Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Ini sebab anak susah nak beritahu kita

Dalam perkongsian sebelum ini saya sentuh tentang sexual grooming.

Ada satu persoalan penting yang ramai ibu ayah terlepas.

Kenapa anak tidak beritahu kita bila sesuatu yang tak selamat berlaku?

Walaupun nampak mustahil, ini realiti.

Dalam banyak kes yang saya kendalikan, anak sebenarnya sudah beri petunjuk.

Cuma kita tidak nampak atau tidak faham mesej itu.

Kenapa anak susah nak bercerita?

Antaranya:
• Takut dimarahi jika mereka salah faham
• Keliru sebab pemangsa ialah orang yang mereka percaya
• Rasa bersalah walaupun mereka sebenarnya mangsa
• Tak tahu macam mana nak mula bercerita
• Pernah dicelah dengan ayat seperti “jangan fikir bukan-bukan”

Inilah sebab ramai ibu ayah terlepas tanda awal.

Kenapa pemangsa mudah diamkan anak?

Mereka tidak mulakan dengan paksaan.

Mereka datang sebagai orang baik, suka membantu, ambil berat dan belai emosi anak.

Pelan-pelan, anak rasa mereka tak patut beritahu sesiapa.

Grooming bukan bermula dengan sentuhan.

Ia bermula dengan trust.

Bagaimana bantu anak bercerita

• Jadi pendengar yang baik
• Dengar celoteh mereka tanpa marah atau meremehkan
• Reaksi kita kepada cerita kecil menentukan sama ada mereka berani cerita perkara besar
• Anak perlu rasa didengari, dipercayai dan tidak akan dihukum

Bila asas ini dibina, anak lebih mudah datang kepada kita jika ada sesuatu yang tidak selesa berlaku.

Dengan situasi sekarang, ilmu ini sangat penting untuk semua ibu ayah

Ilmu ini bantu anak kenal bahaya, dan bantu ibu ayah tahu cara respons dengan betul.

Saya kongsikan semua langkah yang praktikal dan mudah dalam panduan ini.

Dapatkan Sekarang >>
https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga bermanfaat, dan semoga Allah melindungi anak-anak kita.

Dr. Maznah Ibrahim
Anak pendiam lebih mudah jadi sasaran?

Hari ini saya nak jelaskan satu realiti yang ramai ibu ayah terlepas pandang.

Ramai bangga bila anak beradab, tak banyak kerenah, hormat orang dewasa dan jarang melawan.

Tetapi dalam banyak kes sexual grooming yang saya kendalikan, ada satu pola jelas.

Anak yang baik, patuh, lembut, pendiam dan tidak pernah menyusahkan sesiapa lebih mudah menjadi sasaran.

Bukan sebab mereka lemah.

Tetapi kerana:
• mereka tak mahu susahkan sesiapa
• takut kecewakan orang dewasa
• cepat percaya dan mudah akur
• tidak berani bersuara bila tidak selesa

Sifat ini mulia, tetapi dari sudut keselamatan diri, ia menjadikan mereka lebih terdedah.

Sebab itu ada anak yang:
• diam walaupun tidak selesa dengan seseorang
• beri petunjuk kecil, tapi kita tak perasan
• berubah perangai
• sembunyikan cerita kerana takut dimarahi

Inilah sifat yang pemangsa cari.

Bukan anak yang nakal. Tetapi:

• anak rajin membantu
• anak tidak membantah
• anak yang cepat percaya
• anak yang takut menyusahkan sesiapa

Sebab itu kita perlu berikan mereka satu lagi bentuk kekuatan.

☑️Kekuatan untuk berkata tidak.
☑️Kekuatan kenal sempadan diri.
☑️Kekuatan datang kepada kita tanpa rasa bersalah.

Ilmu ini bukan untuk ajar anak melawan.

Ia untuk ajar anak memahami hak terhadap tubuh sendiri.

Dengan keadaan persekitaran sekarang, saya sangat percaya ilmu ini perlu ada dalam setiap rumah.

———

Saya sudah rangkumkan langkah-langkah yang mudah, sesuai budaya kita, termasuk cara membantu anak pendiam lebih yakin bersuara.

Dapatkan Panduan Di Sini» https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga bermanfaat dan semoga Allah lindungi anak-anak kita.


Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Yuran akan meningkat malam esok.
Kalau mahu dapatkan akses sebelum perubahan harga, ini masa yang sesuai.
Kalau kita tak ajar… anak akan belajar sendiri.

Kita bimbang apa yang mereka belajar, bukan sesuatu yang kita mahu.

