Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Nampak kuat di luar, tapi sebenarnya..

Masa kecil, ramai antara kita lalui pengalaman yang tak menyenangkan - dimarahi, dipukul, atau diabaikan emosi.

Tapi waktu itu, kita tak mampu proses semua itu.

Otak pilih cara lain: masuk survival mode.

Kita cuba nampak kuat, fokus pada belajar, kerja atau pencapaian.

Dari luar kelihatan “ok”, tapi di dalam masih ada luka yang belum sembuh.

Bila jadi ibu atau ayah, luka ini boleh terasa kembali.

Kadang-kadang, kita ulang corak sama macam ibu bapa dulu - marah dengan nada serupa, atau keluarkan ayat yang pernah melukakan kita.

Saya tulis lanjut di blog tentang bagaimana survival mode masa kecil boleh jadi punca corak lama berulang dalam keibubapaan, dan bagaimana repair dengan kasih sayang mampu buka jalan baru.

Baca di sini:
Pengalaman Zaman Kanak-Kanak: Luka yang Tidak Diproses

p/s: Webinar terbaru bulan ini akan sentuh khusus tentang trauma zaman kanak-kanak & cara memutuskan kitaran. Daftar di sini sebelum yuran meningkat lagi >> Daftar webinar
Anak selalu kena marah… sampai rasa bersalah setiap malam 😢

Minggu lepas, seorang klien saya (kita panggil dia Sara, bukan nama sebenar) berkongsi:

“Saya selalu marah anak sebab lambat buat kerja sekolah. Tapi setiap kali lepas marah, saya menangis sendiri.

Saya teringat mak saya dulu pun marah saya dengan cara sama. Sekarang… anak saya pula jadi mangsa.”



Sara sedar luka zaman kecilnya tumpah dalam cara dia mendidik anak.

Dia tak mahu kitaran itu berulang, tapi tak tahu bagaimana nak hentikannya.

👉 Hakikatnya, ramai ibu bapa alami benda sama.

Trauma masa kecil - kecil atau besar - boleh terbawa ke dalam cara kita jadi ibu ayah.

Berita baiknya, kitaran ini boleh dihentikan
Dengan kesedaran, refleksi & strategi praktikal, kita boleh jadi ibu bapa yang lebih tenang dan sedar.

Dalam webinar terbaru saya:
Trauma Zaman Kanak-Kanak: Pengaruh dalam Keibubapaan Kita – Strategi untuk Break the Cycle

📅 Jumaat, 26 Sept 2025
9.00 malam (2 jam)

Apa yang anda akan pelajari:
Faham apa itu ACEs & bagaimana ia muncul semula dalam parenting
Kenal bagaimana trauma boleh tumpah pada anak
Belajar strategi praktikal & aktiviti reflektif untuk break the cycle
Tools & affirmations untuk bina parenting lebih sihat

👉 Jika anda pernah rasa bersalah, marah tak terkawal, atau takut anak ulang nasib anda dulu, webinar ini untuk anda.

Klik sini untuk daftar sekarang >>https://webinar.maznahibrahim.com/aces

Kerana healing kita adalah hadiah terbesar buat anak-anak 💞

Salam hormat,
Maznah
Luka senyap yang ramai tak sedar…

Minggu lepas saya kongsikan kisah Sara – seorang ibu yang sering marah anak, kemudian rasa bersalah.
Dia sedar, itu corak lama dari zaman kecilnya sendiri.

Tapi ada satu lagi luka yang lebih “senyap”: Emotional Neglect .
👉 Rasa tak dipedulikan
👉 Rasa tak disayangi
👉 Rasa tak divalidasi

Kerana ia tak nampak, ramai tak sedar mereka pernah lalui.

