Parenting Maznah Ibrahim
15.9K subscribers
2.37K photos
52 videos
29 files
2.15K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Sabtu depan kita jumpa 😊

Jom kita explore sama-sama macam mana nak bimbing anak-anak dengan pendekatan psikologi melalui webinar Tegas Dalam Hikmah.

📅 Sabtu, 5 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar di sini>>
https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
“Rupanya banyak yg telah dilakukan tetapi tidak konsisten. Cth sebelum ni dah amalkan teknik konsekuen natural tapi tercampur dgn tidak logik. Selepas webinar boleh diperkemaskan lg.”

Review dari peserta webinar Tegas Dalam Hikmah yang lepas
-----
Kadang-kadang kita sebenarnya dah tahu dan dah cuba.

Cuma mungkin ada bahagian yang tercampur tanpa kita sedari.

Patutlah kadang-kadang anak keliru dan tak memberi respons seperti yang kita harapkan.

Di sinilah kefahaman & pengesahan membantu kita memperkemaskan apa yang dah kita buat.

Apa bezanya konsekuen natural dengan yang tidak logik?

Jom kita explore sama-sama dalam Tegas Dalam Hikmah 😊

📅 Sabtu, 5 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar>>
https://webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc41

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
“Anak aku je ke macam ni?”

Bila berdepan dengan cabaran tingkah laku anak, kadang-kadang terlintas juga persoalan ni.

Rupanya ramai ibu bapa pun hadapi cabaran yang sama.

Antara perkongsian peserta Tegas Dalam Hikmah:

“Rasa relieved sangat dapat join webinar ni & rasa diri tak sendirian alami masalah yang serupa dengan anak-anak. Banyak info,maklumat & tips baru yang belum pernah saya dpt walaupun pernah join webinar Pn Maznah yg lain sebelum ni. Rasa lebih positif untuk memperbaiki cara parenting saya utk anak-anak. Terima kasih banyak2 Pn Maznah.”

Neesa, Alor Star ⭐ 5/5

Kadang-kadang mengetahui bahawa kita tak keseorangan pun boleh memberi sedikit kelegaan dan semangat untuk terus belajar.

Jom kita explore sama-sama bagaimana nak membimbing anak dengan pendekatan psikologi dalam webinar Tegas Dalam Hikmah.

📅 Sabtu ini

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
Sedikit demi sedikit... rupanya perubahan itu boleh nampak.

Puan Nabilah, peserta Tegas Dalam Hikmah berkongsi:
“Alhamdulillah... Sy rasa sgt bersyukur kerana berpeluang mengikuti webinar ini.. Byk ilmu yg sy perolehi dan sy amalkan sedikit demi sedikit kepada anak2 sertanampak hasilnya... Anak jd semakin positif, tenang, rajin membantu. Apa yg penting adalah ibu perlu kekal bertenang terlebih dahulu dlm menghadapi waktu sukar atau 'puzzle' anak2. Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan dlm mendidik anak2 kita.. Anak2 adalah saham kita menuju ke syurga-Nya.. Aamiin”

Puan Nabilah, Kuala Kangsar ⭐ 5/5

Yang menariknya, Puan Nabilah menyebut:

“...amalkan sedikit demi sedikit... serta nampak hasilnya.”

Betul, tak semestinya semuanya perlu berubah sekaligus.

Sedikit demi sedikit, dengan kefahaman yang lebih jelas, cara kita membimbing anak juga boleh diperkemaskan.

Jom kita explore sama-sama bagaimana nak membimbing anak dengan pendekatan psikologi dalam webinar Tegas Dalam Hikmah.

Sabtu ini 😊

Daftar>>
Https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.
.
3 hari lagi 😊

Sabtu ini kita jumpa dalam Tegas Dalam Hikmah.

Kalau selama ini ada perkara tentang tingkah laku anak yang buat kita tertanya-tanya, “Apa sebenarnya yang patut aku buat?”, mungkin ini masanya untuk kita lihat dari sudut yang berbeza.

Moga ada sesuatu yang nanti boleh dibawa pulang dan digunakan dalam kehidupan seharian bersama anak-anak.

📅 Sabtu ini, 5 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar di sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas


Dr. Maznah Ibrahim
.
“Dah siap kemas mainan, boleh tengok TV.”

Anak terus kemas.

Nampak macam menjadi.

Tapi ada satu soalan yang menarik untuk kita fikirkan:

Apa sebenarnya yang membuatkan anak mahu mengulangi sesuatu tingkah laku?

Adakah kerana dia sudah faham apa yang kita harapkan?

Atau kerana apa yang berlaku selepas dia melakukannya?

Dalam pengurusan tingkah laku, perkara yang berlaku selepas sesuatu tindakan boleh mempengaruhi sama ada tingkah laku itu akan berlaku lagi atau tidak. Ini memang antara asas yang dibawa dalam TDH.

Dan di sinilah menariknya.

