Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Peringatan untuk diri kita sendiri, iaitu berusaha menjadi dan berkata seperti apa kita mahu anak berkata dan jadi.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Mesej saya untuk semua ibu ayah yang rasa sentiasa ada cabaran dan diuji dalam perjalanan keibubapaan kita.
Saya mendoakan kita semua tetap kekal tabah dan dimudahkan semua urusan.
Kekal berpegang eguh kepada tali yang kukuh bersama prinsip yang baik.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
.
Ibu Bapa, Sampai Bila Nak Terus Rasa Bersalah?

Anda cuba jadi ibu bapa terbaik, tapi dalam diam...

Rasa bersalah makin menghantui – "Adakah saya cukup luangkan masa dengan anak-anak?"
Terbeban dengan ‘standard masyarakat’ – "Apa kata orang kalau cara saya berbeza?"
Keyakinan makin pudar – "Adakah keputusan saya sebagai ibu bapa ini betul?"

Setiap hari, tanggungjawab yang tiada hentinya dan kurangnya sokongan sosial menjadikan tekanan ini semakin berat.

Dan yang lebih menyedihkan… emosi ini turut menjejaskan hubungan anda dengan anak-anak.

Tapi ada cara untuk keluar dari kitaran ini.

Anda tak perlu hadapi semuanya sendirian.

*Apa yang akan dikongsikan:*
✔️ Memahami Emosi Negatif Ibu Bapa
✔️ Mengurus Rasa Bersalah dan Keraguan Diri
✔️ Menangani Kesedihan dan Keletihan
✔️ Alat Praktikal untuk Pengurusan Emosi

Sertai Puan Maznah dalam Webinar Hands On ini:

Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/emosi
2 Minggu Lagi - Healing & Transformasi

Join Webinar Emosi Besar Kita bulan ini – kita guna *ekspresi seni* untuk luahkan rasa & fikiran, agar hati lebih lega. 🎨

Apa yang anda akan dapat:
Kenali ‘coping skill’ sesuai utk cabaran anda
Jumpa kekuatan tersembunyi & cara baru fahami perasaan
Praktikal & boleh diguna segera selepas webinar

Kita akan explore teknik visual & kinestetik (otak kanan), termasuk topik:
🌟 Mengurus rasa bersalah & keraguan diri
🌟 Membina keyakinan

Jangan lepas peluang ni utk healing & transformasi melalui seni. ❤️

👉 Daftar sekarang: https://webinar.maznahibrahim.com/emosi

Yuran: RM59 sahaja (terhad!)

Ambil langkah pertama utk jemput inspirasi. Jangan tunggu lagi! 🚀

#WebinarEmosi #HealingThroughArt
4 Tips Persediaan Mental Emosi anak Kembali ke Sekolah.

Boleh baca tips saya di setiap foto ini ya.

https://www.facebook.com/share/p/164e52SuX2/?mibextid=oFDknk
🔸 Ramadan hampir tiba!
Semoga kita dan anak-anak bersedia menyambut bulan penuh keberkatan ini dengan hati yang bersih dan jiwa yang tenang.
Moga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk kita sekeluarga. Ramadan Kareem!

Maznah Ibrahim
Pemangsa tak datang sebagai orang asing.

Mereka sabar.
Mereka bijak.
Mereka ada strategi.
Mereka dipercayai.
Mereka jadikan diri mereka ‘berguna’…

Inilah sebabnya kes penderaan seksual sukar dikesan—sehingga semuanya sudah terlambat.

Ini dipanggil Grooming Process… proses manipulasi yang buat anak percaya dan patuh tanpa sedar & kita ibubapa sukar nak percaya kepada anak apabila mereka mengadu.

Dalam Webinar Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak, saya akan kongsikan bagaimana ia berlaku & cara melindungi anak sebelum terlambat.

Sempena Jualan Balik Kampung – Dapatkan webinar ini sekarang bersama 21 webinar-webinar yang lain.

