Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Dua post berbeza, satu anak berebut barang,

satu lagi anak alami direbut barang.
ANAK DIREBUT BARANG SEDANGKAN ANAK SEDIA BERKONGSI.... MACAM MANA YA?
===================================
.

Assalamualaikum puan maznah...sy ingin btanya.sy ade seorang anak umo 2 tahun 2 bulan.anak sy normal dan alhamdulillah xde msalah..anak sy ade rmai sepupu belah saya dan belah suami.
.

apa yg sy perlu buat jika sepupu2 dia bsikap "kedekut" utk kongsi ape2 brg mainan atau brg keperluan lain..anak sy jnis suka bkongsi brg dan suka main sama2 malah tak sedikit pn marah jika org lain mengambil brg dia..sy biasa latih dia utk bkongsi brg dan jgn sesekali memukul org lain tmsuk sy..
.

yg mnjadi kerisauan sy,sepupu2 dia kerap memukul dan memarahia dia apabila dia cuba mengambil brg sepupu dia.sy cuma nk tau adakah ini akn mbawa kesan negatif thadap anak sy dan ape perlu sy buat.
.

Jawapan saya.
.

1. Pertamanya, SYABAS puan kerana berjaya didik anak untuk berkongsi. Jarang anak usia 2 nak share, anak pertama saya sendiri ialah jenis yang rajin share tapi jadi keliru bila orang lain tak beri / share.
.

Anak kedua saya pula jenis tak share, so itu memang normal untuk peringkat AUTONOMI (1.5-3.0 tahun), kanak-kanak peringkat usia ni ingat barang dia barang dia, barang orang barang dia, haha.
.

Kemungkinan besar (pengamatan dan pandangan saya sahaja) anak-anak sepupu puan alami rebut barang, dirampas barang (di kalangan kanak-kanak kecil) dan kekerasan fizikal bila berlaku aksi anak kecil begini oleh orang dewasa di sekelilingnya.
.
.

2. Memang akan ada kesan. Anak puan akan keliru sebab keliling dia tak macam dia. So ajar dia untuk FAHAM/identify PERASAAN DIA SENDIRI kepada pengalaman ini, juga seterusnya luah rasa hati dia kepada budak itu bila budak tu pukul dia.
.

Ermm... cuma 2.2 tahun agak kecil bab komunikasi prososial, so puan just beritahu dia bila dia nampak konfius atau kurang selesa, pada kemudian masa, untuk REFLEKSI PENGALAMAN SIANG itu (buat sesi borak santai pada WAKTU MALAM sebelum tidur), agar beri dia dengar ayat puan yang menerangkan mengenai tingkahlaku prososial yang betul.
.

Contoh:
.

Bagus, A (nama anak) sebab suka share mainan dengan B, C.

Tapi B dan C tak share.

Maka A rasa TERKEJUT bila B dan C taknak share barang mainan,dan KELIRU DAN MARAH bila B/C pukul dan rampas.

Tak apa, Allah, Mama, Ayah suka dengan A yang suka kongsi barang mainan. (Fokuskan pada anak puan melebihi anak orang lain akan tingkahlaku yang betul tu),

Biar B dan C tak kongsi, tapi A tetap kongsi, kan? Nanti lama-lama B dan C akan belajar dari A tuk kongsi.
.

(macam panjang kan, tapi percayalah anak mendengar dan merakam akan ayat ini :)
.
.

3. Pasangkan video OMAR dan HANA yang kongsi sama-sama, supaya anak puan sedar, tindakan dia berkongsi tu adalah BETUL, Allah suka dan sayang kita.
.

Ini bagi dia nampak secara VISUAL dan PENGESAHAN DIRI, bahawa itu adalah tingkahlaku standard yang BENAR, dan dia buat yang betul, dan sama exactly macam dalam video tu :D,
.

Puji tindakan Omar dan Hana, serta Faris dan Sarah dalam video tu, dan kaitkan dengan tingkahlaku dia (anak puan) selama ini, agar dia nampak persamaan....
.

*Video Omar dan Hana kesemuanya adalah sangat Hypnotised Prosocial Action untuk kanak-kanak kecil yang suci hatinya ini. Percayalah. :)
.

4. Ke depan, dalam usia dekat 3, ajar dia SKRIP LUAH RASA ASERTIF,

"Jangan pukul saya / jangan rampas barang saya, saya tak suka. Awak boleh Minta baik-baik, saya akan beri".
.

Ini ayat asertif dan nasihat cara tindakan yang betul. Nampak mcm formal, tapi sebenarnya itu adalah standard tingkahlaku betul, asertif dan kita sentiasa beri anak yang TERBAIK DAN BETUL, bukan yang biasa-biasa sahaja, ok puan.
.

Ini juga penting ke depan untuk cegah dibuli (PASIF) atau jadi pembuli (AGRESIF).
.
.
.
Akhir,

Saya doakan puan, insyaAllah sebagai Ibu yang berusaha bentuk anak soleh/solehah puan ini beroleh ketetapan hati untuk terus ISTIQAMAH, KUAT, CEKAL, BERHIKMAH dan SABAR, dalam mendidik anak/ anak-anak.
.

