Parenting Maznah Ibrahim
16K subscribers
2.35K photos
52 videos
29 files
2.13K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Nak anak lebih jelas tentang tingkah laku yang kita mahu dia ulang?

Cuba ubah cara kita memuji.

Bukan sekadar:

“Pandainya anak Mama.”

Tetapi cuba sebut apa yang anak buat dengan baik.

Contohnya...

“Pandainya kemas bilik.”

Cuba:

“Mama suka cara abang susun semua buku tadi. Abang buat sampai habis.”

Atau...

“Bagusnya adik.”

Cuba:

“Terima kasih sebab adik terus simpan kasut selepas balik tadi.”

Nampak macam perkara kecil.

Tetapi ada bezanya.

Bila kita sebut tingkah laku yang spesifik, anak lebih jelas tentang perkara yang sebenarnya kita hargai.

Dia bukan sekadar tahu,

“Mama suka.”

Tetapi dia tahu,

“Mama suka apa yang aku buat.”

Dan ini membantu anak mengenal pasti tingkah laku yang kita mahu mereka ulang.

Satu lagi perkara penting...

Kalau nak puji, jangan tunggu terlalu lama.

Lebih dekat pujian itu dengan tingkah laku yang baik, lebih jelas kaitannya kepada anak.

Jadi hari ini, cuba satu benda.

Bila anak buat sesuatu yang baik...

Jangan cuma kata “pandainya”.

Beritahu dia apa yang dia lakukan dengan baik.

Balik petang nanti, boleh cuba ya. 😊

Tengok apa yang berubah pada cara anak memberi respons.

👉 Nak belajar lebih banyak cara mengurus tingkah laku anak?

https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Salam kasih,

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Ini hanya satu kemahiran kecil. Dalam Tegas Dalam Hikmah, kita akan melihat dengan lebih menyeluruh bagaimana tingkah laku anak boleh ditingkatkan, dikurangkan dan dibimbing dengan pendekatan yang lebih teratur.
.
.
Pernah tak perasan…

Dengan kita, anak cepat melawan.

Tapi dengan cikgu, dia boleh pula dengar.

Dengan orang lain, dia nampak begitu tenang.

Sampai kita tertanya-tanya…

“Kenapa dengan aku saja dia macam ni?”

Soalan itu memang mudah membuat kita rasa anak sengaja memilih untuk melawan kita.

Tetapi mungkin ada sesuatu yang kita belum lihat.

Anak tidak bertindak dalam ruang kosong.

Cara mereka bertindak boleh dipengaruhi oleh siapa yang berhadapan dengan mereka, keadaan ketika itu dan bagaimana mereka memahami situasi tersebut.

Sebab itu, melihat satu tingkah laku sahaja kadang-kadang belum cukup untuk kita membuat kesimpulan tentang anak.

Daripada terus bertanya…

“Kenapa dia dengar orang lain, tapi dengan aku tidak?”

Mungkin kita boleh berhenti seketika dan bertanya…

“Apa yang berbeza dalam situasi itu?”

Bukan untuk menyalahkan diri sendiri.

Tetapi untuk memahami.

Kerana apabila kita lebih jelas tentang apa yang sedang berlaku, kita lebih mudah membuat pertimbangan sebelum memilih cara untuk membimbing anak.

Insya-Allah, perkara seperti inilah yang akan kita lihat dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah - bagaimana memahami tingkah laku anak dari sudut psikologi sebelum menentukan pendekatan.

Webinar Tegas Dalam Hikmah
Mengurus Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi

Beberapa minggu lagi kita akan bersama.

Kalau topik ini dekat dengan situasi di rumah anda, boleh simpan dahulu perkongsian ini.

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Semoga bermanfaat.

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.
Sebelum kita tegur cara anak bercakap, cuba dengar cara kita bercakap.

Kadang-kadang kita hairan…

“Kenapa anak aku cakap macam tu?”

