Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
"Malam ni masak apa?"

Petang tu, si isteri baru je balik kerja. Dalam kepala, dah plan nak masak kari ayam, kegemaran si suami.

Dia buka peti ais... tapi belum sempat capai bawang, si bongsu mula menangis nak didukung.

“Ingatkan sekejap je,” bisik si isteri dalam hati.

Tapi rupa-rupanya, hampir setengah jam si kecil tu ‘melekat’. Dapur masih gelap, bawang pun tak sempat kupas.

Tak lama lepas tu, si suami balik. Letak beg, tarik nafas lega... dan dengan selamba bertanya:


Sayang, malam ni masak apa?”



Si isteri diam. Muka terus berubah, muncung panjang.

Si suami blur. Dalam hati dia tertanya-tanya, “Apa salah aku ni?” 😅

Hakikatnya, si isteri memang nak masak. Tapi dia penat, anak perlukan perhatian, dan semuanya berlaku serentak.

Si suami pula tak nampak apa yang berlaku sebelum tu. Jadi soalannya kedengaran macam “expectation”, bukan “nak tolong ke atau nak beli makan?”

Dan macam tu je… rumah jadi senyap. Dua-dua makan hati, diam tak bersuara.

Ini antara situasi kecil yang nampak biasa, tapi boleh jadi punca renggang kalau dibiarkan berlarutan.

Kadang kita harap pasangan “faham sendiri”, padahal dia bukanlah boleh membaca fikiran kita.

Kalau waktu tu si isteri cakap,


Bang, anak tak boleh lepas ni… boleh tolong order makan dulu?”


Pasti si suami dah capai telefon atau kunci motorsikalnya.

Kuncinya? Komunikasi yang jelas, terus dan tenang.

Bila si isteri dapat luah dengan tepat, si suami pun mudah faham dan ringan tangan nak bantu.

Anak pun tak kena tempias stres mak ayah.

Semua ini kita akan kupas dalam webinar LIVE terbaru ini:

“Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama”
- Sabtu, 26 Julai
- 9:00 malam

Daftar segera di sini ya:

➡️ https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi

Jom, kita ubah soalan “Malam ni masak apa?” jadi ruang untuk saling memahami, bukan perang senyap/silent treatment.

Jumpa nanti, insya-Allah.

Maznah Ibrahim
Bayang anak cuba double check:

Tanya ayah: “Tak boleh, dah lewat.”
Dua minit lepas tu tanya Ibu: “Boleh kan, Bu?” 😅

Bila jawapan bercampur, disiplin di rumah cepat kabur & anak pun pandai manupulasi pula nanti.

Penting ibu ayah berikan keputusan yang sama, satu suara, supaya anak rasa selamat, lebih berdisiplin dan emosi ibu ayah terjaga.

Tip pantas-Pocket/Team/Pillow Talk 5 minit sebelum tidur:

Sembang sekejap, selaras peraturan & skrip. Next time anak minta screen-time ekstra, jawapan kita dah sama.

Sertai Webinar Live “Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama”

🗓 26 Julai (Sabtu) | 9:00 mlm | rakaman disediakan

Daftar di sini:

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi

Satu pendaftaran, tapi boleh tonton sama pasangan.

Mari kukuhkan suara satu haluan - baru boleh seiring, sejalan 😁

p/s: Yuran akan naik; daftar awal ya, takut terlepas nanti.
Pernah tak rasa… orang luar macam lebih “tahu” hal rumah tangga kita?

Mak bagi nasihat.
Adik-beradik bagi pandangan.
Kawan-kawan pun rajin menyumbang idea.

Hakikatnya… mereka cuma tahu sidikit saja cerita kita.
Bukan keseluruhan.

Yang hadap kesannya tetap kita berdua.
Suami isteri.
Bukan orang luar.

Sebab tu… kesepakatan antara suami isteri jauh lebih penting.

Anak tanya sesuatu.
Mak jawab A.
Ayah jawab B.
Anak pun keliru.
Rumahtangga mula rasa tak stabil.

Komunikasi yang baik bukan sekadar redakan tekanan…
Tapi jadi pendinding dari "nasihat" orang luar yang tak sesuai dengan value dan keadaan keluarga kita.

