Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Tips Balik Kampung Lebih Tenang dengan Hypnoscript!

Jika anda sedang dalam perjalanan atau sedang bersiap - semoga perjalanan balik kampung lancar & bahagia! ❤️

Bimbang anak meragam semasa raya? Cuba ulang-ulang ayat hypnoscript di bawah:

🌟 “Dalam kereta, kita duduk elok-elok ya.”
🌟 “Seronoknya main dengan sepupu, kita kongsi mainan sama-sama.”
🌟 “Kita bercakap dengan suara lembut pada atuk & nenek, orang tua dan semua ya.”
🌟 "Nak mengadu apa-apa, bisik kat telinga ibu atau ayah ya".

Ulang dengan nada tenang & penuh kasih sayang—anak lebih mudah serap! 😊

Oh ya, 22 rakaman webinar parenting masih dibuka sempena Jualan Balik Kampung! Akses setahun, boleh tonton perlahan-lahan sepanjang tahun.

📌 Klik sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung
Ramadhan & 10 Kebaikan yang Wajar Dikekalkan Sepanjang Tahun untuk Diri dan Keluarga

Ramadhan bukan sekadar sebulan ibadah, tetapi peluang membentuk tabiat baik yang boleh diteruskan sepanjang tahun. Berikut adalah sepuluh amalan yang memberi manfaat besar kepada diri dan keluarga:

[Aspek Fisiologi]

1. Tidur Kurang, Ibadah Bertambah – Masa rehat berkurang, tetapi peluang membaca Al-Quran dan solat sunat bertambah.

2. Makan Kurang, Perut Berehat – Jarak waktu makan yang lebih panjang memberi rehat kepada sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih sihat.

3. Cakap Kurang, Marah Berkurang, Sabar Bertambah – Latihan menahan diri daripada bercakap sia-sia dan marah mengasah kesabaran (walaupun ramai yang lebih diuji!).

[Aspek Rutin]

4. Bangun Awal untuk Sahur, Bersedia Awal untuk Kerja/Sekolah – Disiplin bangun awal memberi kelebihan dalam mengurus masa dengan lebih baik.

5. Makan Berjemaah, Masa Berkualiti Bersama Keluarga – Sekurang-kurangnya dua kali sehari (sahur & berbuka), mewujudkan kebersamaan yang erat.

6. Solat Berjemaah, Kesatuan Keluarga Lebih Erat – Solat Subuh dan Maghrib bersama mengukuhkan ikatan keluarga dalam suasana penuh keberkatan.

[Aspek Keibubapaan & Kekeluargaan]

7. Berkomunikasi dengan Kasih Sayang – Dalam Ramadhan, kita lebih menjaga tutur kata dan berusaha lebih memahami perasaan ahli keluarga. Teruskan amalan ini dalam komunikasi harian.

8. Berkongsi dan Bersedekah Bersama Anak-anak – Ramadhan mengajar kita memberi. Jadikan sedekah sebagai budaya keluarga, sama ada berkongsi rezeki atau membantu mereka yang memerlukan.

9. Berkongsi Ilmu & Tazkirah Keluarga – Dalam Ramadhan, kita lebih banyak mendengar ceramah atau berkongsi ilmu agama. Teruskan amalan ini dengan sesi tazkirah keluarga, walaupun hanya 5 minit sehari.

10. Membantu & Menyantuni Pasangan – Sepanjang Ramadhan, suami isteri saling membantu dalam urusan rumah tangga, dari menyediakan sahur hingga berbuka. Jadikan ini sebagai kebiasaan harian, bukan hanya di bulan puasa.

Ramadhan mengajar kita disiplin, kesabaran, dan kasih sayang dalam keluarga. Mengapa tidak teruskan amalan ini sepanjang tahun?

Salam Akhir Ramadhan,
Moga ketemu Ramadhan berikutnya,
Sementara itu niatkan untuk kekalkan rutin yang baik ini ya 🤩.

Care,
Maznah Ibrahim

Telegram channel keibubapaan positif kita:-
T.mazn.me/chan
Autonomi anak bermula sejak bayi kecil lagi.

Setiap tangisan, genggaman tangan, atau usaha menolak sudu adalah tanda awal mereka belajar mempercayai diri sendiri.

