Parenting Maznah Ibrahim
16.2K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.08K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
MESEJ PENTING UNTUK IBUBAPA YANG ANAK KURANG BERCAKAP

Ini kawan saya Amni.

Beliau ada hearing problem.

Banyak terselindung dari apa yang kelihatan.

Tabah, kool dan sempoi.

Rupanya Amni baru dikenalpasti bermasalah pendengaran semasa usianya 7 tahun,

Mula memakai alat bantuan pendengaran semasa usia 8 tahun.

Sebelum itu?

Katanya dia dilabel anak pendiam, bermasalah dan selalu buat hal.

Yalah, tak dengar kan? 😊

Kategori dirinya adalah unik.

Pertengahan. Bukan total loss hearing.

Jika di dalam komuniti pekak, dia sukar bergaul atau masuk kerana sign language mereka amat pantas. Amni tak dapat 'catch up'.

Jika di komuniti bercakap normal macam kita, Amni tetap sukar nak tangkap keseluruhan butir percakapan, kerana masalah pendengarannya.

Beliau dapat tangkap beberapa key word dalam satu ayat dan agak-agak sahaja.

Amni bergantung penuh kepada alat bantuan pendengarannya.

Bila pulang ke rumah, beliau akan tanggalkan alat ini, untuk fokus sendirian uruskan diri. Tanpa pendengaran. Alat ini ada bateri rupanya. Jadi nak jimat bateri juga katanya.

Amni ni pelupa juga macam saya. Pernah pagi ke tempat kerja, beliau lupa nak pakai semula alat bantuan pendengaran, dan perasan eh sunyi aja. Laa rupanya terlupa pasang!😂

Dalam diri, katanya banyak konflik. Isu self esteem, konflik pertengahan dirinya, kes uniknya dan bermacam lagi.

Tapi, dirinya ada degree dan master. MasyaAllah. Kerja sama profesyen dengan saya di KKM.

Saya cuba cungkil sisi positif dan kekuatannya.

Ya, dia akui ramai ibubapa yang anaknya masalah pendengaran, akan berterima kasih kepadanya kerana ibubapa akan lebih fahami anaknya melalui perkongsian Amni.

Tapi dalam masa yang sama Amni juga kesal kerana ramai ibubapa kepada kanak-kanak masalah pendengaran fokus kepada perkembangan akademik (IQ) anak, dan bukan perkembangan emosi anak mereka.

Saya katakan, di situlah kekuatan dan tanggungjawab Amni. Gap yang Amni perlu 'fit in' dalam bidang ini.

Beritahu ibubapa akan keperluan emosi anak-anak ini, bagaimana nak dekati dan lebih empati. Bangunkan anak-anak ini.

Saya katakan, Allah tak jadikan sia-sia ujian untuk Amni ini, Amni ada tugas khas, misi dan peranan khusus sebagai khalifah di muka bumi ini.

Saya tekankan lagi, the more you share, the stronger you will be.

The power of GIVING & SHARING.

Sedekah masa, ilmu, advokasi. Ia berpanjangan.

Saya juga kerap berkongsi ehsabar kerana saya juga banyak diuji aspek sabar. Saya bukan sempurna. Tetapi saya berniat perbaik diri setiap hari.

Setiap hari.

Demi generasi penerus kami.

Perlu satu keberanian, katanya.

Ya, tak apa, mulakan kecil kecil dahulu.......

POINT SAYA UNTUK SEMUA IBUBAPA.

1) Sensitif lah kepada keperluan anak. Walau anak tak bercakap, anak tetap mendengar. Walau anak tidak mendengar sekalipun, anak tetap ada hati (perasaan), dan merasai sesuatu. Tekanan, paksaan, jelekan, perbandingan, perbezaan dan sebagainya.

2) Dalami emosi anak. Refleksi selalu perasaannya. Katakan Umi nampak xx macam marah/sedih/kecewa/geram/gembira sangat dan sebagainya, sebab yyzz.

3) Luahkan perasaan kita juga sebagai ibubapa. Umi/mama rasa sangat sedih sebab xx tidak mahu jawab masa guru tanya. Umi sayang xx, Umi minta maaf sebab ada marah-marah dan paksa xx cakap depan teacher tadi. Umi macam tu sebab umi nak xx jadi lebih berani dan teacher tahu xx boleh bercakap, sama macam di rumah (contoh sahaja ya, saya banyak klien kanak-kanak selective mutism, anak memilih untuk mute di satu setting khusus manakala boleh bercakap di satu setting lain).

