Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Kadang-kadang, yang paling sakit sebenarnya…bukan apa yang anak buat.

Tetapi apa yang ia sentuh dalam diri kita sebagai ibu bapa.

Ramai antara kita membesar dengan pengalaman:
– perasaan tak didengari
– emosi diperkecilkan
– tangisan disuruh berhenti
– soalan dianggap melawan

Kita belajar satu perkara sejak kecil:

“Perasaan aku tak penting.”

Dan tanpa sedar,pengalaman itu kita bawa masuk ke dalam cara kita membesarkan anak.

Bukan kerana kita jahat.

Bukan kerana kita sengaja.

Tetapi kerana itulah yang tubuh dan emosi kita kenal.

Sebagai kaunselor, saya sering berjumpa orang dewasa yang masih bergelut dengan kesan pengalaman zaman kanak-kanak yang tak pernah benar-benar disedari atau diproses.

Dan perkara yang sama sering berlaku dalam hubungan ibu bapa–anak.

Kadang-kadang,tingkah laku anak - cara dia menangis, melawan, diam, atau perlukan perhatian, secara tak sedar boleh ‘menyentuh’ memori lama yang pernah menyakitkan kita.

Bukan kerana anak berniat mencabar.

Tetapi kerana tubuh emosi kita teringat semula perasaan yang dulu kita terpaksa simpan sendiri.

Bila itu berlaku, respon kita selalunya jadi lebih kuat daripada situasi sebenar.

Dan di sinilah kesedaran menjadi sangat penting.

Menyedari bahawa

“ini bukan sekadar tentang anak”,

dan berani mengakui bahawa ada bahagian dalam diri kita yang juga perlukan difahami - itu adalah langkah awal kepada healing.

Anak bukan mencabar kita.

Anak sedang menunjukkan bahagian diri kita yang dulu juga perlukan didengari.

Dan di sinilah sebenarnya peluang yang sangat besar.

Peluang untuk kita jadi orang dewasa yang kita sendiri perlukan suatu masa dulu.

Bila kita memilih untuk berhenti sekejap dan mendengar anak, kita sedang memutuskan kitaran (Break The Cycle).

Bila kita validate emosi anak, kita sedang memberi apa yang kita sendiri pernah kekurangan.

Bukan bermaksud kita sempurna.

Bukan bermaksud kita tak pernah silap.

Tetapi kita sedar dan memilih untuk tidak mewariskan luka yang sama.

Dalam Webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan,kita bukan sahaja bercakap tentang emosi anak.

Kita juga menyentuh bagaimana pengalaman lama ibu bapa mempengaruhi cara kita respon hari ini dan bagaimana kesedaran itu boleh membantu kita menjadi lebih tenang dan selamat untuk anak.

Kerana bila luka lama kita difahami, respon kita kepada anak juga jadi lebih berlapang dan berempati.


Daftar Sekarang>> https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment

Anak bukan tempat untuk simpan luka lama turun-temurun.

Anak adalah peluang untuk kitaran itu berhenti di sini, diri kita.


Dr. Maznah Ibrahim
Kaunselor Berdaftar
Sekarang ini, kita sudah memasuki minggu kedua persekolahan.

Dan kalau anda dan pasangan rasa penat, serabut, emosi turun naik, saya nak beritahu satu perkara penting:

Itu juga adjustment.

Adjustment bukan milik anak sahaja.
Ibu bapa pun sedang melaluinya.

Setiap pagi kita menyesuaikan rutin hidup.

Jalan sesak.
Masa hantar dan ambil anak yang berubah.
Duit belanja cukup ke tidak hari ini?

Anak pula mula bertanya,

“Boleh tak saya jalan kaki sendiri?”
“Atau naik bas dengan kawan?”

Dalam masa yang sama, ada hari-hari tertentu anak pulang dengan cerita yang buat dada kita jadi tak sedap.