Tak apa, kita mulakan, kanak-kanak lain akan menurut nanti. Anak puan akan jadi agen perubah kelak in
syaAllah.
.

Maznah Ibrahim.
.

*Terima kasih puan yang bertanya, sudi berkongsi soalan jawapannya kepada umum. Allah ganjarkan kebaikan berpanjangan buat puan dan kita semua atas sedekah ilmu ini.
BAGAIMANA NAK BINA SKRIP AFIRMASI DIRI BAGI ATASI HABIT TAK BEST ANDA
==================================

Jum, training percuma dengan saya.
.

Ucapkan Perkataan dan Skrip Affirmasi Yang Tepat dan Terbaik untuk Diri Anda, Bagi Atasi Isu/Kesukaran Anda.
.

Saya baru selesai buat slide ringkas untuk Sepetang Bersama Psikologis/Psikiatris untuk staf nanti.
.

Saya sharekan agar ramai lagi beroleh manfaat ya.
.

Lakukan ini sekarang, untuk tujuan latihan diri.
.

Bila dah terror / faham konsep cara bagaimana buat, boleh lah teruskan untuk isu lain pula.
.

Teknik ni mahal, ia hasil dari berkali-kali latihan saya lakukan bersama peserta kursus mahupun klien individu saya, dari Isu / Masalah ---> Kepada Solusi Yang Spesifik Berkenaan Isu itu.
.

PERTAMA-TAMANYA, PERLU FAHAM ASAS KEPADA ILMU HYPNOSCRIPT INI:
.

1. Perlu tahu, kita adalah apa yang kita fikir, rasa dan ucapkan. Jika kita kerap berfikir, berasa atau mengucapkan perkataan /perkara yang buruk, maka itulah yang akan benar-benar belaku. Namanya Law of Universal Attraction (boleh beli buku LUA ini oleh Tn Zuhairi Nopiah, best dan simple, faham jelas).
.

2. Jika kita sendiri dikelilingi oleh orang negatif, mendengar perkataan negatif yang tidak membangun pun, maka kita akan lebih mudah jadi negatif sebab surrounding negatif. Ini lebih ketara untuk orang yang otak ekstrovert (seperti dalam Ilmu STIFIn, otak lapisan luar lebih luas, maka persekitaran mudah pengaruhi dia. Jangan risau, saya juga seorang yang otak ekstrovert, suami dan anak juga begitu 🙂)
.

3. Maka latihan self affirmation ini sangat tepat kerana anda perlu kombat/lawan dengan perisai ilmu kebal yang baik dan bina sendiri ayat yang baik-baik, sesuai dengan isu dan kesukaran diri anda dalam menangani suara kecil harian, dan pengalaman lampau tentunya beri pengaruh besar.
.

4. Tonton video Dr Emoto ini, bagi anda faham jelas, secara sains, memang perkataan positif baik BEZA BESAR dengan perkataan negatif dan tak baik.
.

Sini linknya:

https://www.youtube.com/watch?v=Ehlw-9PJkIE

.

5. Dari sudut ayat/nasihat/guidance dari Allah, ada disebutkan dalam AL Quran, Surah Al Baqarah, ayat 83 (ini saya ambil dari Ilmu SASU, Kanda Siti Norlaila Yang Baik 😘)

- Wa Quulu Linnasi Husna - Dan ucapkanlah perkataan yang baik kepada manusia.
.

6. Jum, mulakan. Ikuti step di bawah ya.

.

STEP 1:
.

Apakah Kesukaran Anda Hingga Menimbulkan Masalah Berulang ?
 Selalu berfikiran negatif – pasangan tak suka
 Selalu datang kerja lambat - punch card merah
 Selalu naik marah - cepat marah - menyesal
 Tangan cepat naik – pukul anak?
 Buat kerja lambat siap
 Ter cuai / silap dalam lakukan tugas
 Sukar nak kata TIDAK – orang minta tolong mesti akan menurut saja

STEP 2:
.

Senaraikan emosi/ tingkahlaku positif yang anda mahu diri anda jadi (iaitu sebaliknya dari masalah / kebiasaan negatif anda)
.

Contoh: MASALAH ANDA CEPAT SANGAT MARAH
.

Maka Anda mahu……
1. Diri tak cepat marah – kool / tenang saja
2. Berfikiran positif – baik sangka
3. Tenang selalu
4. Boleh bernafas / pause bila rasa nak marah
.
.

STEP 3:
.

Bina Ayat / Skrip Affirmasi dengan Perkataan Positif dan Nama Anda Didepan

Contoh: Ini ayatnya

1. Maznah Kool
2. Maznah Berfikiran positif –
3. Maznah Berbaik Sangka
4. Maznah Tenang selalu
5. Maznah Boleh bernafas / pause bila rasa nak marah
.
.

STEP 4:
.

Tulis elok-elok besar besar di kertas A3 putih atau A4 putih pun tak apa,
.

Tulisan marker / krayon gemuk warna merah, untuk kontras (ni saya adapt dari Glen Domann cards untuk anak-anak saya dari bayi)
.