4) Hargai anugerah dan tanggungjawab yang diberi Allah. Ada sebab tersendiri Allah beri ujian di dunia ini. Malahan kita tahu dunia ini memang tempat ujian dan ia sementara. Di akhirat kekal dan insyaAllah mudahan syurga hakiki kita.


Saya katakan, beritahu saya senarai kesyukuran Amni.

Amni ada kerjaya, ada orang tak dapat kerja.

Amni ada master degree, ada orang tak mampu sambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

Amni ada ibu yang prihatin. Ada orang tak ada keluarga yang positif macam Amni.

Amni ada ruang berbicara, menulis, malahan bercakap.
Kata dia, dia bersyukur kerana dia ada suara. Menjadi kaunselor nya dia kerana dia bersyukur dia ada suara.

Ya, memiliki SUARA satu kesyukuran amat besar.

Saya pernah kehilangan suara kerana sakit tekak dulu, dan semasa itu saya menghargai nikmat ada suara. Subhanallah. Nikmat besar rupanya...


Sebelum saya up kan post ini, saya minta izin Amni dan jika dia tak izin, saya takkan up kan.

Katanya, yang buat saya terharu:

"Ayat akak cukup empati dari sudut amni yg tersendiri.

Silakan lah akak.

Inilah jua apa yg amni sebolehnya nak ibubapa fahami".
..

"Kak maz, amni ada bacakan point2 yg kak maz tulis 👆🏻
mak kata point no. 3 tu sebijik sgt apa yg mak amni buat selama 11 tahun amni bersekolah ( darjah 1-tingkatan 5 ).
memang setiap tahun mak akan jumpa cikgu2 sekolah amni, ustazah sekolah agama utk mention yg amni ni kurang dengar. so kalau amni ni senyap @ tak bagi respon tandanya dia tak ok lah tu (tak dengar) dan mak selalu remindkan amni setiap hari sblm ke sekolah "kalau tak dengar,bagitaw cikgu".

tujuan mak keep strong remindkan guru2 dan amni supaya guru2 alert, ada empati dan simpati. guru2 kan busy takut2 terlepas pandang ingat amni ni ok2 aje.
amni pun sbnrnya tak ingat, tp itulah yg diceritakan mak amni.

so mak amni kata betul cara aplikasi kak maznah tu 👍🏻😊"

MasyaAllah. Perasankah ibu bapa sekalian? Yang sering saya tekankan ialah komunikasi asertif dan luahan emosi diri dan anak.

Ibubapa sekalian,

Satu-satunya mesej utama saya.

STOP MELABEL ANAK.

Fahami dan telusuri iceberg anak. Anak buat hal, tengok dalaman dia.

Semalam saya share menulis di Telegram Alumni ehsabar.

"Petang tadi sampai aja rumah nenek, Fateh saya pun ada mood x ok sebab terganggu tidur, memang saya marah sebab dia marah saya bercakap 😌

Saya bagi dia masuk bilik dan buka aircond.

Dia marah lagi.

Saya biar sat dan masuk balik serta cuba explain kat dia.

Tak ingat dah camana, dia ok dah pastu. Sah sebab dia ngantuk maka otak tak rasional, otak emosi (half way nak ke sedar tu),

Saya minta maaf dan explain,
juga saya minta dia minta maaf juga atas kesilapan dia sebab marah (dia marah saya tak beri saya bercakap, semata sebab dia nak tidur, memang tak logik la sebab saya nak bercakap n layan adik dia nak makan kan, pastu pasal dia jelir lidah sebab dia marah saya tegur dia).

Kenalpasti dia marah sebab apa dan beritahu dia semula.

Cth,

Pagi tadi awal pagi, Fateh pukul-pukul juga kami, saya katakan "Fateh marah sebab nak tengok kartun tak dapat, Mummy Ayah ajak turun (dari bilik hotel, untuk makan pagi),

Cuma Fateh perlu beritahu Fateh marah sebab xxyz bukan pukul macam ni, Mami tak suka".

Fahami kenapa dia marah tu satu kelebihan yang terpuji untuk ibubapa yg bijak dan sabar,

serta ambil peluang untuk didik anak jadi asertif dan bijak dalam urus emosi dirinya (EQ skill).