Tapi bila dewasa, kesannya boleh muncul bila:
✔️ Mudah marah anak buat silap kecil
✔️ Sensitif bila pasangan tak hargai
✔️ Mudah terasa bila bos kritik

Saya tulis lebih lanjut di blog dengan contoh situasi & 5 strategi praktikal bila kita triggered:

👉 https://maznahibrahim.com/aces-emotional-neglect-kenapa-kita-mudah-trigger-sebagai-ibu-ayah-atau-pasangan/

📣 Juga nak remind Webinar live saya tinggal 3 hari lagi:

Trauma Zaman Kanak-Kanak: Pengaruhnya Dalam Keibubapaan & Strategi Untuk Break the Cycl
e

📅 Jumaat, 26 Sept 2025 | 9.00 malam

Daftar di sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/aces

Semoga bermanafaat 💞

Maznah
Formula ubah tingkah laku anak yang selalu buat kita ‘trigger’

Pernah tak rasa setiap kali anak buat hal,
macam butang marah kita automatik ‘on’?

Kita dah cuba sabar,
tapi tetap juga terlepas suara tinggi…
terutama bila anak ulang benda yang sama.

Kita pun mula kata,
“Anak degil”, “Suka gaduh”, “Suka buat sepah”.

Tanpa sedar, label tu jadi kepercayaan (belief) kita sendiri.
Dan setiap kali anak buat hal,
kita pun mudah ‘triggered’ semula.

Sebenarnya…
kalau nak ubah tingkah laku anak,
lebih mudah bila kita mula dengan diri sendiri.

Caranya ialah tambah pengalaman (experience) baru.
Bila kita ubah cara respon, cara bertenang,
cara pandang situasi tu…
kita bina belief baru terhadap diri dan anak.

Bila belief berubah,
tingkah laku (behavior) kita pun berubah secara semula jadi.
Kita lebih tenang, lebih yakin, dan anak pun ikut rasa tenang tu.

Inilah aliran perubahan sebenar:
Experience → Belief → Behavior → Result

Tonton video penuh di TikTok:

KLIK>> https://vt.tiktok.com/ZSU1Dqy61/

Maznah
[Webinar Terbaru]

Pernah tak rasa macam dah cuba semua cara, tapi anak tetap juga buat perkara yang sama?

Kita dah lembut, dah tegas, dah cuba tak marah, tapi akhirnya tetap juga terlepas suara tinggi.

Ramai ibu bapa ada niat nak berubah,
cuma realitinya kita masih mudah trigger.

Kerana perubahan sebenar tak bermula dari teori, tetapi dari pengalaman baru yang kita cipta bersama anak.

Dalam webinar Parenting Rewired : Bila Cara Sama Sudah Tidak Lagi Berkesan ’,

Dr. Maznah Ibrahim akan bantu ibu bapa refleksi corak keibubapaan sedia ada dan belajar keluar dari “loop” yang berulang.

Kita akan sama-sama belajar bagaimana mencipta pengalaman baru yang perlahan-lahan membentuk kepercayaan baru seperti

- “aku mampu kawal diri bila anak buat hal”,
- “anak-anak aku sebenarnya boleh dengar nasihat aku”,
- “aku ibu ayah yang okay sebenarnya”

Anak juga mula membina belief baru mereka sendiri:

- “ibu ayah sayang aku”,
- “ibu ayah nak dengar pendapat aku”,
- “ibu ayah ambil berat bila aku sedih.”

Bila pengalaman berubah,kepercayaan pun perlahan-lahan berubah, dan dari situ, respon kita dan anak juga jadi lebih baik.

- Parenting Rewired : Bila Cara Sama Sudah Tidak Lagi Berkesan
- Sabtu, 1 Nov 2025
- 9.00 malam

Pendaftaran Early Bird kini dibuka:
Tempat terhad untuk 15 pendaftaran pertama atau sehingga tamat timer - yang mana datang dahulu.

👉 Daftar di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/rewired?utm_campaign=rewired-tc1

.
.
Kita semua tahu kita perlu banyak sabar bila anak buat hal.
Kita tahu menjerit tak bantu,
kita tahu anak belajar dari cara kita respon.

Tapi bila situasi sebenar berlaku, anak menangis, melawan, atau ulang kesilapan sama, macam ada suis automatik yang ‘on’.

