Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
"Ayah tak faham kesusahan saya!!!"

Ibu Ayah bekerja siang malam,
Menanggung banyak tanggungjawab kehidupan,
Serta menghadapi banyak cabaran lagi.

Namun tidaklah diceritakan semuanya kepada sang anak.

Anak hanya bertanggungjawab ke sekolah, dan menghadapi set cabaran lingkungan hidup mereka yang tersendiri.

Anak melontarkan emosinya kepada ibu ayah,
dan tidak tahu ayah juga sedang hadapi baaaanyak lagi cabaran kehidupan di belakangnya.

.....

Sememangnya anak-anak tidak tahu apa yang kita tanggung di belakang kita.

Namun suatu hari dia akan memahami apabila dia sendiri melalui fasa menanggung jawab peranan sebagai ibu ayah pula.

Namun, adalah kita perlu menunggu sehingga dia besar dan melaluinya sendiri?

Sebenarnya tidak. Anak boleh diterangkan dari masa ke semasa, dan dia akan 'collecting dan connecting the puzzles'.

'Act of service' yang kita lakukan,
Mungkin tidak difahami oleh si anak sepenuhnya,
Namun masukkan penjelasan kepada tindakan itu secara jelas melalui perkataan yang benar (words of affirmaiton) (penjelasan), insyaAllah, dia akan memahami serba sedikit, yang mengilhamkan kefahaman adalah Allah jua.

Tangki emosi anak:-

1. Perkataan yang menjelaskan
2. Masa istimewa diluangkan
3. Sentuhan selamat
4. Tindakan nyata
5. Hadiah/material

Maznah Ibrahim

Tidak terlepas maklumat peringatan bersama ibubapa masa kini:-
T.mazn.me/chan
Kita selalu diajar tentang perbezaan antara KEPERLUAN dan KEHENDAK,
yang mana kita dinasihatkan mendahulukan KEPERLUAN kerana ia perlu.
Ia asas. Kemudian barulah kehendak.

Namun anak-anak apabila 'buat hal',
bawah dasarnya adalah kerana menagih perhatian.

Sama ada mereka 'nak perhatian', atau mereka 'perlukan perhatian'?

.
Anak kecil dan warga emas,
perkembangan mereka ada kesamaan, iaitu mereka PERLUKAN perhatian kita. Mereka 'fragile', sensitif, pemerhati kuat, keupayaan dan sumber terhad.

Layanilah dengan sebaiknya sementara masih ada peluang;
yang warga emas sebab MASA (hujung usia),
yang anak kecil pun, sama, masa,
iaitu 'MASA EMAS' sewaktu pertumbuhan kritikal usia mereka, 'golden age'.

.
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Rumahku Syurgaku

Emosi dan 'mood' anak-anak kita dalam seminggu.

Positifnya: anak-anak suka dan rasa selamat duduk di rumah,

Kebimbangannya: anak-anak tidak gembira belajar di sekolah? 😱

Bukanlah begitu, perhatikan yang sekurang-kurangnya:

i. mereka berjaya pergi ke sekolah setiap hari, kecuali sebab kesihatan dan hal lain yang diizikan;

ii. dapat 'pick up' apa diajar oleh gurunya;

iii. apabila ada isu rakan sebaya / guru, mereka masih boleh 'handle' atau hadap.

Maka, oklah,
Normal lah tu, yang bekerja pun sama juga kan 🫣🤭

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Melalui anak, kita belajar untuk banyak bersabar.

Maznah Ibrahim
.
Sudah tentu kita kisah, seperti kita menjaga alatan/benda kesayangan kita...

Daftar segera: >> Webinar Parenting Maintenance
.
Malam ni - Webinar Terbaru

"

Rasa macam yang tak kena....dulu...sekarang banyak protes & tak berapa rapat...."


Apa nak buat?

Jemput ke webinar terbaru saya untuk bulan September ini:

Webinar Parenting Maintenance

Maklumat Lanjut >> https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance
Terima kasih atas usaha kita setiap hari demi perkembangan terbaik anak-anak kita.

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
6 Kunci Ibu Bapa Boleh Terus Kekal Positif:

Sabar itu dalam tindakan,

dan sebenarnya bermula dengan NIAT iaitu mahu sabar, kekal tenang dan PERCAYA bahawa "aku boleh sabar". Sebab itu saya letak "Fikir: Sabar" dahulu sebab manusia ini kekuatannya adalah pada akal fikiran yang matang rasional berbeza dari makhluk ciptaan Allah yang lain...
.

Tindakan RESPONSIF bukan reaktif.

Sebagai manusia biasa, memang kita mudah reflek secara spontan dari tekanan diberikan oleh persekitaran termasuk anak-anak. Reaktif bermaksud reaksi kita berkemungkinan 'sama' level dengan permintaan atau tekanan dari anak-anak. Maka berbalik kepada poin pertama tadi, iaitu, kita perlu respon sama usia kita, tunjukkan contoh kita sebagai Ibu dan Ayah yang jauh lebih usia dari anak-anak yang belum matang dalam usia dan pengalaman kehidupannya.
.

