Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
InsyaAllah malam ini saya dan Dr. Siti Umi akan live bersama di BERNAMA TV.

Jemput tonton bersama dan kongsikan kepada semua ye:

Youtube Bernama TV

https://www.facebook.com/BernamaTV
Rakaman penuh program Ruang Bicara Bernama TV

Tajuk: Benteng Emosi Anak Era Digital

Kalau tak sempat tonton live isnin lepas, boleh tonton semula di sini ye.

KLIK>> https://www.facebook.com/share/v/17XyjxeubS/?mibextid=wwXIfr

Sesi ni tak sampai sejam, tapi sangat penting sebab kita bincang berkenaan penggunaan internet-game-gajet-emosi & bagaimana kita sebagai ibu bapa nak membantu anak-anak.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Join group whatsapp ini untuk jadi yang pertama tahu tentang webinar terbaru saya nanti.

👉 [Join Group Whatsapp Dr. Maznah]
Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa untuk Anak dan Gajet Mereka

Saya akui ia tidak mudah, namun bila kita membiarkan tak 'intervene', kita ibarat membiarkan mereka memegang lesen tak sah memandu sendiri.

Sentiasa usahakan, bersama anak berbincang dan guna bersama.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2025/11/1469052/ibu-bapa-perlu-luang-masa-elak-anak-terikat-gajet
.
Anak kita faham tak bahaya ini?

Beberapa bulan ni, kes eksploitasi seksual kanak-kanak makin kerap dilaporkan.

Ada melibatkan orang asing, kenalan keluarga, malah influencer pun ada yang disiasat.

Ramai ibu ayah masih belum jelas apa itu sexual grooming.

Apa itu sexual grooming?
Ia berlaku apabila pemangsa perlahan-lahan membina kepercayaan anak & ibu ayah sehingga tingkah laku tidak selamat sukar dikesan.

Ciri pemangsa yang sering berulang:

- Kelihatan berguna & membantu keluarga.
- Perhatian berlebihan kepada anak.
- Anak cepat rapat & percaya.
- Ibu ayah kurang curiga sebab nampak boleh dipercayai.

Kes influencer baru-baru ini pun tunjuk pola sama:

perhatian + pengaruh → membina kepercayaan → disalahgunakan.

Jika anak diberi ilmu yang betul:
✔️ Kenal tingkah laku tidak selamat
✔️ Faham sempadan badan
✔️ Berani berkata “tidak” & berkongsi dengan ibu ayah

Tapi jika ibu ayah tak peka, banyak isyarat awal boleh terlepas.

Ada anak cuba mengadu tapi tidak didengar kerana pelaku dipercayai atau orang yang terdekat.

Kita boleh bersedia.
Dengan ilmu yang betul, anak lebih yakin, lebih selamat, dan berani lindungi diri dengan berkata "Tidak!".

Nak mula belajar cara mudah & sesuai budaya kita?

Panduan Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak 👉

KLIK>>
https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga Allah melindungi anak-anak kita. 🤲
Ini sebab anak susah nak beritahu kita

Dalam perkongsian sebelum ini saya sentuh tentang sexual grooming.

Ada satu persoalan penting yang ramai ibu ayah terlepas.

Kenapa anak tidak beritahu kita bila sesuatu yang tak selamat berlaku?

Walaupun nampak mustahil, ini realiti.

Dalam banyak kes yang saya kendalikan, anak sebenarnya sudah beri petunjuk.

Cuma kita tidak nampak atau tidak faham mesej itu.

Kenapa anak susah nak bercerita?

Antaranya:
• Takut dimarahi jika mereka salah faham
• Keliru sebab pemangsa ialah orang yang mereka percaya
• Rasa bersalah walaupun mereka sebenarnya mangsa
• Tak tahu macam mana nak mula bercerita
• Pernah dicelah dengan ayat seperti “jangan fikir bukan-bukan”

Inilah sebab ramai ibu ayah terlepas tanda awal.

Kenapa pemangsa mudah diamkan anak?

Mereka tidak mulakan dengan paksaan.

Mereka datang sebagai orang baik, suka membantu, ambil berat dan belai emosi anak.