Suara naik, dada panas, dan semuanya berlaku tanpa sempat fikir.

Lepas tu datang rasa bersalah.
Janji nak kawal diri,
tapi bila anak buat lagi,
semuanya berulang semula.

Sebenarnya otak dan emosi kita masih beroperasi dari pengalaman lama.

Kita react , bukan respond .

Dan selagi pengalaman baru belum dicipta, otak kita akan terus mengulang cara lama, walaupun kita dah tahu teori sabar.

Dalam webinar terbaru Dr. Maznah Ibrahim akan bantu kita faham kenapa corak ini sukar diubah, dan bagaimana untuk mula keluar dari loop yang berulang,

melalui pengalaman baru yang membentuk cara fikir dan respon yang lebih tenang.

- Sabtu, 1 November 2025
- 9.00 malam

👉 Daftar di sini:>> https://webinar.maznahibrahim.com/rewired

.
.
Kenapa anak tak dengar kata…
Walaupun kita dah ulang banyak kali?

Kadang kita dah cakap elok-elok,
dah marah pun pernah, tapi anak tetap ulang benda yang sama.

“Dah pesan jangan buat.”
“Tadi dah suruh kemas.” ....Tapi taaaak jalan juga.

Sebenarnya bukan anak tak faham arahan kita.

Cuma cara mereka belajar tak sama dengan cara kita.

Anak kecil terutamanya tak belajar hanya melalui kata-kata,

mereka belajar melalui pengalaman dan deria.

Nada suara, pandangan mata, sentuhan, ekspresi muka, semua itu mereka baca sebagai mesej emosi.

Bila kita marah,
mereka tak dengar isi arahan,
mereka cuma rasa emosi kita.

Dari pengalaman inilah,
anak mula membentuk belief dalam diri mereka:

“Aku susah nak buat betul.”
“Ibu marah bila aku lambat.”
“Aku hanya disayangi bila aku dengar kata.”

Jom sertai Webinar Parenting ‘Rewired: Bila Cara Sama Sudah Tidak Berkesan’,

Dr. Maznah Ibrahim akan bantu ibu bapa faham bagaimana pengalaman harian membentuk belief anak, dan bagaimana nak cipta pengalaman baru

yang buat anak rasa lebih selamat, yakin, dan akhirnya lebih mudah mendengar.

Sabtu, 1 November 2025 | 9.00 malam*

Daftar di sini : https://webinar.maznahibrahim.com/rewired
.
.
Bukan anak yang susah berubah… tapi belief lama dalam diri kita

Kadang kita tertanya,

“Kenapa aku masih marah walaupun dah belajar kawal diri?”

“Kenapa aku tetap rasa bersalah walaupun aku tahu aku cuma manusia biasa?”

Sebenarnya, bukan anak yang susah diubah, tapi kepercayaan lama (belief) dalam diri kita yang masih kuat.

Kepercayaan seperti:

“Anak mesti dengar cakap aku.”

“Kalau aku lembut, nanti anak naik kepala.”

“Aku ibu yang gagal bila anak buat perangai.”


Tanpa kita sedar, belief inilah yang mengawal cara kita melihat dan bertindak.

Bila anak buat sesuatu yang menentang belief itu, otak kita anggap ia ancaman dan kita terus react.

Padahal, bila kita refleksi semula,
belief tu terbentuk daripada pengalaman lama,
mungkin cara kita dulu dibesarkan,
atau mesej yang kita terima sejak kecil.

Dalam Webinar Parenting ‘Rewired: Bila Cara Sama Sudah Tidak Berkesan’,
Dr. Maznah Ibrahim akan bantu ibu bapa faham bagaimana belief lama ini terbentuk dan bagaimana pengalaman baru boleh perlahan-lahan membina belief baru:


“Aku boleh kawal diri bila anak buat hal.”
“Anak aku sebenarnya boleh dengar bila aku tenang.”
“Aku ibu yang cukup baik, walaupun tak sempurna.”