Cerita tentang:
– diejek
– disisihkan
– nama dipanggil
– atau tanda-tanda awal buli
yang kita sendiri belum pasti tahapnya

Dan sebagai ibu bapa, kita tersepit di tengah.

Nak tenangkan anak.
Nak lindungi anak.

Dalam masa yang sama, kita juga sedang belajar
menyesuaikan diri dengan realiti baru ini.

Ada ibu bapa yang rasa bersalah.
Ada yang rasa takut.
Ada yang rasa marah.

Ada juga yang tertanya-tanya,

“Adakah aku overreact…
atau ini memang bahaya?”

Hakikatnya, emosi ibu bapa juga sedang adjust.

Bezanya, kita jarang beri ruang pada diri sendiri
untuk mengakuinya.

Kita cepat berkata,

“Alah, biasalah.”
“Kena kuat.”
“Semua orang lalui benda yang sama.”

Sedangkan, seperti anak-anak, kita juga perlukan faham sebelum kita boleh jadi kuat.

Bila ibu bapa sendiri belum stabil secara emosi,
sukar untuk menjadi safe base kepada anak.

Dalam webinar live terbaru saya bulan ini,
kita akan bincangkan:

• Kenapa minggu-minggu awal sekolah mencabar untuk anak dan ibu bapa
• Bagaimana respon ibu bapa boleh menenangkan atau menambah tekanan anak
• Cara mendengar cerita anak tentang isu sekolah (termasuk buli) tanpa panik atau menidakkan
• Bagaimana mengurus rasa bersalah, takut dan keliru sebagai ibu bapa
• Tools ringkas untuk bantu anak adjust, dan parent pun sama-sama belajar regulate emosi

Supaya suatu hari nanti, bila anak melangkah ke fasa atau situasi kehidupan yang baru, dia bukan sekadar pandai bertahan.

Tetapi yakin bahawa dia mampu menyesuaikan diri kerana dia pernah disokong dengan selamat sebelum ini.

Di universiti.
Di tempat kerja.
Dalam perkahwinan.
Dalam hubungan sosial.
Dan fasa-fasa kehidupan lain yang akan datang.

Adjustment juga bukan tanda kita gagal sebagai ibu bapa.

Ia tanda kita sedang belajar hidup dalam fasa dan situasi baru.

Dan fasa atau situasi ini tidak perlu dilalui sendirian.

📅 31 Januari (Tarikh baru)
9.00 malam

👉 Link daftar:
https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment

Apabila ibu bapa lebih tenang, lebih mudah untuk membesarkan anak dan anak juga rasa lebih selamat.

Semoga bermanfaat.

Dr. Maznah Ibrahim
Di Sebalik Kekuatan Kita Dulu... Ada 'Tangan Ghaib' Yang Menyokong

Pernah tak anda duduk diam sekejap dan ingat balik... Macam mana kita boleh 'survive' masa mula-mula masuk asrama dulu? Atau masa pendaftaran hari pertama di universiti?

Waktu itu, kita rasa kita sangat berdikari. Kita rasa kita cukup kuat untuk hadapi dunia luar sorang-sorang.

Tapi bila saya fikir balik hari ini, sebenarnya kita tak pernah benar-benar sendirian.

Ada doa ibu yang tak putus dari rumah.
Ada bapa yang sanggup ikat perut demi hantar duit belanja kita.

Ada guru atau kawan bilik sebelah yang pinjamkan telinga bila kita rasa 'lost'.

Bagaimana ibu bapa / mereka dulu buat?
Mungkin mereka tak pernah sebut perkataan 'Safe Base'.
Tapi mereka buat melalui tindakan:

Mereka hantar kita dengan pandangan mata yang berat, tapi penuh doa.

Mereka beri pesan, "Belajar elok-elok, kalau ada apa-apa balik rumah."

Mereka jadi tempat yang paling 'aman' untuk kita pulang setiap kali cuti sekolah.

Mungkin cara mereka dulu tak sempurna.