Pelan-pelan, anak rasa mereka tak patut beritahu sesiapa.

Grooming bukan bermula dengan sentuhan.

Ia bermula dengan trust.

Bagaimana bantu anak bercerita

• Jadi pendengar yang baik
• Dengar celoteh mereka tanpa marah atau meremehkan
• Reaksi kita kepada cerita kecil menentukan sama ada mereka berani cerita perkara besar
• Anak perlu rasa didengari, dipercayai dan tidak akan dihukum

Bila asas ini dibina, anak lebih mudah datang kepada kita jika ada sesuatu yang tidak selesa berlaku.

Dengan situasi sekarang, ilmu ini sangat penting untuk semua ibu ayah

Ilmu ini bantu anak kenal bahaya, dan bantu ibu ayah tahu cara respons dengan betul.

Saya kongsikan semua langkah yang praktikal dan mudah dalam panduan ini.

Dapatkan Sekarang >>
https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga bermanfaat, dan semoga Allah melindungi anak-anak kita.

Dr. Maznah Ibrahim
Anak pendiam lebih mudah jadi sasaran?

Hari ini saya nak jelaskan satu realiti yang ramai ibu ayah terlepas pandang.

Ramai bangga bila anak beradab, tak banyak kerenah, hormat orang dewasa dan jarang melawan.

Tetapi dalam banyak kes sexual grooming yang saya kendalikan, ada satu pola jelas.

Anak yang baik, patuh, lembut, pendiam dan tidak pernah menyusahkan sesiapa lebih mudah menjadi sasaran.

Bukan sebab mereka lemah.

Tetapi kerana:
• mereka tak mahu susahkan sesiapa
• takut kecewakan orang dewasa
• cepat percaya dan mudah akur
• tidak berani bersuara bila tidak selesa

Sifat ini mulia, tetapi dari sudut keselamatan diri, ia menjadikan mereka lebih terdedah.

Sebab itu ada anak yang:
• diam walaupun tidak selesa dengan seseorang
• beri petunjuk kecil, tapi kita tak perasan
• berubah perangai
• sembunyikan cerita kerana takut dimarahi

Inilah sifat yang pemangsa cari.

Bukan anak yang nakal. Tetapi:

• anak rajin membantu
• anak tidak membantah
• anak yang cepat percaya
• anak yang takut menyusahkan sesiapa

Sebab itu kita perlu berikan mereka satu lagi bentuk kekuatan.

☑️Kekuatan untuk berkata tidak.
☑️Kekuatan kenal sempadan diri.
☑️Kekuatan datang kepada kita tanpa rasa bersalah.

Ilmu ini bukan untuk ajar anak melawan.

Ia untuk ajar anak memahami hak terhadap tubuh sendiri.

Dengan keadaan persekitaran sekarang, saya sangat percaya ilmu ini perlu ada dalam setiap rumah.

———

Saya sudah rangkumkan langkah-langkah yang mudah, sesuai budaya kita, termasuk cara membantu anak pendiam lebih yakin bersuara.

Dapatkan Panduan Di Sini» https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga bermanfaat dan semoga Allah lindungi anak-anak kita.


Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Yuran akan meningkat malam esok.
Kalau mahu dapatkan akses sebelum perubahan harga, ini masa yang sesuai.
Kalau kita tak ajar… anak akan belajar sendiri.

Kita bimbang apa yang mereka belajar, bukan sesuatu yang kita mahu.

Dalam kerja saya bersama kanak-kanak dan remaja, saya selalu lihat pola yang sama:

Bila anak tidak diajar personal safety, sempadan tubuh dan hormat diri…
mereka tetap akan belajar tentang tubuh dan hubungan.

Tetapi mereka belajar daripada:
• kawan
• telefon
• media sosial
• video tidak sesuai
• persekitaran sekolah

Dan semua ini membentuk kefahaman mereka tanpa kita sedar.

Kes di Baling baru-baru ini jelas menunjukkan hal ini.
Seorang pelajar 15 tahun terlibat dalam perbuatan seksual berulang dengan rakan sebaya sendiri, malah video tersebar.