Contoh idea gaya si ayah dia.

"Fateh bagitahu la ayah, "Ayah, Fateh marah ni sbb xxyyzz, Fateh nak geletek ayah /cium pipi ayah" (sentiasa berikan skrip baik untuk dia dengar dan apply).

(tuka terbalik dari sentuhan tak selamat ke lebih selamat)

Memang dia terus senyum gelak + dalam marah😁

2. Key point saya kat sini ialah,

Marah atau buat hal anak kecil tidak saja saja atau dia suka suka.

ada bersebab.

link kan sebab itu dalam ayat refleksi kita kepada dia,

i) dia tahu nama feeling itu ialah marah/geram/kecewa dll

ii) dan marah itu bersebab, kerana xyz,

iii) ajar solusi positif. alternatif dia boleh katakan atau lakukan selain yang dia spontan biasa buat


Refleksi,
Maznah Ibrahim.

*
mahu join Telegram Maznah Ibrahim's Channel untuk pendidikan psikologi dan parenting?

t.me/ehsabar
Ruhana Mahmod:
*DG of Health Newsflash*

Hari ini 7 April adalah Hari Kesihatan Sedunia yang disambut bagi memperingati penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bersempena dengan Hari Kesihatan bertemakan "Kemurungan: Mari Bincang", saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk memahami dengan lebih mendalam lagi aspek kesihatan mental, di mana ia sebenarnya adalah sama penting seperti aspek kesihatan fizikal.

Sesiapa sahaja boleh terkesan dengan kemurungan: lelaki atau wanita, tua atau muda, tanpa mengira bangsa, keturunan atau negara. Ramai yang telah mengalami kemurungan dan mendapatkan bantuan, tetapi lebih ramai lagi yang terus mengalami kemurungan dan tidak mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Kajian Kesihatan Mental dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2011 menunjukkan 1.8% dalam kalangan dewasa berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan. Kajian Kesihatan dan Morbiti Kebangsaan 2015 pula menunjukkan 29.2% dalam kalangan dewasa berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental.

Selari dengan saranan WHO, saya menyeru masyarakat awam untuk bersikap terbuka untuk memahami kemurungan dan memberi sokongan kepada individu yang menghadapi kemurungan. Individu yang mengalami kemurungan perlu juga terbuka untuk mendapatkan bantuan atau rawatan, serta bercakap mengenai keadaan yang mereka hadapi. Peranan ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja juga amat penting bagi membantu golongan yang mengalami kemurungan untuk berbincang, membantu dan memberikan sokongan kepada golongan ini untuk pulih. Ini penting bagi menangani stigma di kalangan masyarakat terhadap masalah kesihatan mental.

Penyakit kemurungan boleh dicegah dan dirawat. Bercakap, berbincang dan meluahkan perasaan kepada orang yang anda percaya adalah satu komponen penting dan merupakan langkah pertama ke arah pemulihan kemurungan. Marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia bersatu, berganding bahu, bantu membantu dan saling faham memahami dalam menangani kemurungan di kalangan rakyat Malaysia. Negaraku, Sihat Negaraku.

*Datuk Dr Noor Hisham Abdullah*
*KP Kesihatan*

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/1514520651905151
Isu Kemurungan, Sedih Berpanjangan dan Amat Dalam
--------------------------------------------------

Benar, antara solusi awal untuk pendidikan emosi anak sejak awal usia ialah:
.

1) raikan apa jua perasaan anak, walau rasa sedih, gembira, takut, malu, cemburu, geram, kecewa, bangga dsb.
.

2) galakkan anak luah perasaannya, jika anak tak pandai luah, boleh berikan vokabulari perasaan kepadanya.
.

Fateh nampak sangat marah bila xxyyzz
.

Khairunnisa nampak sangat sedih sebab tak dapat xxyyzz
.

Kemudian, akhiri dengan idea solusi, atau tindakan susulan untuk bantu anak luah emosi dengan positif.
.

Contoh : Fateh nak lompat tranpoline atau joging keliling rumah.
.

- Hasil, anak akan boleh luah perasaannya dengan vokab yang tepat.
.

- Fateh rasa marah ni dengan ayah dan mami. Sebab ayah dan mami asyik bercakap aja tak tengok Fateh.
.

3) Adakah medium luahan rasa di rumah, kertas krayon, tranpoline, ruang kosong untuk berlari, ruang tumbuk /punching, sandtray (pasir dalam kotak), punching cushion, bagi emosi, sama da beri lepas bebas cepat kuat (lari, lompat, tumbuk) atau lepas perlahan (melukis menulis dsb).
.

Ini agar rumah kita penuh dengan ruang luah emosi bersesuaian dengan kadar segera. Usah tangguh.
.

4) Modelkan konversasi emosi dan solusi.
.

Contoh:
Mami rasa amat sedih bila dapat tahu Fateh main main tak solat di sekolah.
Mami nak doa kat Allah agar Fateh suka dan ikut solat.
.

Kesan : anak rasa empati dengan feeling kita. Sebab kita berbicara level emosi bukan kognitif (pemikiran).
.

Anak akan rasa bersalah dan terkesan dengan emosi kita dan mungkin akan bawa kepada perubahan tingkahlaku yang kita inginkan.
.

Klien saya hari ini, akhir remaja, dan saya dapati sama pattern,
.

'tiada sokongan emosi dan tempat luahan genuin untuk emosi terkapai, dibiarkan, rindu, sedih sepanjang di asrama penuh/ 5 tahun pembesaran remajanya (13-17 thn)'.
.

Kesan mungkin lead kepada depresi dan juga anxiety.
.

Tak semua, tapi antara punca utamanya, tiada sokongan emosi semasa tumbesarannya.
.

Ingat, emosi mula membuak-buak, bercampur aduk, roller coaster bila fasa remaja kerana faktor hormon dan tekanan rakan sebaya.
.

Namun pattern luahan rasa boleh kita mulakan sejak anak kecil lagi walau bayi.
.

Doa agar kita mampu menjadi emotional coach untuk emosi anak di sepanjang pembesarannya hingga dewasa.


Refleksi,
Maznah Ibrahim

t.me/ehsabar
Menemani Anak Sedang Belajar di Kelas MA
=================

8 April, 10am.
.

Fateh jenis pemalu sebenarnya.
.

Dengan otak Thinking dan darah O nya, konflik. Thinking menyebabkan dia berfikir, boleh fokus sebenarnya, namun darah O membuatkan dia sangat suka berkawan dan boleh redah, tak malu dan feeling.
.

Ketika dia menjalani kelas MA, saya dimintanya menemaninya.
.

Teringat Pn Lina kata, memang tidak mudah untuk dorong dan motivasi anak akan sesuatu yang kita mahu anak belajar tetapi anak nampak liat tak mahu belajar.
.

Tetapi,


once dia sudah boleh kuasai satu-satu ilmu itu, dia akan suka dan hargai sesangat.
.

Fasa Fateh dan MA ni sederhana.
.

Boleh tapi banyak lupa. Perlu latihan. Banyak interrim dia, gangguan fokus dan sebagainya.
.

Taknak di center cikgu sebab bosan tak da kawan.
.
Tuka strategi, pergi Sabtu rumah teacher ada anak2 teacher dan murid lain beginner.
.

Teacher ini sangat baik, sabar, dan Feeling.
.

Jika saya mengajar Fateh, saya Ibu Intuitung yang ditaklukinya, amat amat mencabar.
.

Jadi sementara menunggunya di belakangnya (di rumah teacher), saya hanya mampu usaha membacakan doa ini serentak dengannya belajar MA ini.
.

Ya Allah
Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rasyid,
Ya Allah kurniakan kepada anakku Muhammad Al Fateh ilmu, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi cemerlang dalam ilmu matematik ini dan dapat membantu rakan dan ummah bumi Mu ini kelak.
.

Amin


Allah sahaja yang bantu.
.

Doa ibu insyaAllah maqbul.
.

Selalu kan doa untuk setiap anak, spesifik.
.

Selalu kan beri KATA NASIHAT YANG BAIK BERULANG kepada anak.


Bukan membebel emosi yang negatif, melemahkan atau menjatuhkan maruah,
.

tetapi berikan selalu kata-kata yang baik berulang, walau dia bosan, tapi nasihat berulang cara berhikmah akan menjadi satu pendinding ingatan dalam dirinya.
.

Ingat kisah kawan saya Amni HoH?
.