👉 Daftar di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/rewired?utm_campaign=rewired-tc3

Bila pengalaman berubah - belief pun ikut berubah,

dan dari situ, respon kita juga jadi lebih tenang dan membina
“Anak zaman sekarang manja.”
“Baru kena tegur sikit dah sentap.”

Pernah tak kita terfikir macam ni?

Anak cepat terasa, cepat menjawab, kadang menangis bila kita cuma tegur sedikit.

Sebenarnya, ramai ibu bapa masih belum benar-benar menerima bahawa zaman anak kita tak sama dengan zaman kita membesar.

Kita dulu hidup dalam dunia yang perlahan, kurang pilihan, dan penuh nilai “ikut cakap orang tua”.

Tapi anak-anak kita hari ini, hidup dalam dunia yang laju, terbuka dan penuh emosi.

> Kita dibesarkan untuk patuh - Mereka dibesarkan untuk faham.

> Kita diajar jangan banyak tanya - Mereka belajar dengan bertanya.

> Kita dulu dengar arahan - Mereka hari ini perlukan hubungan .

> Bila kita masih guna pendekatan lama - tegur keras,

> arah tanpa penerangan,

> kawal tanpa hubungan - ia dah tak lagi berkesan.

Bukan sebab kita salah, tapi kerana cara anak memahami kasih sayang sudah berubah.

Jom sertai webinar terbaru Dr. Maznah:

Webinar Parenting ‘Rewired’: Bila Cara Sama Sudah Tidak Berkesan

Dr. Maznah akan bantu ibu bapa faham bagaimana perubahan dunia ini mempengaruhi cara anak belajar dan berhubung,

serta bagaimana kita boleh “rewire” pendekatan kita supaya lebih sesuai dengan dunia dan jiwa anak hari ini.

Sabtu minggu depan, 1 November 2025 | 9.00 malam

👉 Daftar di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/rewired

Bila kita berhenti menafikan perbezaan ni, barulah kita mula faham cara anak berfikir dan merasa.

Dari situ, kita boleh bimbing mereka dengan cara yang lebih berkesan.


.
Webinar Sabtu Ini

Ubah cara hadir, anak pun mula berubah.

Kadang, kita terlalu fokus nak ubah anak, sampai kita lupa...

yang paling mudah diubah sebenarnya adalah diri kita sendiri.

Bila kita mula ubah cara hadir, cara respon dan cara mencipta pengalaman bersama anak, perlahan-lahan hubungan itu akan mula terasa lain.

Anak mungkin belum berubah sepenuhnya, tapi kita sendiri akan mula rasa lebih tenang, lebih sedar dan lebih faham apa yang anak sebenarnya perlukan.

Pengalaman baru yang kita cipta setiap hari, walau sekecil apa pun, boleh membentuk kepercayaan baru dalam diri, bahawa:

“Aku mampu kawal diri walau anak buat hal.”
“Aku ibu yang cukup baik.”
“Anak aku sebenarnya nak difahami, bukan diserang.”



Perubahan besar tak datang dari teori, tapi daripada pengalaman kecil yang kita cipta berulang kali dengan sedar.

Semoga hari ini pun, ada satu detik kecil yang jadi pengalaman baru untuk kita dan anak-anak ❤️.

>> Sabtu, 1 November 2025 | 9.00 malam

👉 Jom sertai saya: https://webinar.maznahibrahim.com/rewired

Kalau tak sempat join live, rakaman tetap disediakan seperti biasa.
Reminder 3 Hari Lagi

Parenting ‘Rewired’: Bila Cara Sama Sudah Tidak Berkesan

just nak ingatkan, 3 hari lagi kita akan bersama dalam webinar ini.

Fokus: ubah cara hadir & pengalaman → belief baru → respon ibubapa & anak lebih baik.

* Sabtu, 1 Nov 2025
* 9.00 malam

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/rewired

Tak sempat hadir secara live? Rakaman akan disediakan.

Jumpa nanti.