Bila bayi menghulurkan tangan untuk memilih mainan, atau berpaling bila dipaksa, itu bukan melawan — itu suara kecil autonomi yang baru bertunas. Ingat ya ibu ayah.
Bila suara kecil ini dipupuk dengan sabar dan kasih, kelak anak membesar menjadi individu yang tahu membuat pilihan, berani menyuarakan pendapat, dan yakin mempertahankan maruah diri.

Namun bila suara ini sering ditolak, anak mungkin membesar dengan rasa ragu-ragu terhadap dirinya sendiri, takut membuat keputusan, dan mudah terikut-ikut dengan orang lain.


Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Autonomi anak berumur 2 hingga 3 tahun

- Sering muncul dalam bentuk 'No!' yang lantang, percubaan mereka untuk memakai baju sendiri, memilih makanan tertentu, atau menjerit bila dilarang.

- Kadang-kadang, mereka lambat (selesai makan atau mandi atau berpakaian), mereka bersepah, dan selal buat silap — semua ini tanda bahawa mereka sedang berusaha mengawal dunia kecil mereka sendiri.

==> Bila ibu ayah cepat marah atau terus mengawal semua pilihan anak, benih keyakinan ini boleh layu.

==> Tapi kita beri ruang dengan bimbingan sabar, anak belajar bahawa dirinya mampu mencuba, memilih, dan memperbaiki kesilapan.

==> Ini nsagatlah penting sebagai tapak asas membina rasa percaya diri dan kecekalan bila mereka dewasa nanti.....

Nota penting fasa ini:

~ Ini fasa "I do it!"."I made it". "What if I do this way".. 😀😀😀

~ Normal untuk ibu ayah selalu rasa penat, nak cepat, jadi susah nak tahan sabar. End up, marah.

~ Tapi ingat percayalah, sabar itu sebenarnya PELABURAN jangka panjang dalam membesarkan ANAK YANG BERANI, BERUSAHA DAN TIDAK TAKUT GAGAL.
.

Maznah Ibrahim.

Telegram saya lama menyepi, boleh masuk untuk tidak ketinggalan info penting fasa anak kita ya:

T.maz.me/chan
Autonomi anak usia 3 hingga 6 tahun.

Anak-anak mula melangkah lebih jauh dari sekadar 'aku boleh buat sendiri' kepada 'aku ada idea sendiri'.

Mereka mencipta cerita, berpura-pura bermain, bertanya soalan tanpa henti, dan berinisiatif membuat 'projek besar' mereka sendiri — kadang-kadang bersepah, kadang-kadang di luar jangkaan.

Bila inisiatif ini disambut dengan dorongan dan bimbingan lembut, anak membesar dengan rasa bangga terhadap diri sendiri dan semangat meneroka yang sihat.

Tapi bila sering diperlekeh, disindir atau ditekan, anak mungkin membesar dengan rasa bersalah, malu untuk mencuba, atau takut diejek bila ada idea sendiri.

Dalam Fasa Erikson, mereka di peringkat Initiative vs. Guilt

Anak suka berimaginasi, berinisiatif, 'bossy', kadang buat silap besar 😄😄😄— dan itu normal!

Ibu bapa perlu pupuk keberanian mencuba sambil letak had secara mesra saja.

🌱 Kesan Positif (Bila Autonomi dan Inisiatif Disokong):

-Anak membesar dengan rasa yakin terhadap idea dan tindakan sendiri.

-Anak berani mencuba perkara baru tanpa takut salah.

-Anak mampu ambil inisiatif untuk selesaikan masalah kecil sendiri.

Anak mempunyai imaginasi dan kreativiti yang sihat.

-Anak belajar bahawa buat silap itu biasa dan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Anak mempunyai asas keyakinan untuk menjadi seorang pemimpin kecil, atau sekurang-kurangnya individu yang tidak mudah mengikut tanpa berfikir.

🌪 Kesan Sebaliknya (Bila Autonomi dan Inisiatif Ditekan/Salah Urus):

-Anak membesar dengan rasa takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

-Anak jadi takut gagal dan mudah rasa malu bila berbuat salah.

-Anak mungkin terlalu bergantung pada arahan orang lain, kurang inisiatif sendiri.

-Anak cepat mengalah, atau terlalu mengelak tanggungjawab kecil.