👉 https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung
.
p/s: yuran akan meningkat petang ini.
Tips Balik Kampung Lebih Tenang dengan Hypnoscript!

Jika anda sedang dalam perjalanan atau sedang bersiap - semoga perjalanan balik kampung lancar & bahagia! ❤️

Bimbang anak meragam semasa raya? Cuba ulang-ulang ayat hypnoscript di bawah:

🌟 “Dalam kereta, kita duduk elok-elok ya.”
🌟 “Seronoknya main dengan sepupu, kita kongsi mainan sama-sama.”
🌟 “Kita bercakap dengan suara lembut pada atuk & nenek, orang tua dan semua ya.”
🌟 "Nak mengadu apa-apa, bisik kat telinga ibu atau ayah ya".

Ulang dengan nada tenang & penuh kasih sayang—anak lebih mudah serap! 😊

Oh ya, 22 rakaman webinar parenting masih dibuka sempena Jualan Balik Kampung! Akses setahun, boleh tonton perlahan-lahan sepanjang tahun.

📌 Klik sini >> https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung
Ramadhan & 10 Kebaikan yang Wajar Dikekalkan Sepanjang Tahun untuk Diri dan Keluarga

Ramadhan bukan sekadar sebulan ibadah, tetapi peluang membentuk tabiat baik yang boleh diteruskan sepanjang tahun. Berikut adalah sepuluh amalan yang memberi manfaat besar kepada diri dan keluarga:

[Aspek Fisiologi]

1. Tidur Kurang, Ibadah Bertambah – Masa rehat berkurang, tetapi peluang membaca Al-Quran dan solat sunat bertambah.

2. Makan Kurang, Perut Berehat – Jarak waktu makan yang lebih panjang memberi rehat kepada sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih sihat.

3. Cakap Kurang, Marah Berkurang, Sabar Bertambah – Latihan menahan diri daripada bercakap sia-sia dan marah mengasah kesabaran (walaupun ramai yang lebih diuji!).

[Aspek Rutin]

4. Bangun Awal untuk Sahur, Bersedia Awal untuk Kerja/Sekolah – Disiplin bangun awal memberi kelebihan dalam mengurus masa dengan lebih baik.

5. Makan Berjemaah, Masa Berkualiti Bersama Keluarga – Sekurang-kurangnya dua kali sehari (sahur & berbuka), mewujudkan kebersamaan yang erat.

6. Solat Berjemaah, Kesatuan Keluarga Lebih Erat – Solat Subuh dan Maghrib bersama mengukuhkan ikatan keluarga dalam suasana penuh keberkatan.

[Aspek Keibubapaan & Kekeluargaan]

7. Berkomunikasi dengan Kasih Sayang – Dalam Ramadhan, kita lebih menjaga tutur kata dan berusaha lebih memahami perasaan ahli keluarga. Teruskan amalan ini dalam komunikasi harian.

8. Berkongsi dan Bersedekah Bersama Anak-anak – Ramadhan mengajar kita memberi. Jadikan sedekah sebagai budaya keluarga, sama ada berkongsi rezeki atau membantu mereka yang memerlukan.

9. Berkongsi Ilmu & Tazkirah Keluarga – Dalam Ramadhan, kita lebih banyak mendengar ceramah atau berkongsi ilmu agama. Teruskan amalan ini dengan sesi tazkirah keluarga, walaupun hanya 5 minit sehari.

10. Membantu & Menyantuni Pasangan – Sepanjang Ramadhan, suami isteri saling membantu dalam urusan rumah tangga, dari menyediakan sahur hingga berbuka. Jadikan ini sebagai kebiasaan harian, bukan hanya di bulan puasa.

Ramadhan mengajar kita disiplin, kesabaran, dan kasih sayang dalam keluarga. Mengapa tidak teruskan amalan ini sepanjang tahun?

Salam Akhir Ramadhan,
Moga ketemu Ramadhan berikutnya,
Sementara itu niatkan untuk kekalkan rutin yang baik ini ya 🤩.

