Parenting Maznah Ibrahim
15.9K subscribers
2.37K photos
52 videos
29 files
2.15K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Tak semua arahan kepada anak perlu menggunakan kata-kata.

Biasanya bila kita mahu anak berhenti melakukan sesuatu, kita akan bercakap.

“Jangan.”

“Berhenti.”

“Dah, cukup.”

Kalau anak masih buat, kita ulang lagi.

Tetapi ada keadaan di mana kita sebenarnya boleh menyampaikan mesej kepada anak tanpa perlu menambah banyak kata-kata.

Salah satu caranya ialah melalui isyarat bahasa tubuh.

Nampak kecil.

Tetapi apabila anak sudah memahami maksud sesuatu isyarat, kita tak semestinya perlu mengulang arahan yang sama berkali-kali.

Dan ini antara perkara yang menarik dalam pengurusan tingkah laku anak.

Ada teknik yang nampak sangat simple, tetapi kita perlu tahu bagaimana dan bila hendak menggunakannya.

Esok dalam Tegas Dalam Hikmah, saya akan kongsikan beberapa pendekatan praktikal yang boleh digunakan dalam situasi harian bersama anak.

Esok kita jumpa 😊

📅 Sabtu, 5 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Jika anda belum mendaftar:

Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.
Malam ni kita jumpa 😊

Sepanjang beberapa minggu ini, saya banyak berkongsi tentang tingkah laku anak.

Tentang perkara-perkara kecil yang berlaku setiap hari.

Anak tak mahu ikut arahan.

Perkara yang sama perlu diulang.

Kita dah cuba satu cara, kemudian cuba cara yang lain.

Dan ada waktunya kita sendiri tertanya-tanya,

“Apa lagi yang aku tak nampak?”

Malam ini, saya mahu kita duduk dan melihat tingkah laku anak dengan lebih tersusun.

Bukan untuk mencari ibu bapa yang sempurna.

Bukan juga supaya selepas webinar nanti anak terus berubah semuanya.

Tetapi supaya apabila berdepan sesuatu situasi dengan anak, kita mempunyai lebih banyak kefahaman tentang apa yang sedang berlaku dan apa yang boleh kita lakukan.

Itulah yang saya harap anda boleh bawa pulang daripada Tegas Dalam Hikmah malam ini.

Kalau dah mendaftar, jumpa malam ni 😊

Kalau masih belum, pendaftaran masih dibuka:

📅 Hari ini, Sabtu 5 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.
Atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan, webinar live Tegas Dalam Hikmah yang dijadualkan malam ini terpaksa saya tunda ke minggu hadapan.

📅 Tarikh baharu: Sabtu, 12 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Saya mohon maaf atas perubahan ini dan segala kesulitan yang berlaku.

Terima kasih atas kefahaman anda. Insya-Allah kita jumpa minggu hadapan. 🙏

Dr. Maznah Ibrahim
Bila anak buat salah, cepat kita nampak.

Mainan tak dikemas.

Baju dibiarkan atas lantai.

Bergaduh dengan adik.

Dipanggil berkali-kali tak datang.

Semua ini mudah menarik perhatian kita.

Tapi cuba fikir satu lagi perkara.

Hari anak letak kasut di tempatnya tanpa disuruh.

Hari dia berkongsi dengan adik.

Hari dipanggil sekali, dia terus datang.

Adakah kita perasan juga?

Dalam sehari, mungkin ada banyak tingkah laku anak yang kita sebenarnya mahu lihat lebih kerap.

Cuma kerana ia tidak menimbulkan masalah, ia lebih mudah berlalu begitu sahaja.

Dalam pengurusan tingkah laku, kita bukan hanya melihat bagaimana hendak mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.

Kita juga perlu melihat bagaimana hendak meningkatkan tingkah laku yang kita mahu anak lakukan lebih kerap.

Dua-duanya penting.

Dan dalam Tegas Dalam Hikmah, kita akan lihat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk tujuan ini.

📅 Sabtu, 12 September 2026 (Tarikh Baru)
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
Kalau anak buat salah, kita selalu fikir apa yang perlu kita buat kepada anak.