Dalam kerja saya bersama kanak-kanak dan remaja, saya selalu lihat pola yang sama:

Bila anak tidak diajar personal safety, sempadan tubuh dan hormat diri…
mereka tetap akan belajar tentang tubuh dan hubungan.

Tetapi mereka belajar daripada:
• kawan
• telefon
• media sosial
• video tidak sesuai
• persekitaran sekolah

Dan semua ini membentuk kefahaman mereka tanpa kita sedar.

Kes di Baling baru-baru ini jelas menunjukkan hal ini.
Seorang pelajar 15 tahun terlibat dalam perbuatan seksual berulang dengan rakan sebaya sendiri, malah video tersebar.

Bukan sebab mereka “liar”.
Tetapi kerana mereka mencari jawapan sendiri… tanpa bimbingan yang betul.

Bila anak tidak diajar personal safety, mereka tidak tahu:
• bila seseorang melampaui batas
• bila ajakan kawan sudah tidak wajar
• bila video itu tidak sesuai
• bila mereka patut berkata tidak
• bila perlu beritahu kita

Anak tidak boleh beza “pendidikan” dengan “pendedahan”.
Apa yang mereka lihat, itulah yang mereka anggap normal.

Sebab itu asas hormat tubuh dan personal safety sangat penting.

Ia bantu anak:
• kenal sempadan tubuh
• tahu sentuhan selamat vs tidak selamat
• faham tingkah laku rakan yang berisiko
• berani berkata tidak
• dan tahu bila perlu menjauh atau maklum pada kita

Jika ibu ayah mahu anak belajar perkara yang betul daripada kita, bukan daripada kawan atau internet…

Panduan ini boleh bantu mula dari rumah>>
https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga bermanafaat.

Dr. Maznah Ibrahim
Berita ini cukup untuk buat kita berhenti sekejap.

Sinar Harian:
“Jenayah pedofilia makin membimbangkan.

Sinar Harian lagi:
“‘Pedo’ intip media sosial mangsa.”

Buletin TV3:
“Polis siasat kewujudan kumpulan ‘sexual grooming’ di media sosial.”

Semua ini bukan kes luar negara.
Semua ini berlaku di sini, dalam ruang digital yang sama anak kita guna setiap hari:

• TikTok
• Instagram
• X
• Facebook private group
• Game online
• DM seperti WhatsApp, Telegram, Snapchat, Discord

Dan polis sahkan:
wujud kumpulan grooming yang bergerak dalam group tertutup.

Cara mereka mudah:
✔️ menyamar sebagai rakan sebaya
✔️ intip profil anak
✔️ hantar mesej yang nampak biasa
✔️ perlahan-lahan uji sempadan anak

Masalahnya, anak tak nampak semua itu sebagai bahaya.

• mereka fikir semua “kawan online” itu selamat
• mereka tak perasan bila perbualan dah melampaui batas
• mereka anggap permintaan pelik itu gurauan
• mereka tak tahu bila perlu hentikan perbualan
• mereka takut nak beritahu ibu ayah

Ruang digital bukan ruang kosong.
Ia ruang yang turut dimasuki individu dan kumpulan yang berniat tidak baik.

Sebab itu pendidikan seksualiti tak boleh berhenti pada offline sahaja.
Anak hari ini perlukan asas keselamatan untuk dua dunia:

Dunia nyata

Dunia digital


Dalam panduan pendidikan seksualiti ini, saya jelaskan dengan cara yang mudah:

• apa itu offline & online grooming
• bagaimana kenal mesej/ajakan yang tidak wajar
• sempadan tubuh & sempadan digital
• dan beberapa asas keselamatan penting untuk anak kita

Jika anda nak mula bina asas keselamatan dalam rumah, boleh rujuk di sini:

KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga sedikit sebanyak membuka mata dan bermanfaat untuk sekeluarga.

Dr. Maznah Ibrahim
Sentuhan kecil yang ramai ibu ayah tak perasan

Ramai ibu ayah sangka ‘grooming’ berlaku secara tiba-tiba.

Sebenarnya tidak.

Ia jarang bermula dengan perbuatan besar.

Kebanyakannya bermula dengan sentuhan kecil yang nampak sangat biasa:

- tepuk bahu lama sedikit
- pegang tangan tanpa sebab
- duduk terlalu rapat
- gosok kepala sambil merapat
- ajak duduk dekat tanpa diminta

Pada kita mungkin nampak mesra.

Tetapi pada pemangsa, ini adalah ujian sempadan (boundary test).