Jom tambah baik komunikasi dalam *Webinar Live Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama* .

🗓 26 Julai (Sabtu) | 9:00 malam | Rakaman disediakan

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi

Daftar sekali, boleh tonton sama-sama suami isteri.

p/s: Yuran akan naik hari ini, daftar segera takut terlepas nanti.
Di sebalik senyuman itu…

Ramai ibu bapa yang saya temui dalam sesi kaunseling sebenarnya memikul rasa bersalah, kesedihan mendalam dan kurang keyakinan diri, walaupun di luar nampak tabah dan sentiasa berusaha untuk keluarga.

Dan saya tahu, perasaan ini bukan hanya dialami oleh klien saya - mungkin juga pernah singgah dalam hati anda.

Mungkin ketika teringat masa yang kurang bersama anak, saat hilang sabar, atau ketika membandingkan diri dengan orang lain.

Jika dibiarkan, ia boleh menjadi beban berat, menjejaskan hubungan dengan anak dan pasangan, malah membentuk corak emosi yang boleh diwarisi generasi seterusnya.

Dalam Webinar Mengurus Rasa Bersalah, Kesedihan Mendalam & Kurang Keyakinan Diri ini, saya akan kupas:

Memahami emosi negatif yang biasa dialami ibu bapa
Kesan emosi negatif kepada anak & keluarga
Teknik praktikal urus emosi (self-awareness, self-compassion, reframing, aktiviti terapeutik)
Membina sistem sokongan & rutin penjagaan kendiri

>> Pendaftaran dibuka sekarang – Yuran Early Bird terhad untuk 20 pendaftaran pertama atau sehingga masa promosi tamat.

Klik sini untuk daftar
➡️ https://webinar.maznahibrahim.com/mengurus-rb-km-kk

Maznah
Bila anak menjadi cermin hati kita

Pernahkah anda perasan?

Bila kita penat atau sedih… anak juga jadi lebih murung atau mudah marah?

Seolah-olah mereka menyerap terus apa yang kita rasa.

Hakikatnya, anak-anak ibarat cermin hati kita.

Mereka ‘membaca’ emosi kita walaupun tanpa kita lafazkan.

Apabila kita mula menjaga emosi sendiri, kesannya besar:
Anak rasa lebih selamat & tenang
Suasana rumah jadi lebih damai
Hubungan dengan pasangan lebih mesra

Inilah hadiah sebenar buat diri kita dan keluarga, suasana yang lebih tenteram, anak-anak yang membesar dengan yakin, dan kasih sayang yang lebih mengalir dalam rumah.

Dalam webinar Sabtu malam Ahad depan, saya akan kongsikan model “Tangki Emosi” & teknik praktikal bagaimana ibu bapa boleh mula urus emosi dengan lebih sedar & penuh kasih.

Daftar segera sebelum yuran meningkat lagi minggu ini:

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/mengurus-rb-km-kk?utm_campaign=mgrs-tc2

Maznah Ibrahim
Emosi bukan musuh kita

Kadang bila rasa bersalah, sedih, atau tak yakin diri, kita anggap ia kelemahan. Hakikatnya, emosi itu sebenarnya mesej penting daripada tubuh & hati kita.

👉 Rasa bersalah boleh jadi pengingat untuk lebih hadir pada anak
👉 Rasa sedih mendalam isyarat badan perlukan rehat & sokongan (boleh dilihat dengan Body Map of Emotions)
👉 Rasa tak yakin diri tanda kita perlu lebih self-compassion, bukan hukuman

Bila kita mula faham bahasa emosi, ia tak lagi menakutkan. Malah boleh jadi panduan untuk kembali tenang & lebih kuat.

📌 Dalam webinar 30 Ogos ini, saya akan tunjukkan cara praktikal untuk urus emosi dengan lebih sedar & penuh kasih.

Daftar segera sebelum yuran meningkat lagi:

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/mengurus-rb-km-kk

Maznah
Tubuh kita…

Ada masa kita rasa sedih sangat, sampai tenaga pun hilang, nak senyum pun susah.