Katanya pabila saya puji usaha ibunya,

"yeke kak maz, amni selama ini ingatkan amni membesar dengan ibu yang membebel sahaja. rupanya kak maz nampak ibu Amni sangat bagus".
.

Saya trigger,
.

Ya, ibu saya juga amat kuat membebel.
.

Ya, kami anak anak menjadi manusia yang berimpak, berbakti, insyaAllah.
.

Klien saya semalam, ibunya juga sama. Nasihat macam membebel kerana ambil berat. Saya yakin anak-anaknya akan menjadi. Selamat dan berjaya.
.


Boleh. Cuma cara nya sahaja, usaha tidak garang beremosi, tetapi penuh kasih sayang.



Refleksi,
Maznah Ibrahim.


*takdapat snap picture sebab hp lama ini cameranya x sihat.
Tidak dapat share video Jog Fateh di FB Page, saya share di sini ya.
.

Ya, amat penting ruang dalam rumah selain luar rumah untuk bergerak pantas luahkan emosi.
.

Antaranya jogging sihat macam ni.
.

Biasanya saya minta buat secara 20 pusingan.
.

Video atas ni bila dia nak bakar kalori sebab nak makan aiskrim 😂.
.

Dulu, bila dia ada buat hal, saya tidak pernah denda untuk berdiri statik, tapi saya lebih kepada berlari bulatan.
.

Dia memang sesuai. Pabila tak ingat surah hafazan pun, sambil recite surah dan berlari bulatan, dia akan mudah ingat.
.

Raikan caragaya unik anak.
.

Boleh cuba jika sesuai dan berkesan.
.

Intipati penerangan saya berkenaan ini, mengapa dan bagaimana, banyak dalam Seminar EHSABAR berkaitan emosi di badan, bahagian badan mana secara spesifik.
.

Jika anak jenis di tangan, boleh punching bag/contengan lukisan.
.

Jika anak emosi marah dan stres banyak di kaki, sesuai jogging, lompat tranpoline dan tendang bola/kayuh basikal.
.

Cubalah,
.

Doakan dapat hadiri Seminar EHSABAR untuk pelajari Sains Anggota Badan berkaitan Emosi unik masing-masing, ya.
.

Terdekat pada 29 Julai 2017. InsyaAllah.
.
.


Maznah Ibrahim.

t.me/ehsabar
Self Esteem is The Key

Self esteem atau Estim Diri adalah sub kepada konsep kendiri, siapa saya.

Dalam Self Esteem ada 7 sub lagi.😂 Panjang pula jika go thru teoritikal nya.

Saya diminta bos masa kerja NGO dulu untuk buat modul Self Esteem untuk kanak-kanak prevention iaitu pencegahan kepada penderaan seksual kanak-kanak.

Jelas, kanak-kanak diajar seni pertahan diri, atau skill dalam 'personal safety' cegah penderaan seksual, tetap tidak mampu pertahankan diri kerana low self esteem.

Mudah nya, bila rasa diri tak bagus, tak penting dsb,

Estim diri jatuh, keyakinan diri jatuh.

Saya ada projek buku self esteem untun Fateh. Akan dikongsikan.

Panjang asal usul macam mana saya trigger nak buat.

Ianya memang ilham Allah.

Nantikan ya.


Maznah Ibrahim.
Zikir Ketika Anak Tiada Semangat


Saya pernah buat.

Masa Fateh pertama kali dan satu-satunya kali dia taknak masuk ke kelas. Cedera emosi sedikit agaknya..

Asalnya mengantuk tertidur masa sampai sekolah. Dia jenis malu jika baru bangun orang tengok dia.

Jadi dia request taknak pergi sekolah.

Ayahnya selepas nego banyak dengan dia, terus tinggalkan dia.

Dia menangis dan duduk di luar kelas.

Tak lama sebenarnya. Kurang 1 jam.

Saya bacakan zikir Ketika Anak Tiada Semangat.

Ya Aziz
Ya Qawiy
Ya Baits
Ya Matin

4 ni kena hafal.

Macam ramuan untuk boost bila down.


Seru energy dari Maha Sumber Kuasa.

Aziz - perkasa
Qawiy - kuat
Baits - semarakkan
Matin - teguh

Contoh;

Ya Allah Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Baits, Ya Matin
Ya Allah
Perkasakan, Perkuatkan diri Fateh,
Bangkitkan semangat nya,
Teguhkan dirinya
Agar Mahu ke sekolah dengan gembiranya Ya Allah.


Saya trigger menulis sharing ini kerana,

Klien saya kanak-kanak yang tidak mahu ke sekolah,

Hanya dua hari ke sekolah,

Semalam elok mahu ke sekolah harini,

Saya beri dia zikir ini (tapi tak beri ayahnya)

Pagi ini elok mandi pakai baju, tetiba semangat mati.

Saya terus snap dan beri picture zikir ini untuk ayahnya.

Sahabat semua,

bertuah saya kerana ada banyak pengalaman bekerja sesi terapi dengan kanak-kanak (sudah 11 tahun).

Jadi saya nampak pattern yang sama.

Ini pengalaman saya sahaja, bukan kajian saintifik ya.

1) pabila anak diberi kelonggaran tidak ke sekolah bermula usia prasek, (ya
lah kecil lagi tadika, tak apa),

usia menginjak ke sekolah rendah, ada isu lagi, mula sikit-sikit tak ke sekolah, sebab pernah diberi lesen tidak mengapa tak ke sekolah.

2) masuk usia 9,10 mula lagi tak ke sekolah kerana isu tertentu, mula semakin sukar nak commit kerana lagi banyak cabaran dan t/jawab di sekolah, kerja sekolah, rakan, guru dsb

3) makin sukar nak bantu.


Maka kerana itu,

saya akan tidak layan untuk anak tidak bertanya izin tidak mahu ke sekolah, boleh tak?

Saya akan lebih kepada meneroka sebab apa atau faktor apa di sekolah yang menolak nya (bukan menariknya) untuk tidak pergi sekolah.

Contoh jika faktor guru atau rakan, saya akan pastikan ajar dia cara kendali emosi nya di sekolah agar dia boleh handle dengan lebih baik.

Contoh teknik asertif berkata-kata, atau fahami maksud di sebalik tindakan guru nya (biasanya kanak-kanak salah faham dan tidak tahu kenapa diperlaku begitu, level of understanding dia limited).

Antara punca anak tidak ke sekolah dan ia genuin, perlu dibantu dengan baik bukan kekerasan, paksa, pukul dsb:

1) ramai kanak-kanak ada insiden tidak best di sekolah tadika berkaitan guru, cth guru garang, denda, suara tinggi dsb. Terutama anak yang jiwa sensitif dan lembut. Dia jenis tak boleh ditengking mengejut.

Anak ini perlu dilatih jatidiri, sebelum tu, diraikan perasaan nya iaitu rasa terkejut, rasa takut, rasa sedih dsb.

2) kenapa faktor guru? kerana usia 3-6 lingkungan luar mula masuk sebagai ejen ekosistem dia, iaitu guru dan rakan. Sebelum tu hanya ibubapa dan keluarga dekat Dan kerana usia sekolah, 6-12, agen utama memang guru (jika sekolah usia 4, 4 lah mula nya). Jadi peringkat ni mereka menjadikan perkataan cikgu sebagai lebih benar dari ibubapa😂. "Tak, cikgu kata macam ni mami".

3) Juga tak dinafikan kerana faktor rakan. Tapi saya perhatikan usia 4-6 prasekolag faktor guru lebih menekan kanak-kanak untuk pergi atau tak pergi sekolah. Faktor rakan banyaknya usia nak masuk remaja macam usia 9-12 yang mana tekanan dari rakan jadi penting dan terkesan untuk mereka.

4) sebenarnya saya nak sentuh point ini sebagai pertama. Ramai kanak-kanak 'nampak', maka dia jadi takut dan mudah lemah. 'Nampak' makhluk halus membuatkan dia sukar nak engage dengan suasana persekitaran realiti kerana mereka nampak dunia satu lagi.

Yang ni ramai ibubapa kurang alert dan menganggap anak bukan-bukan saja. Ada klien saya sampai remaja sekolah menengah baru mak tahu dan sedar oh rupanya memang benar dia nampak.

Jadi di psikiatri biasanya didiagnose Anxiety atau Low Self Esteem saja

Biasanya mereka mula nampak sejak usia prasek dan pabi
la tiada rawatan khusus, ia mengganggu berpanjangan sampai sekolah menengah. Dan biasanya mereka sudah beritahu tetapi tidak dipercayai maka mereka senyapkan sahaja.

Bawa lah berjumpa pakar dalam bidang nya.

Psikologis, kaunselor, psikiatris, ustaz, dsb untuk rawatan holistik, secara moden dan tradisi.

Bantu dari awal.


Maznah Ibrahim.
Trigger Mengenai Self Esteem Fateh

(Keyakinan Dalam Nilai atau Keupayaan Diri Sendiri)

Sejak kebelakangan ini, ada mesej atau pendidikan yang Allah nak beri kepada saya ?.

Beberapa insiden membuatkan saya terfikir mengenai estim diri anakanda saya, Fateh.

Ia berlaku minggu lalu hingga Ahad baru ini, hingga tercetusnya "Projek Buku Self Esteem Fateh".

Sebab 1:
Minggu lalu katanya dia ada didenda oleh Assistant Teacher.

Berdiri tak silap saya.

Misteri sebab katanya berkaitan tak solat betul-betul. Lepas tu katanya masa nak tidur. Solat pada saya waktu dhuha pukul 10 tu. Last katanya sebab gigit baju (dia suka gigit leher baju di leher depannya). Dan last katanya tak tahu, sebab gigit baju kot.

Misteri sebab takkan sebab gigit baju?

Biasanya pasal isu guru dan rakan (Fateh otak lapisan ekstrovert mudah terkesan dengan peristiwa luar serta Darah O Feelingnya berkaitan emosi dan perhubungan sesama manusia),

Saya akan bertanya untuk klarifiasi kepada gurunya. Itu yang biasa saya buat.

Pernah berlaku dengan guru kelas nya dan ada salah faham kerana otak Thinking logiknya😂.

Guru kata Mr Bee wujud dan akan mai esok (lebah - esok nya guru pakai kostum dan jadi Mrs Bee nya).

Kawan-kawan setuju.

Dia tak setuju dan mati-mati kata Mr Bee tak wujud (macam upin ipin kostum tak wujud dalam alam real dan tak sama macam dalam TV).

Begitulah konflik anak Thinking dengan darah O nya. Dia jadi marah dan geram sebab semua orang kata Mr Bee wujud. Dahsyat emosi dia petang itu. Resolved dengan konversasi saya dan dia dalam kereta ke playground denai.

Jadi bila saya dapati dia tak faham kenapa kena denda, saya dapat rasakan kesedihannya.

Saya observe.

Esoknya dia tak bunyi dah pasal assistant teacher itu, makna dah ok mungkin (namun saya akan pastikan nanti untuk bertanya gurunya).

Sebab saya tak mahu tercalar emosinya walau garisan kecil tanpa kefahaman jelas. Ia jejaskan sub self esteem nya (di bawah elemen self awareness - sama dalam komponen EQ skill).

Daftar 1 dot pada dirinya - label diri - solat tak baik/baik, kena denda dsb. Sudah setahun lebih dapat Green Card sekali sahaja😂😂.

Sebab jenis dia memang banyak aqal dan bukan jenis budak duduk diam 'baik' sangat tu 😂.

Tak apa saya terima kelebihan anak saya ini. 'Budak bijak' memang macam tu. Jika isu besar sangat guru pasti akan bincang dengan saya sebab saya sudah pesan dulu untuk beritahu saya apa-apa perlu saya baiki, kerana saya ibu biasa, Jangan pandang saya sebagai kaunselor kanak-kanak hebat.

Hakikatnya saya banyak sungguh nak perbaik diri dalam parenting diri.

Bersambung Sebab ke2.
Sebab ke 2 (Trigger pasal Self Esteem Project)

Minggu lalu saya ada kesedihan mendalam.

Saya usaha proses, dan let go.

Jeni saya cepat let go dan sentiasa mencari hikmah di sebalik kejadian itu.

LUA, bila kita usaha nak cari hikmah, memang cepat dapat.

Saya jadi OK. Tap beberapa jam juga teringat makna ada sikit-sikit lagi kan?

Jadi minggu lalu LUA pasal buku Feelings untuk kanak-kanak dah lama, terjumpa jua akhirnya. Kena beli ni takkan nak bertangguh.