Mereka mahu lihat:
- anak menolak atau tidak
- anak diam atau tidak
- anak keliru
- anak beritahu ibu ayah atau tidak

Kalau anak tidak faham hak mereka terhadap tubuh sendiri,
pemangsa akan teruskan ke langkah seterusnya.

Sebab itu kita kena ajar anak:

sentuhan selamat
sentuhan tidak selamat
dan apa tindakan yang betul bila mereka rasa tak selesa

Bila anak faham dua asas ini, mereka tahu:
apa yang boleh diterima,
apa yang perlu ditolak,
dan bila mereka perlu terus datang kepada kita.

Dalam panduan pendidikan seksualiti ini, saya terangkan dengan jelas:

* sentuhan selamat vs tidak selamat
* bagaimana pemangsa guna sentuhan kecil untuk menguji anak
* cara melatih anak berkata ‘tidak’
* ayat yang anak boleh guna bila tak selesa
* cara bina sempadan tubuh sejak kecil

Rujuk panduan lengkap di sini:

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga sedikit sebanyak membantu anda memahami perkara penting ini.

Dr. Maznah Ibrahim
Cuti sekolah ni… kita boleh kembali on track ❤️

Cuti sekolah makin dekat. Anak teruja nak berehat.
Ramai ibu bapa pula rasa bercampur campur.
Penat. Emosi turun naik.
Dan banyak perkara dalam parenting rasa belum jadi seperti yang kita harapkan.

Kadang kita dah cuba macam macam
kadang kita tak sempat
kadang rasa usaha tahun ini kurang berjaya

Semua itu normal. Kita semua sedang belajar dan membesar bersama anak.

Perubahan dalam parenting selalunya bermula dengan momen kecil
dengar betul betul
peluk sekejap
atau berhenti sekejap untuk lihat keadaan dengan lebih tenang

Cuti sekolah ini adalah masa terbaik untuk kita recalibrate
Bukan saja hubungan
tetapi cara kita memimpin
mengurus emosi
berkomunikasi
dan mencipta momen berkualiti dengan anak

Ramai ibu bapa dah mula fikir aktiviti cuti sekolah.

Tak perlu aktiviti besar atau percutian mahal.

Dalam webinar terbaru ini nanti saya tunjuk cara selit aktiviti sederhana yang beri kesan besar kepada anak dan suasana rumah.

Parenting Recalibrate: Cuti Sekolah, Masa Kembali On Track Bersama Anak

Sabtu 13 Disember 2025, 9.00 Malam


Daftar di sini>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate

Kita akan fokus pada
• reconnect dengan anak
• menenangkan suasana emosi rumah
• merancang cuti sekolah yang realistik
• membina flow parenting yang lebih stabil untuk masuk tahun baru

Kita tak perlu jadi ibu bapa sempurna,
Kita cuma perlu mula dengan satu langkah kecil yang betul

Jumpa nanti insyaAllah
Kita mulakan semula dengan lembut dan sedar.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Yuran earlybird untuk 12 pendaftaran pertama atau sehingga timer tamat - yang mana datang dulu.
Bonding kecil hari ini jadi asas penting bila anak makin membesar

Hujung tahun ni ramai ibu bapa mula rasa hubungan dengan anak sedikit jauh.
Bukan sebab kita tak sayang
cuma hidup penuh rutin dan tanggungjawab
anak pula makin membesar dan emosi mereka makin jelas

Bonding masa anak kecil sangat penting
inilah asas yang akan bentuk hubungan mereka dengan kita bila masuk usia remaja nanti

Untuk anak bawah 10 tahun
• mereka sedang belajar siapa tempat selamat
• siapa tempat berkongsi
• siapa tempat berpaut bila emosi tak stabil

Sebab itu cuti sekolah ialah masa terbaik untuk rapatkan semula hubungan
dengan aktiviti kecil dan sederhana
tak semestinya perlu percutian mahal.

Rujuk artikel ini untuk beberapa aktiviti bonding yang mudah dan bermakna.

https://maznahibrahim.com/7-idea-aktiviti-bina-bonding-untuk-cuti-persekolahan-panjang-anak/

-----

Jemput juga ke webinar terbaru saya sempena cuti sekolah ini.

Parenting Recalibrate: Cuti Sekolah, Masa Kembali On Track Bersama Anak

Sabtu 13 Disember 2025, 9.00 malam

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate

Semoga bermanfaat

Dr Maznah Ibrahim
"kenapa malas? ..."

Saya nak kongsi satu kisah benar yang sangat dekat di hati saya.

Beberapa bulan lepas, seorang ayah datang berjumpa saya. Wajahnya nampak penat dan dari cara dia duduk serta cara dia bercakap, jelas sangat dia cuba tahan sebak.