“Kenapa dia cepat marah?”

“Kenapa bila tak puas hati, terus meninggi suara?”

Lalu kita mula menegur.

“Jangan cakap macam tu.”

“Jangan tinggi suara.”

“Cakap elok-elok.”

Tetapi dalam kesibukan mendidik anak, ada satu perkara yang mudah kita terlupa.

Anak bukan hanya belajar daripada apa yang kita katakan kepada mereka.

Mereka juga belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari.

Cara kita bercakap ketika marah.

Cara kita melayan pasangan.

Cara kita meminta sesuatu.

Cara kita meminta maaf.

Cara kita bercakap tentang orang lain.

Semuanya sedang menjadi contoh.

Bukan bermaksud setiap kesilapan anak berpunca daripada ibu bapa.

Tidak.

Anak tetap mempunyai pengalaman, emosi dan proses perkembangan mereka sendiri.

Tetapi sebagai ibu bapa, kita mempunyai satu pengaruh yang sangat dekat dengan mereka:

contoh yang mereka lihat berulang kali.

Sebab itu sebelum kita hanya bertanya,

“Bagaimana nak ubah tingkah laku anak?”

mungkin ada baiknya kita turut bertanya,

“Apakah tingkah laku yang sedang anak lihat daripada saya?”

Soalan ini bukan untuk menyalahkan diri.

Tetapi untuk membantu kita melihat peranan kita dengan lebih jujur.

Dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah, antara perkara yang kita akan lihat ialah bagaimana tingkah laku ibu bapa sendiri boleh menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran anak.

Kerana mendidik anak bukan hanya tentang apa yang kita suruh mereka lakukan.

Kadang-kadang, mereka sedang belajar daripada apa yang kita lakukan.

Beberapa minggu lagi kita akan bersama.

Kalau perkara ini membuatkan anda terfikir tentang diri sendiri, simpan perkongsian ini.

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Semoga bermanfaat.

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.
Kalau anak buat salah, adakah kita perlu menghukum?

Kadang-kadang...

Anak sepahkan mainan.

Kita terus tarik telefon.

Anak lambat mandi.

Kita potong masa bermain.

Anak bergaduh dengan adik.

Kita suruh duduk dalam bilik.

Kita mungkin rasa...

“Biar dia serik.”

Tetapi cuba fikir sekejap.

Adakah akibat yang kita berikan itu benar-benar berkaitan dengan apa yang anak lakukan?

Ada bezanya antara hukuman dengan akibat yang logik.

Contohnya...

Kalau anak sengaja tidak mengemas mainan selepas bermain, mainan itu boleh disimpan dahulu sehingga dia bersedia mengemas.

Anak belajar:

“Aku perlu bertanggungjawab terhadap apa yang aku gunakan.”

Bukan sekadar:

“Kalau aku buat salah, mama akan marah.”

Nampak macam kecil.

Tetapi mesej yang diterima oleh anak sebenarnya sangat berbeza.

Satu mengajar tentang tanggungjawab.

Satu lagi mungkin hanya mengajar anak untuk mengelakkan hukuman.

Sebab itu, apabila anak melakukan kesalahan...

Mungkin kita tidak perlu terus bertanya,

“Apa hukuman yang sesuai?”

Kita boleh cuba bertanya,

“Apa akibat yang paling berkaitan dengan apa yang berlaku?”

Ini bukan bermaksud anak dibiarkan tanpa batas.

Sebaliknya...

Batas tetap ada.

Cuma kita mahu anak belajar daripada apa yang berlaku, bukan sekadar takut dengan apa yang akan berlaku selepas itu.

Dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah, saya akan kongsikan beberapa pendekatan untuk membantu ibu bapa mengurus tingkah laku anak dengan lebih terarah - termasuk bagaimana memilih tindakan yang sesuai mengikut keadaan.

Beberapa minggu lagi kita akan bersama.