Tegur?

Beri consequence?

Tarik sesuatu yang dia suka?

Tetapi ada satu lagi keadaan yang menarik untuk kita fikirkan.

Bila emosi anak sedang tinggi, adakah waktu itu dia benar-benar bersedia untuk menerima apa yang kita mahu sampaikan?

Dalam Tegas Dalam Hikmah, saya kongsikan satu pendekatan yang dipanggil Peace Corner.

Namanya mungkin kedengaran seperti tempat untuk anak yang sedang “buat perangai”.

Tetapi sebenarnya, Peace Corner bukan tempat menghukum atau mengasingkan anak.

Ia adalah ruang yang disediakan untuk membantu anak menenangkan perasaan dan bersantai, termasuk selepas dia melakukan kesilapan.

Menarik kan?

Anak baru buat salah..

tetapi kita masih menyediakan ruang yang selamat untuk emosinya

Kenapa pendekatannya begitu?

Dan bagaimana pula kita nak gunakan ruang seperti ini tanpa anak menganggap dia boleh buat apa sahaja

Yang itu kita explore dalam Tegas Dalam Hikmah nanti �

📌 Tarikh baru
📅 Sabtu, 12 September 202
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
“Mulai hari ni, mama nak adik lebih bertanggungjawab.”

Niat kita jelas.

Tapi cuba kita tengok daripada sudut anak pula.

“Lebih bertanggungjawab” tu... kena buat apa?

Kemas mainan sendiri?

Letak kasut di tempatnya?

Bawa pinggan ke sinki selepas makan?

Siapkan beg sekolah sebelum tidur?

Kadang-kadang kita tahu perubahan besar yang kita mahu lihat pada anak.

Tetapi bagi anak, perubahan itu mungkin perlu bermula dengan sesuatu yang lebih kecil dan lebih jelas.

Dalam pengurusan tingkah laku, antara prinsip yang saya kongsikan ialah:

matlamat perlu jelas dan khusus, kemudian dipecahkan kepada sasaran yang lebih mudah.

Jadi daripada mahu anak terus menjadi “lebih bertanggungjawab”..

mungkin kita boleh mula dengan satu tingkah laku yang anak benar-benar tahu apa yang perlu dibuat

Nampak kecil

Tetapi perubahan tingkah laku memang tak semestinya perlu bermula dengan sesuatu yang besar

Dalam Tegas Dalam Hikmah, kita akan lihat pengurusan tingkah laku anak dengan lebih tersusun, daripada prinsip asas sehinggalah kepada teknik-teknik yang boleh digunakan

📌 Tarikh baru
📅 Sabtu, 12 September 202
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
>
Tak semestinya tunggu anak buat salah dulu baru kita bertindak.

Kita nampak dua beradik mula berebut.

Suara mula berubah.

Masing-masing mula tarik barang yang sama.

Selalunya kita tunggu sehingga...

“MAAAA!”

Seorang menangis.

Seorang lagi marah.

Barulah kita masuk campur. 😅

Tetapi sebenarnya ada satu ruang kecil sebelum keadaan itu sampai ke situ.

Kita nampak tanda-tandanya.

Kita boleh agak apa yang mungkin berlaku selepas itu.

Dalam Tegas Dalam Hikmah, salah satu pendekatan yang saya kongsikan ialah Teknik Alih Perhatian.

Bukan tunggu tingkah laku yang tidak diingini berlaku kemudian baru cuba menghentikannya.

Tetapi kesan tandanya lebih awal dan alihkan perhatian sebelum ia berlaku.

Nampak simple kan?
Cuma persoalannya..

bila masa yang sesuai untuk kita masuk?

Terlalu awal, mungkin sebenarnya anak-anak boleh selesaikan sendiri

Terlambat pula, keadaan mungkin dah meletup

Di sinilah kita perlukan sedikit seni dalam mengurus tingkah laku anak

Kita akan tengok bagaimana pendekatan seperti ini digunakan dalam Tegas Dalam Hikmah nanti

📌 Tarikh baru
📅 Sabtu, 12 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
Tak dapat bintang... tak semestinya kena marah.