Anak dia, umur 10 tahun, tiba-tiba tak mahu ke sekolah.
Setiap pagi bangun menangis, perut sakit, kaki berat.

Mula-mula si ayah marah:

“Kenapa malas? Sekolah penting.”

Tapi makin dia tekan, makin anak menutup diri.

Sampai satu hari, anak itu cakap perlahan:

“Ayah garang… saya takut.”

Ayat itu macam pisau. Halus, tapi masuk terus ke dada.

Si ayah akui dulu dia memang keras. Nada tinggi, cepat marah, suka paksa.

Bukan sebab dia tak sayang, tapi sebab dia fikir itu cara jadi ayah yang tegas.

Tahun ini hidup dia paling sibuk
kerja bertambah
tanggungjawab sekolah anak makin kompleks
dia nak berubah tapi masa terasa tidak menyebelahi

Tapi dia cakap pada saya satu ayat yang buat saya terdiam


“Saya tak nak anak saya mula tahun 2026 dengan rasa takut yang sama. Kalau saya tak reset sekarang, bila lagi.”

Dan hujung tahun ini, bila cuti sekolah hanya sekejap, dia ambil peluang kecil itu sebagai turning point.

Dia beritahu anak dia dengan jujur.

“Ayah nak betulkan cara ayah. Ayah nak kita jadi rapat balik. Kita mula baru, boleh?”

Anak itu tidak terus peluk
tidak terus senyum
tapi dia angguk kecil

Dan dari situ mereka mula semula
perlahan
simple
tapi penuh makna

Bila saya dengar kisah ini, saya sedar sesuatu
kadang cuti sekolah bukan untuk banyak aktiviti
bukan untuk penuhkan jadual
kadang ia cuma ruang kecil untuk kita recalibrate
buang yang tidak perlu dan fokus pada yang pulihkan hubungan

Dan sebab itu saya nak jemput anda ke sesi terbaru saya

Parenting Recalibrate - Peluang cuti sekolah untuk reset dan baiki bonding dengan anak.

Kalau anda rasa hubungan dengan anak perlukan tune up.

Kalau anda nak masuk Disember dan Januari dengan lebih ringan.

Kalau anda nak anak memulakan sekolah nanti dengan emosi yang lebih stabil.

Sesi webinar ini memang untuk anda.

Kadang perubahan besar bermula dari satu keputusan kecil
Mungkin ini masanya.

Daftar di sini>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate

Semoga bermanfaat

Dr Maznah Ibrahim
ketawa mereka.....

Hari ini saya nak kongsi satu kisah ringkas… tapi saya rasa ramai sangat boleh relate.

Sepasang ibu ayah datang jumpa saya. Mereka nampak sedih sikit, bukan sebab marah pada anak tetapi marah pada diri sendiri.

“Apa salah kami ya? Suruh basuh pinggan sendiri pun berkira. Nak angkat cawan ke dapur pun seribu alasan. Kemas buku… lagi laaa susah.”

Mereka tertanya-tanya:

“Adakah selama ini kami tak ajar?

Tak latih?

Atau anak yang degil?”

Saya senyum dan tanya satu soalan kecil.

“Anak umur berapa?”

“Yang geram ni yang 11 dan 13 tahun,” jawab mereka.

Dan dari situ saya jelaskan sesuatu yang buat mereka berdua termenung lama.

Usia 7 hingga 14 tahun memang fasa paling sesuai untuk latihan rutin kecil.

Ini bukan fasa “anak dah patut tahu”.

Ini sebenarnya fasa anak perlu dibimbing dengan jelas, step by step.

Rutin kecil seperti:

- Basuh pinggan sendiri
- Angkat cawan ke sinki
- Kemas buku dan meja belajar
- Lipat tuala sendiri
- Sapu ruang kecil di rumah

Semua ini hanya menjadi tabiat kalau:

Ada latihan konsisten.

Ada semakan mingguan.

Ada carta pencapaian.

Ada penghargaan di hujung tahun.

Sebab itu bila saya cadangkan:

“Cuba buat review mingguan… tengok apa dah berjaya, apa belum.”

Ibu ayah itu terus mengangguk.

Dan bila saya cakap:

“Hujung tahun nanti, beri dia Anugerah Pencapaian Cemerlang Rumah 2025.”

Mereka ketawa kecil, tapi saya nampak mata mereka bersinar.

Macam baru jumpa pintu harapan. Heheh. Begitulah kisahya.

----

Kadang kita rasa anak melawan, padahal mereka cuma belum pernah diajar secara konsisten.

