Parenting Maznah Ibrahim
15.8K subscribers
2.41K photos
52 videos
29 files
2.19K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
“Jangan sepahkan rumah.”

“Jangan kacau adik.”

“Jangan buat Mama marah.”

Kita mungkin sangat jelas tentang apa yang kita tak mahu anak lakukan.

Tapi anak pula...

Adakah dia jelas tentang apa yang kita mahu dia lakukan?

Contohnya, “jangan sepahkan rumah” mungkin jelas bagi kita.

Tetapi bagi seorang anak, apa sebenarnya yang perlu dia buat?

Simpan mainan selepas bermain?

Letakkan kasut di rak?

Bawa pinggan sendiri ke sinki?

Kadang-kadang kita melihat anak seperti tidak mengikut arahan.

Sedangkan perkara yang kita harapkan daripadanya masih terlalu besar atau terlalu umum untuk dia fahami dengan jelas.

Sebab itu dalam membimbing tingkah laku anak, salah satu perkara yang penting ialah kita sendiri tahu tingkah laku apa yang sebenarnya kita mahu lihat.

Lebih jelas matlamatnya, lebih mudah kita membimbing anak sedikit demi sedikit ke arah itu.

Esok malam dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, saya akan berkongsi dengan lebih lanjut bagaimana kita boleh melihat dan memahami tingkah laku anak sebelum menentukan tindakan yang sesuai.

🗓 Sabtu, 12 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Kalau selama ini kita banyak menyebut apa yang anak jangan buat, mungkin hari ini boleh cuba fikir satu perkara: apa sebenarnya yang kita mahu dia belajar buat?
Ada masa kita tahu anak perlu ditegur.

Tapi kita sendiri teragak-agak...

“Aku kena tegas sampai tahap mana?”

Kalau terlalu lembut, kita risau anak tak belajar.

Kalau terlalu keras, kita pula rasa bersalah selepas itu.

Akhirnya, bukan anak sahaja yang keliru.

Kita sendiri kadang-kadang tidak pasti bagaimana hendak bertindak apabila tingkah laku yang sama berulang.

Sebab ketegasan bukan sekadar tentang keras atau lembut.

Yang lebih penting ialah kita memahami tingkah laku yang sedang berlaku, apa yang mahu kita bantu anak pelajari, dan bagaimana respons kita boleh membantu ke arah itu.

Inilah antara perkara yang akan kita lihat dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, dari perspektif pengurusan tingkah laku dan psikologi.

🗓 Sabtu, 12 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Kalau persoalan “aku patut buat apa sekarang?” pernah bermain dalam fikiran, saya mengalu-alukan anda untuk bersama saya.

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Bukan untuk menjadi ibu bapa yang sentiasa tahu apa hendak dibuat. Tetapi supaya kita ada asas yang lebih jelas apabila perlu membuat keputusan.
Malam ini kita jumpa 😊

Sebelum itu, saya nak tinggalkan satu soalan untuk kita fikirkan.

Bila anak melakukan sesuatu yang kita tidak mahu...

Adakah kita sudah jelas apa yang sebenarnya kita mahu anak belajar daripada situasi itu?

Kadang-kadang kita terlalu fokus untuk menghentikan apa yang sedang berlaku.

“Jangan pukul adik.”

“Jangan jerit.”

“Jangan sepahkan.”

“Jangan buat lagi.”

Memang ada tingkah laku yang perlu dihentikan.

Tetapi selepas ia berhenti, masih ada satu bahagian penting:

Apa yang kita mahu anak belajar untuk dilakukan selepas ini?

Sebab matlamat kita bukan sekadar supaya sesuatu tingkah laku itu berhenti pada waktu tersebut.

Kita juga sedang membantu anak belajar bagaimana untuk bertindak dengan lebih baik apabila berhadapan dengan situasi yang sama pada masa akan datang.

Inilah antara cara kita akan melihat pengurusan tingkah laku anak dalam Tegas Dalam Hikmah malam ini.

Bukan sekadar melihat apa yang anak buat.

Tetapi lebih jelas tentang apa yang sedang kita cuba ajarkan kepada mereka.

🗓 HARI INI | Sabtu, 12 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Kalau anda masih belum mendaftar, saya mengalu-alukan anda untuk bersama saya malam ini.

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Yang sudah mendaftar, insya-Allah kita jumpa malam ini. Doakan semuanya lancar.
.
.
Kita mula sejam lagi. 😊

Malam ini, jam 8.30 malam, kita akan bersama dalam webinar Tegas Dalam Hikmah.

Kalau selama ini ada masa anda berdepan dengan tingkah laku anak dan terfikir,

“Apa sebenarnya yang patut aku buat sekarang?”

Malam ini kita akan melihat pengurusan tingkah laku anak daripada perspektif psikologi supaya kita mempunyai asas yang lebih jelas sebelum menentukan bagaimana mahu bertindak.

Tak perlu menjadi ibu bapa yang sentiasa tahu jawapannya.

Tetapi kita boleh belajar untuk lebih memahami apa yang sedang berlaku dan membimbing anak dengan lebih jelas.

🟢 MULA 8.30 MALAM INI
💻 Live Online

Kalau anda masih belum mendaftar dan mahu bersama saya malam ini, masih sempat.

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Jika anda sudah mendaftar, boleh dapatkan link akses webinar di dalam email yang telah dihantar sebelum ini.

Jumpa sebentar lagi 😊

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Boleh masuk lebih awal supaya tidak terlepas bahagian permulaan.
.
.
Terima kasih kepada semua yang bersama kami dalam Tegas Dalam Hikmah. 🤍

Beberapa hari selepas webinar, saya masih membaca satu-satu review dan pandangan yang dikongsikan.

Ada yang membuat saya tersenyum, dan ada juga yang mengingatkan saya kenapa perkongsian seperti ini penting.

Mas berkongsi,

“Penyampaian santai, tapi mesej sampai. Yang paling saya hargai, bagi parent yang pernah tersilap atau terlambat, Pn. Maznah tidak menyalahkan parent, tetapi menggalakkan kita untuk perbetulkan cara, bina semula bonding dan terus mencuba. Paling terkesan bagi saya — belajar untuk memaafkan diri sendiri, move on dan terus berusaha mendidik anak dengan cara yang lebih baik. ...”
— Mas

Hidayah Kamaruddin pula menulis,

“Terima kasih Dr atas ilmu. Saya rasa lebih tenang menghadapi tingkah laku mencabar anak dengan guna ayat atau arahan yang simple terapi tegas.”
— Hidayah Kamaruddin

Dan Rina berkongsi,

“Alhamdulillah dapat ilmu baru, banyak betul kesilapan dalam mendidik anak2 yang sedang membesar. Semoga saya dapat istikhamah praktikkan ilmu baru ni”
— Rina

Terima kasih atas setiap perkongsian yang diberikan. 🌷

Bagi yang sudah mendaftar tetapi tidak sempat mengikuti sesi secara live, rakaman webinar sudah dihantar kepada email anda.

Cuba cari email dengan tajuk:

📩 “Rakaman Webinar Tegas Dalam Hikmah”

Link untuk menonton rakaman ada di dalam email tersebut.

Dan bagi yang belum menyertai webinar tempoh hari, tetapi rasa perkongsian ini mungkin dapat membantu dalam memahami dan mengurus tingkah laku anak dengan lebih jelas, rakaman Tegas Dalam Hikmah juga masih boleh didapatkan.

Dapatkan rakaman >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat terus digunakan sedikit demi sedikit dalam kehidupan bersama anak-anak.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Selamat Hari Malaysia dan beristirehat bersama keluarga tersayang 😊❤️
.
.
Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah tempoh hari, kita belajar melihat apa yang mungkin sedang berlaku di sebalik tingkah laku anak.

Kali ini, saya mahu mengajak ibu bapa melihat satu lagi bahagian yang turut mempengaruhi cara kita bertindak - keadaan emosi kita sendiri.

Kita mungkin sudah tahu anak perlu ditegur dengan tenang.

Kita juga tahu meninggikan suara bukan cara yang kita mahu.

Tetapi selepas seharian mengurus kerja, rumah dan pelbagai perkara yang belum selesai, arahan yang perlu diulang beberapa kali pun boleh terasa sangat berat.

Pada waktu itu, bukan ilmu yang tiada.

Kita mungkin sudah terlalu penat untuk menggunakan ilmu yang kita ada.

Sebab itu webinar yang seterusnya saya pilih ialah Webinar Penat Emosi.

Dalam sesi ini, kita akan melihat punca penat emosi dengan lebih menyeluruh. Bukan hanya apa yang mencetuskan rasa marah pada waktu itu, tetapi perkara-perkara yang mungkin sudah lama memenuhi ruang emosi kita.

Kita juga akan melakukan latihan pengurusan emosi bersama semasa sesi live.

Tidak ada satu webinar yang boleh menjawab semua cabaran dalam kehidupan berkeluarga. Setiap kali kita belajar, kita sedang melihat satu lagi bahagian diri dan hubungan kita dengan lebih jelas.

WEBINAR PENAT EMOSI
Fahami Punca dan Urus Emosi Sebelum Ia Meletus

📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam

Yuran early bird: RM49

Daftar di sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/pe

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Yuran early bird akan tamat malam ini jam 11.59 malam.
Penat emosi tidak semestinya nampak sebagai marah atau menjerit.

Ada orang masih boleh bercakap seperti biasa, tetapi dalam hati sudah rasa tidak mahu diganggu.

Ada yang memilih untuk diam sebab takut tersalah cakap.

Ada juga yang mendapati perkara kecil mula terasa berat: bunyi anak memanggil, soalan yang sama, barang yang tidak disimpan atau tugasan rumah yang belum selesai.


Dari luar, kita mungkin masih nampak seperti sedang mengurus semuanya.

Tetapi dalam diri, tenaga untuk mendengar, berfikir dan memberi respons dengan baik semakin berkurang.

Sebab itu kita tidak perlu menunggu sehingga emosi benar-benar meletus untuk mula memberi perhatian kepada keadaan diri.