Kalau anda rasa pendekatan seperti ini lebih dekat dengan cara anda mahu mendidik anak, boleh simpan perkongsian ini dahulu.

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Semoga bermanfaat.

Dr. Maznah Ibrahim
.
.
.
“Dah berapa kali mama panggil?”

Pagi-pagi sebelum sekolah.

Anak masih menggosok gigi dengan mata yang hampir tertutup.

Kita dah panggil.

Dah ingatkan.

Dah suruh cepat.

Tetapi pergerakannya masih perlahan.

Dan mula keluar ayat:

“Kenapa lambat sangat?”

“Mama dah cakap banyak kali!”

“Sengaja nak lambat ke?”

Bila kita dah mula geram, mudah untuk kita melihat perlahan itu sebagai degil atau sengaja buat tak tahu.

Sedangkan yang kita benar-benar nampak hanyalah:

anak masih belum bersedia.

Tentang apa yang berlaku di sebaliknya, kita mungkin belum tahu.

Mungkin dia memang masih mengantuk.

Mungkin dia belum benar-benar bersedia untuk beralih daripada tidur kepada rutin pagi.

Mungkin juga ada perkara lain yang kita tidak nampak.

Ini bukan bermaksud anak tak perlu belajar mengurus masa.

Tetap perlu.

Tetapi ada perbezaan antara menetapkan batas dengan terus membuat kesimpulan tentang niat anak.

Kita boleh tegas:

“Dah masa untuk bersiap. Lepas gosok gigi, terus pakai baju.”

Tanpa perlu terus membawa maksud:

“Kamu memang sengaja buat mama marah.”

Kadang-kadang, perubahan kecil pada cara kita melihat situasi boleh mengubah cara kita bertindak selepas itu.

Bukan untuk menjadi ibu bapa yang tidak pernah marah.

Tetapi untuk belajar membezakan apa yang kita nampak dengan apa yang kita andaikan.

Pagi esok, bila anak lambat bergerak…

cuba perhatikan satu perkara itu.

Apa yang kita tahu?
Dan apa yang kita cuma andaikan
?

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas

Semoga bermanfaat.

Dr. Maznah Ibrahim

.
.
“Nak yang merah atau yang biru?”

Soalan kecil.

Tetapi kadang-kadang, memberi anak sedikit ruang untuk memilih boleh mengubah suasana.

Contohnya…

Nak pakai baju yang ini atau yang itu?

Nak mandi sekarang atau selepas habis cerita ini?

Nak kemas buku dulu atau simpan mainan dulu?

Kita mungkin rasa,

“Kenapa nak bagi banyak pilihan? Aku dah cakap, ikut saja.”

Betul.

Bukan semua perkara perlu diberikan pilihan.

Ada perkara yang memang ibu bapa perlu tetapkan.

Tetapi apabila setiap perkara hanya datang dalam bentuk arahan…

“Buat sekarang.”

“Jangan buat itu.”

“Ikut cakap mama.”

Anak mungkin semakin terbiasa hanya menunggu arahan.

Sedangkan dalam perkara yang sesuai, memberi pilihan kecil boleh memberi mereka rasa:

“Aku juga ada sedikit kawalan terhadap apa yang berlaku.”

Bukan bermaksud anak yang menentukan semuanya.

Bukan juga bermaksud ibu bapa hilang ketegasan.

Batas masih batas.

Cuma dalam batas itu, ada perkara yang boleh kita berikan sedikit ruang.

Kadang-kadang…

Kita tidak perlu melepaskan ketegasan untuk memberi anak pilihan.

Kita cuma perlu tahu:

Apa yang memang tidak boleh dipilih?

Dan…

Apa yang sebenarnya boleh kita serahkan kepada anak untuk pilih?

Mungkin perkara kecil seperti ini nampak remeh.

Tetapi cara kita memberi ruang kepada anak juga sebahagian daripada proses mereka belajar mengurus diri.