Care,
Maznah Ibrahim

Telegram channel keibubapaan positif kita:-
T.mazn.me/chan
Autonomi anak bermula sejak bayi kecil lagi.

Setiap tangisan, genggaman tangan, atau usaha menolak sudu adalah tanda awal mereka belajar mempercayai diri sendiri.

Bila bayi menghulurkan tangan untuk memilih mainan, atau berpaling bila dipaksa, itu bukan melawan — itu suara kecil autonomi yang baru bertunas. Ingat ya ibu ayah.
Bila suara kecil ini dipupuk dengan sabar dan kasih, kelak anak membesar menjadi individu yang tahu membuat pilihan, berani menyuarakan pendapat, dan yakin mempertahankan maruah diri.

Namun bila suara ini sering ditolak, anak mungkin membesar dengan rasa ragu-ragu terhadap dirinya sendiri, takut membuat keputusan, dan mudah terikut-ikut dengan orang lain.


Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Autonomi anak berumur 2 hingga 3 tahun

- Sering muncul dalam bentuk 'No!' yang lantang, percubaan mereka untuk memakai baju sendiri, memilih makanan tertentu, atau menjerit bila dilarang.

- Kadang-kadang, mereka lambat (selesai makan atau mandi atau berpakaian), mereka bersepah, dan selal buat silap — semua ini tanda bahawa mereka sedang berusaha mengawal dunia kecil mereka sendiri.

==> Bila ibu ayah cepat marah atau terus mengawal semua pilihan anak, benih keyakinan ini boleh layu.

==> Tapi kita beri ruang dengan bimbingan sabar, anak belajar bahawa dirinya mampu mencuba, memilih, dan memperbaiki kesilapan.

==> Ini nsagatlah penting sebagai tapak asas membina rasa percaya diri dan kecekalan bila mereka dewasa nanti.....

Nota penting fasa ini:

~ Ini fasa "I do it!"."I made it". "What if I do this way".. 😀😀😀

~ Normal untuk ibu ayah selalu rasa penat, nak cepat, jadi susah nak tahan sabar. End up, marah.

~ Tapi ingat percayalah, sabar itu sebenarnya PELABURAN jangka panjang dalam membesarkan ANAK YANG BERANI, BERUSAHA DAN TIDAK TAKUT GAGAL.
.

Maznah Ibrahim.

Telegram saya lama menyepi, boleh masuk untuk tidak ketinggalan info penting fasa anak kita ya:

T.maz.me/chan
Autonomi anak usia 3 hingga 6 tahun.

Anak-anak mula melangkah lebih jauh dari sekadar 'aku boleh buat sendiri' kepada 'aku ada idea sendiri'.

Mereka mencipta cerita, berpura-pura bermain, bertanya soalan tanpa henti, dan berinisiatif membuat 'projek besar' mereka sendiri — kadang-kadang bersepah, kadang-kadang di luar jangkaan.

Bila inisiatif ini disambut dengan dorongan dan bimbingan lembut, anak membesar dengan rasa bangga terhadap diri sendiri dan semangat meneroka yang sihat.

Tapi bila sering diperlekeh, disindir atau ditekan, anak mungkin membesar dengan rasa bersalah, malu untuk mencuba, atau takut diejek bila ada idea sendiri.

Dalam Fasa Erikson, mereka di peringkat Initiative vs. Guilt

Anak suka berimaginasi, berinisiatif, 'bossy', kadang buat silap besar 😄😄😄— dan itu normal!

Ibu bapa perlu pupuk keberanian mencuba sambil letak had secara mesra saja.

🌱 Kesan Positif (Bila Autonomi dan Inisiatif Disokong):

-Anak membesar dengan rasa yakin terhadap idea dan tindakan sendiri.

-Anak berani mencuba perkara baru tanpa takut salah.

-Anak mampu ambil inisiatif untuk selesaikan masalah kecil sendiri.

Anak mempunyai imaginasi dan kreativiti yang sihat.

