Kadang kita rasa kita dah cuba macam-macam…
tapi tetap ada sesuatu yang tak kena.
Hari ini saya nak ajak ibu ayah berhenti sekejap dan renung apa yang kita dah lalui sepanjang 2025.
Anak makin besar, ragam makin banyak.
Kita makin penat, tanggungjawab makin bertambah.
Ada hari kita rasa kita buat terbaik…
dan ada hari kita teringat momen yang kita tak bangga.
Seorang ibu pernah kata pada saya,
“Kadang saya rasa saya okay… tapi bila fikir semula, ada macam-macam benda saya nak betulkan. Saya jadi macam rasa marah pulak. Marah kepada diri saya sendiri.”
Ramai ibu ayah sebenarnya rasa perkara yang sama.
Cuti sekolah kali ini adalah ruang kecil yang sangat berharga.
Ruang untuk kita recalibrate tanpa tekanan rutin harian.
Sebelum masuk 2026, cuba tanya diri:
• nak hubungan lebih rapat?
• nak kurang marah?
• nak lebih sabar?
• nak bantu anak jadi lebih yakin?
Kita tak perlukan perubahan besar pun.
Kadang satu niat kecil dan satu langkah pertama pun dah cukup.
Itulah tujuan Webinar Parenting Recalibrate - supaya ibu ayah ada arah yang jelas, bukan sekadar berharap.
Kalau 2025 rasa agak berat…
mungkin inilah masa terbaik untuk re-set.
KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate
Jumpa nanti.
Semoga bermanfaat.
Dr. Maznah

[Webinar Percuma] Jika anda berminat dengan topik ini, saya jemput untuk sertai kami sekejap lagi.
--------
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
TERIMA KASIH TELAH MENDAFTAR PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA PENJAGA PESAKIT KANSER: KESEIMBANGAN DAN KESEJAHTERAAN PENJAGA
Perkongsian pengalaman & cabaran penjaga pesakit kanser
20 Disember 2025 (Sabtu)
9.00 – 11.00 pagi
Online Zoom
Link Zoom:
https://us06web.zoom.us/j/89001638508?pwd=aoFDnbHF740m9iI0RpxvZsAXPVfewG.1
Meeting ID: 890 0163 8508
Passcode: 975517
Terima kasih

PENDAFTARAN EARLY BIRD DIBUKA
Sesi sekolah 2026 makin hampir.
Ramai anak akan melalui perubahan - ada yang besar, ada yang nampak kecil pada mata kita.
Masuk tadika.
Dari tadika ke Tahun 1.
Dari Darjah 6 ke Tingkatan 1.
Masuk asrama.
Berpindah sekolah.
Atau sekadar bertukar kelas, cikgu dan suasana.
Untuk kita sebagai orang dewasa, semua ini nampak “normal”.
Untuk anak, perubahan selalunya datang bersama takut, keliru, marah, sedih, dan rasa tidak pasti.
Anak jarang cakap panjang.
Mereka tunjuk melalui emosi dan tingkah laku.
Dan di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa jadi sangat penting.
Bukan untuk paksa anak cepat ok, tetapi untuk menemani proses adjustment emosi mereka dengan lebih sedar.
Webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan - "Jangan Biarkan Mereka Hadapinya Sendirian"
Dalam webinar ini, kita akan bincang:
– Kenapa adjustment bukan perkara kecil
– Apa yang berlaku dalam dunia emosi anak bila perubahan berlaku
– Tanda anak sedang struggle walaupun mereka tak cakap
– Peranan ibu bapa sebagai safe base
– Refleksi diri & tools praktikal ikut situasi sebenar anak
Sesuai untuk ibu bapa anak 18 tahun ke bawah.
Sebelum anak melangkah ke fasa baru, mari kita sediakan diri kita dulu.
Pendaftaran EARLY BIRD kini dibuka
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
Perubahan tak boleh dielakkan.
Tapi cara kita hadir untuk anak, itulah yang menentukan sama ada ia menjadi luka atau kekuatan.

Hari ini ramai anak Darjah 1 dah mula sekolah.
Pakai baju sekolah yang masih rasa asing.
Beg besar dari badan.
Muka nampak tenang… tapi hati belum tentu.
Bagi kita,“Sekolah je pun.”
Tapi bagi anak, ini mungkin perubahan paling besar dalam hidup dia setakat ini.
- Tempat baru.
- Orang baru.
- Peraturan baru.
Dan yang paling berat
- dia perlu berpisah dengan orang yang selama ni buat dia rasa selamat.
- Ada anak menangis.
- Ada yang diam.
- Ada yang nampak macam “okay”.
Tapi reaksi berbeza tak bermaksud perasaan mereka berbeza.
Kadang-kadang, emosi tu keluar lepas balik rumah.
- Meletup sebab benda kecil.
- Menangis tanpa sebab yang jelas.
Bukan sebab anak manja, tapi sebab dia sedang cuba menyesuaikan diri.
Dalam Webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubah Sekolah & Kehidupan,
Saya akan kongsikan apa yang berlaku dalam emosi anak bila masuk fasa baru dan bagaimana ibu bapa boleh respon dengan cara yang buat anak rasa selamat, bukan tertekan.
Bukan untuk jadi ibu bapa sempurna.
Tapi untuk jadi ibu bapa yang lebih faham.
👉 Link pendaftaran: https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
Dr. Maznah Ibrahim
Kaunselor Berdaftar (KBPA)

Anak duduk diam.
Mata pandang bawah.
Kelas penuh… tapi dia rasa sendirian.
Bila anak berubah, kita cepat risau.
Kadang-kadang kita terus fikir:
“Kenapa anak aku jadi macam ni?”
“Dia ni okay ke sebenarnya?”
Padahal, dalam banyak keadaan, anak bukan bermasalah.
Dia cuma sedang melalui fasa hidup yang penuh dengan perkara yang dia tak tahu dan tak pasti.
Contohnya bila anak:
– bertukar kelas
– berpindah sekolah
– berpindah rumah
– tukar guru
– atau rutin harian tiba-tiba berubah
Pada mata orang dewasa, ini nampak kecil.
Tapi pada emosi anak, ia datang bersama banyak persoalan dalam kepala.
Siapa kawan baru aku?
Cikgu ni garang ke tak?
Peraturan sama ke lain?
Kalau aku buat silap, apa jadi?
Anak belum ada bahasa emosi yang matang untuk bertanya atau meluahkan semua ini.
Jadi apa yang keluar bukan ayat…tapi tingkah laku.
Ada anak jadi sensitif.
Ada yang mudah marah.
Ada yang diam dan tarik diri.
Diam bukan sebab dia okay.
Tapi sebab dia belum tahu macam mana nak jelaskan apa yang dia rasa.
Itu bukan perangai.
Itu cara anak cuba menyesuaikan diri
dengan dunia yang terasa asing.
Mungkin soalan yang lebih membantu bukan:
“Kenapa anak aku buat macam ni?”
Tapi:
“Apa yang anak aku sedang hadapi sekarang…dan bagaimana aku boleh bantu dia”
Dalam webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan,
kita belajar melihat tingkah laku anak sebagai isyarat emosi, bukan masalah yang perlu dibetulkan segera.
Bukan untuk memanjakan anak.
Tapi untuk jadi tempat selamat,
ketika hidup mereka sedang berubah.
👉 Link pendaftaran:
https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment

Maznahibrahim
Webinar Bantu Anak Menyesuaikan Diri dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan
Webinar keibubapaan praktikal untuk membantu ibu bapa memahami emosi anak apabila perubahan berlaku. Fokus kepada adjustment emosi, peranan ibu bapa sebagai ‘safe base’, refleksi diri dan tools praktikal untuk situasi kehidupan dan sekolah.
Bila anak masuk fasa atau persekitaran baru baru,dia sebenarnya sedang “belajar sesuatu”.
Bukan sekadar tentang sekolah.
Bukan sekadar tentang kawan.
Tetapi satu soalan besar dalam emosi dia:
“Bila aku susah dan keliru…orang dewasa buat apa?”
Di sinilah peranan ibu bapa jadi sangat penting.
Cara kita respon pada hari-hari awal perubahan akan mengajar anak satu perkara:
Adakah dunia ini tempat yang selamat untuk dia bersuara?
Atau tempat yang lebih baik untuk dia diam dan simpan rasa?
Kalau masa itu anak ditekan,
emosinya belajar untuk diam.
Kalau masa itu anak disalahkan,
emosinya belajar untuk memendam.
Dan bila emosi tak rasa selamat,
otak anak akan lebih fokus untuk bertahan daripada belajar.
Sebab itu ada anak yang:
– susah fokus
– cepat give up
– takut buat silap
– atau prestasi pelajaran menurun
tanpa sebab yang jelas
Sebaliknya,
bila respon ibu bapa tenang dan empati,
emosi anak jadi lebih stabil.
Dan bila emosi stabil,
anak lebih mudah belajar,
lebih berani bertanya,
lebih yakin mencuba.
Tanpa sedar,
di situlah EQ anak terbina
dan keyakinan akademik mula berkembang.
Respon kecil hari ini boleh jadi sebab anak:
– lebih tenang hadapi perubahan
– lebih yakin di sekolah
– dan lebih kuat dari segi emosi & pembelajaran
Bukan sebab ibu bapa sempurna.
Tetapi sebab ibu bapa sedar dan memilih untuk respon dengan lebih baik.
Dalam webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan,
kita akan belajar bagaimana ibu bapa boleh jadi tempat selamat ketika hidup anak sedang berubah.
Jom sertai saya >> https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment

Tiga tahun lalu, saya dan keluarga berpindah dari negeri kecil, Perlis, ke Selangor yang besar.
Anak saya berpindah dari sebuah sekolah swasta kecil, dengan bilangan murid yang sedikit sekelas 20 orang, kepada sekolah yang jumlah murid sekelasnya 47 hingga 52 orang.
Tahun itu, memang ramai keluarga baru berpindah ke zon Selangor.
Setiap hari, anak kedua saya menangis selepas pulang dari sekolah.
Bukan menangis biasa-biasa.
Saya nampak pada mimik muka, nada suara, jenis tangisan, dan perkataan yang digunakan. Dia sangat terseksa.
Saya tahu anak ini kuat.
Dari bayi ke pengasuh, masuk sekolah seawal umur 4 tahun, sehingga tamat Darjah 1 di Perlis, dia sentiasa boleh menyesuaikan diri.
Tapi kali ini, the struggle was real.
Bila seseorang berada dalam kesakitan, dia akan cari “bola” untuk dibaling.
Dan waktu itu… saya lah orangnya 😅.
Saya disalahkan kerana keputusan berpindah.
Saya tidak menidakkan perasaan dia.
Saya dengar.
Saya acknowledge.
Saya tahu ini bukan drama, ini adjustment yang besar untuk seorang anak.
Kemudian datang pula cabaran di sekolah.
Report card pertama. Cikgu beritahu buku anak saya kosong. Cikgu tak dapat nilai prestasi dia.
Nasib baik peperiksaan dia boleh jawab, kalau tidak cikgu sendiri jadi confuse.
Akhirnya, hampir semua subjek dapat TP3. Buku hilang, buku kosong, rak bersepah, segalanya nampak seperti “tak menjadi”.
Setiap hari saya dengar luahan hati yang remuk.
Saya tak judge.
Saya tak label.
Dia sangat struggle.
Kemudian suami saya buat sesuatu yang kami sendiri tak sangka akan jadi turning point besar. Kami bawa dia jumpa optometris.
Rupanya betul jnagkaan suami saya, mata anak saya ada masalah, dia tak nampak apa cikgu tulis di depan, dia struggle nak faham apa cikgu ajar, cikgu pun tak faham isunya itu pada awalnya, dia frust.
Pemeriksaan pertama: power terus 250 dan 450. Terus kami buatkan cermin mata untuk dia.
Saya pula ubah sistem buku dan pembelajaran supaya dia boleh catch up untuk dua sekolah — pagi (SK) dan petang (SRA) selepas saya dapat maklumat dari sesi report card pertama tu.
Dan perlahan-lahan… dia mula bangkit.
Sebenarnya, anak saya selesai fasa adjustment itu dalam lebih kurang dua bulan sahaja (momen cermin mata, aspek fizikal).
Untuk seorang kanak-kanak, itu tempoh yang sangat normal. Tapi ia sekejap juga sebab kita ibu ayah support emosi dia dan jadi secure base untuk dia.
Selepas itu?
Beza dia sangat besar.
Semester kedua Tahun Dua, peningkatan dia ketara, dah mula ada subjek TP4,5,6.
Tahun lalu, 2025 dia wakil daerah untuk Poem Recitation walau sejenis tidak suka buat presentation, dia malah berjaya repeat persembahan itu sewaktu majlis akhir tahun kecemerlangan. Penuh yakin.
Dari tahun 2023 yang macam tiada harapan budak yang buku hilang dan buku latihan harian kosong, tahun 2024 dan 2025 dia ada tersenarai untuk anugerah kecemerlangan tahunan sekolah. MasyaAllah Tabarakallah.
Saya pula?
Alhamdulillah, saya ok.
Sebab saya dewasa. Saya ada coping skills.
Tapi anak-anak ? Mereka perlukan kita sebagai tempat selamat semasa fasa adjustment ini.
Dan di sinilah pentingnya peranan ibu bapa.
Dalam webinar terbaru saya bulan ini, kita akan bincangkan:
Apa sebenarnya berlaku dalam emosi anak bila dunia mereka berubah
Tanda anak sedang struggle walaupun nampak “ok”
Apa yang ibu bapa boleh cakap (dan elakkan cakap) semasa fasa adjustment.
Cara menjadi safe base untuk anak, tanpa overprotect.
Tools & aktiviti ringkas yang parent boleh guna di rumah
Webinar ini sesuai untuk:
✔️ Parent anak pra sekolah
✔️ Parent anak sekolah rendah & menengah
✔️ Parent anak asrama
✔️ Parent yang anak baru pindah sekolah atau tukar kelas
Kita tak boleh hentikan perubahan dalam hidup anak.
Tapi kita boleh pastikan anak tak lalui perubahan itu sendirian.
Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
Anak tak perlukan parent yang sempurna.
Anak perlukan parent yang hadir, faham, dan jadi tempat selamat.
Semoga bermanafaat :)
Dr. Maznah Ibrahim
p/s: Gambar diatas - Khairunnisa semakin konfiden dan ada eye contact dah. alhamdulillah.

Kadang-kadang,yang paling susah menyesuaikan diri…bukan anak.
Tapi kita.
Anak berubah.
Rutin berubah.
Keperluan emosi berubah.
Tapi tanpa sedar,kita masih guna cara lama yang dulu mungkin berkesan dalam situasi yang sudah berbeza.
Kita suruh anak kuat,sedangkan dunia dia kini lebih mencabar.
Kita harap anak cepat faham,sedangkan emosi dia masih belajar menyesuaikan diri.
Bila anak masuk fasa baru,sebenarnya ia bukan ujian untuk anak sahaja.
Ia juga jemputan untuk ibu bapa berubah cara melihat, berfikir dan respon.
Bukan sebab kita salah.
Bukan sebab kita ibu bapa yang tak cukup baik.
Tetapi sebab anak yang berbeza perlukan cara yang berbeza.
Kadang-kadang yang anak perlukan bukan:
– nasihat panjang
– arahan bertubi
– atau tekanan untuk “cepat ok”
Tetapi ibu bapa yang sanggup berhenti sekejap,dan bertanya dalam hati:
“Apa yang aku perlu ubah supaya anak aku rasa lebih selamat sekarang?”
Bila ibu bapa mula adjust mindset, anak lebih mudah adjust emosi.
Bila kita ubah cara respon, anak belajar bahawa perubahan boleh dilalui dengan sokongan, bukan sendirian.
Dalam Webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan,
Saya akan kongsikan bukan sahaja tentang anak, tetapi juga peranan ibu bapa dalam fasa perubahan ini.
Kerana kadang-kadang, perubahan anak bermula dengan kesediaan kita untuk berubah terlebih dahulu.
Daftar di sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment

Adakah anak kita terlalu mengada…atau sebenarnya tidak sempat adjust?
Saya sering berjumpa dua jenis anak.
Anak pertama:
hidupnya penuh perubahan.
Tukar sekolah.
Tukar cikgu.
Tukar kawan.
Masuk asrama.
Pindah negeri.
Tapi… dia survive.
Anak kedua pula:
sekolah yang sama.
Kawan yang sama.
Persekitaran yang sama.
Namun bila satu peristiwa besar berlaku dalam hidupnya, dia runtuh.
Di sinilah persoalan besar muncul.
Bila anak menangis, enggan ke sekolah atau tak mahu masuk asrama…
Adakah dia terlalu mengada?
Atau sebenarnya… dia tidak sempat adjust?
Kebelakangan ini,
ada ibu bapa mula takut.
ada anak tak jadi masuk asrama.
Dan ada juga berkata,
“Anak sekarang tak kuat macam dulu-dulu.”
Menariknya, bila kes-kes ini sampai kepada saya, pola ceritanya hampir sama.
Bukan anak tak kuat.
Bukan anak manja berlebihan.
Tetapi anak tidak diberi ruang untuk adjustment.
Mereka diminta adapt terlalu cepat, dalam emosi yang masih belum rasa selamat.
Hakikatnya, ada anak yang boleh survive walaupun hidupnya sering berubah
kerana dia ada safe base.
Dan ada anak yang runtuh, walaupun hidupnya nampak stabil kerana emosinya bersendirian.
Adjustment bukan tentang berapa kali anak bertukar sekolah.
Ia tentang siapa yang menemani anak semasa perubahan itu berlaku.
Sebagai ibu bapa,kita sering bertanya:
“Kenapa anak saya jadi macam ni?”
Mungkin soalan yang lebih lembut ialah:
“Bahagian mana anak saya masih belum sempat adjust?”
Dalam webinar ini, kita akan fahami bersama:
– Kenapa ada anak nampak “kuat” tapi sebenarnya memendam
– Bezanya anak yang adapt kerana terpaksa, dan anak yang adjust dengan sokongan
– Peranan ibu bapa dalam mencegah luka emosi jangka panjang
– Cara menjadi safe base tanpa perlu mengawal semua perkara
Kita tidak membesarkan anak untuk sekadar survive.
Kita membesarkan anak untuk hidup dengan emosi yang sihat.
Jika persoalan ini sedang bermain di hati anda,webinar ini adalah ruang untuk kita faham, bukan menghakimi.
Daftar di sini>> https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
Anak bukan terlalu mengada.
Mungkin dia cuma terlalu lama menahan rasa.

Kadang-kadang, yang paling sakit sebenarnya…bukan apa yang anak buat.
Tetapi apa yang ia sentuh dalam diri kita sebagai ibu bapa.
Ramai antara kita membesar dengan pengalaman:
– perasaan tak didengari
– emosi diperkecilkan
– tangisan disuruh berhenti
– soalan dianggap melawan
Kita belajar satu perkara sejak kecil:
“Perasaan aku tak penting.”
Dan tanpa sedar,pengalaman itu kita bawa masuk ke dalam cara kita membesarkan anak.
Bukan kerana kita jahat.
Bukan kerana kita sengaja.
Tetapi kerana itulah yang tubuh dan emosi kita kenal.
Sebagai kaunselor, saya sering berjumpa orang dewasa yang masih bergelut dengan kesan pengalaman zaman kanak-kanak yang tak pernah benar-benar disedari atau diproses.
Dan perkara yang sama sering berlaku dalam hubungan ibu bapa–anak.
Kadang-kadang,tingkah laku anak - cara dia menangis, melawan, diam, atau perlukan perhatian, secara tak sedar boleh ‘menyentuh’ memori lama yang pernah menyakitkan kita.
Bukan kerana anak berniat mencabar.
Tetapi kerana tubuh emosi kita teringat semula perasaan yang dulu kita terpaksa simpan sendiri.
Bila itu berlaku, respon kita selalunya jadi lebih kuat daripada situasi sebenar.
Dan di sinilah kesedaran menjadi sangat penting.
Menyedari bahawa
“ini bukan sekadar tentang anak”,
dan berani mengakui bahawa ada bahagian dalam diri kita yang juga perlukan difahami - itu adalah langkah awal kepada healing.
Anak bukan mencabar kita.
Anak sedang menunjukkan bahagian diri kita yang dulu juga perlukan didengari.
Dan di sinilah sebenarnya peluang yang sangat besar.
Peluang untuk kita jadi orang dewasa yang kita sendiri perlukan suatu masa dulu.
Bila kita memilih untuk berhenti sekejap dan mendengar anak, kita sedang memutuskan kitaran (Break The Cycle).
Bila kita validate emosi anak, kita sedang memberi apa yang kita sendiri pernah kekurangan.
Bukan bermaksud kita sempurna.
Bukan bermaksud kita tak pernah silap.
Tetapi kita sedar dan memilih untuk tidak mewariskan luka yang sama.
Dalam Webinar Membantu Anak Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sekolah & Kehidupan,kita bukan sahaja bercakap tentang emosi anak.
Kita juga menyentuh bagaimana pengalaman lama ibu bapa mempengaruhi cara kita respon hari ini dan bagaimana kesedaran itu boleh membantu kita menjadi lebih tenang dan selamat untuk anak.
Kerana bila luka lama kita difahami, respon kita kepada anak juga jadi lebih berlapang dan berempati.
Daftar Sekarang>> https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
Anak bukan tempat untuk simpan luka lama turun-temurun.
Anak adalah peluang untuk kitaran itu berhenti di sini, diri kita.
Dr. Maznah Ibrahim
Kaunselor Berdaftar

Sekarang ini, kita sudah memasuki minggu kedua persekolahan.
Dan kalau anda dan pasangan rasa penat, serabut, emosi turun naik, saya nak beritahu satu perkara penting:
Itu juga adjustment.
Adjustment bukan milik anak sahaja.
Ibu bapa pun sedang melaluinya.
Setiap pagi kita menyesuaikan rutin hidup.
Jalan sesak.
Masa hantar dan ambil anak yang berubah.
Duit belanja cukup ke tidak hari ini?
Anak pula mula bertanya,
“Boleh tak saya jalan kaki sendiri?”
“Atau naik bas dengan kawan?”
Dalam masa yang sama, ada hari-hari tertentu anak pulang dengan cerita yang buat dada kita jadi tak sedap.
Cerita tentang:
– diejek
– disisihkan
– nama dipanggil
– atau tanda-tanda awal buli
yang kita sendiri belum pasti tahapnya
Dan sebagai ibu bapa, kita tersepit di tengah.
Nak tenangkan anak.
Nak lindungi anak.
Dalam masa yang sama, kita juga sedang belajar
menyesuaikan diri dengan realiti baru ini.
Ada ibu bapa yang rasa bersalah.
Ada yang rasa takut.
Ada yang rasa marah.
Ada juga yang tertanya-tanya,
“Adakah aku overreact…
atau ini memang bahaya?”
Hakikatnya, emosi ibu bapa juga sedang adjust.
Bezanya, kita jarang beri ruang pada diri sendiri
untuk mengakuinya.
Kita cepat berkata,
“Alah, biasalah.”
“Kena kuat.”
“Semua orang lalui benda yang sama.”
Sedangkan, seperti anak-anak, kita juga perlukan faham sebelum kita boleh jadi kuat.
Bila ibu bapa sendiri belum stabil secara emosi,
sukar untuk menjadi safe base kepada anak.
Dalam webinar live terbaru saya bulan ini,
kita akan bincangkan:
• Kenapa minggu-minggu awal sekolah mencabar untuk anak dan ibu bapa
• Bagaimana respon ibu bapa boleh menenangkan atau menambah tekanan anak
• Cara mendengar cerita anak tentang isu sekolah (termasuk buli) tanpa panik atau menidakkan
• Bagaimana mengurus rasa bersalah, takut dan keliru sebagai ibu bapa
• Tools ringkas untuk bantu anak adjust, dan parent pun sama-sama belajar regulate emosi
Supaya suatu hari nanti, bila anak melangkah ke fasa atau situasi kehidupan yang baru, dia bukan sekadar pandai bertahan.
Tetapi yakin bahawa dia mampu menyesuaikan diri kerana dia pernah disokong dengan selamat sebelum ini.
Di universiti.
Di tempat kerja.
Dalam perkahwinan.
Dalam hubungan sosial.
Dan fasa-fasa kehidupan lain yang akan datang.
Adjustment juga bukan tanda kita gagal sebagai ibu bapa.
Ia tanda kita sedang belajar hidup dalam fasa dan situasi baru.
Dan fasa atau situasi ini tidak perlu dilalui sendirian.
📅 31 Januari (Tarikh baru)
⏰ 9.00 malam
👉 Link daftar:
https://webinar.maznahibrahim.com/adjustment
Apabila ibu bapa lebih tenang, lebih mudah untuk membesarkan anak dan anak juga rasa lebih selamat.