Bukan sebab mereka “liar”.
Tetapi kerana mereka mencari jawapan sendiri… tanpa bimbingan yang betul.

Bila anak tidak diajar personal safety, mereka tidak tahu:
• bila seseorang melampaui batas
• bila ajakan kawan sudah tidak wajar
• bila video itu tidak sesuai
• bila mereka patut berkata tidak
• bila perlu beritahu kita

Anak tidak boleh beza “pendidikan” dengan “pendedahan”.
Apa yang mereka lihat, itulah yang mereka anggap normal.

Sebab itu asas hormat tubuh dan personal safety sangat penting.

Ia bantu anak:
• kenal sempadan tubuh
• tahu sentuhan selamat vs tidak selamat
• faham tingkah laku rakan yang berisiko
• berani berkata tidak
• dan tahu bila perlu menjauh atau maklum pada kita

Jika ibu ayah mahu anak belajar perkara yang betul daripada kita, bukan daripada kawan atau internet…

Panduan ini boleh bantu mula dari rumah>>
https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga bermanafaat.

Dr. Maznah Ibrahim
Berita ini cukup untuk buat kita berhenti sekejap.

Sinar Harian:
“Jenayah pedofilia makin membimbangkan.

Sinar Harian lagi:
“‘Pedo’ intip media sosial mangsa.”

Buletin TV3:
“Polis siasat kewujudan kumpulan ‘sexual grooming’ di media sosial.”

Semua ini bukan kes luar negara.
Semua ini berlaku di sini, dalam ruang digital yang sama anak kita guna setiap hari:

• TikTok
• Instagram
• X
• Facebook private group
• Game online
• DM seperti WhatsApp, Telegram, Snapchat, Discord

Dan polis sahkan:
wujud kumpulan grooming yang bergerak dalam group tertutup.

Cara mereka mudah:
✔️ menyamar sebagai rakan sebaya
✔️ intip profil anak
✔️ hantar mesej yang nampak biasa
✔️ perlahan-lahan uji sempadan anak

Masalahnya, anak tak nampak semua itu sebagai bahaya.

• mereka fikir semua “kawan online” itu selamat
• mereka tak perasan bila perbualan dah melampaui batas
• mereka anggap permintaan pelik itu gurauan
• mereka tak tahu bila perlu hentikan perbualan
• mereka takut nak beritahu ibu ayah

Ruang digital bukan ruang kosong.
Ia ruang yang turut dimasuki individu dan kumpulan yang berniat tidak baik.

Sebab itu pendidikan seksualiti tak boleh berhenti pada offline sahaja.
Anak hari ini perlukan asas keselamatan untuk dua dunia:

Dunia nyata

Dunia digital


Dalam panduan pendidikan seksualiti ini, saya jelaskan dengan cara yang mudah:

• apa itu offline & online grooming
• bagaimana kenal mesej/ajakan yang tidak wajar
• sempadan tubuh & sempadan digital
• dan beberapa asas keselamatan penting untuk anak kita

Jika anda nak mula bina asas keselamatan dalam rumah, boleh rujuk di sini:

KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga sedikit sebanyak membuka mata dan bermanfaat untuk sekeluarga.

Dr. Maznah Ibrahim
Sentuhan kecil yang ramai ibu ayah tak perasan

Ramai ibu ayah sangka ‘grooming’ berlaku secara tiba-tiba.

Sebenarnya tidak.

Ia jarang bermula dengan perbuatan besar.

Kebanyakannya bermula dengan sentuhan kecil yang nampak sangat biasa:

- tepuk bahu lama sedikit
- pegang tangan tanpa sebab
- duduk terlalu rapat
- gosok kepala sambil merapat
- ajak duduk dekat tanpa diminta

Pada kita mungkin nampak mesra.

Tetapi pada pemangsa, ini adalah ujian sempadan (boundary test).

Mereka mahu lihat:
- anak menolak atau tidak
- anak diam atau tidak
- anak keliru
- anak beritahu ibu ayah atau tidak

Kalau anak tidak faham hak mereka terhadap tubuh sendiri,
pemangsa akan teruskan ke langkah seterusnya.