Kadang kita ingat kita dah pesan… tapi kita tak pernah bentuk sistem.

Dan bila cuti sekolah panjang ini tiba, ia sebenarnya peluang terbaik untuk recalibrate.

Reset rutin kecil.

Reset tabiat rumah.

Reset harapan kita sebagai ibu ayah.

Sebelum masuk 2026, saya ajak ibu ayah renungkan perlahan lahan:

Nilai apa yang kita nak jadikan utama dalam keluarga kita tahun depan?

- Tanggungjawab
- Kerapian
- Hormat
- Kerjasama
- Disiplin diri
- Empati

Setiap keluarga tak sama.

Setiap rumah ada keutamaan berbeza.

Dan hanya kita yang boleh tentukan nilai mana paling penting untuk keluarga kita buat masa ini.

Cuti sekolah pun boleh jadi permulaan baru kalau niat kita jelas.

----

Jom sertai saya dalam Webinar Parenting Recalibrate minggu depan, sebelum anak mula cuti sekolah.

InsyaAllah, saya akan share nanti macam mana dan apa anda boleh buat.

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate

Semoga bermanafaat :).

Dr. Maznah
Anak-anak: “Yahooo cuti sekolah 2 minggu lagi..!”

Kita pula: “Ok jap… plan kita macam mana?” 😆

Cuti sekolah makin dekat.

Kalau rasa tahun ni banyak benda tak sempat nak betulkan, tak apa.

Kita boleh mula perlahan-lahan dalam cuti sekolah kali ini.

Webinar Parenting Recalibrate tinggal 6 hari lagi.

Masuk cuti dengan lebih ready supaya tak berlalu begitu sahaja.

Daftar sini>>
👉 https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate

Dr. Maznah
Dia tak akan umur 7 dua kali.

Hari ini saya nak kongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati saya.

Kisah ini datang daripada pasangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ADHD.

Bila mereka bercerita, nada suara mereka bukan marah… tapi penuh rasa bersalah.

“Apa yang saya kesalkan… saya tahu dia istimewa.
Saya tahu dia tak sengaja.
Tapi saya tetap marah bila dia kacau adik. Bila dia terlalu aktif sampai rumah jadi kecoh.”

Ayah itu tunduk.
Ibu pula kesat mata.

Mereka bukan tak sayang.

Mereka faham ADHD itu impulsif, cepat ransang, tak boleh duduk diam.

Mereka tak bagi ubat hujung minggu sebab nak beri anak ‘rehat’.

Tapi itu bukan isu utama.
Yang lebih saya nampak ialah kepenatan dan kekesalan mereka…

Kerja rumah tak habis
Urus adik-beradik lain
Rutin hujung minggu penuh
Dan mereka tiada masa untuk pantau 24 jam

Mereka kata,
“Kami nak sangat jadi ibu ayah yang positif… tapi bila letih, emosi memang terbabas.”

Saya diam sekejap.
Sebab ramai ibu ayah rasa benda yang sama.
Ibu ayah anak normal pun.
Saya pun pernah begitu.

Dan bila mereka mula refleksi… suasana jadi tenang.
Mereka nampak gambaran besar.

Anak ini sedang membesar sekarang.
Dia tak akan umur 7 dua kali.
Dia tak akan umur 10 dua kali.
Usia ini datang sekali saja. Tiada U-turn. Tiada rewind.

Kami tetapkan:
• azam baru
• tingkatkan sabar
• fokus 1–3 tindakan kecil

Bermula tahun depan?
Tidak.
Bermula hari itu juga.

Tindakan kecil yang mereka pilih:

• bila anak terlalu aktif, berhenti 10 saat untuk regulate diri (dua cycle deep breathing)
• beri arahan ringkas 1 langkah setelah diri tenang
• movement break tiap 15 minit, sama-sama lompat bintang 10 kiraan satu set.

Kecil, tapi cukup untuk ubah rentak.

Sebab perubahan besar tak bermula Januari.

Ia bermula bila ibu ayah kata,
“Aku nak buat lebih baik demi anak aku.”

Kalau anda baca sampai sini… mungkin anda pun rasa benda sama.

Cuti sekolah sebelum 2026 ini masa terbaik untuk recalibrate.

Cari balik strategi sabar.
Stabilkan emosi.
Pilih 1–3 tindakan lembut untuk menjaga perkembangan anak-anak bijak kita.

Anak hanya membesar sekali.
Momen itu tak kembali.

Jom sertai saya Sabtu ini.

Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate

Semoga roda cabaran kita kembali lurus dan terkawal.

Jumpa Sabtu nanti.

Dr. Maznah