Parenting Maznah Ibrahim
16K subscribers
2.35K photos
52 videos
29 files
2.13K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
“Mama buatkanlah…”

Anak sedang cuba memasang sesuatu.

Tak menjadi.

Dia cuba lagi.

Masih salah.

Kemudian mula mengeluh.

“Mama… susahlah.”

Sebagai ibu bapa, kadang-kadang tangan kita lebih cepat daripada anak.

Kita ambil.

Kita betulkan.

Kita tunjuk cara.

Niat kita baik.

Kita mahu membantu.

Tetapi ada masanya, tidak terus menyelesaikan masalah anak juga sebahagian daripada membimbing.

Kita boleh berada di situ.

Boleh beri sedikit petunjuk jika diperlukan.

Tetapi beri juga ruang untuk anak mencuba, tersilap dan melihat sendiri apa yang berlaku selepas pilihannya.

Kerana ada perkara yang lebih mudah difahami anak apabila dia mengalaminya sendiri, bukan hanya mendengar penerangan daripada kita.

Sudah tentu bukan semua keadaan sesuai dibiarkan begitu sahaja.

Ada situasi yang memang memerlukan kita masuk campur.

Tetapi mungkin sesekali kita boleh bertanya pada diri,

“Anak perlukan saya selesaikan… atau dia perlukan ruang untuk belajar?”

Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, kita akan melihat bagaimana pengalaman dan apa yang berlaku selepas sesuatu tingkah laku boleh mempengaruhi pembelajaran anak, supaya kita tidak hanya fokus kepada bagaimana mahu menghentikan sesuatu tingkah laku.

📅 Sabtu, 5 September 2026
🕣 8.30 malam

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.
“Jangan lari!”

Anak berhenti.
Dua saat kemudian...
lari semula.

“Kan mama dah kata jangan lari!”

Situasi macam ini memang boleh buat kita rasa anak tak dengar cakap.

Tetapi cuba kita lihat arahan tadi.

“Jangan lari.”

Kita sudah beritahu anak apa yang kita tak mahu.

Tetapi adakah anak cukup jelas tentang apa yang kita mahu dia buat?

Contohnya, berbanding:

“Jangan lari dalam rumah.”

kita boleh cuba:

“Berjalan perlahan dalam rumah.”

Berbanding:

“Jangan jerit.”

boleh jadi lebih jelas jika kita sebut:

“Cakap perlahan.”

Nampak macam beza pada pilihan perkataan sahaja.

Tetapi sebenarnya kita sedang memberikan anak satu tingkah laku yang lebih jelas untuk dilakukan.

Kecuali dalam keadaan tertentu, terutama yang melibatkan keselamatan, arahan yang terus dan tegas mungkin diperlukan.

Dalam rutin harian pula, kita boleh melihat semula arahan yang sering kita berikan.

Adakah kita hanya memberitahu anak apa yang jangan dibuat...
atau anak juga jelas tentang apa yang kita mahu dia lakukan?

Ada masa anak memang perlu ditegur dan ada batas yang tetap perlu dijaga.

Cuma ketegasan juga boleh datang dalam bentuk arahan yang jelas, spesifik dan mudah difahami anak.

Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, kita akan melihat pengurusan tingkah laku anak dengan lebih teratur, termasuk bagaimana peraturan dan arahan diperkenalkan supaya anak lebih jelas tentang tingkah laku yang diharapkan.

📅 Sabtu, 5 September 2026

🕣 8.30 malam

Daftar: >>
https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
Sabtu depan kita jumpa 😊

Jom kita explore sama-sama macam mana nak bimbing anak-anak dengan pendekatan psikologi melalui webinar Tegas Dalam Hikmah.

📅 Sabtu, 5 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar di sini>>
https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
“Rupanya banyak yg telah dilakukan tetapi tidak konsisten. Cth sebelum ni dah amalkan teknik konsekuen natural tapi tercampur dgn tidak logik. Selepas webinar boleh diperkemaskan lg.”

Review dari peserta webinar Tegas Dalam Hikmah yang lepas
-----
Kadang-kadang kita sebenarnya dah tahu dan dah cuba.

Cuma mungkin ada bahagian yang tercampur tanpa kita sedari.

Patutlah kadang-kadang anak keliru dan tak memberi respons seperti yang kita harapkan.

Di sinilah kefahaman & pengesahan membantu kita memperkemaskan apa yang dah kita buat.

Apa bezanya konsekuen natural dengan yang tidak logik?

Jom kita explore sama-sama dalam Tegas Dalam Hikmah 😊

📅 Sabtu, 5 September 2026
🕣 8.30 malam | Live Online

Daftar>>
https://webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc41

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
“Anak aku je ke macam ni?”

Bila berdepan dengan cabaran tingkah laku anak, kadang-kadang terlintas juga persoalan ni.

Rupanya ramai ibu bapa pun hadapi cabaran yang sama.

Antara perkongsian peserta Tegas Dalam Hikmah:

“Rasa relieved sangat dapat join webinar ni & rasa diri tak sendirian alami masalah yang serupa dengan anak-anak. Banyak info,maklumat & tips baru yang belum pernah saya dpt walaupun pernah join webinar Pn Maznah yg lain sebelum ni. Rasa lebih positif untuk memperbaiki cara parenting saya utk anak-anak. Terima kasih banyak2 Pn Maznah.”

Neesa, Alor Star 5/5

Kadang-kadang mengetahui bahawa kita tak keseorangan pun boleh memberi sedikit kelegaan dan semangat untuk terus belajar.

Jom kita explore sama-sama bagaimana nak membimbing anak dengan pendekatan psikologi dalam webinar Tegas Dalam Hikmah.

📅 Sabtu ini

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
Sedikit demi sedikit... rupanya perubahan itu boleh nampak.

Puan Nabilah, peserta Tegas Dalam Hikmah berkongsi:
“Alhamdulillah... Sy rasa sgt bersyukur kerana berpeluang mengikuti webinar ini.. Byk ilmu yg sy perolehi dan sy amalkan sedikit demi sedikit kepada anak2 sertanampak hasilnya... Anak jd semakin positif, tenang, rajin membantu. Apa yg penting adalah ibu perlu kekal bertenang terlebih dahulu dlm menghadapi waktu sukar atau 'puzzle' anak2. Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan dlm mendidik anak2 kita.. Anak2 adalah saham kita menuju ke syurga-Nya.. Aamiin”

Puan Nabilah, Kuala Kangsar 5/5

Yang menariknya, Puan Nabilah menyebut:

“...amalkan sedikit demi sedikit... serta nampak hasilnya.”

Betul, tak semestinya semuanya perlu berubah sekaligus.

Sedikit demi sedikit, dengan kefahaman yang lebih jelas, cara kita membimbing anak juga boleh diperkemaskan.

Jom kita explore sama-sama bagaimana nak membimbing anak dengan pendekatan psikologi dalam webinar Tegas Dalam Hikmah.

Sabtu ini 😊

Daftar>>
Https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.
.