Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Break the cycle.
Bila sudah sedar, kita usaha ubah arah.
Ubah cara kebiasaan.

Maznah Ibrahim
Kadang kita bukan marah sebab anak semata-mata.

Sebenarnya kita lebih marah sebab penat, serabut, lapar, banyak fikir, dan emosi kita yang dah penuh.

Contoh:
Balik kerja penat, rumah bersepah, anak tumpahkan air pula. Terus suara naik. (waduuh 😮😣)

.
Sebelum 'react', cuba 3 langkah mudah ini:

1. Pause:

Berhenti sekejap. Tarik nafas perlahan.
(Ini perlu latih setiap hari sewaktu tak marah sebagai rutin dan insyaAllah automatik boleh 'pause' untuk buat 'deep breathing' ini).

2. Name:

Sebut dalam hati:

“Aku penat.”
“Aku sedang marah.”
“Aku overwhelmed.”
Acknowledge/ akui apa kita sedang rasai. InsyaAllah emosi bergolak dan bercampur baur ini akan mulai reda berpusing semakin perlahan......

3. Choose:

Pilih respon yang lebih baik:

✔️ cakap perlahan
✔️ lap air sama-sama
✔️ tenangkan diri dulu
Contohnya boleh masuk bilik air mandi terus, atau pergi tandas buang air, atau pergi ke dapur minum air masak sambil tarik nafas lagi atau lain lain.

Bila kita urus emosi sendiri, anak juga sedang belajar cara urus emosi mereka.

Anak belajar bukan dari apa kita cakap sahaja,
tetapi dari bagaimana kita respon. 💛

.
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
#ParentingSkills #EmotionalRegulation #CalmParenting
Kadang… kita bukan tak tahu cara handle anak.

Kita dah baca.
Kita dah cuba sabar.

Tapi tetap ada hari yang…
kita react, lepas tu menyesal sepanjang hari.

Kenapa perkara kecil dari anak boleh trigger kita macam tu?

Sebab kadang bukan anak yang “buat kita marah”…
tapi apa yang kita bawa dalam diri kita sendiri.



WEBINAR TERBARU DR. MAZNAH IBRAHIM

Oxygen Within
Regulate Yourself, Reconnect Your Child

Ini bukan sekadar webinar biasa.

Dalam sesi ini, anda akan dibimbing melalui
Pendekatan Expressive Art & Experiential Learning

Anda akan:
• lihat emosi secara visual
• faham kaitan emosi dengan badan
• alami sendiri proses regulate diri

Supaya kitaran
trigger → react → rasa bersalah
boleh mula diputuskan



🗓 30 May 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 malam



🎟 Pendaftaran kini dibuka

👉 Early bird dibuka sehingga 1 May, 11:59 malam



Kalau anda penat ulang pattern yang sama…

mungkin kali ini, bukan anak yang perlu diubah dulu.

👉 Daftar sekarang:
https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen
Kadang… bukan anak yang buat kita react.

Tapi apa yang kita bawa dalam diri kita sepanjang hari.

Penat.
Letih.
Fikiran penuh.
Emosi yang tak sempat dilayan…

Semua tu terkumpul.

Dan satu momen kecil…
jadi tempat semuanya “keluar”.

Sebab tu kadang kita react
tak sepadan dengan situasi.

Bukan sebab kita tak sayang.
Tapi sebab… kita dah terlalu penuh.

Mungkin ini bukan tentang
nak kawal emosi dengan lebih kuat.

Tetapi tentang
memberi ruang untuk faham
apa yang sebenarnya berlaku dalam diri.

Kalau ini relate…

boleh explore lebih lanjut di sini:
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen

Kadang…

yang kita perlukan bukan lebih kuat.

Tapi ruang untuk berhenti sekejap.
Kadang kita ingat…

kita cuma penat biasa.

Tapi sebenarnya,
kita dah terlalu lama berada dalam “survival mode”.

Masih bangun pagi.
Masih urus anak.
Masih pergi kerja.
Masih teruskan semuanya.

Dari luar nampak okay.

Tetapi dalam diri…

badan dan emosi dah terlalu lama “berjaga”.

Sebab itu ada orang tidur cukup…

tetapi bangun masih rasa penat.

Berehat pun rasa serabut.

Bercuti pun susah nak tenang.

Kerana kadang…

yang letih bukan badan sahaja.

Tetapi nervous system kita sendiri
dah terlalu lama tak sempat recover.

Dan bila “oxygen” dalam diri makin berkurang…

benda kecil pun mula terasa berat.

.......

Mungkin kita bukan perlukan
jadi lebih kuat.

Tetapi perlukan ruang untuk
berhenti sekejap…
dan regulate semula diri.

Kalau ini relate…

boleh baca lanjut di sini:
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen
.
.
Petang ni bila balik kerja nanti…

cuba buat satu benda kecil ni bila anak nak beritahu sesuatu 😊

Jangan terus jawab terlalu cepat.

Pause sekejap.

Dalam 5–10 saat pun dah cukup.

Tarik nafas perlahan.

Tengok muka anak betul-betul.

Kalau boleh… rendahkan sedikit badan supaya mata sama level dengan anak.

Dan baru jawab.

Kadang kita ingat kita sedang mendengar.

Tetapi sebenarnya dalam kepala masih sibuk:

nak betulkan
nak marah
nak suruh cepat
nak settlekan semuanya

Sebab itu kita terus react tanpa sedar.

Kalau pertama kali buat rasa pelik… itu normal 😊

Cuba beberapa kali dulu.

Dan cuba perhatikan respon anak.

Kadang bila kita mula perlahan sedikit…

anak jadi lebih tenang, lebih lama bercerita, dan lebih rasa didengari ❤️


p/s: Dalam Webinar Oxygen Within nanti, kita akan explore lebih lagi bagaimana nervous system & emosi mempengaruhi hubungan dengan anak.

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen?utm_campaign=o2-tc4
.
Terima kasih, ibu ❤️

Untuk semua lelah yang ibu tahan…
untuk semua emosi yang ibu pendam…
tetapi ibu tetap cuba tersenyum di depan anak.

Kadang anak nampak ibu sedang lipat baju.
Sedang kemas rumah.
Sedang urus semuanya seperti biasa.

Tetapi mereka tak nampak…

berapa banyak yang ibu sedang tahan dalam diam.

Dan sebab itu kadang-kadang…

ibu bukan perlukan jadi lebih kuat.

Ibu cuma perlukan ruang untuk berhenti sekejap,
bernafas semula,
dan regulate diri yang dah terlalu lama “bertahan”.

Dalam Oxygen Within, kita akan explore bagaimana emosi & stress sebenarnya disimpan dalam badan, dan bagaimana untuk perlahan-lahan keluar daripada kitaran react → rasa bersalah → ulang semula.
>> https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen

Dan buat semua ibu di sini…
Selamat Hari Ibu ❤️💕


.
Cuba buat satu benda kecil malam ni 😊

Pilih satu 'conversation' sahaja.

Dengan anak.
Atau pasangan.

Dan sepanjang conversation itu…

cuba jangan terus bagi 'solution'.

Jangan terus betulkan.
Jangan terus explain diri.

Cuma dengar sampai habis.

Kalau rasa awkward nak diam lama sangat,
tak mengapa 😊

Boleh gunakan respon kecil macam:

“Hmmm…”
“Ooo…”
“Yeke…”
“Lepas tu?”

Kadang itu pun dah cukup buat seseorang rasa:
“dia betul-betul dengar aku…”

Menariknya…

ramai orang sebenarnya bukan sengaja tak mendengar.

Mereka cuma terlalu penat dalam diam.

Dalam kepala masih berjalan:

apa belum siap
apa belum settle
apa lagi perlu dibuat

Sebab itu bila orang bercakap…

kita jadi cepat nak:
betulkan
selesaikan
atau tamatkan conversation cepat-cepat.

Bukan sebab kita tak sayang.

Tetapi sebab sistem emosi kita sendiri
dah terlalu lama berada dalam keadaan tegang dan sibuk.

Dan bila diri mula lebih tenang…

cara kita mendengar juga mula berubah ❤️

p/s: Dalam Oxygen Within nanti, kita akan explore bagaimana stres & emosi mempengaruhi cara kita respond dalam hubungan, dan bagaimana untuk perlahan-lahan regulate diri sebelum emosi “melimpah keluar”.

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen?utm_campaign=o2-tc5

.
.
Kadang-kadang…

lepas marah anak, dan rumah mula senyap semula,

baru rasa sesuatu dalam dada.


Kenapa aku react macam tu tadi…”


Ramai ibu bapa ingat,
bila dah terlepas marah…

semuanya dah rosak.

Padahal sebenarnya,
anak bukan perlukan ibu bapa yang perfect sepanjang masa.

Tetapi anak perlukan rasa:

Walaupun tadi mama marah…
mama masih sayang aku.”


Sebab itu “repair” selepas marah sangat penting.

Peluk semula.
Dengar semula.
Tanya apa anak rasa.
Minta maaf kalau perlu.

Benda kecil macam ni kadang sangat besar dalam emosi anak ❤️

Dalam Oxygen Within nanti,
kita akan explore bagaimana:

• emosi & stres mempengaruhi cara kita react
• kenapa rasa bersalah selalu berulang
• dan bagaimana untuk reconnect semula selepas keadaan reda

Bukan untuk jadi perfect parent.

Tetapi untuk jadi parent yang lebih tenang dan lebih sedar 😊

🗓 30 May 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 malam

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen

.
.
.
Kadang anak baru masuk kereta je…

terus keluar “podcast episode” terbaru mereka 😂

Cuba nanti bila anak datang cerita apa-apa…

respon kecil macam:
Ooo yeke ...”


atau
Lepas tu apa jadi?...”


Simple je…

tetapi kadang ayat kecil macam ni buat anak rasa:
“Cerita aku penting pada mama & ayah.”


Bila anak rasa cerita dan emosi mereka didengari,
ia perlahan-lahan membantu mereka membina rasa bahawa:
pandangan mereka bernilai,
dan diri mereka juga bernilai 😊

Rasa dan pengalaman kecil seperti ini…

insyaAllah boleh menjadi salah satu “bekal kecil” yang membantu mereka menghadapi cabaran hidup bila semakin dewasa nanti ❤️

——

Jika anda belum daftar webinar terbaru bulan ini:

🌿 Oxygen Within
Regulate Yourself, Reconnect Your Child

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen

(P/s: situasi sebenar takdelah sampai extreme macam dalam komik ni 🤣 hahaha… tapi you got the point kan?)