Mungkin ada masanya mereka terlepas pandang emosi kita atau mereka terlalu sibuk dengan kekangan hidup waktu itu.

Kita berdamai dengan masa lalu.

Mereka telah buat yang terbaik dengan apa yang mereka ada.

Namun hari ini, kita punya peluang yang mereka mungkin tak ada dulu.

Kita ada akses kepada ilmu.

Kita ada kesedaran dan kita boleh buat dengan jauh lebih baik untuk anak kita sendiri.

Hari ini, giliran kita pula jadi 'tangan-tangan ghaib' itu buat mereka.

Mungkin anak anda sekarang tengah struggle di sekolah baru.

Mungkin mereka tengah 'berperang' dengan rindu rumah di asrama.

Mungkin mereka nampak 'ok', tapi dalam hati penuh persoalan.

Anda, Kita tak perlu jadi sempurna untuk anak.

Kita cuma perlu hadir, faham dan sediakan tempat selamat untuk mereka mengadu.

Sebab anak yang ada Safe Base yang kukuh, adalah anak yang akan terbang paling tinggi nanti. InsyaAllah.

Sertai saya dalam sesi 2 jam yang akan mungkin mengubah cara kita memandang 'perjuangan' anak:

Webinar Bantu Anak Menyesuaikan Diri dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan

- Sabtu Ini, 31 Januari 2026, 9.00 Malam.(Tarikh Baru)

Daftar di sini sekarang: 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment

Semoga bermanfaat, jumpa kita Sabtu ini!

Dr. Maznah Ibrahim.
[Kurang 3 HARI LAGI]

Update terkini:

Tarikh webinar telah dianjakkan dari:

Khamis (29 Jan) ke Sabtu ini, (31 Jan)

Masa masih sama - jam 9.00 Malam.

Ini bagi memberi ruang lebih ramai ibu bapa sertai webinar secara live.

Jika anda belum mendaftar, jemput sertai saya gunakan link bawah:

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment

Jumpa anda Sabtu ini!

Dr. Maznah Ibrahim
Seronok bila akhirnya anak-anak yang disokong dalam terapi, akhirnya sudah berjaya melalui fasa penyesuaian diri yang 'struggle' sewaktu alam persekolahan yang mencabar. Bertahun lamanya. Gelak gelak kerana sudah selesai SPM pada Nov-Dis lalu.

Yang masih struggle atau sedang melalui fasa ini, moga terus kuat dan teguh !!!

Ia tidak mudah, tapi tidak mustahil,

Hakikatnya cabaran persekolahan adalah jauh lebih baik/mudah berbanding cabaran alam dewasa yang lebih besar, sekaligus anda akan pegang banyak tanggungjawab....

Maka, kini, jalan terus aja 💪.
Tuhan ada.

K maznah sayang kalian semua, mahu lihat kalian berjaya 🤲💙.

Webinar kita Sabtu malam esok,
9 malam,
Bagi ibu ayah mahu bantu anak lalui fasa penyesuaian diri ini,
Silakan daftar segera.

https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment?utm_campaign=adjust-tc12
Ada anak yang ambil masa lama untuk survive zaman sekolah.

Naik turun emosi dan kemampuannya.

Menangis.
Keliru.
Kadang hampir putus asa.

Adjustment dia bukan sekejap.
Bertahun-tahun juga up and down.

Tapi akhirnya…
dia berjaya tamat sekolah.

Bukan sebab dia paling pandai.
Bukan sebab hidup dia mudah.
Tapi sebab ada orang dewasa yang tak tinggalkan dia sendirian,
semasa fasa paling susah dalam hidupnya.

Kelak, bila masuk ke fasa pengajian tinggi, ceritanya berbeza.

Dunia dia lebih khusus.

Lebih dekat dengan bidang dan passion dia sendiri.

Adjustment? Akan tetap ada.

Tapi kali ini, dia akan lebih kenal diri.
Lebih yakin.
Lebih stabil.