Walau ia bukan terlalu sempurna seperti bayangan saya (pernah beberapa jenis saya jumpa masa kerja NGO dulu di bilik Play Therapy kami. tapi masa tu tak cukup banyak wang nak beli, buku overseas, di bilik Play Therapy HKL pula ada buku, bahasa Cina. Juga berkira tak beli sebab belum ada keperluan).

Jumpa di MPH Alamanda, oh ini mesti beli ni😂 Jangan bertangguh Maznah! (Saya ada isu fokus dan bertangguh)

Saya pilih 5 feelings, walau ada 7 tak silap saya.

Happy
Sad
Angry
Scared
(4 emosi asas seperti body outline emosi saya)
Jelous
(saya tambah ini sebab budak dah sekolah lebih kuat cabaran emosi jelous nya)

Sampai rumah Perlis, dengan ujian melanda, saya yang pilih buku 'Sad'😂 untuk dibacakan kepad anak, sebenarnya untuk merawat emosi diri sendiri, kikih.

Fateh pilih 'Happy.

Sah anak kecil mudah letgo dan selalu girang, kan?

LUA orang dewasa kerap menarik emosi negatif. Huhu.

Saya bacakan buku-buku itu. Fateh baca sendiri. Jenis dia baca cepat aja. KN memang suka memahami gambar menangis tu - cry means sad. Sad maka akan menangis.

Apa kaitan dengan Self Esteem?

Kenali emosi apa namanya
Kenalpasti apa punca emosi itu
Dan aplikasi cara kendali emosi dengan baik.

3 atas ni adalah asas kepada self esteem. Ia juga dalam komponen Emotional Quotient (EQ).

Dalam pada saya mendidik Fateh untuk Esteem diri positif, dia perlu tahu nama perasaan nya keliru bila didenda dan tak tahu kenapa secara jelas.

Saya katakan kepada suami, saya trigger pasal self esteem ni, amat penting untuk guru jelaskan kepada anak didik kenapa didenda. Sama macam kita parents sentiasa jelaskan kepada anak kita kenapa boleh dan tak boleh semuanya ada penjelasan.

Suami setuju, sebab ada saja insiden kerana 1 event, anak salah faham (perspektif otak belum matangnya) anak membesar dengan kefahaman silap dan terus broke (dari segi relationship).

Ini jejaskan kefahaman dirinya pabila dia rasa dia not good, dia salah dsb.

Ramai klien saya begitu. Nak cerita tak tercerita. Sampai saya terlupa sebab ramai. Itu pattern nya.

Ditakdirkan ke rumah kawan,

Kawan suami ada isu parenting ini kerana salah faham dari 1 event ini. Terus blocked dan jadi isu perhubungan dengan ibubapanya, tak baik, dan insiden itu semasa usianya 3 tahun!

Ya Allah. Depan mata. Kawan sendiri. Bukan klien saya.

Maksud apa? Sangat ramai alami sebegitu.

Common crowd, bukan pesakit hospital. Sebab saya kerja di hospital, mental health, klien ialah 'pesakit'. Dah jadi.

Ini group normal.

Saya ada event sebegitu, usia 6 dan sudah proses dalam sesi terapi masa kerja NGO dulu sebab bos saya jenis suka staf dia bersih clean emosi, jika tak bagaimana kami nak support klien kami dalam emosi berat sexual abuse ini?

Terapi, revisit ke event semasa itu katakan usia 3, diri dewasa kita katakan usia 40 akan coach kan diri dia usia 3 itu, dapatkan understanding, kemaafan, komunikasi sesama anak itu dan ibu/bapa yang dia isu, dan kemudian proses, jelas, letgo, maafkan, dan move on.

Kawan ini faham.

Teringat pernah ada klien remaja yang masih ingat semasa usia dia 3 dan ibu tidak percaya ceritanya (pasal maid marah dan pukul, ibu pula kerja balik lewat, kan), dia kata masa tu rasa macam nak bunuh diri..... (sedih.)

Kini sebagai remaja MDD (major depressive disorder) dan tahap kena makan ubat ya..

Key nya - jelaskan apa sahaja ketidakfahaman dengan anak kecil.

Ia bantu self esteem anak.

Kerana kepercayaan mereka terhadap orang itu (kita) kekal sampai dewasanya.

Memori dan apa ditanam bawah usia 5-6 tahun ialah 90% otak dewasanya. Besar sangat tu.

Bersambung sebab ke3.