-Anak membina internal voice negatif ("Aku memang tak pandai", "Kalau aku buat mesti salah").

-Dalam jangka panjang, anak boleh membesar menjadi remaja atau dewasa yang sukar yakin dengan idea sendiri, atau takut dinilai oleh orang lain. Dan itulah yang sedang kita hadapi dalam fasa individu dewasa di tempat kerja yang sukar nak menonjolkan idea dan projek sendiri.

Maznah Ibrahim.

Telegram channel keibubapaan dan psikologi anak:
T.mazn.me/chan
Autonomi Anak Usia 7 hingga 9 tahun.

Anak-anak mula menunjukkan autonomi dalam bentuk menyelesaikan tugasan, mengambil tanggungjawab kecil, dan berusaha mencapai kejayaan dalam dunia mereka (seklah formal). Mereka ingin rasa 'aku mampu', 'aku berjaya', dan 'aku berguna'.

Bila usaha mereka dihargai dan diberi ruang, anak membesar dengan rasa kompeten, yakin dengan keupayaan sendiri, dan tidak mudah berputus asa.

Tapi bila kerap dikritik, dibandingkan, atau direndahkan, mereka mungkin membesar dengan rasa rendah diri, takut gagal, dan kurang percaya kepada kekuatan diri sendiri.
Sebenarnya, mereka berada dalam fasa 'Industry vs. Inferiority' menurut Erikson.

Anak sangat perlukan galakan speisifik dan realistik ("Bagus sebab Adik berusah siapkan kerja sekolah sampai habis"), bukan hanya pujian kosong yang umum ("Adik bagus!")
Kesilapan dalam proses mereka menyiapkan tgasan perlu dilihat sebagai peluang belajar, bukan kelemahan peribadi...

Tips Pendek: Cara Galakkan Anak Industrious Tanpa Tekan Emosi:-

Fokus kepada usaha, bukan hanya hasil.
➔ Contoh pujian: "Mama bangga sebab kamu terus cuba walaupun susah nak tulis 1-10 ini!"

Beri peluang kendalikan tugas harian.
➔ Contoh: Biarkan anak siapkan kerja rumah kecil seperti kemas katil sendiri.

Beri pilihan, bukan arahan semata-mata.
➔ Contoh: "Nak siapkan kerja sekolah dulu atau tolong mama lipat baju?"

Bimbing bila perlu, bukan ambil alih.
➔ Contoh: Kalau anak salah kira dalam matematik, ajar cara semak, bukan marah atau buatkan untuknya.

Terima kesilapan sebagai proses belajar.
➔ Contoh: "Tak apa salah sikit. Ini tandanya Adik tengah belajar jadi lebih hebat."

Teruskan memahami perkembangan autonomi anak-anak kita dan sokong perkembangan mereka dengan dorongan yang perlu... Mereka tetap fasa 'emas kedua' lagi walau sudah melepasi fasa 0-6 tahun 😀.

Maznah Ibrahim

Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif:
T.mazn.me/chan
*🎙️ SERTAI KAMI DALAM PROGRAM “MALAYSIA PETANG INI”!*

Adakah anda ibu bapa, pendidik atau individu yang prihatin terhadap kesihatan mental remaja masa kini?

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kupasan istimewa dalam program Malaysia Petang Ini yang akan bersiaran pada hari Isnin, 16 Jun 2025, jam 5.00 hingga 5.30 petang di Bernama TV!

*Topik Yang Akan Dibincangkan:*
🔴 Jeritan Emosi Remaja Terpendam

*Bersama Tetamu Jemputan:*
👩‍⚕️ Puan Maznah Ibrahim
Pegawai Psikologi (Kaunseling)
Hospital Putrajaya

Dalam episod ini, Puan Maznah akan mengupas secara mendalam mengenai isu tekanan emosi dalam kalangan remaja — suara hati mereka yang sering tidak didengari, emosi yang terpendam, serta cabaran yang mereka lalui dalam dunia serba mencabar hari ini.

*Antara Intipati Menarik Yang Bakal Dikongsikan:*
Punca utama tekanan emosi remaja
Tanda-tanda awal remaja yang sedang berjuang secara senyap
Peranan ibu bapa, guru dan komuniti dalam menyokong kesejahteraan mental remaja
Teknik dan pendekatan kaunseling yang berkesan

*📺 TONTON DI:*
• Astro 502
• unifi TV 631
• MYTV 121
• Live di Facebook & YouTube: BERNAMA TV
https://www.facebook.com/share/v/1CsAUETiAy/?mibextid=oFDknk

🗓️ Ayuh! kongsikan hebahan ini bersama rakan serta keluarga! Sama-sama kita cakna & peka terhadap suara hati remaja kita ❤️

#HospitalPutrajaya
#HPJ25Tahun
#MalaysiaPetangIni
#BernamaTV
Sebagai Ibu Bapa, Kita Ingin Lebih Hadir

Tahun baru Maal Hijrah ini,
kita tidak perlu berazam menjadi ibu bapa yang sempurna.
Kalau perasan, selalu Azam tinggal Azam.
Sama ada lupa, atau terlalu besar nak dicapainya, langsung ditinggalkan begitu saja 😄.

Dalam era teknologi digital kini,
Cukuplah jika kita berazam untuk lebih hadir, 'be present' dalam hidup / momen bersama anak-anak — dengan hati, dengan niat kerana Allah.

💎Setiap Hari

Kita boleh mula dengan perkara kecil yang membina jiwa anak-anak:

– Peluk mereka tanpa perlu sebab.
– Pandang mata mereka dan senyum, walau sesibuk mana pun kita.
– Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk duduk bersama, mendengar tanpa gangguan — tanpa telefon, tanpa ‘nanti dulu’.
Kerana perhatian adalah bahasa cinta yang paling jujur.

🍂 Setiap Minggu

Kita bawa mereka keluar dari rutin biasa:

– Lihat alam, sentuh tanah, dengar suara angin dan burung.
– Bercerita tentang hidup dari pandangan yang tenang.
– Belajar bersama dari pengalaman – bukan hanya dari arahan.
Kerana anak belajar paling dalam bila kita ‘hidup’ bersama mereka.

🌳 Setiap Bulan

Kita cipta kenangan yang akan tinggal dalam hati mereka:

– Mungkin perkhemahan, mungkin berjalan ke sungai, atau sekadar tidur di luar rumah sambil tengok bintang.
– Bercakap tentang ciptaan Allah, dan bagaimana rasa syukur tumbuh dari detik yang ringkas tapi dalam.
– Berdoa bersama, agar mereka tahu… Allah itu dekat, bukan hanya di masjid, tapi dalam pelukan kita juga.

❤️ Spiritualiti dalam Keibubapaan

Keibubapaan adalah jalan pulang kepada Tuhan.

Setiap pelukan, sabar, doa dan didikan — adalah ibadah.

Hijrah kali ini bukan hanya untuk diri, tapi dalam cara kita mencintai anak-anak.

Selamat Maal Hijrah 1447H buat semua ibu ayah

Semoga kita membesarkan anak-anak yang bukan hanya kuat jasadnya,
tapi juga lembut hatinya dan kenal Tuhannya.

InsyaAllah apabila niat yang baik dan kerana Dia yang Satu, penat lelah kita bertukar kepada kekuatan yang tekal, luar biasa.

Maznah Ibrahim
Autonomi anak usia 10–12 tahun (Sekolah Rendah Tahap 2)

Ketika ini anak mula ada autonomi sosial dan pemikiran, serentak dengan perkembangan ke arah membina identiti awal.

Serentak dengan autonomi, perkembangan industriousness, dan kesan jangka panjang pada peringkat pra remaja ini. memang agak 'crucial' uga.

Anak-anak mula membina autonomi bukan sahaja dari segi tugasan harian, tetapi juga dalam membuat keputusan, memilih kawan, dan membentuk pendapat sendiri.

Mereka mahu rasa suara mereka didengari, dan ingin diberi peluang untuk menyumbang dalam dunia sekeliling mereka.

Bila autonomi ini dihormati dan dibimbing dengan hikmah, anak membesar menjadi individu yang bertanggungjawab, berkeyakinan dan matang dalam berfikir.

Tetapi bila suara mereka sering diketepikan atau dikawal ketat, mereka mungkin membesar dengan rasa tidak berharga, sukar mempercayai kebolehan sendiri, atau memberontak secara senyap.. di sinilah yang biasanya konflik ibu bapa dan anak awal remaja bermula.