Sebab itu kita kena ajar anak:

sentuhan selamat
sentuhan tidak selamat
dan apa tindakan yang betul bila mereka rasa tak selesa

Bila anak faham dua asas ini, mereka tahu:
apa yang boleh diterima,
apa yang perlu ditolak,
dan bila mereka perlu terus datang kepada kita.

Dalam panduan pendidikan seksualiti ini, saya terangkan dengan jelas:

* sentuhan selamat vs tidak selamat
* bagaimana pemangsa guna sentuhan kecil untuk menguji anak
* cara melatih anak berkata ‘tidak’
* ayat yang anak boleh guna bila tak selesa
* cara bina sempadan tubuh sejak kecil

Rujuk panduan lengkap di sini:

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti

Semoga sedikit sebanyak membantu anda memahami perkara penting ini.

Dr. Maznah Ibrahim
Cuti sekolah ni… kita boleh kembali on track ❤️

Cuti sekolah makin dekat. Anak teruja nak berehat.
Ramai ibu bapa pula rasa bercampur campur.
Penat. Emosi turun naik.
Dan banyak perkara dalam parenting rasa belum jadi seperti yang kita harapkan.

Kadang kita dah cuba macam macam
kadang kita tak sempat
kadang rasa usaha tahun ini kurang berjaya

Semua itu normal. Kita semua sedang belajar dan membesar bersama anak.

Perubahan dalam parenting selalunya bermula dengan momen kecil
dengar betul betul
peluk sekejap
atau berhenti sekejap untuk lihat keadaan dengan lebih tenang

Cuti sekolah ini adalah masa terbaik untuk kita recalibrate
Bukan saja hubungan
tetapi cara kita memimpin
mengurus emosi
berkomunikasi
dan mencipta momen berkualiti dengan anak

Ramai ibu bapa dah mula fikir aktiviti cuti sekolah.

Tak perlu aktiviti besar atau percutian mahal.

Dalam webinar terbaru ini nanti saya tunjuk cara selit aktiviti sederhana yang beri kesan besar kepada anak dan suasana rumah.

Parenting Recalibrate: Cuti Sekolah, Masa Kembali On Track Bersama Anak

Sabtu 13 Disember 2025, 9.00 Malam


Daftar di sini>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate

Kita akan fokus pada
• reconnect dengan anak
• menenangkan suasana emosi rumah
• merancang cuti sekolah yang realistik
• membina flow parenting yang lebih stabil untuk masuk tahun baru

Kita tak perlu jadi ibu bapa sempurna,
Kita cuma perlu mula dengan satu langkah kecil yang betul

Jumpa nanti insyaAllah
Kita mulakan semula dengan lembut dan sedar.

Dr. Maznah Ibrahim

p/s: Yuran earlybird untuk 12 pendaftaran pertama atau sehingga timer tamat - yang mana datang dulu.
Bonding kecil hari ini jadi asas penting bila anak makin membesar

Hujung tahun ni ramai ibu bapa mula rasa hubungan dengan anak sedikit jauh.
Bukan sebab kita tak sayang
cuma hidup penuh rutin dan tanggungjawab
anak pula makin membesar dan emosi mereka makin jelas

Bonding masa anak kecil sangat penting
inilah asas yang akan bentuk hubungan mereka dengan kita bila masuk usia remaja nanti

Untuk anak bawah 10 tahun
• mereka sedang belajar siapa tempat selamat
• siapa tempat berkongsi
• siapa tempat berpaut bila emosi tak stabil

Sebab itu cuti sekolah ialah masa terbaik untuk rapatkan semula hubungan
dengan aktiviti kecil dan sederhana
tak semestinya perlu percutian mahal.

Rujuk artikel ini untuk beberapa aktiviti bonding yang mudah dan bermakna.

https://maznahibrahim.com/7-idea-aktiviti-bina-bonding-untuk-cuti-persekolahan-panjang-anak/

-----

Jemput juga ke webinar terbaru saya sempena cuti sekolah ini.

Parenting Recalibrate: Cuti Sekolah, Masa Kembali On Track Bersama Anak

Sabtu 13 Disember 2025, 9.00 malam

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate

Semoga bermanfaat

Dr Maznah Ibrahim