Dan mungkin itulah salah satu perkara yang menarik dalam mendidik anak:

Bukan semua perkara perlu kita kawal.

Ada perkara yang perlu kita ajar anak untuk belajar memilih.

Kalau perkongsian ini membuatkan anda terfikir tentang rutin di rumah petang ini…

cuba perhatikan satu perkara.

Ada tak sesuatu yang selama ini kita arahkan, sedangkan sebenarnya anak boleh diberi pilihan?

Semoga bermanfaat.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Jika anda belum mendaftar, jom bersama saya dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah:

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc24
.
.
.
Anak ikut cakap kita…
tetapi apa yang sebenarnya dia belajar
?

“Letak kasut.”

Anak letak.

“Pergi mandi.”

Anak pergi.

“Jangan buat begitu.”

Anak berhenti.

Sebagai ibu bapa, tentu kita rasa lega apabila anak terus mendengar.

Kerja selesai.

Rumah lebih tenang.

Kita pun kurang penat mengulang.

Tetapi ada satu perkara yang menarik untuk kita fikirkan.

Adakah anak hanya belajar untuk menurut arahan?

Atau dia sedang belajar sesuatu yang lebih besar?

Kerana ada perbezaan antara:

“Aku buat sebab mama suruh.”

dengan

“Aku faham apa yang perlu aku buat dan kenapa.”

Yang pertama mungkin membuatkan sesuatu selesai dengan cepat.

Tetapi yang kedua membantu anak membina kefahaman sedikit demi sedikit.

Sebab itu, matlamat kita dalam mendidik anak bukan semata-mata untuk mendapatkan anak yang sentiasa menurut.

Kita mahu mereka belajar mengurus diri.

Belajar bertanggungjawab.

Belajar memahami batas.

Dan akhirnya, mampu membuat pilihan yang lebih baik walaupun kita tidak berada di sebelah mereka untuk mengingatkan setiap masa.

Mungkin sebab itu juga…

kerjasama lebih bermakna daripada sekadar kepatuhan.

Bukan bermaksud anak boleh buat sesuka hati.

Batas tetap perlu.

Arahan tetap perlu apabila keadaan memerlukannya.

Cuma kita juga mahu melihat lebih jauh daripada:

“Anak aku dengar cakap atau tidak?”

Kita mahu bertanya:

“Apa yang anak sedang belajar daripada cara aku membimbingnya?”

Soalan itu mungkin membawa kita melihat proses mendidik anak dengan cara yang sedikit berbeza.

Semoga bermanfaat.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: jom bersama saya dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah 2 minggu lagi.

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas
.
.
.
Anak tahu dia salah.
Tetapi adakah dia tahu apa yang patut dibuat selepas itu
?

Ada satu perkara yang mudah terlepas pandang apabila kita sedang membetulkan tingkah laku anak.

Bila anak buat sesuatu yang tidak sepatutnya, fokus kita biasanya terus kepada kesalahan itu.

Dia kacau adik.

Dia ambil barang orang tanpa izin.

Dia bercakap kasar.

Kita tegur.

Anak tahu dia salah.

Mungkin dia juga sudah tahu perkara itu memang tidak disukai oleh ibu atau ayah.

Tetapi ada perbezaan antara:

tahu sesuatu itu salah

dengan

tahu bagaimana hendak bertindak apabila berdepan situasi yang sama.

Contohnya, kita boleh berkata:

“Jangan kacau adik.”

Anak mungkin faham bahawa dia tidak patut mengganggu.

Tetapi apabila dia marah?

Apabila dia mahukan sesuatu daripada adiknya?

Apabila dia sudah terlanjur mengambil barang orang?

Apa yang patut dia lakukan?

Di sinilah proses mendidik anak menjadi lebih daripada sekadar menunjukkan apa yang salah.

Kita juga mahu anak perlahan-lahan belajar mengenal pilihan yang lebih baik apabila situasi yang sama berlaku lagi.