Poin penting di sini:

-Ini merupakan fasa kritikal anak mula mahu "jadi diri sendiri" dalam lingkungan keluarga dan kumpulan sosial.

-Ibu ayah perlu mula beralih daripada arahan ➔ kepada perbincangan.

-Autonomi yang dihormati membina asas untuk identiti remaja yang sihat nanti.

[Contoh Tingkah Laku Autonomi Anak 10–12 Tahun]

-Mahu buat keputusan sendiri — contohnya memilih aktiviti kokurikulum, memilih pakaian, memilih apa yang mahu dibeli.

-Mula menetapkan matlamat peribadi — contohnya bercita-cita mahu jadi ketua kelas, menyertai pertandingan, atau belajar kemahiran baru😍.

-Mula mempertahankan pendapat — contohnya berani memberi pandangan sendiri semasa berbincang, walaupun tidak semestinya tepat.

-Mahu urus jadual sendiri — contohnya merancang sendiri waktu belajar, waktu bermain, atau aktiviti hujung minggu.

-Mula memilih kawan berdasarkan minat sendiri — bukan lagi ikut pilihan ibu ayah semata-mata😮.

-Bertanggungjawab terhadap tugas tertentu — contohnya mengurus kerja rumah tanpa diarah berulang-ulang (namun masih ramai ibu ayah struggle pada ketika fasa ini kerana faktor autonomi sewaktu usia 0-6 tahun dahulu).

-Cuba selesaikan konflik sosial sendiri — contohnya berbincang atau berbaik dengan rakan selepas bergaduh kecil.

Bagaimana Kita Boleh Sokong Autonomi Anak 10–12 Tahun Tanpa 'Loose Control'?

Berikan pilihan, bukan arahan keras.
➔ Contoh: "Kamu nak siapkan kerja rumah dulu atau nak kemas bilik dulu?"

Libatkan anak dalam keputusan keluarga kecil.
➔ Contoh: "Kita nak pergi bercuti, Kakak nak tolong pilih tempat makan atau cari hotel?"

Bimbing, bukan arah tanpa sebab.
➔ Contoh: Terangkan kenapa sesuatu keputusan dibuat, contohnya: "Mama setuju kamu main game, tapi maksimum 1 jam supaya mata kamu rehat cukup, ok?".

Raikan pendapat anak, walaupun tidak semua diterima.
➔ Contoh: "Cadangan Abang ni menarik, cuma kali ini kita ikut plan asal sebab kita dah janji dengan keluarga kita yang lain ya."

Beri ruang buat silap dengan selamat.
➔ Contoh: Jika anak tersalah pilih aktiviti yang tidak sesuai, gunakan peluang itu untuk berbincang bersama tentang pembelajaran daripada pengalaman tersebut, bukan menyalahkan mereka macam memulangkan paku keras tu 😄

Kuncinya:-

Beri mereka rasa dipercayai, sambil tetap beri SEMPADAN yang JELAS dan KONSISTEN.

Maznah Ibrahim
Telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak-anak kita: T.mazn.me/chan
Pernah jadi begini?

Isteri penat lipat baju, tengok sinki penuh, harap suami “nampak” dan basuh.

Tunggu punya tunggu, suami selamba layan telefon.

Akhirnya isteri basuh sendiri sambil senyap seribu bahasa.

Suami pula hairan, “Apa salah saya?” 😅

Bukan isu pinggan—ini isu komunikasi Mars vs Pluto.

Kalau tak faham bahasa emosi pasangan, benda kecil boleh jadi gunung berapi.

Saya jemput anda ke webinar live terbaru:

“Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama”

👉Sabtu, 26 Julai, 9.00 malam

Kita bincang:
– Kenapa lelaki tak tangkap “hint” isteri
– Cara minta tolong tanpa marah atau merajuk
– Langkah jadi satu pasukan semula depan anak-anak

Daftar segera di sini:
https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi

Jumpa nanti insyaAllah.

Maznah Ibrahim
"Malam ni masak apa?"

Petang tu, si isteri baru je balik kerja. Dalam kepala, dah plan nak masak kari ayam, kegemaran si suami.

Dia buka peti ais... tapi belum sempat capai bawang, si bongsu mula menangis nak didukung.

“Ingatkan sekejap je,” bisik si isteri dalam hati.

Tapi rupa-rupanya, hampir setengah jam si kecil tu ‘melekat’. Dapur masih gelap, bawang pun tak sempat kupas.

Tak lama lepas tu, si suami balik. Letak beg, tarik nafas lega... dan dengan selamba bertanya:


Sayang, malam ni masak apa?”



Si isteri diam. Muka terus berubah, muncung panjang.

Si suami blur. Dalam hati dia tertanya-tanya, “Apa salah aku ni?” 😅

Hakikatnya, si isteri memang nak masak. Tapi dia penat, anak perlukan perhatian, dan semuanya berlaku serentak.

Si suami pula tak nampak apa yang berlaku sebelum tu. Jadi soalannya kedengaran macam “expectation”, bukan “nak tolong ke atau nak beli makan?”

Dan macam tu je… rumah jadi senyap. Dua-dua makan hati, diam tak bersuara.

Ini antara situasi kecil yang nampak biasa, tapi boleh jadi punca renggang kalau dibiarkan berlarutan.

Kadang kita harap pasangan “faham sendiri”, padahal dia bukanlah boleh membaca fikiran kita.

Kalau waktu tu si isteri cakap,


Bang, anak tak boleh lepas ni… boleh tolong order makan dulu?”


Pasti si suami dah capai telefon atau kunci motorsikalnya.

Kuncinya? Komunikasi yang jelas, terus dan tenang.

Bila si isteri dapat luah dengan tepat, si suami pun mudah faham dan ringan tangan nak bantu.

Anak pun tak kena tempias stres mak ayah.

Semua ini kita akan kupas dalam webinar LIVE terbaru ini:

“Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama”
- Sabtu, 26 Julai
- 9:00 malam

Daftar segera di sini ya:

➡️ https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi

Jom, kita ubah soalan “Malam ni masak apa?” jadi ruang untuk saling memahami, bukan perang senyap/silent treatment.

Jumpa nanti, insya-Allah.

Maznah Ibrahim
Bayang anak cuba double check:

Tanya ayah: “Tak boleh, dah lewat.”
Dua minit lepas tu tanya Ibu: “Boleh kan, Bu?” 😅

Bila jawapan bercampur, disiplin di rumah cepat kabur & anak pun pandai manupulasi pula nanti.

Penting ibu ayah berikan keputusan yang sama, satu suara, supaya anak rasa selamat, lebih berdisiplin dan emosi ibu ayah terjaga.

Tip pantas-Pocket/Team/Pillow Talk 5 minit sebelum tidur:

Sembang sekejap, selaras peraturan & skrip. Next time anak minta screen-time ekstra, jawapan kita dah sama.

Sertai Webinar Live “Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama”

🗓 26 Julai (Sabtu) | 9:00 mlm | rakaman disediakan

Daftar di sini:

KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi

Satu pendaftaran, tapi boleh tonton sama pasangan.

Mari kukuhkan suara satu haluan - baru boleh seiring, sejalan 😁

p/s: Yuran akan naik; daftar awal ya, takut terlepas nanti.
Pernah tak rasa… orang luar macam lebih “tahu” hal rumah tangga kita?

Mak bagi nasihat.
Adik-beradik bagi pandangan.
Kawan-kawan pun rajin menyumbang idea.

Hakikatnya… mereka cuma tahu sidikit saja cerita kita.
Bukan keseluruhan.

Yang hadap kesannya tetap kita berdua.
Suami isteri.
Bukan orang luar.

Sebab tu… kesepakatan antara suami isteri jauh lebih penting.

Anak tanya sesuatu.
Mak jawab A.
Ayah jawab B.
Anak pun keliru.
Rumahtangga mula rasa tak stabil.

Komunikasi yang baik bukan sekadar redakan tekanan…
Tapi jadi pendinding dari "nasihat" orang luar yang tak sesuai dengan value dan keadaan keluarga kita.

Jom tambah baik komunikasi dalam *Webinar Live Komunikasi Suami & Isteri: Faham – Hubung – Kerjasama* .

🗓 26 Julai (Sabtu) | 9:00 malam | Rakaman disediakan

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/komunikasi

Daftar sekali, boleh tonton sama-sama suami isteri.

p/s: Yuran akan naik hari ini, daftar segera takut terlepas nanti.