-Anak belajar bahawa buat silap itu biasa dan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Anak mempunyai asas keyakinan untuk menjadi seorang pemimpin kecil, atau sekurang-kurangnya individu yang tidak mudah mengikut tanpa berfikir.

🌪 Kesan Sebaliknya (Bila Autonomi dan Inisiatif Ditekan/Salah Urus):

-Anak membesar dengan rasa takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

-Anak jadi takut gagal dan mudah rasa malu bila berbuat salah.

-Anak mungkin terlalu bergantung pada arahan orang lain, kurang inisiatif sendiri.

-Anak cepat mengalah, atau terlalu mengelak tanggungjawab kecil.

-Anak membina internal voice negatif ("Aku memang tak pandai", "Kalau aku buat mesti salah").

-Dalam jangka panjang, anak boleh membesar menjadi remaja atau dewasa yang sukar yakin dengan idea sendiri, atau takut dinilai oleh orang lain. Dan itulah yang sedang kita hadapi dalam fasa individu dewasa di tempat kerja yang sukar nak menonjolkan idea dan projek sendiri.

Maznah Ibrahim.

Telegram channel keibubapaan dan psikologi anak:
T.mazn.me/chan
Autonomi Anak Usia 7 hingga 9 tahun.

Anak-anak mula menunjukkan autonomi dalam bentuk menyelesaikan tugasan, mengambil tanggungjawab kecil, dan berusaha mencapai kejayaan dalam dunia mereka (seklah formal). Mereka ingin rasa 'aku mampu', 'aku berjaya', dan 'aku berguna'.

Bila usaha mereka dihargai dan diberi ruang, anak membesar dengan rasa kompeten, yakin dengan keupayaan sendiri, dan tidak mudah berputus asa.

Tapi bila kerap dikritik, dibandingkan, atau direndahkan, mereka mungkin membesar dengan rasa rendah diri, takut gagal, dan kurang percaya kepada kekuatan diri sendiri.
Sebenarnya, mereka berada dalam fasa 'Industry vs. Inferiority' menurut Erikson.

Anak sangat perlukan galakan speisifik dan realistik ("Bagus sebab Adik berusah siapkan kerja sekolah sampai habis"), bukan hanya pujian kosong yang umum ("Adik bagus!")
Kesilapan dalam proses mereka menyiapkan tgasan perlu dilihat sebagai peluang belajar, bukan kelemahan peribadi...

Tips Pendek: Cara Galakkan Anak Industrious Tanpa Tekan Emosi:-

Fokus kepada usaha, bukan hanya hasil.
➔ Contoh pujian: "Mama bangga sebab kamu terus cuba walaupun susah nak tulis 1-10 ini!"

Beri peluang kendalikan tugas harian.
➔ Contoh: Biarkan anak siapkan kerja rumah kecil seperti kemas katil sendiri.

Beri pilihan, bukan arahan semata-mata.
➔ Contoh: "Nak siapkan kerja sekolah dulu atau tolong mama lipat baju?"

Bimbing bila perlu, bukan ambil alih.
➔ Contoh: Kalau anak salah kira dalam matematik, ajar cara semak, bukan marah atau buatkan untuknya.

Terima kesilapan sebagai proses belajar.
➔ Contoh: "Tak apa salah sikit. Ini tandanya Adik tengah belajar jadi lebih hebat."

Teruskan memahami perkembangan autonomi anak-anak kita dan sokong perkembangan mereka dengan dorongan yang perlu... Mereka tetap fasa 'emas kedua' lagi walau sudah melepasi fasa 0-6 tahun 😀.

Maznah Ibrahim

Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif:
T.mazn.me/chan
*🎙️ SERTAI KAMI DALAM PROGRAM “MALAYSIA PETANG INI”!*

Adakah anda ibu bapa, pendidik atau individu yang prihatin terhadap kesihatan mental remaja masa kini?

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kupasan istimewa dalam program Malaysia Petang Ini yang akan bersiaran pada hari Isnin, 16 Jun 2025, jam 5.00 hingga 5.30 petang di Bernama TV!

*Topik Yang Akan Dibincangkan:*
🔴 Jeritan Emosi Remaja Terpendam

*Bersama Tetamu Jemputan:*
👩‍⚕️ Puan Maznah Ibrahim
Pegawai Psikologi (Kaunseling)
Hospital Putrajaya

Dalam episod ini, Puan Maznah akan mengupas secara mendalam mengenai isu tekanan emosi dalam kalangan remaja — suara hati mereka yang sering tidak didengari, emosi yang terpendam, serta cabaran yang mereka lalui dalam dunia serba mencabar hari ini.

*Antara Intipati Menarik Yang Bakal Dikongsikan:*
Punca utama tekanan emosi remaja
Tanda-tanda awal remaja yang sedang berjuang secara senyap
Peranan ibu bapa, guru dan komuniti dalam menyokong kesejahteraan mental remaja
Teknik dan pendekatan kaunseling yang berkesan

*📺 TONTON DI:*
• Astro 502
• unifi TV 631
• MYTV 121
• Live di Facebook & YouTube: BERNAMA TV
https://www.facebook.com/share/v/1CsAUETiAy/?mibextid=oFDknk

🗓️ Ayuh! kongsikan hebahan ini bersama rakan serta keluarga! Sama-sama kita cakna & peka terhadap suara hati remaja kita ❤️

#HospitalPutrajaya
#HPJ25Tahun
#MalaysiaPetangIni
#BernamaTV
Sebagai Ibu Bapa, Kita Ingin Lebih Hadir

Tahun baru Maal Hijrah ini,
kita tidak perlu berazam menjadi ibu bapa yang sempurna.
Kalau perasan, selalu Azam tinggal Azam.
Sama ada lupa, atau terlalu besar nak dicapainya, langsung ditinggalkan begitu saja 😄.

Dalam era teknologi digital kini,
Cukuplah jika kita berazam untuk lebih hadir, 'be present' dalam hidup / momen bersama anak-anak — dengan hati, dengan niat kerana Allah.

💎Setiap Hari

Kita boleh mula dengan perkara kecil yang membina jiwa anak-anak:

– Peluk mereka tanpa perlu sebab.
– Pandang mata mereka dan senyum, walau sesibuk mana pun kita.
– Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk duduk bersama, mendengar tanpa gangguan — tanpa telefon, tanpa ‘nanti dulu’.
Kerana perhatian adalah bahasa cinta yang paling jujur.

🍂 Setiap Minggu

Kita bawa mereka keluar dari rutin biasa:

– Lihat alam, sentuh tanah, dengar suara angin dan burung.
– Bercerita tentang hidup dari pandangan yang tenang.
– Belajar bersama dari pengalaman – bukan hanya dari arahan.
Kerana anak belajar paling dalam bila kita ‘hidup’ bersama mereka.

🌳 Setiap Bulan

Kita cipta kenangan yang akan tinggal dalam hati mereka:

– Mungkin perkhemahan, mungkin berjalan ke sungai, atau sekadar tidur di luar rumah sambil tengok bintang.
– Bercakap tentang ciptaan Allah, dan bagaimana rasa syukur tumbuh dari detik yang ringkas tapi dalam.
– Berdoa bersama, agar mereka tahu… Allah itu dekat, bukan hanya di masjid, tapi dalam pelukan kita juga.

❤️ Spiritualiti dalam Keibubapaan

Keibubapaan adalah jalan pulang kepada Tuhan.

Setiap pelukan, sabar, doa dan didikan — adalah ibadah.

Hijrah kali ini bukan hanya untuk diri, tapi dalam cara kita mencintai anak-anak.

Selamat Maal Hijrah 1447H buat semua ibu ayah

Semoga kita membesarkan anak-anak yang bukan hanya kuat jasadnya,
tapi juga lembut hatinya dan kenal Tuhannya.

InsyaAllah apabila niat yang baik dan kerana Dia yang Satu, penat lelah kita bertukar kepada kekuatan yang tekal, luar biasa.

Maznah Ibrahim