Sebab itu, selepas kita membetulkan sesuatu tingkah laku, mungkin ada soalan lain yang boleh kita bawa:

“Kalau perkara ini berlaku lagi, apa yang boleh kamu buat?”

Bukan untuk melepaskan kesalahan.

Bukan juga untuk membiarkan tingkah laku yang salah.

Tetapi supaya anak tidak hanya belajar:

“Ini tak boleh.”

Dia juga mula belajar:

“Jadi, apa yang boleh aku buat?”

Itu proses yang mengambil masa.

Anak tidak terus tahu bagaimana hendak mengurus semua keadaan hanya kerana kita sudah menerangkan sekali.

Dan mungkin di situlah peranan kita sebagai ibu bapa menjadi lebih penting.

Bukan sekadar membetulkan apa yang salah.

Tetapi membantu anak membina cara yang lebih baik untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian kecil ini memberi satu lagi ruang untuk kita melihat proses mendidik anak dengan lebih luas.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Jika ingin memahami tingkah laku anak dengan lebih mendalam, saya mengalu-alukan kehadiran dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah:

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas
.
.
.
“Tengok kakak…
kenapa adik tak boleh buat macam dia?


Ayat seperti ini mungkin keluar apabila kita sudah terlalu penat melihat anak yang sama mengulangi perkara yang sama.

Kita bukan berniat hendak menjatuhkan anak.

Kita cuma mahu dia berubah.

Kita mahu dia nampak contoh.

Kita mahu dia belajar daripada orang yang lebih baik daripadanya.

Tetapi cuba kita berhenti sekejap.

Apa yang anak dengar apabila dia dibandingkan?

Adakah dia mendengar:

“Ini contoh yang baik untuk kamu.”

Atau dia mula merasakan:

“Aku tak cukup bagus.”

“Kenapa aku tak macam kakak?”

“Mama lebih suka dia daripada aku.”

Kita mungkin melihat perbandingan sebagai satu cara untuk memberi dorongan.

Tetapi anak boleh menerima mesej yang berbeza.

Lebih-lebih lagi apabila perbandingan itu berlaku berulang kali.

Lama-kelamaan, perkara yang asalnya kita mahu betulkan...

boleh menjadi perkara yang anak gunakan untuk menilai dirinya sendiri.

Sebab itu, apabila kita mahu anak berubah, mungkin lebih baik kita bercakap tentang tingkah laku yang sedang berlaku...

bukan menjadikan anak lain sebagai ukuran.

Bukan:

“Kenapa kamu tak boleh macam abang?”

Tetapi:

“Mama nak kamu belajar buat perkara ini dengan lebih baik.”

Fokusnya berubah.

Daripada:

“Kenapa kamu tak macam dia?”

kepada:

“Apa yang kamu boleh belajar dan perbaiki?”

Kita masih boleh menetapkan harapan.

Masih boleh tegas.

Masih boleh membimbing.

Cuma kita tidak perlu membuat anak berasa bahawa untuk menjadi lebih baik...

dia perlu menjadi orang lain.

Semoga perkongsian petang ini mengingatkan kita bahawa setiap anak sedang belajar pada jalannya sendiri.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Jika ingin memahami lebih banyak tentang cara membimbing tingkah laku anak dengan pendekatan psikologi, saya menjemput anda bersama saya dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah:

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas
.
.
.
“Adik ni memang degil.”

“Pemalas betul.”

“Memang kasar.”

“Dari dulu lagi macam ni.”

Bila tingkah laku yang sama berlaku berkali-kali, memang mudah untuk kita mula menggunakan perkataan-perkataan seperti ini.

Kita mungkin hanya sedang meluahkan rasa penat.

Atau cuba menerangkan kepada orang lain tentang apa yang sedang berlaku.

Tetapi ada satu perbezaan yang besar antara:

“Dia buat perkara yang salah.”

dengan

“Dia memang budak yang bermasalah.”

Yang pertama bercakap tentang tingkah laku.

Yang kedua mula bercakap tentang siapa anak itu.

Dan apabila sesuatu label diulang berkali-kali...

anak mungkin mula mengenali dirinya melalui label tersebut.

“Memang aku macam ni.”

“Memang aku tak pandai.”

“Memang mama fikir aku degil.”

Sedangkan anak sedang membesar.

Masih belajar.

Masih membuat kesilapan.

Masih membina kefahaman tentang dirinya sendiri.

Satu kesalahan hari ini tidak semestinya perlu menjadi identiti anak untuk selama-lamanya.

Kita masih boleh tegas.

Masih boleh membetulkan tingkah laku.

Masih boleh menetapkan batas.

Cuma mungkin kita boleh cuba satu perkara:

Betulkan apa yang anak buat, tanpa menentukan siapa dirinya.

Bukan:

“Adik memang degil.”

Tetapi:

“Perbuatan itu tak boleh. Kita bincang apa yang berlaku.”

Perbezaannya nampak kecil.

Tetapi mesej yang sampai kepada anak mungkin sangat berbeza.

Semoga perkongsian ini memberi kita satu lagi sebab untuk berhati-hati dengan perkataan yang kita gunakan ketika mendidik anak.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Jika ingin melihat tingkah laku anak daripada sudut psikologi dan belajar bagaimana membimbingnya dengan lebih tepat, saya mengalu-alukan kehadiran anda dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah:

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas
.
.
.
“Tak perlu berubah semuanya sekaligus”

Ada satu perkara yang saya rasa penting untuk kita ingat sebagai ibu bapa.

Kita tidak perlu berubah semuanya dalam satu hari.

Kita mungkin sudah lama menggunakan cara tertentu apabila berdepan dengan anak.

Bila anak buat salah, kita terus marah.

Bila anak tidak dengar, kita terus meninggikan suara.

Bila keadaan jadi tegang, kita bertindak seperti biasa.

Bukan kerana kita tidak mahu berubah.

Tetapi kerana itulah cara yang sudah lama kita lakukan.

Dan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan...

tidak semestinya berubah hanya kerana kita sudah tahu ia kurang sesuai.

Sebab itu, perubahan kecil pun sebenarnya bermakna.

Hari ini, mungkin kita berjaya berhenti sekejap sebelum meninggikan suara.

Esok, mungkin kita lebih jelas tentang apa yang mahu kita sampaikan kepada anak.

Lusa, mungkin kita tersedar lebih awal apabila emosi sendiri mula naik.

Tidak sempurna.

Tetapi sudah ada perubahan.

Dalam mendidik anak, kita juga sedang belajar.

Kita sedang belajar mengenal diri sendiri.

Belajar mengenal anak.

Dan belajar memilih cara yang lebih sesuai apabila berdepan dengan keadaan yang berbeza.

Jadi kalau ada perkara dalam cara kita mendidik anak yang kita mahu ubah...

tak perlu tunggu sehingga kita menjadi ibu atau ayah yang “sempurna”.

Mulakan dengan satu perkara.

Cuba.

Perhatikan.

Baiki.

Kemudian cuba lagi.

Kerana perubahan dalam keluarga juga boleh berlaku sedikit demi sedikit.

Mungkin bukan perubahan besar yang kita nampak pada hari pertama.

Tetapi perubahan kecil yang dilakukan berulang kali...

itulah yang akhirnya membentuk cara kita mendidik anak.

Semoga perkongsian petang ini mengingatkan kita bahawa proses menjadi ibu bapa yang lebih baik juga merupakan satu proses pembelajaran.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Jika anda rasa sudah tiba masanya untuk melihat semula cara kita memahami dan membimbing tingkah laku anak, saya menjemput anda bersama saya dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah:

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas
.
.
.