Dalam Webinar Penat Emosi, kita akan belajar membezakan penat fizikal, penat berfikir dan penat emosi. Kita juga akan melihat puncanya dengan lebih menyeluruh, sebelum memilih strategi dan latihan yang sesuai untuk diamalkan.

📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam


Daftar di sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/pe

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Yuran early bird tamat malam ini pada jam 11.59 malam.
“Aku cuma perlukan tidur.”

Memang ada penat yang menjadi lebih baik selepas badan mendapat rehat yang cukup.

Tetapi pernah juga kita bangun selepas tidur dan rasa itu masih ada.

Kepala masih memikirkan banyak perkara.

Hati masih membawa sesuatu yang belum selesai.

Tenaga untuk melayan soalan, mendengar cerita atau membuat keputusan pun terasa semakin kurang.


Mungkin kerana tidak semua penat itu sama.

Ada penat fizikal yang dirasai oleh badan.

Ada penat berfikir apabila terlalu banyak perkara perlu diingat dan diurus.

Ada juga penat emosi apabila terlalu banyak rasa yang dipendam, ditahan atau belum sempat diproses.

Kalau jenis penatnya berbeza, cara kita menjaganya juga mungkin tidak sama.


Dalam Webinar Penat Emosi, kita akan belajar membezakan keadaan ini dan melihat puncanya dengan lebih menyeluruh sebelum memilih apa yang boleh dilakukan.

📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam

Maklumat lanjut dan pendaftaran:
https://webinar.maznahibrahim.com/pe

Dr. Maznah Ibrahim
🚨 PERNAH TAK ANAK MENGAMUK, KITA PUN KADANG IKUT MENGAMUK SEKALI? 😮‍💨

Anak menangis, menjerit, mengamuk… kita suruh diam. Dia makin kuat, kita makin hilang sabar.

Tapi pernah tak kita berhenti sekejap dan tanya: “Apa sebenarnya yang anak sedang cuba sampaikan?” 🥺

Kadang-kadang, di sebalik tingkah laku yang menguji kesabaran, ada emosi yang anak sendiri belum tahu cara nak uruskan.

💛 Jom belajar bersama Dr Maznah Ibrahim, Pegawai Psikologi (Kaunseling) untuk faham emosi anak dan belajar cara bantu mereka bertenang tanpa kita turut sama meletup.

📌 Kenapa Anak Tiba-Tiba Meletup? :
Memahami Tingkah Laku dan Pengalaman Emosi Anak

📅 1 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 9.00 – 10.00 malam
💻 Google Meet
💰 RM10 SAHAJA

👉 NAK join sesi ini? Klik terus sini:
https://online.moontree.com.my/live-sessions-landing
Apabila emosi terasa tidak stabil, kita selalunya mahu terus mencari cara untuk mengubahnya.

Tetapi perubahan tidak semestinya bermula dengan memaksa diri supaya cepat tenang.

Ada satu proses yang perlu berlaku terlebih dahulu: faham apa yang sedang berlaku, terima keadaan diri sekarang, kemudian buat adjustment yang sesuai.


Nor Shuhada, salah seorang peserta Webinar Penat Emosi sebelum ini, berkongsi:

Berkongsian yang sangat bagus. Baru sekarang saya rasa faham dan terima kenapa emosi saya tidak stabil. InsyaAllah dengan perkongsian ilmu Puan tadi saya akan buat adjustment. Terima kasih Puan semoga dipermudahkan segala urusan puan dan dimurahkan rezeki puan.”


~Nor Shuhada


Faham, Terima dan Adjust bukan bermaksud kita membiarkan keadaan terus begitu.

Ia membantu kita bermula daripada keadaan sebenar, bukan daripada tuntutan supaya diri terus berubah sekaligus.

Proses ini akan menjadi salah satu bahagian yang kita pelajari dalam Webinar Penat Emosi.

📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam

Maklumat lanjut dan pendaftaran >> https://webinar.maznahibrahim.com/pe

Dr. Maznah Ibrahim

Penafian: Hasil adalah berbeza untuk setiap individu.
“Mama, mana stokin saya?”

Soalan itu biasa sahaja.

Tetapi pada waktu yang sama, kita sedang memikirkan mesej kerja yang belum dijawab, barang dapur yang perlu dibeli, bil yang belum dibayar dan seorang lagi anak yang masih belum bersiap.

Apabila soalan yang sama ditanya sekali lagi, nada suara mula berubah.


Kadang yang membuatkan emosi terasa berat bukan satu soalan itu sahaja.

Soalan itu kecil. Beban yang dibawa sebelum itu mungkin tidak.

Sebab itu kalau kita hanya melihat perkara terakhir yang berlaku, kita mungkin terlepas apa yang sudah lama memenuhi fikiran dan emosi kita.


Dalam Webinar Penat Emosi, kita akan melihat punca penat emosi dengan lebih menyeluruh. Supaya kita tidak terus menghukum diri berdasarkan satu reaksi, tetapi mula memahami apa yang sedang menambah beban di dalam diri.

📅 Sabtu, 14 November 2026
🕣 8.30 malam

Maklumat lanjut dan pendaftaran:

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/pe

Dr. Maznah Ibrahim