Adjustment yang kita bantu hari ini,
akan jadi kekuatan anak kita pada masa depan.

Soalnya bukan: “Kenapa anak aku lambat nak adapt?”

Soalnya: “Siapa yang ada dengan dia semasa dia sedang belajar berdiri?”

Jika anda sedang menemani anak melalui fasa perubahan,
webinar Adjustment ini untuk anda.

Kita yakin bahawasanya,
Anak bukan lambat.
Tapi dia sedang membina asas kukuh jati diri untuk cabaran masa hadapan dia kelak.

Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak percaya dan berada disisi mereka?

Maznah Ibrahim

Webinar Adjustment:-
https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment?utm_campaign=adjust-tc13
.
Mengetahui lanjut perkara penting ini. Sempat untuk mendaftar Webinar Adjustment Anak: malam ini, Sabtu, 31 Jan 2026,

klik di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
'Emotional parenting'

Ini konsep baru ke atau keibubapaan yang ikut perasaan je ke?😅

Sebenarnya tidak.

Dalam psikologi, idea ini dah lama wujud, cuma guna nama berbeza.

Pakar seperti John Bowlby (Attachment Theory),
Daniel Siegel (interpersonal neurobiology),
dan Gottman (emotion coaching),

semua bercakap tentang perkara yang sama:

iaitu emosi ibu bapa mempengaruhi perkembangan emosi anak.

Maksudnya mudah:

Cara kita tenangkan diri
Cara kita respon bila marah
Cara kita layan emosi anak

🔜semua itu jadi model emosi untuk anak.
.

'Emotional parenting' bukan memanjakan anak.

Ia mengajar anak untuk:

kenal emosi dia
tenangkan badan dia (regulate emosi)
dan bina hubungan sihat
---> (ini semua dalam 'EQ Skills').

👍Disiplin tetap ada.

👍Had tetap ada.

Bezanya, ia dibuat dalam keadaan emosi yang terkawal, bukan meletup.

Terutamanya emosi ibu bapa lah, kan.

('Connection before correction'. Validasi dan sokong dulu, baru masukkan input kita - ini saya sentuh dalam webinar Adjustment malam tadi, Alhamdulillah peserta saya nampak hal ini).

Kajian menunjukkan bahawa:

- Anak yang dibesarkan dengan ibu bapa yang 'emotionally responsive', lebih baik dalam:

kawalan emosi
keyakinan diri
hubungan sosial yang sihat.

Ringkasnya:

Anak belajar emosi melalui emosi ibu bapa.

Dan di situlah proses 'generational healing' bermula.

Yang penting juga, kita ada 'insight' atau celik akal, atau kesedaran.

Kita bimbang bahawasanya apabila kita tidak sedar, atau kita tak nampak, betapa timbal baliknya emosi kita kepada emosi dan tingkahlaku anak....

maka selamanyalah kita akan teruskan cara keibubapaan yang kurang tepat, kurang sesuai atau tidak membantu perkembangan anak kita, dan bagaimanalah generasi penerus kita kelak....
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
...
Kalau nak tonton rakaman Webinar Adjustment semalam boleh dapatkan di sini:
https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment/?utm_source=t010226
'Emotional parenting' bukan tentang jadi ibu bapa yang sempurna.

Ia tentang emosi ibu ayah yang cukup selamat untuk anak tumpang bernaung.

Bila emosi ibu ayah lebih tenang, anak akan rasa dunia ini boleh dipercayai.

Dari rasa selamat itu, anak belajar regulate emosi, membina hubungan sihat, dan membawa corak yang lebih baik ke generasi seterusnya.

Healing jarang bermula dari anak.

Selalunya ia bermula dari parent yang berani jaga emosi sendiri.

That’s how generational healing quietly happens.

No drama.

No blame.

Just safe emotional nesting.

Refleksi,

Dr. Maznah Ibrahim

https://t.mazn.me/chan