Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Seronok bila akhirnya anak-anak yang disokong dalam terapi, akhirnya sudah berjaya melalui fasa penyesuaian diri yang 'struggle' sewaktu alam persekolahan yang mencabar. Bertahun lamanya. Gelak gelak kerana sudah selesai SPM pada Nov-Dis lalu.

Yang masih struggle atau sedang melalui fasa ini, moga terus kuat dan teguh !!!

Ia tidak mudah, tapi tidak mustahil,

Hakikatnya cabaran persekolahan adalah jauh lebih baik/mudah berbanding cabaran alam dewasa yang lebih besar, sekaligus anda akan pegang banyak tanggungjawab....

Maka, kini, jalan terus aja 💪.
Tuhan ada.

K maznah sayang kalian semua, mahu lihat kalian berjaya 🤲💙.

Webinar kita Sabtu malam esok,
9 malam,
Bagi ibu ayah mahu bantu anak lalui fasa penyesuaian diri ini,
Silakan daftar segera.

https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment?utm_campaign=adjust-tc12
Ada anak yang ambil masa lama untuk survive zaman sekolah.

Naik turun emosi dan kemampuannya.

Menangis.
Keliru.
Kadang hampir putus asa.

Adjustment dia bukan sekejap.
Bertahun-tahun juga up and down.

Tapi akhirnya…
dia berjaya tamat sekolah.

Bukan sebab dia paling pandai.
Bukan sebab hidup dia mudah.
Tapi sebab ada orang dewasa yang tak tinggalkan dia sendirian,
semasa fasa paling susah dalam hidupnya.

Kelak, bila masuk ke fasa pengajian tinggi, ceritanya berbeza.

Dunia dia lebih khusus.

Lebih dekat dengan bidang dan passion dia sendiri.

Adjustment? Akan tetap ada.

Tapi kali ini, dia akan lebih kenal diri.
Lebih yakin.
Lebih stabil.

Adjustment yang kita bantu hari ini,
akan jadi kekuatan anak kita pada masa depan.

Soalnya bukan: “Kenapa anak aku lambat nak adapt?”

Soalnya: “Siapa yang ada dengan dia semasa dia sedang belajar berdiri?”

Jika anda sedang menemani anak melalui fasa perubahan,
webinar Adjustment ini untuk anda.

Kita yakin bahawasanya,
Anak bukan lambat.
Tapi dia sedang membina asas kukuh jati diri untuk cabaran masa hadapan dia kelak.

Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak percaya dan berada disisi mereka?

Maznah Ibrahim

Webinar Adjustment:-
https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment?utm_campaign=adjust-tc13
.
Mengetahui lanjut perkara penting ini. Sempat untuk mendaftar Webinar Adjustment Anak: malam ini, Sabtu, 31 Jan 2026,

klik di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
'Emotional parenting'

Ini konsep baru ke atau keibubapaan yang ikut perasaan je ke?😅

Sebenarnya tidak.

Dalam psikologi, idea ini dah lama wujud, cuma guna nama berbeza.

Pakar seperti John Bowlby (Attachment Theory),
Daniel Siegel (interpersonal neurobiology),
dan Gottman (emotion coaching),

semua bercakap tentang perkara yang sama:

iaitu emosi ibu bapa mempengaruhi perkembangan emosi anak.

Maksudnya mudah:

Cara kita tenangkan diri
Cara kita respon bila marah
Cara kita layan emosi anak

🔜semua itu jadi model emosi untuk anak.
.

'Emotional parenting' bukan memanjakan anak.

Ia mengajar anak untuk:

kenal emosi dia
tenangkan badan dia (regulate emosi)
dan bina hubungan sihat
---> (ini semua dalam 'EQ Skills').

👍Disiplin tetap ada.

👍Had tetap ada.

Bezanya, ia dibuat dalam keadaan emosi yang terkawal, bukan meletup.

Terutamanya emosi ibu bapa lah, kan.

('Connection before correction'. Validasi dan sokong dulu, baru masukkan input kita - ini saya sentuh dalam webinar Adjustment malam tadi, Alhamdulillah peserta saya nampak hal ini).

Kajian menunjukkan bahawa:

- Anak yang dibesarkan dengan ibu bapa yang 'emotionally responsive', lebih baik dalam:

kawalan emosi
keyakinan diri
hubungan sosial yang sihat.

Ringkasnya:

Anak belajar emosi melalui emosi ibu bapa.

Dan di situlah proses 'generational healing' bermula.

Yang penting juga, kita ada 'insight' atau celik akal, atau kesedaran.

Kita bimbang bahawasanya apabila kita tidak sedar, atau kita tak nampak, betapa timbal baliknya emosi kita kepada emosi dan tingkahlaku anak....

maka selamanyalah kita akan teruskan cara keibubapaan yang kurang tepat, kurang sesuai atau tidak membantu perkembangan anak kita, dan bagaimanalah generasi penerus kita kelak....
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
...
Kalau nak tonton rakaman Webinar Adjustment semalam boleh dapatkan di sini:
https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment/?utm_source=t010226
'Emotional parenting' bukan tentang jadi ibu bapa yang sempurna.

Ia tentang emosi ibu ayah yang cukup selamat untuk anak tumpang bernaung.

Bila emosi ibu ayah lebih tenang, anak akan rasa dunia ini boleh dipercayai.

Dari rasa selamat itu, anak belajar regulate emosi, membina hubungan sihat, dan membawa corak yang lebih baik ke generasi seterusnya.

Healing jarang bermula dari anak.

Selalunya ia bermula dari parent yang berani jaga emosi sendiri.

That’s how generational healing quietly happens.

No drama.

No blame.

Just safe emotional nesting.

Refleksi,

Dr. Maznah Ibrahim

https://t.mazn.me/chan
Boasting dalam Kalangan Kanak-Kanak & Remaja: Perlu Marah atau Perlu Faham?

Pernah tak kita dengar anak kata:
“Saya paling pandai”.
“Semua orang suka saya”.
“Saya je yang boleh buat”.
"Mak ayah saya orang kaya".

Ramai terus label ini sebagai sombong atau riak.

Tapi dalam dunia perkembangan emosi, ini dipanggil 'boasting'.

Boasting bukan tanda angkuh.

Selalunya ia adalah tanda:
➡️Anak perlukan pengiktirafan
➡️Anak sedang bina keyakinan diri
➡️Anak belum pandai validate diri sendiri
➡️Anak cuba tutup rasa tak yakin / takut tak cukup bagus
➡️Anak ada rasa 'insecure'

Ia biasa berlaku kepada kanak-kanak dan awal remaja, serta remaja sewaktu mereka membentuk identiti diri mereka.

Apa peranan ibu ayah?
Bukan terus mematikan suara anak
Bukan memalukan anak depan orang
Bantu anak kenal emosi di sebalik kata-kata
Validasi usaha, bukan ego
Ajar beza antara 'confident' dan 'showing off'

Ketahuilah bahawasanya anak yang sering bermegah, selalunya sedang mencari rasa selamat.

Ini adalah fasa normal sebagai kanak-kanak dan remaja yang diuji dengan persekitaran yang sangat mencabar.

Terutama zaman kini yang selalu bermegah dan menunjuk-nunjuk, perkara tidak sebenar (fake).

Kita fokus kepada didik emosi dulu, barulah akhlak boleh dibentuk. Nilai diterapkan (berkata benar, Allah tahu).

Apa Kesan Boasting Jika Tidak Dibimbing?

Jika dibiarkan tanpa bimbingan:
Anak sukar terima teguran & kegagalan
Hubungan rakan jadi tegang (kawan rasa tak selesa)
Anak bergantung pada pujian luaran
Keyakinan diri jadi rapuh (jatuh bila tak dipuji)

Jadinya anak ini akan mampak yakin di luar, tapi mudah runtuh di dalam.

[Kenapa Kanak-Kanak & Remaja Berboasting?]

Antara sebab biasa kanak-kanak dan remaja ber'boasting' adalah:
➡️Sedang membina identiti diri
➡️Tak tahu cara sihat untuk minta perhatian
➡️Jarang rasa diakui usaha, hanya hasil
➡️Terpengaruh dengan media sosial & comparison
➡️Rasa diri “tak cukup” bila dibandingkan

Sebenarnya 'boasting' adalah bahasa emosi yang anak belum pandai terjemahkan.

[Apa Usaha Kita Boleh Lakukan?]

👍Validasi usaha, bukan label anak
--> “Mama nampak awak usaha kuat,” bukan “Jangan berlagak”, atau "Mama nampak awak ni berlagak sangat lah".

👍Refleksi emosi di sebalik kata-kata “Awak rasa bangga sebab awak berjaya?”.
--> Kemudian kaitkan dengan zat Maha Kuasa dan Maha Hebat:"Alhamdulillah, ucapkan Alhamdulillah sebab Allah beri izin awak berjaya".

👍Ajar bahasa emosi yang betul
--> Ajar anak ganti “Saya paling hebat” kepada “Saya rasa gembira & bangga dengan usaha diri saya.”

👍Bezakan 'confidence' vs 'boasting'
-->'Confidence' = tenang & hormat orang lain
'Boasting' = perlukan pengesahan segera

👍Jadi model yang sihat
--> Anak belajar daripada cara kita bercakap tentang diri sendiri.

Ingatlah, boasting bukan masalah akhlak semata-mata.

Ia selalunya isu perkembangan & emosi.

Refleksi,
Dr. Maznah Ibrahim

https://t.mazn.me/chan
STRES. Penat. Cepat marah. Lepas tu rasa bersalah.

Kalau itu jadi rutin hampir setiap hari,
mungkin bukan anak yang bermasalah,
tapi stres yang tak sempat diurus.

Cuti hujung minggu ni, ambil sedikit masa untuk belajar cara urus stres dengan lebih tenang.

Dalam Webinar Pengurusan Stres Ibu Bapa Sibuk & Berkerjaya, saya kongsikan:

• Kenapa kita mudah triggered
• Kesan stres pada anak
• Strategi praktikal yang boleh terus guna

Rakaman penuh - tonton ikut masa sendiri.

🆓 PERCUMA (hanya perlu jawab survei ringkas)

👉 https://mazn.me/nakfaham

Mulakan dengan urus diri dulu 💛

p/s: Dapatkan sekarang, sementara ia masih percuma.
Stres… tapi tak tahu nak mula kat mana?

Kadang kita sedar kita cepat marah.
Cepat penat.
Cepat rasa serabut.

Tapi bila fikir nak ubah…
tak jelas nak mula dari mana.

Nak baiki komunikasi dengan pasangan?
Nak kurangkan beban kerja rumah?
Atau nak belajar urus emosi sendiri dulu?

Semua nampak penting.

Bila seseorang terlalu lama berada dalam keadaan stres tanpa strategi yang jelas, otak kita akan masuk “mode bertahan” (survival mode).

Bila ini berlaku:
• Kita jadi lebih reaktif, bukan responsif
• Susah nampak pilihan atau jalan keluar
• Mudah ulang corak lama walaupun kita tak suka

Sebab itu penting ada struktur dan panduan yang jelas.

Dalam Webinar Pengurusan Stres Ibu Bapa Sibuk & Berkerjaya, saya kongsikan:

• Cara urus stres diri sendiri secara praktikal
• Cara bincang & kongsi tanggungjawab tanpa jadi konflik
• Tool mudah untuk bina pelan pengurusan stres keluarga

Kalau rasa dah lama “stuck” dan pusing pada isu yang sama, mungkin ini boleh jadi permulaan yang lebih tersusun.

Langkapkan suurvei utk dapatkan akses webinar percuma.

👉 https://mazn.me/nakfaham

Kadang perubahan bukan sebab kita kurang kuat.

Cuma kita perlukan cara yang lebih jelas.

p/s: dapatkan sekarang selagi masih percuma
Ramadhan Kareem 1447H semua.
Amin Amin YRA atas apa jua niat semua kita untuk Ramadhan kali ini.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Ramadhan ni… kadang Allah bagi ruang untuk kita berhenti sekejap.

Tengok balik cara kita marah.
Cara kita diam.
Cara kita simpan rasa.
Cara kita sayang.

Pernah tak terfikir… semua tu sebenarnya terbentuk lama, sejak dalam keluarga asal kita?

Ramai orang dewasa hari ni tengah berusaha jadi pasangan dan ibu bapa yang lebih baik. Tapi dalam masa yang sama, tanpa sedar kita ulang juga corak lama.

Kita pernah cakap,
“Aku tak nak jadi macam mak ayah aku…”

Tapi bila penat, bila trigger, bila emosi tak stabil… keluar juga gaya yang sama.

Kalau luka lama ni tak diproses, dia tak hilang.
Dia cuma berpindah… masuk dalam perkahwinan, masuk dalam keibubapaan, masuk dalam cara kita melihat diri sendiri.

Sebab tu Ramadhan kali ni, Dr. Maznah bawakan webinar khas:

The Nest Within: Healing, Forgiveness & Family Bonding
🗓 14 Mac (Sabtu)
🕤 9.45 malam

Ini bukan webinar biasa.

Ia berbentuk experiential, guna pendekatan unik Facilitative Expressive Arts melalui aktiviti Bird Nest Drawing.

Kadang isu keluarga ni susah nak cerita dengan kata-kata.

Tapi melalui metafora “sarang”, kita boleh lihat semula sarang asal kita… dan mula memilih secara sedar, sarang bagaimana yang kita nak bina sekarang.

Kita mungkin tak memilih sarang asal kita.

Tapi kita boleh memilih cara kita membina sarang seterusnya.

Daftar di sini 👇
https://webinar.maznahibrahim.com/nest

Jumpa 14 Mac nanti 🌙

p/s: Early bird dibuka sekarang dan akan tamat tepat jam 12.00 malam, 21 Mac.