Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Ramai orang masih fikir aktiviti melukis ni ringan. Sekadar kreatif. Sekadar hobi.

Tapi dalam pendekatan facilitative expressive arts, prosesnya jauh lebih mendalam daripada sekadar hasilkan gambar.

Pendekatan ini membantu kita “bypass the cognitive” — melangkaui lapisan pemikiran harian yang biasa kita guna.

Bila kita melukis, kita tak perlu fikir terlalu banyak. Kita hanya ikut rasa. Ikut instinct.

Dan dalam keadaan itu… kadang sesuatu mula muncul.

Perkara yang tak pernah terfikir.
Perasaan yang sukar diungkap.
Corak emosi yang tersembunyi.

Expressive arts tak memaksa minda untuk cari jawapan.

Ia membuka ruang supaya pengalaman dalaman muncul secara semula jadi.

Kemudian melalui soalan-soalan reflektif yang selamat dan non-judgemental, kita mula melihat lukisan itu dengan perspektif baharu.

Di sinilah proses celik akal berlaku.

Bila seseorang mula menjawab soalan tersebut, dia akan:

Lebih mengenal diri.
Lebih memahami pengalaman sendiri.
Lebih jelas terhadap emosi dan corak dalaman.

Dan sering kali, muncul satu kesedaran yang sangat penting:

“Ya… inilah yang saya alami.”

Daripada kesedaran itu, lahir komitmen untuk berubah.

Bukan kerana paksaan.
Tetapi kerana kefahaman diri.

Dalam proses ini:

✔️ Tiada judgement
✔️ Tiada tafsiran paksa
✔️ Tiada label

Lukisan tidak ditafsir oleh fasilitator.
Peserta sendiri yang meneroka makna, dengan sokongan soalan yang selamat.

Penting juga untuk jelas — ini bukan intervensi klinikal art therapy.

Art therapy ialah intervensi klinikal yang memerlukan latihan profesional khusus.

Namun apabila proses ini difasilitasi secara terarah dan bertanggungjawab, ia tetap boleh menjadi pengalaman yang sangat bermakna:

Lebih selamat secara emosi.
Lebih mendalam.
Lebih selesa untuk diterokai.

Fokusnya bukan kesempurnaan.

Tetapi pergerakan kecil ke arah kebaikan.

Growth bukan tentang berubah secara drastik.

Growth ialah tentang:
sedar → faham → pilih → bergerak.

Jika anda sedang mencari ruang refleksi yang lembut dan selamat Ramadhan ini, pendekatan ini mungkin satu pengalaman yang berharga untuk diterokai.

Jumpa dalam Webinar The Nest Within 14 Mac depan.

Daftar di sini>> https://webinar.maznahibrahim.com/nest?utm_campaign=nest-tc2

Semoga bermanafaat.
Dalam pendekatan expressive arts, kita sebenarnya tak melukis sekadar gambar.

Kadang-kadang… kita sedang melukis diri kita sendiri.

Salah satu metafora yang sangat kuat dalam sesi reflektif ialah metafora sarang.

Sarang melambangkan banyak perkara yang dekat dengan kehidupan kita:

Tempat asal.
Rasa selamat.
Perlindungan.
Hubungan.
Kelembutan… atau mungkin juga kerapuhan.

Menariknya, bila seseorang diminta melukis sarang, setiap lukisan membawa cerita emosi yang berbeza.

Ada sarang yang kukuh dan stabil.
Ada yang rapuh dan hampir runtuh.
Ada yang penuh.
Ada yang kosong.

Dan tiada satu pun yang salah.

Sarang itu bukan untuk dinilai cantik atau tidak.
Ia simbol pengalaman.

Kadang melalui lukisan yang ringkas, seseorang mula sedar sesuatu yang halus tapi mendalam:

“Mungkin… ini gambaran rasa selamat saya.”
“Mungkin… ini perasaan saya tentang rumah.”
“Mungkin… ini yang saya bawa sejak lama.”

Metafora sarang membantu kita melihat perkara yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.