Sebenarnya, badan kita cuba beritahu sesuatu, mungkin perlukan rehat, sokongan, atau ruang untuk pulih.

Dengan Body Map of Emotions, kita boleh belajar kenal pasti di mana kesedihan itu “tersimpan” dalam tubuh, dan bagaimana nak tenangkan bahagian itu dengan cara yang lebih lembut dan sedar.

Bila kita mula jaga diri, kita jadi lebih bertenaga, anak-anak pun rasa lebih selamat bersama kita. Itu membina trust yang penting, terutama bila mereka masuk fasa remaja nanti.

Dalam webinar Sabtu malam Ahad ini, saya akan tunjukkan caranya.

Jom sertai saya:

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/mengurus-rb-km-kk

Maznah
Bila keyakinan terasa hilang…

Pernah tak rasa serba salah bila buat keputusan untuk anak?

Seolah-olah apa pun kita pilih, tetap rasa tak cukup baik.

Sebenarnya keyakinan bukan hilang, ia cuma perlu dilatih semula.

Dalam webinar Sabtu malam Ahad ini, saya akan kongsikan cara praktikal bina balik keyakinan:

Cognitive reframing – ubah cara lihat masalah
Grounding activity – teknik tenangkan fikiran bila ragu

Bila kita mula yakin, anak pun rasa lebih selamat & keluarga jadi lebih stabil.

Jom sertai saya dalam sesi ini, mungkin ia boleh jadi titik mula perjalanan baru untuk anda.

KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/mengurus-rb-km-kk

Setiap langkah kecil yang anda ambil untuk diri, adalah hadiah besar untuk anak-anak.

Maznah
Early Bird Dibuka!

Ramai ibu bapa tak sedar pengalaman zaman kanak-kanak boleh mempengaruhi cara kita mendidik anak hari ini.

Kadang perkara kecil pun boleh 'trigger' & jadi sangat marah atau kadang sampai pukul anak.

Ia mungkin sebahagian dari kesan pengalaman awal kanak-kanak (ibu bapa ini) sewaktu kecil (Adverse Childhood Experiences (ACES).

Kalau tidak ditangani, ia boleh memberi kesan pada emosi, hubungan dan juga cara kita membesarkan anak.

👉 Webinar ini khas untuk bantu ibu bapa sedar, faham dan hentikan kitaran lama supaya tidak diwarisi oleh anak-anak.

Yuran Early Bird hanya RM49 untuk 15 orang pertama atau sehingga Ahad 12 malam sahaja.

Klik sini untuk daftar » https://webinar.maznahibrahim.com/aces

Saya percaya setiap ibu bapa mahu lakukan yang terbaik untuk anak-anak.

Luangkan sedikit masa untuk ilmu ini, insyaAllah bermanfaat untuk keluarga.

Maznah
Luka emosi lama, ada kaitan ke?

Pernah tak rasa marah sangat walaupun anak buat silap kecil?

Atau sabar cepat hilang dalam situasi remeh?

Kadang, itu bukan tentang anak... tapi tentang luka lama yang pernah kita lalui.

Pengalaman zaman kanak-kanak boleh “terpanggil semula” bila berdepan dengan anak-anak kita hari ini.

👉 Dalam webinar khas ini, saya akan kongsikan cara kenal corak tersebut dan pilihan lebih sihat untuk hentikannya.

Ambil peluang sebelum Early Bird tamat malam ini:

Daftar>>https://webinar.maznahibrahim.com/aces

Setiap langkah kecil memahami diri sendiri adalah hadiah besar untuk anak-anak. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat,

Maznah
Kitaran berulang lagi? Kecuali…

Pernah tak rasa macam emosi yang sama berulang setiap kali waktu tertentu dengan anak?

Contoh, ada ibu bapa yang triggered bila anak masih tidak boleh membaca, walaupun dah diajar berulang kali, si ibu tiba-tiba beremosi dan marah-marah pada si anak itu.

Bila diselami, rupanya masa si ibu kecil selalu dimarahi atau dibandingkan sebab lambat membaca.

Rasa malu & tak cukup bagus tu masih tersimpan.

Bila nampak anak alami benda sama, luka lama tu terbuka semula, lalu emosi jadi lebih berat.