Bayangkan kita buat satu sistem dengan anak.

Siap tugasan, dapat satu bintang ⭐

Tak siap?

Tak dapat bintang.

Itu sahaja.

Tak perlu tambah,

“Kan mama dah cakap.”

“Kenapa susah sangat nak buat?”

“Tengok... orang lain boleh.”

Menariknya, dalam Tegas Dalam Hikmah ada satu teknik yang menggunakan konsep:

“Dapat vs Tak Dapat”

bukan

“Dapat vs Dikecam.”

Ia dipanggil Token.

Anak boleh mendapat token seperti bintang, pelekat atau benda tertentu apabila menyelesaikan tugasan. Token-token itu kemudiannya boleh dikumpulkan untuk ditukar dengan sesuatu yang telah ditetapkan.

Tetapi saya tak mahu kita berhenti pada idea,

“Oh... bagi sticker rupanya”

Sebab menggunakan token bukan sekadar menyediakan carta dan kemudian bagi bintang

Dalam webinar nanti kita akan lihat bagaimana teknik seperti ini berada dalam pengurusan tingkah laku anak secara lebih menyeluruh

📌 Tarikh baru
📅 Sabtu, 12 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Jom sertai >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
“Tapi abang dulu umur 7 tahun dah boleh buat sendiri.”

Kadang-kadang tanpa sedar, pengalaman kita dengan seorang anak menjadi ukuran untuk anak yang lain.

Abang dulu cepat berdikari.

Kakak dulu mudah ikut rutin.

Adik pula lain.

Lalu kita tertanya-tanya,

“Kenapa dengan dia susah sangat?”

Sedangkan dalam pengurusan tingkah laku, anak bukan sekadar perlu dilihat berdasarkan apa yang kita harapkan daripada usianya.

Kita juga perlu melihat anak yang sedang berada di depan kita, serta keadaan dan persekitarannya sekarang.

Sebab itu sesuatu yang menjadi pada seorang anak belum tentu berlaku dengan cara yang sama pada anak yang lain.

Bukan bermaksud kita tak boleh mempunyai harapan atau batasan.

Tetapi sebelum kita menentukan apa yang perlu berubah, ada baiknya kita memahami siapa anak yang sedang kita bimbing.

Itu antara perspektif yang akan kita lihat dalam Tegas Dalam Hikmah.

📌 Tarikh baru
📅 Sabtu, 12 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Jom >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
“Memang perangai dia macam tu.”

Ayat ni mudah keluar bila sesuatu perkara dah berlaku berkali-kali.

Setiap kali diminta berhenti bermain, dia marah.

Setiap kali kena tunggu, dia mula merungut.

Setiap pagi, perkara yang sama perlu diulang.

Lama-lama kita pun mula rasa,

“Dah memang dia macam ni...”

Tapi saya mahu ajak ibu bapa melihatnya dari satu sudut yang lain.

Kalau sesuatu tingkah laku itu boleh dipelajari, ada juga tingkah laku lain yang boleh kita bantu anak pelajari.

Anak yang sekarang belum pandai menunggu, tidak bermaksud selamanya dia tidak boleh belajar menunggu.

Anak yang sekarang perlukan banyak peringatan, tidak bermaksud selamanya kita perlu mengingatkan dengan cara yang sama.

Perubahan mungkin tidak berlaku serta-merta.

Tetapi tingkah laku bukan sesuatu yang semestinya “dah macam tu, nak buat macam mana.”

Ia boleh dibimbing.

Ia boleh diajar.

Dan ia boleh berubah.

Mungkin itu satu perkara yang memberi sedikit harapan kepada kita sebagai ibu bapa.

Bukan kerana kita mahu mengubah siapa anak kita..

tetapi kerana ada tingkah laku yang masih boleh dibentuk dan dipelajari sedikit demi sedikit

Itu antara perspektif yang akan kita lihat dalam Tegas Dalam Hikmah

📌 Tarikh baru
📅 Sabtu, 12 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Jom sertai >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim

.
.