Perkara yang nampak mudah seperti ganjaran, pujian atau konsekuen sebenarnya bukan sekadar soal “bagi atau tak bagi”.

Cara kita menggunakannya juga penting.

Yang itu kita simpan untuk kita explore dalam Tegas Dalam Hikmah Sabtu ini 😊

Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc45

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
Bila anak tak dengar, kita biasanya buat apa?

“Adik, kemas kasut.”

Tak bergerak.

“Adik... mama cakap kemas kasut.”

Masih tak bergerak.

Suara kita pun mula naik.

Sebab secara spontan kita rasa...

kalau anak tak dengar, mungkin kita kena cakap lebih kuat.

Tapi menariknya, ada keadaan di mana mendapatkan perhatian anak tak semestinya memerlukan kita menambah volume suara.

Malah ada pendekatan yang melakukan sebaliknya.

Kita merendahkan suara.

Kenapa pula bercakap lebih perlahan boleh digunakan apabila kita mahu anak memberi perhatian?

Yang itu saya simpan untuk kita cuba sama-sama dalam Tegas Dalam Hikmah nanti 😊

Ada banyak perkara kecil seperti ini yang mungkin nampak simple, tetapi cara kita menggunakannya boleh memberi pengalaman yang berbeza dalam interaksi dengan anak.

2 hari lagi. Sabtu ini.

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
“Pergi mandi. Lepas tu pakai baju. Jangan lupa letak baju kotor dalam bakul. Kemudian turun makan.”

Kita rasa kita baru beri arahan yang cukup jelas.

Beberapa minit kemudian...

Anak masih belum mandi.

Baju kotor entah di mana.

Kita pun mula rasa,

“Tadi mama dah cakap semua, kan?”

Ada masanya kita melihat keadaan begini sebagai anak tidak mendengar arahan.

Tetapi saya suka mengajak ibu bapa melihat satu perkara lagi.

Berapa banyak sebenarnya yang kita minta anak lakukan dalam satu masa?

Sesuatu yang nampak mudah dan tersusun dalam fikiran kita, belum tentu diterima dengan cara yang sama oleh anak.

Sebab dalam membimbing tingkah laku, bukan sekadar apa yang kita minta anak lakukan.

Cara kita menyampaikan arahan juga memainkan peranan.

Ada beza antara anak yang tahu kita sedang bercakap...

dengan anak yang benar-benar jelas apa yang perlu dibuat selepas itu.

Sabtu nanti dalam Tegas Dalam Hikmah, kita akan tengok perkara-perkara praktikal seperti ini dan bagaimana ia boleh digunakan dalam situasi harian bersama anak.

2 hari lagi 😊

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
Tak semua arahan kepada anak perlu menggunakan kata-kata.

Biasanya bila kita mahu anak berhenti melakukan sesuatu, kita akan bercakap.

“Jangan.”

“Berhenti.”

“Dah, cukup.”

Kalau anak masih buat, kita ulang lagi.

Tetapi ada keadaan di mana kita sebenarnya boleh menyampaikan mesej kepada anak tanpa perlu menambah banyak kata-kata.

Salah satu caranya ialah melalui isyarat bahasa tubuh.

Nampak kecil.

Tetapi apabila anak sudah memahami maksud sesuatu isyarat, kita tak semestinya perlu mengulang arahan yang sama berkali-kali.

Dan ini antara perkara yang menarik dalam pengurusan tingkah laku anak.

Ada teknik yang nampak sangat simple, tetapi kita perlu tahu bagaimana dan bila hendak menggunakannya.

Esok dalam Tegas Dalam Hikmah, saya akan kongsikan beberapa pendekatan praktikal yang boleh digunakan dalam situasi harian bersama anak.

Esok kita jumpa 😊

📅 Sabtu, 5 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Jika anda belum mendaftar:

Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.
Malam ni kita jumpa 😊

Sepanjang beberapa minggu ini, saya banyak berkongsi tentang tingkah laku anak.

Tentang perkara-perkara kecil yang berlaku setiap hari.

Anak tak mahu ikut arahan.

Perkara yang sama perlu diulang.

Kita dah cuba satu cara, kemudian cuba cara yang lain.

Dan ada waktunya kita sendiri tertanya-tanya,

“Apa lagi yang aku tak nampak?”

Malam ini, saya mahu kita duduk dan melihat tingkah laku anak dengan lebih tersusun.

Bukan untuk mencari ibu bapa yang sempurna.

Bukan juga supaya selepas webinar nanti anak terus berubah semuanya.

Tetapi supaya apabila berdepan sesuatu situasi dengan anak, kita mempunyai lebih banyak kefahaman tentang apa yang sedang berlaku dan apa yang boleh kita lakukan.

Itulah yang saya harap anda boleh bawa pulang daripada Tegas Dalam Hikmah malam ini.

Kalau dah mendaftar, jumpa malam ni 😊

Kalau masih belum, pendaftaran masih dibuka:

📅 Hari ini, Sabtu 5 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.