Bicara Kita, perlu DENGAR dahulu, baru respon.

Ini agar kita fahami benar-benar apa yang nak disampaikan oleh si anak, walau anak bayi yang beri petunjuk klu bukan lisan. Mendengar adalah skil penting dan ia perlu dilatih; DENGAR ISI apa nak disampaikan sebenarnya dan DENGAR EMOSI anak yang tidak diungkapkan. Kadangkala anak cakap lain, tapi maksud dia adalah lain. Tapi bila kita mampu dengar EMOSI anak, dan sebut semula perasaan dia, kita akan lebih efektif dalam memahami dan memenuhi keperluan si anak.
.

'Pause', Berhenti Sebentar dengan Tarik Nafas Dalam-dalam.

Ini akan membantu kita dalam mempraktikkan 'respon', bukan 'react' tadi. Saya akui kita semua amat pantas dalam bertindak kerana faktor zaman masa kini yang serba laju, dan mencabar. Namun dengan belajar 'pause' sekejap, kita akan bantu banyak diri kita agar tidak tersilap dalam sebutan dan perkataan, sehingga menyesal di kemudian hari nanti.
.

'Self Care'; Jaga Makan, Tidur dan 'Exercise'.

Ini keperluan asas fizikal tubuh kita, yang mana mungkin kita mudah tertekan sebab kita lapar atau terlalu kenyang (jadi malas/ berat), kita salah makan, atau salah cara makan, dan kandungan pemakanan kurang seimbang. Kita kurang tidur atau terlebih tidur, dan kita sudah lama tidak bersenamn fizikal. Kesemuanya menyebabkan tenaga kita tidak seimbang, serabut, dan kelam kelibut. Senaman, tidak perlu terlalu lama, mulakan dengan no 1, iaitu 1 kali seminggu (30 minit berjalan kaki), atau satu kali sehari selama 10 minit atau 1 minit berjalan dalam hayunan tangan dan kaki (jalan setempat).
.

Koneksi dengan Tuhan.

Ini sebenarnya amat penting dan 'core' kepada kestabilan diri ibu ayah. Dengan kembali kepada Pencipta kita, kita sebenarnya akan lebih terpandu dalam setiap urusan harian kita. Berdoa dan dekatkan diri dengan Tuhan. Lakukan amalan tertentu secara rutin dan berkesan, kecil dan konsisten ya.
.
.
Saya ambil berat kesejahteraan anda, sebab anda dan anak-anak anda adalah persekitaran dalam zaman masa yang sama kita duduki. Ia tetap beri kesan kepada keseluruhan ekosistem kita.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Orang sabar akan menang akhirnya.
Bijak pada strategi bukan pada peperangan fizikal dan emosi.

Terima sahaja ter'kalah' sebab tak beritahu awal-awal kepada anak akan syarat atau batasan yang kita nak tetapkan buat mereka.

Jadi, pada momen seterusnya, kita siap sedia dengan perisai: beritahu peraturan/batasan kita mahu perkenalkan kepada anak.
.

Contoh,
Beritahu tutup skrin pada pukul 7 malam.
Mandi dulu baru tengok tv.
Kerja sekolah siap kita ke taman permainan.
Hadiah tertentu bila capai tertentu.
Phone ibu 10 minit aja, alarm bunyi pulangkan semula, dan request lagi baru dapat lagi.

Ini bagi menyediakan minda anak untuk apa tidak boleh dan apa boleh.
.

Jika tidak, bersedialah, drama ketegangan akan berlaku, kerana anak tidak tahu setakat mana dia boleh langkaui kita, atau anak sengaja test batasan kita, atau anak sedang beremosi besar serta tidak mampu mendengar apa-apa penjelasan mengenai batasan (yang baru nak disebutkan) lagi.....

Maznah Ibrahim,
T.mazn.me/chan
.
[Webinar Percuma]

Jika anda free sekarang, boleh jemput sertai webinar ini ye.

https://meet.google.com/tgo-umqy-baa
Transgenerational Trauma. Bilakah mahu mula ubah? Sekarang.

Betapa kita berusaha untuk 'break the cycle', pada ketika ini, kerana kita sendiri akan nampak kesan anak dimarahi teruk kerana emosi ibu bapa sendiri (tanpa penerangan jelas dan logik), kepada 'circle' anak itu sendiri;
- dia kepada adiknya
- dia kepada rakannya
- dia kepada ibu bapa pula

Belajar bersabar dan lebih berhemah dalam menyantuni anak walau dia masih bayi.

Sebagai individu dewasa, kita sendiri boleh refleksi sendiri kelayakan kita menguruskan emosi dengan menghambur kepada anak kecil jauh bawah usia adalah tidak sesuai sama sekali.

Urus emosi sendiri dengan sebaiknya.

Tarik nafas,
Hembus,
Syukur kerana boleh 'pause' dan tak teruskan yang tidak baik kepada anak.


Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan