Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Anakanda yang masih lagi perbuat aksi yang mencetus kemarahan kita, akan berulang melakukannya lagi, sehingga mudah trigger kan diri ibu ayah.

Contoh, kacau adik lagi dan lagi,
Contoh, menangis merengek sebelum tidur hampir setiap hari,
Contoh, mood tak berapa baik sewaktu pagi nak ke sekolah hampir setiap hari.

Kita nak 'break the cycle'=
iaitu respon kita kali ini, berubah.

Aksi anak masih sama,
tapi respon kita dah tak sama macam biasa (contoh marah-marah, membebel, fizikal dsb).

Kuncinya kita yang kena berubah dulu,
sebab ia berkaitan dengan leadership.
Kematangan kita lebih dari anak, ingat tu.

Proses:

1. Tarik nafas, mindset positif adalah kali ini aku nak ubah cara respon, sebab kalau aku tak ubah cara, lelama pattern dia dah termaktub dah dalam tatacara kelakuan dia, ini tak boleh jadi, aku kena bantu.

2. [Sebelum kejadian] Dekati, time in dan sebutkan perasaan anda lah: Mama risau lah bila adik .... (aksi mencabar dia)... nanti ... (konsekuens dari aksi dia kepada diri dia, kepada ibu ayah, kepada sistem dll)

Contoh malamnya masa nak tidur:
"Mama risau lah, adik, bila adik menangis nangis tak nak pergi sekolah pagi-pagi tu, Mama akan jadi cepat marah, kita lambat sampai ke sekolah, adik pun mood tak best sikit masa awal kat sekolah, kan. Cikgu dan kawan pun nanti macam kurang sikit lah nak dekati kita".

kalau ada part yang bagus, puji sikit:

"Tapi bagusnya anak Mama ni, bila balik sekolah, ceria je, happy je, ha. Mama fikir Adik ok aja kat sekolah tu kan".

3. Akhiri dengan Offer solusi:

"Apa kata esok nanti, adik bangun je, adik senyum, adik tarik nafas, adik ceria dan siap awal. Kita sampai awal. Mama happy, adik happy, kawan dan cikgu pun happy tengok mood adik bagus je, esok" (pasakkan visual bayangan proses dan 'outcome' akan berlaku).

'Outcome' dan pengukuhan :

1. Mudahan lebih baik sedikit dari semalam, sebab ada intervensi dari ibu ayah sendiri.

2. Walau kecil perubahan positif tu, raikan, syukurkan, bila syukur, nikmat akan bertambah, InsyaAllah.

3. Baiki lagi approach, skrip spesifik dari segi outcome visual yang nak dipasakkan tadi tu, ikut kesesuaian dan keutamaan yang anak pandang (contoh letak nama kawan baik dia, guru kesanyangan dia, dan jawatan ke, kasi umpph sikit),

4. Doa dan niatkan yang baik-baik setiap hari, untuk diri kita sendiri, dan untuk anak kita, dan anak-anak lain dalam circle anak kita. Setiap orang ada cabaran, kita pakat doa untuk semua yang berkaitan dan tidak berkaitan, kerana ia akan berbalik kepada kita jua.

5. Kongsikan dengan kawan-kawan dan circle kita yang lain agar sama-sama dapat idea, dan manfaat, insyaAllah.

...

Di bawah ini, poster,

Kita recap mengenai ganjaran positif dan ganjaran negatif, sama ada mengukuhkan tingkah laku baik atau mengukuhkan tingkah laku kurang baik.

Semoga hari-hari kita akan lebih baik selepas ini, walau penuh dengan cabaran sehari-hari sebagai ibu ayah zaman mencabar ini.

Maznah Ibrahim
Telegram reminder keibubapaan kita sehari-hari:
T.mazn.me/chan
Kata-kata baik yang perlu dipelajari untuk diucapkan kepada diri sendiri, ok.

Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
Jemput tonton Sekarang bagi yang berminat untuk faham berkenaan Perubahan Generasi

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=494136169913055
Kekal Sabar dan Usaha Cakap Elok-Elok

Tarik nafas dan tahan perkataan (bila emosi tak ok),

Pesanan tegas untuk anakanda apabila kita ada rasa nak marah,

boleh beritahu perasaan ibu ayah: Ibu / Ayah rasa sangat marah bila.... , Ibu / Ayah mahu lain kali, Abang/Kakak .... (buat bagaimana).


Maznah Ibrahim

Telegram Channel:
T.mazn.me/chan
Seni belajar 'let go', 'give in',
mengalah bukan bererti kalah.

Dengan anak kecil yang egosentrik,
usahlah kita juga sibuk nak menegakkan buluh keras kita, sebab mereka ni rebung yang masih amat muda dan boleh dimasak lagi 😀😁😊.

Sabarlah. Fahami ('seek to understand') dan 'adjust'.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Jom ubah respon yang menjadi kebiasaan kepada respon baru yang lebih baik.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Mama, tahu tak tadi kawan kakak kan, dia ....
Lepas tu kakak pun buat ...

Ayah, abang kan, tadi, kawan buat ...
Pastu abang pun balas balik,...

....
Kerapkalinya jadi nasihat terus ke anak, tak boleh begitu, begini.
Perlu begitu, dan begini..

Jadinya anak akan stop bercerita ketika itu,
ceritanya tak sempat habis.

Sayang lah klimaks dia terganggu dengan pengarahan cerita dari ibu ayah orang dewasa yang bukan terlibat dalam kisah anak tadi.

Dalam pengalaman harian anak,
banyak dia akan belajar.

Salah, pastinya dia akan tersilap laku.
Namun untuk belajar dari kesilapan, dia perlu diproses dengan baik, kefahaman dari sudut pandang anak kecil yang baru belajar nak hidup, orang kata, belum cukup makan garam lah dan sebagainya.

Rupanya, momen cabaran dia tu ada kesinambungan dan pengakhiran yang tidak seperti kita sangkakan 🤦‍♀️🤦‍♂️. Aduh.

Sayang aja kalau momen itu anak sudah letak satu 'belief system' baru dia sendiri, "Ayah tak faham", "Ibu memang selalu macam ni, taknak cerita lagi lepas ni". Keputusan yang bahaya sebab jadi all or nothing bagi budak.

Jadi kita cuba beri nasihat setelah lalui 5 proses ini:

1. dengar dengan penuh tanpa celah apa-apa lagi

2. masa dengar tu cuba dengar perhatikan apa dia rasa

3. apa dia rasa itu, sebutkan,: "Oh jadi abang rasa sangat marah bila dapat tahu dia ambil pensel box abang tanpa kebenaran, sebab tu abang 'lepuk' dia. Lepas tu cikgu denda korang berdua ya".

4. just tanyakan saja, apa dia belajar atau dapat dari pengalaman itu tadi ? terima apa saja sebab itu level pemikiran dia pada waktu ini.

5. lepas tu baru lah masukkan nasihat atau input baru:

i- Kawan tu ambil barang tanpa kebenaran, memang salah. Cuma mungkin dia terlupa, sebab dah terbiasa dan dia ingatkan abang tak kisah kot.

ii- Abang pukul kawan tu kuat-kuat memang boleh menambahkan lagi konflik dengan kawan tu sebab dia pun rasa sakit dan tak adil lah sebab benda kecil je pada dia, tapi kena pukul besar-besaran 😄

iii-Abang pula sangat sensitif sebab takut hilang lagi pensel box kali ni, sangat special Mama belikan ikut pilihan abang kan, abang marah sebab sayangkan pensel box tu hadiah dari Mama.

iv- Cikgu pula sebagai orang bertangungjawab kepada korang berdua, berlaku adil bila denda kamu berdua sebab padanya kamu berdua telah mengganggu situasi pembelajaran dalam kelas....

Masa beri nasihat atau input perspektif baru ini,
kemungkinan anak akan angguk-angguk, sebab dia memperoleh perspektif lensa baru.

Mudahan.

Ingat, kita tak mahu kerana momen kita tercelah cepat dan terlabel, marah, kritik, kondem, salahkan anak itu menyebabkan mereka kurang percaya kepada kita dan tidak lagi beritahu apa-apa apabila mereka menghadapi krisis dalam kehidupan mereka pada waktu akan datang.

Biarlah salah atau betul tindakan mereka, kita tetap bersama membimbing mereka, menyuluh mereka ke jalan yang benar dan lagi luas ....

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
"Ayah tak faham kesusahan saya!!!"

Ibu Ayah bekerja siang malam,
Menanggung banyak tanggungjawab kehidupan,
Serta menghadapi banyak cabaran lagi.

Namun tidaklah diceritakan semuanya kepada sang anak.

Anak hanya bertanggungjawab ke sekolah, dan menghadapi set cabaran lingkungan hidup mereka yang tersendiri.

Anak melontarkan emosinya kepada ibu ayah,
dan tidak tahu ayah juga sedang hadapi baaaanyak lagi cabaran kehidupan di belakangnya.

.....

Sememangnya anak-anak tidak tahu apa yang kita tanggung di belakang kita.

Namun suatu hari dia akan memahami apabila dia sendiri melalui fasa menanggung jawab peranan sebagai ibu ayah pula.

Namun, adalah kita perlu menunggu sehingga dia besar dan melaluinya sendiri?

Sebenarnya tidak. Anak boleh diterangkan dari masa ke semasa, dan dia akan 'collecting dan connecting the puzzles'.

'Act of service' yang kita lakukan,
Mungkin tidak difahami oleh si anak sepenuhnya,
Namun masukkan penjelasan kepada tindakan itu secara jelas melalui perkataan yang benar (words of affirmaiton) (penjelasan), insyaAllah, dia akan memahami serba sedikit, yang mengilhamkan kefahaman adalah Allah jua.

Tangki emosi anak:-

1. Perkataan yang menjelaskan
2. Masa istimewa diluangkan
3. Sentuhan selamat
4. Tindakan nyata
5. Hadiah/material

Maznah Ibrahim

Tidak terlepas maklumat peringatan bersama ibubapa masa kini:-
T.mazn.me/chan
Kita selalu diajar tentang perbezaan antara KEPERLUAN dan KEHENDAK,
yang mana kita dinasihatkan mendahulukan KEPERLUAN kerana ia perlu.
Ia asas. Kemudian barulah kehendak.

Namun anak-anak apabila 'buat hal',
bawah dasarnya adalah kerana menagih perhatian.

Sama ada mereka 'nak perhatian', atau mereka 'perlukan perhatian'?

.
Anak kecil dan warga emas,
perkembangan mereka ada kesamaan, iaitu mereka PERLUKAN perhatian kita. Mereka 'fragile', sensitif, pemerhati kuat, keupayaan dan sumber terhad.

Layanilah dengan sebaiknya sementara masih ada peluang;
yang warga emas sebab MASA (hujung usia),
yang anak kecil pun, sama, masa,
iaitu 'MASA EMAS' sewaktu pertumbuhan kritikal usia mereka, 'golden age'.

.
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Rumahku Syurgaku

Emosi dan 'mood' anak-anak kita dalam seminggu.

Positifnya: anak-anak suka dan rasa selamat duduk di rumah,

Kebimbangannya: anak-anak tidak gembira belajar di sekolah? 😱

Bukanlah begitu, perhatikan yang sekurang-kurangnya:

i. mereka berjaya pergi ke sekolah setiap hari, kecuali sebab kesihatan dan hal lain yang diizikan;

ii. dapat 'pick up' apa diajar oleh gurunya;

iii. apabila ada isu rakan sebaya / guru, mereka masih boleh 'handle' atau hadap.

Maka, oklah,
Normal lah tu, yang bekerja pun sama juga kan 🫣🤭

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Melalui anak, kita belajar untuk banyak bersabar.

Maznah Ibrahim
.