Ia membuka ruang untuk bertanya:

Apakah yang membentuk rasa selamat saya?
Apakah yang saya pelajari tentang hubungan?
Apakah yang masih saya bawa hingga hari ini?

Dan yang lebih penting…

Kita mungkin tidak memilih sarang asal kita.

Tetapi sebagai orang dewasa, kita ada ruang untuk membina sarang yang baharu.

Sarang emosi.
Sarang hubungan.
Sarang keluarga.
Sarang untuk diri sendiri.

Dalam webinar nanti, fokusnya bukan untuk menyalahkan masa lalu.

Tetapi memahami bagaimana pengalaman membentuk kita.

Sarang kita dan sarang pasangan kita mungkin sangat berbeza.
Latar pembesaran kita juga berbeza.

Daripada kesedaran itu, kita mula bertanya dengan lebih lembut:

Apa yang ingin saya ubah?
Apa yang ingin saya bina dengan lebih sedar?
Apa bentuk “rumah” yang saya mahu ciptakan?

Dalam proses facilitative expressive arts, jawapan itu tidak diberi oleh fasilitator.

Ia ditemui oleh diri sendiri.

Perlahan-lahan.
Selamat.
Tanpa judgement.

Kalau belum nampak apa-apa sekarang pun tidak mengapa.

Kadang mendengar refleksi orang lain pun sudah cukup untuk membuka sudut pandang baru.

Kerana perubahan yang paling kuat selalunya bukan bermula dengan nasihat.

Tetapi dengan satu kesedaran kecil:

“Sekarang saya nampak.”

Kalau rasa mahu alami sendiri pengalaman ini bersama, jemput daftar dan sertai kami dalam The Nest Within

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/nest

Semoga bermanafaat
Kadang yang kita marah hari ini…
sebenarnya kita sedang bertemu diri kita yang dulu.


---

Sudah hari ke 9 Ramadhan hari ni…
mesti banyak momen dengan anak-anak kan?

Setiap tahun berbeza.
Anak makin besar.
Pengalaman puasa pun makin matang.

Saya nak kongsikan satu kisah.

Seorang wanita.
Seorang isteri.
Seorang ibu kepada lima orang anak.

Dari luar, hidupnya nampak seperti ramai ibu yang lain.
Sibuk. Penat. Urus keluarga. Penuhi keperluan semua orang.

Tapi dalam satu sesi refleksi… sesuatu muncul.

Perlahan-lahan beliau sedar:

Cara beliau respon pada anak-anak hari ini
banyak terbentuk daripada pengalaman beliau sendiri semasa kecil.

Bukan sebab beliau mahu ulang.
Tetapi kerana corak itu hidup secara automatik.

Beliau membesar dalam suasana yang tidak mudah.
Dimarah dengan keras.
Dibuli oleh adik-beradik.

Emosi lama itu rupanya masih tinggal dalam diri.

Yang paling kuat beliau sedar ialah ini - Beliau sangat ter-trigger bila suaminya memarahi anak dengan keras.

Bagi suami, itu biasa.
Itu cara yang pernah beliau alami dulu.

Tapi bagi wanita ini,
ia bukan sekadar disiplin.

Ia menyentuh luka lama.

Lebih terasa bila berlaku pada waktu yang sepatutnya lembut…
termasuk hampir waktu berbuka puasa.

Di situ datang satu kesedaran besar.

Rupanya “sarang asal” beliau dan “sarang asal” suami hampir serupa.
Cuma perjalanan kesedaran mereka berbeza.

Beliau mula bertanya pada diri:

Apa yang saya mahu ubah?
Corak apa yang saya mahu hentikan?
Sarang keluarga bagaimana yang saya mahu bina?

Ramai orang tanya,
“Dah terlambat ke nak berubah?”

Jawapannya - tidak.

Kesedaran tak pernah datang terlalu lambat.
Kadang ia datang tepat pada waktunya.
Sebelum luka jadi lebih dalam.
Sebelum hubungan jadi lebih jauh.
Sebelum diri jadi lebih penat.

Webinar yang akan datang ini membuka ruang refleksi yang sama.

Ruang untuk melihat:

• Apa yang kita bawa dari keluarga asal
• Apa yang membentuk respon emosi kita
• Apa yang tanpa sedar kita ulang
• Apa yang masih boleh kita ubah

Kerana perubahan jarang bermula dengan teknik.
Ia bermula dengan kesedaran.

Jika kisah ini terasa dekat dengan pengalaman anda,
mungkin ini masa untuk berhenti seketika… dan melihat.

Daftar di sini:
https://webinar.maznahibrahim.com/nest?utm_campaign=nest-tc4

Semoga bermanfaat,

Dr. Maznah
Kadangkala kita membaca sesuatu…dan tiba-tiba rasa senyap seketika.

Beberapa hari ini saya berkongsi tentang metafora “sarang keluarga.”

Ada yang membaca dan mula terfikir sesuatu tentang diri sendiri.

Contohnya…

Mungkin pernah terlintas dalam hati:

“Kenapa saya cepat sangat trigger bila anak buat silap?”

atau

“Kenapa bila pasangan bercakap dengan nada tertentu, hati saya jadi sangat sensitif?”

atau

“Kenapa saya penat sangat sebagai ibu atau ayah… walaupun saya cuba buat yang terbaik?”

Kadangkala jawapan kepada soalan-soalan ini tidak hanya berada pada situasi sekarang.

Ia berkait dengan sesuatu yang lebih lama.

Pengalaman yang membentuk kita.
Cara kita dibesarkan.
Cara emosi ditangani dalam keluarga dahulu.

Tanpa sedar, semua itu membina “sarang emosi” dalam diri kita.

Ada bahagian yang kuat.
Ada bahagian yang masih luka.
Ada bahagian yang kita sendiri tidak pernah sempat lihat dengan jelas.

Ramai orang cuba memperbaiki hubungan keluarga dengan cara:

– memberi nasihat
– membaca buku parenting
– belajar teknik komunikasi

Semua itu baik.

Tetapi kadangkala perubahan sebenar bermula apabila kita melihat diri kita sendiri terlebih dahulu.

Melihat dengan jujur.
Melihat tanpa menyalahkan.
Melihat dengan rasa ingin memahami.

Inilah ruang yang akan dibuka dalam webinar ini.

Bukan kelas teknik parenting.

Tetapi satu pengalaman refleksi yang membantu kita:

• melihat corak emosi yang mungkin kita bawa dari keluarga asal
• memahami kenapa situasi tertentu sangat trigger kepada diri
• menyedari apa yang sebenarnya kita ingin ubah dalam keluarga sendiri

Dan yang paling penting,

membantu kita mula membina “sarang keluarga” yang lebih sedar dan lebih selamat.

Jika perkongsian ini terasa dekat dengan hati,
mungkin ruang refleksi ini boleh memberi makna kepada anda.

Maklumat webinar boleh dilihat di sini:

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/nest

Semoga bermanfaat.

Dr. Maznah Ibrahim
2 hari lagi.

Kadang hidup bergerak sangat pantas.
Di tengah rutin, tanggungjawab dan emosi harian… jarang ada ruang untuk kita berhenti seketika dan melihat apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam diri.

Dalam sesi kali ini, kita akan gunakan pendekatan expressive arts.

Kadang melalui proses ini, perkara yang selama ini sukar diluahkan, the untold stories atau perasaan yang terpendam, boleh muncul perlahan-lahan.

Dari situ, mungkin kita dapat memahami diri dengan lebih jujur dan melihat semula corak lama yang mempengaruhi hubungan kita dengan anak dan keluarga.

InsyaAllah melalui proses discovery ini, mungkin ada sesuatu tentang diri yang menjadi lebih jelas… dan dari situ kita boleh mula memperbaiki hubungan dengan anak dan keluarga.

🗓 14 Mac | 9.45 malam

Maklumat lanjut:
https://webinar.maznahibrahim.com/nest
Memandang anak dari sudut pandang yang lebih empatik dan menyokong keperluan mereka......


T.mazn.me/chan
Bantu diri, elakkan 'parental burnout' yang beri kesan pada diri dan keluarga...

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Kenapa “connection before correction” penting?

Dalam perkembangan kanak-kanak, otak emosi ('limbic system') berkembang lebih awal berbanding otak rasional ('prefrontal cortex').

Maksudnya:
--> Anak rasa dulu, baru boleh fikir

Bila anak sedang marah / sedih:

Otak rasional dia “offline”
Dia tak mampu dengar nasihat atau teguran

Sebab tu bila kita:
🫶acknowledge perasaan,
🫶bantu dia rasa selamat,

Barulah otak dia “tenang semula” dan:
🔜dia boleh dengar
🔜 dia boleh belajar

'Connection is what opens the door for correction'.

Kalau dulu:
"Dah dah dah, diam diam, shu shuuh.."
Sekarang,
"Adik, sedihnya Mama nampak. Apa berlaku ni,..."

Pernah cuba approach ni dengan anak? Apa jadi?
.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Break the cycle.
Bila sudah sedar, kita usaha ubah arah.
Ubah cara kebiasaan.

Maznah Ibrahim
Kadang kita bukan marah sebab anak semata-mata.

Sebenarnya kita lebih marah sebab penat, serabut, lapar, banyak fikir, dan emosi kita yang dah penuh.

Contoh:
Balik kerja penat, rumah bersepah, anak tumpahkan air pula. Terus suara naik. (waduuh 😮😣)

.
Sebelum 'react', cuba 3 langkah mudah ini:

1. Pause:

Berhenti sekejap. Tarik nafas perlahan.
(Ini perlu latih setiap hari sewaktu tak marah sebagai rutin dan insyaAllah automatik boleh 'pause' untuk buat 'deep breathing' ini).

2. Name:

Sebut dalam hati:

“Aku penat.”
“Aku sedang marah.”
“Aku overwhelmed.”
Acknowledge/ akui apa kita sedang rasai. InsyaAllah emosi bergolak dan bercampur baur ini akan mulai reda berpusing semakin perlahan......

3. Choose:

Pilih respon yang lebih baik:

✔️ cakap perlahan
✔️ lap air sama-sama
✔️ tenangkan diri dulu
Contohnya boleh masuk bilik air mandi terus, atau pergi tandas buang air, atau pergi ke dapur minum air masak sambil tarik nafas lagi atau lain lain.

Bila kita urus emosi sendiri, anak juga sedang belajar cara urus emosi mereka.

Anak belajar bukan dari apa kita cakap sahaja,
tetapi dari bagaimana kita respon. 💛

.
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
#ParentingSkills #EmotionalRegulation #CalmParenting
Kadang… kita bukan tak tahu cara handle anak.

Kita dah baca.
Kita dah cuba sabar.

Tapi tetap ada hari yang…
kita react, lepas tu menyesal sepanjang hari.

Kenapa perkara kecil dari anak boleh trigger kita macam tu?

Sebab kadang bukan anak yang “buat kita marah”…
tapi apa yang kita bawa dalam diri kita sendiri.



WEBINAR TERBARU DR. MAZNAH IBRAHIM

Oxygen Within
Regulate Yourself, Reconnect Your Child

Ini bukan sekadar webinar biasa.

Dalam sesi ini, anda akan dibimbing melalui
Pendekatan Expressive Art & Experiential Learning

Anda akan:
• lihat emosi secara visual
• faham kaitan emosi dengan badan
• alami sendiri proses regulate diri

Supaya kitaran
trigger → react → rasa bersalah
boleh mula diputuskan



🗓 30 May 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 malam



🎟 Pendaftaran kini dibuka

👉 Early bird dibuka sehingga 1 May, 11:59 malam



Kalau anda penat ulang pattern yang sama…

mungkin kali ini, bukan anak yang perlu diubah dulu.

👉 Daftar sekarang:
https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen