya saya pilih ialah Webinar Penat Emosi.
Dalam sesi ini, kita akan melihat punca penat emosi dengan lebih menyeluruh. Bukan hanya apa yang mencetuskan rasa marah pada waktu itu, tetapi perkara-perkara yang mungkin sudah lama memenuhi ruang emosi kita.
Kita juga akan melakukan latihan pengurusan emosi bersama semasa sesi live.
Tidak ada satu webinar yang boleh menjawab semua cabaran dalam kehidupan berkeluarga. Setiap kali kita belajar, kita sedang melihat satu lagi bahagian diri dan hubungan kita dengan lebih jelas.
WEBINAR PENAT EMOSI
Fahami Punca dan Urus Emosi Sebelum Ia Meletus
📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam
Yuran early bird: RM49
Daftar di sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/pe
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Yuran early bird akan tamat malam ini jam 11.59 malam.

Penat emosi tidak semestinya nampak sebagai marah atau menjerit.
Ada orang masih boleh bercakap seperti biasa, tetapi dalam hati sudah rasa tidak mahu diganggu.
Ada yang memilih untuk diam sebab takut tersalah cakap.
Ada juga yang mendapati perkara kecil mula terasa berat: bunyi anak memanggil, soalan yang sama, barang yang tidak disimpan atau tugasan rumah yang belum selesai.
Dari luar, kita mungkin masih nampak seperti sedang mengurus semuanya.
Tetapi dalam diri, tenaga untuk mendengar, berfikir dan memberi respons dengan baik semakin berkurang.
Sebab itu kita tidak perlu menunggu sehingga emosi benar-benar meletus untuk mula memberi perhatian kepada keadaan diri.
Dalam Webinar Penat Emosi, kita akan belajar membezakan penat fizikal, penat berfikir dan penat emosi. Kita juga akan melihat puncanya dengan lebih menyeluruh, sebelum memilih strategi dan latihan yang sesuai untuk diamalkan.
📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam
Daftar di sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/pe
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Yuran early bird tamat malam ini pada jam 11.59 malam.

“Aku cuma perlukan tidur.”
Memang ada penat yang menjadi lebih baik selepas badan mendapat rehat yang cukup.
Tetapi pernah juga kita bangun selepas tidur dan rasa itu masih ada.
Kepala masih memikirkan banyak perkara.
Hati masih membawa sesuatu yang belum selesai.
Tenaga untuk melayan soalan, mendengar cerita atau membuat keputusan pun terasa semakin kurang.
Mungkin kerana tidak semua penat itu sama.
Ada penat fizikal yang dirasai oleh badan.
Ada penat berfikir apabila terlalu banyak perkara perlu diingat dan diurus.
Ada juga penat emosi apabila terlalu banyak rasa yang dipendam, ditahan atau belum sempat diproses.
Kalau jenis penatnya berbeza, cara kita menjaganya juga mungkin tidak sama.
Dalam Webinar Penat Emosi, kita akan belajar membezakan keadaan ini dan melihat puncanya dengan lebih menyeluruh sebelum memilih apa yang boleh dilakukan.
📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam
Maklumat lanjut dan pendaftaran:
https://webinar.maznahibrahim.com/pe

🚨 PERNAH TAK ANAK MENGAMUK, KITA PUN KADANG IKUT MENGAMUK SEKALI? 😮💨
Anak menangis, menjerit, mengamuk… kita suruh diam. Dia makin kuat, kita makin hilang sabar.
Tapi pernah tak kita berhenti sekejap dan tanya: “Apa sebenarnya yang anak sedang cuba sampaikan?” 🥺
Kadang-kadang, di sebalik tingkah laku yang menguji kesabaran, ada emosi yang anak sendiri belum tahu cara nak uruskan.
💛 Jom belajar bersama Dr Maznah Ibrahim, Pegawai Psikologi (Kaunseling) untuk faham emosi anak dan belajar cara bantu mereka bertenang tanpa kita turut sama meletup.
📌 Kenapa Anak Tiba-Tiba Meletup? :
Memahami Tingkah Laku dan Pengalaman Emosi Anak
📅 1 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 9.00 – 10.00 malam
💻 Google Meet
💰 RM10 SAHAJA
👉 NAK join sesi ini? Klik terus sini:
https://online.moontree.com.my/live-sessions-landing

Apabila emosi terasa tidak stabil, kita selalunya mahu terus mencari cara untuk mengubahnya.
Tetapi perubahan tidak semestinya bermula dengan memaksa diri supaya cepat tenang.
Ada satu proses yang perlu berlaku terlebih dahulu: faham apa yang sedang berlaku, terima keadaan diri sekarang, kemudian buat adjustment yang sesuai.
Nor Shuhada, salah seorang peserta Webinar Penat Emosi sebelum ini, berkongsi:
~Nor Shuhada
Faham, Terima dan Adjust bukan bermaksud kita membiarkan keadaan terus begitu.
Ia membantu kita bermula daripada keadaan sebenar, bukan daripada tuntutan supaya diri terus berubah sekaligus.
Proses ini akan menjadi salah satu bahagian yang kita pelajari dalam Webinar Penat Emosi.
📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam
Maklumat lanjut dan pendaftaran >> https://webinar.maznahibrahim.com/pe
Dr. Maznah Ibrahim
Penafian: Hasil adalah berbeza untuk setiap individu.

Berkongsian yang sangat bagus. Baru sekarang saya rasa faham dan terima kenapa emosi saya tidak stabil. InsyaAllah dengan perkongsian ilmu Puan tadi saya akan buat adjustment. Terima kasih Puan semoga dipermudahkan segala urusan puan dan dimurahkan rezeki puan.”
~Nor Shuhada
Faham, Terima dan Adjust bukan bermaksud kita membiarkan keadaan terus begitu.
Ia membantu kita bermula daripada keadaan sebenar, bukan daripada tuntutan supaya diri terus berubah sekaligus.
Proses ini akan menjadi salah satu bahagian yang kita pelajari dalam Webinar Penat Emosi.
📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam
Maklumat lanjut dan pendaftaran >> https://webinar.maznahibrahim.com/pe
Dr. Maznah Ibrahim
Penafian: Hasil adalah berbeza untuk setiap individu.
“Mama, mana stokin saya?”
Soalan itu biasa sahaja.
Tetapi pada waktu yang sama, kita sedang memikirkan mesej kerja yang belum dijawab, barang dapur yang perlu dibeli, bil yang belum dibayar dan seorang lagi anak yang masih belum bersiap.
Apabila soalan yang sama ditanya sekali lagi, nada suara mula berubah.
Kadang yang membuatkan emosi terasa berat bukan satu soalan itu sahaja.
Soalan itu kecil. Beban yang dibawa sebelum itu mungkin tidak.
Sebab itu kalau kita hanya melihat perkara terakhir yang berlaku, kita mungkin terlepas apa yang sudah lama memenuhi fikiran dan emosi kita.
Dalam Webinar Penat Emosi, kita akan melihat punca penat emosi dengan lebih menyeluruh. Supaya kita tidak terus menghukum diri berdasarkan satu reaksi, tetapi mula memahami apa yang sedang menambah beban di dalam diri.
📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam
Maklumat lanjut dan pendaftaran:
KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/pe

Kita selalu bertanya anak,
“Hari ini belajar apa?”
“Dah siap kerja sekolah?”
“Esok kena bawa buku apa?”
Semua soalan ini penting. Kita memang perlu tahu apa yang sedang berlaku dalam rutin anak.
Sekali-sekala, cuba tanya satu soalan yang tidak perlu membawa kepada nasihat atau tugasan:
“Apa perkara yang paling buat kamu senyum hari ini?”
Kemudian dengar sahaja jawapannya.
Perbualan kecil seperti ini mungkin nampak biasa. Tetapi ia memberi ruang kepada anak untuk berkongsi perkara yang mereka sendiri pilih, bukan hanya perkara yang kita perlu periksa.
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Pendaftaran Webinar Penat Emosi sudah dibuka.

Ada kerja yang selesai apabila kita sudah melakukannya.
Pinggan sudah dibasuh.
Baju sudah dilipat.
Anak sudah dihantar ke sekolah.
Tetapi ada juga kerja yang terus berjalan di dalam kepala.
Ingat tarikh aktiviti sekolah.
Fikir apa yang hendak dimasak.
Periksa stok barang rumah.
Susun temu janji, kerja dan keperluan setiap orang.
Walaupun sedang duduk, fikiran belum tentu sedang berehat.
Kerja yang tidak kelihatan tetap menggunakan tenaga.
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Jika anda belum mendaftar untuk Webinar Penat Emosi, maklumat lanjut ada di sini:
Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/pe

Hari Sabtu kita mungkin keluar berjumpa keluarga, menghadiri kenduri atau membawa anak-anak berjalan.
Seronok. Dapat jumpa orang yang kita sayang, makan bersama, dengar cerita mereka. Anak-anak pun gembira.
Tetapi bila sampai di rumah, ada ibu bapa yang terus rasa mahu diam sebentar. Anak masih bertenaga dan mahu bercerita, sedangkan kita sudah penat mendengar, menjawab dan memberi perhatian sepanjang hari.
Kita boleh menikmati masa bersama keluarga dan tetap berasa letih selepas itu. Dua perkara ini tidak bercanggah.
Kadang-kadang kita cepat menolak rasa penat itu kerana, “Bukannya aku bekerja hari ini.” Padahal bukan kerja pejabat sahaja yang menggunakan tenaga. Berada bersama ramai orang, mengurus anak di luar rumah dan sentiasa memberi respons juga memerlukan perhatian.
Petang ini, kalau badan dan fikiran terasa perlukan masa yang lebih perlahan, perhatikan dahulu keadaan itu. Tidak perlu tunggu sehingga suara mula berubah baru kita mengaku yang kita penat.
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Jika topik menjaga keadaan emosi sendiri dekat dengan anda, maklumat Webinar Penat Emosi ada di sini:

Hari cuti pun boleh terasa seperti ada jadual yang perlu dikejar.
Kemas rumah, beli barang, bawa anak keluar. Menjelang petang, teringat pula baju sekolah yang belum disiapkan dan kerja yang menunggu esok.
Kita merancang semua itu dengan niat yang baik. Mahu urusan rumah selesai, mahu anak gembira, mahu Isnin nanti tidak terlalu kelam-kabut.
Jadi apabila satu rancangan tak menjadi, kita boleh rasa seolah-olah hari cuti ini sudah terbuang.
Tetapi cuba tanya: adakah keluarga kita perlukan semua rancangan itu hari ini, atau kita sedang berusaha memenuhi gambaran tentang “cuti yang sempurna”?
Kadang-kadang, satu urusan yang selesai dan masa yang tidak tergesa-gesa bersama anak sudah cukup untuk hari tersebut. Ada keluarga yang perlu lebih banyak berehat; ada yang memang seronok keluar. Keperluan setiap rumah tidak sama.
Kalau jadual hari ini terasa terlalu padat, pilih satu perkara yang benar-benar penting. Yang lain boleh dijadualkan semula tanpa menganggap seluruh hari gagal.
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Pendaftaran Webinar Penat Emosi sudah dibuka. Maklumat lanjut:
klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/pe