Maka Tindakan selepas itu adalah manifestasi kepada kekecewaan dan luka lama tadi.
Kadangkala 'underlaying issue' ni kita tak perasan pun ada kaitan dengan pengalaman kanak-kanak kita, ianya sudah menjadi seperti respon spontan saja yang kita sendiri tak sedar dari mana datangnya.

Jadi penting untuk kita sedar, agar kita boleh buat perubahan yang perlu supaya kitaran ini tidak berulang.

Kesannya bukan sekadar emosi, tapi juga boleh menjejaskan kesihatan fizikal jika berlarutan...

Dalam webinar kali ini, saya akan berkongsi model mudah untuk bantu ibu bapa supaya boleh 'break the cycle':

✔️ kenal corak emosi diri sendiri
✔️ faham bagaimana ia mempengaruhi interaksi dengan anak
✔️ cuba langkah kecil untuk ubah perjalanan keluarga ke arah lebih tenang

Daftar di sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/aces

Setiap langkah kecil hari ini boleh jadi turning point besar untuk anak-anak nanti.

Semoga bermanfaat,

Maznah

p/s: Daftar segera sebelum yuran meningkat lagi
Jangan biarkan retak jadi luka

Sebagai ibu bapa, kita semua pasti pernah marah pada anak.

Kadang-kadang sebab penat, kadang sebab anak ulang benda sama.

Persoalannya - marah itu akan rosakkan hubungan kita dengan anak ke?

Saya suka gunakan 1 analogi mudah:

>> Kasih sayang = jambatan kukuh antara ibu bapa & anak
>> Marah = gelombang kuat yang hentam jambatan itu

➡️ Gelombang memang tak boleh dielak.
➡️ Tapi jambatan boleh kekal kuat kalau kita tahu cara “repair” bila retak.

Dalam artikel terbaru saya di blog, saya kongsikan:

✔️ Kenapa marah itu normal dan tidak semestinya merosakkan hubungan
✔️ Apa langkah “repair” yang penting dibuat
✔️ Cara pastikan jambatan kasih sayang tetap kukuh walaupun ada marah

👉 Baca artikel penuh di sini:
Ibu Bapa Selalu Marah Anak? Ini Cara Elak Luka Emosi & Kekalkan Hubungan Sihat


Semoga bermanfaat

Maznah

p/s: Kalau belum daftar webinar terbaru bulan ni, boleh klik di sini >> Webinar September
Nampak kuat di luar, tapi sebenarnya..

Masa kecil, ramai antara kita lalui pengalaman yang tak menyenangkan - dimarahi, dipukul, atau diabaikan emosi.

Tapi waktu itu, kita tak mampu proses semua itu.

Otak pilih cara lain: masuk survival mode.

Kita cuba nampak kuat, fokus pada belajar, kerja atau pencapaian.

Dari luar kelihatan “ok”, tapi di dalam masih ada luka yang belum sembuh.

Bila jadi ibu atau ayah, luka ini boleh terasa kembali.

Kadang-kadang, kita ulang corak sama macam ibu bapa dulu - marah dengan nada serupa, atau keluarkan ayat yang pernah melukakan kita.

Saya tulis lanjut di blog tentang bagaimana survival mode masa kecil boleh jadi punca corak lama berulang dalam keibubapaan, dan bagaimana repair dengan kasih sayang mampu buka jalan baru.

Baca di sini:
Pengalaman Zaman Kanak-Kanak: Luka yang Tidak Diproses

p/s: Webinar terbaru bulan ini akan sentuh khusus tentang trauma zaman kanak-kanak & cara memutuskan kitaran. Daftar di sini sebelum yuran meningkat lagi >> Daftar webinar
Anak selalu kena marah… sampai rasa bersalah setiap malam 😢

Minggu lepas, seorang klien saya (kita panggil dia Sara, bukan nama sebenar) berkongsi:

“Saya selalu marah anak sebab lambat buat kerja sekolah. Tapi setiap kali lepas marah, saya menangis sendiri.

Saya teringat mak saya dulu pun marah saya dengan cara sama. Sekarang… anak saya pula jadi mangsa.”



Sara sedar luka zaman kecilnya tumpah dalam cara dia mendidik anak.

Dia tak mahu kitaran itu berulang, tapi tak tahu bagaimana nak hentikannya.

👉 Hakikatnya, ramai ibu bapa alami benda sama.

Trauma masa kecil - kecil atau besar - boleh terbawa ke dalam cara kita jadi ibu ayah.

Berita baiknya, kitaran ini boleh dihentikan
Dengan kesedaran, refleksi & strategi praktikal, kita boleh jadi ibu bapa yang lebih tenang dan sedar.

Dalam webinar terbaru saya:
Trauma Zaman Kanak-Kanak: Pengaruh dalam Keibubapaan Kita – Strategi untuk Break the Cycle

📅 Jumaat, 26 Sept 2025
9.00 malam (2 jam)

Apa yang anda akan pelajari:
Faham apa itu ACEs & bagaimana ia muncul semula dalam parenting
Kenal bagaimana trauma boleh tumpah pada anak
Belajar strategi praktikal & aktiviti reflektif untuk break the cycle
Tools & affirmations untuk bina parenting lebih sihat

👉 Jika anda pernah rasa bersalah, marah tak terkawal, atau takut anak ulang nasib anda dulu, webinar ini untuk anda.

Klik sini untuk daftar sekarang >>https://webinar.maznahibrahim.com/aces

Kerana healing kita adalah hadiah terbesar buat anak-anak 💞

Salam hormat,
Maznah
Luka senyap yang ramai tak sedar…

Minggu lepas saya kongsikan kisah Sara – seorang ibu yang sering marah anak, kemudian rasa bersalah.
Dia sedar, itu corak lama dari zaman kecilnya sendiri.

Tapi ada satu lagi luka yang lebih “senyap”: Emotional Neglect .
👉 Rasa tak dipedulikan
👉 Rasa tak disayangi
👉 Rasa tak divalidasi

Kerana ia tak nampak, ramai tak sedar mereka pernah lalui.

Tapi bila dewasa, kesannya boleh muncul bila:
✔️ Mudah marah anak buat silap kecil
✔️ Sensitif bila pasangan tak hargai
✔️ Mudah terasa bila bos kritik

Saya tulis lebih lanjut di blog dengan contoh situasi & 5 strategi praktikal bila kita triggered:

👉 https://maznahibrahim.com/aces-emotional-neglect-kenapa-kita-mudah-trigger-sebagai-ibu-ayah-atau-pasangan/

📣 Juga nak remind Webinar live saya tinggal 3 hari lagi:

Trauma Zaman Kanak-Kanak: Pengaruhnya Dalam Keibubapaan & Strategi Untuk Break the Cycl
e

📅 Jumaat, 26 Sept 2025 | 9.00 malam

Daftar di sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/aces

Semoga bermanafaat 💞

Maznah
Formula ubah tingkah laku anak yang selalu buat kita ‘trigger’

Pernah tak rasa setiap kali anak buat hal,
macam butang marah kita automatik ‘on’?

Kita dah cuba sabar,
tapi tetap juga terlepas suara tinggi…
terutama bila anak ulang benda yang sama.

Kita pun mula kata,
“Anak degil”, “Suka gaduh”, “Suka buat sepah”.

Tanpa sedar, label tu jadi kepercayaan (belief) kita sendiri.
Dan setiap kali anak buat hal,
kita pun mudah ‘triggered’ semula.

Sebenarnya…
kalau nak ubah tingkah laku anak,
lebih mudah bila kita mula dengan diri sendiri.

Caranya ialah tambah pengalaman (experience) baru.
Bila kita ubah cara respon, cara bertenang,
cara pandang situasi tu…
kita bina belief baru terhadap diri dan anak.

Bila belief berubah,
tingkah laku (behavior) kita pun berubah secara semula jadi.
Kita lebih tenang, lebih yakin, dan anak pun ikut rasa tenang tu.

Inilah aliran perubahan sebenar:
Experience → Belief → Behavior → Result

Tonton video penuh di TikTok:

KLIK>> https://vt.tiktok.com/ZSU1Dqy61/

Maznah