Sekali baca, sudah nampak pesanan mesej dari Maznah untuk diri Maznah ;)
.

Silakan SHARE.
.

With Love,

MAZNAH IBRAHIM.
.

*Dapatkan jika belum ambil lagi, Ebook Percuma saya untuk masa terhad, bagi hypnoscript anak, di link ini:

Bit.ly/EbookHypnoScriptAnak
Bit.ly/EbookHypnoScriptAnak
Bit.ly/EbookHypnoScriptAnak
The power of sandplay.
Hihi.
Main sama-sama,
Induce creativity,
Show their talent,
And it's actually from their 'experience'.

Macam semalam, KN kata dia nak buat mee pedas, nasi yellow dsb.

Harini Fateh buat kueh Apom, katanya.

Waah, mana la Mummy tak selera,
Sedap belaka menu depa nih 😂

Adakan sandtray/play area,
Ia releasing, therapeutic for human 😉


Maznah Ibrahim
InsyaAllah sejam lagi saya akan adakan FB Live,
Review untuk Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi.

Hari ini, 1.30 tengahari.

Jumpa nanti.

Maznah Ibrahim.

fb page : maznahibrahimofficial
untuk yang alami atau mengenali sahabat yang ada alami penderaan emosi mental dari pasangan👆
Cuti Cuti Macam Ni Biasa Ibu Terlepas Marah

Ya lah, menghadap anak 24 jam ya?
Boleh bayangkan untuk ibu fulltime home engineer camana?

Sentiasa ingatkan diri kita,

Anak anak adalah tetap anak.
Mereka jauh beza usia dengan kita,
Mana sama anak 3 tahun pengalaman dengan anda 30 tahun pengalaman hidup.

Mereka perlu, dan nak kan perhatian, didikan, asuhan dengan sebaiknya

Nak nak setelah sibuk dengan rutin mereka.
Rutin mereka ada, rutin kerja kita juga ada.
Kita dan mereka sama saja,
Dua entiti berbeza sebab tanggungjawab berbeza.
.

Mereka ialah tanggungjawab kita untuk diasuh, dididik, dibimbing apa betul, apa salah, dan bagaimana berhadapan dengan konflik.
..

Konflik dengan mak ayah di rumah, (lain suruh lain dibuat),
Konflik minat berbeza (interest) antara dia dan adik beradik dia, (berebut siaran tv dsb),
.

Bagaimana kita hadapi atau atasi konflik,
begitulah mereka belajar dan akan lakukan nanti.
.
Contoh jika kita marah si abang/kakak menangkan si adik,
Adik belajar, boleh marah si abang/kalak camtu aja.
Sentiasa asingkan si besar dan buat one to one bercakap dan didik mereka.
.

Sebenarnya masa cuti inilah ibubapa banyak nak dalami pengalaman anak anak di luar sana, di sekolah, lingkungan kawan kawan sebayanya.
.

Jangan terkejut,
Anda tak pernah ajar anak pasal kahwin-kahwin,
Anak usia 5 anda dah sebut pasal dah besar nak kahwin dengan orang ni, nak buat macam ni itu ini bila dah kahwin.
.

Cerita cerita macam ni,
Hanya dapat bukan masa primer time anak jumpa lepas sekolah terus cerita kat kita,
.

Sebab ia info tak utama.
Anak pun tak ingat sangat.

Tapi, ia akan muncul bila santai-santai,
Bila tetiba dia trigger.
.
Jadi waktu santai dan rehat camni amat penting.

Masa nilah nak banyak asuh dia pasal apa yang betul, apa yang salah,
Amar makruf, nahi munkar.
Ikut aja guidelines apa diberi Allah dalam Quran.
Masa nilah nak cerita banyak pasal kisah nabi nabi terdahulu....

Masa senggang, lebihan waktu dari waktu sibuk biasa Isnin-Jumaat.
.

Kalau rasa nak marah,
PAUSE dengan bernafas sekali hingga tiga kali dulu,
Bergerak, untuk release energy marah.
Cakap hanya bila dah tenang,
Masa marah, pasti ayat keluar ayat yang tak baik,
Maka, keluarkan dulu emosi negatif,
Untuk masuk emosi sedikit positif,
Baru deal/berhadapan dengan si anak.
.
.
Banyakkan penuhi tangki emosi asas anak-anak:

❤️ Hugs peluk mereka full dada ke dada,

❤️ Ucapkan sayang dan hasrat anda ke mereka,

❤️ Main sebentar dengan mereka, temani mereka dengan aktiviti mereka pilih bukan kita pilih,

❤️ Hadiahkan mereka dengan masakan dan minuman kegemaran mereka,

❤️ Layan mereka baik dan istimewa seperti Tuan Muda atau mak bapa mertua, atau anak kawan tumpang rumah,

❤️ pandang mata mereka dengan kasih sayang seperti mereka baru lahir. .
.
.

Salam Cuti Weekend,

Renungan,
Maznah Ibrahim
Sudah lihat dan dengar FB Live saya berkenaan Ebook Saya TakNak Marah Anak tempoh hari?


Ia sekitar 40 minit saja.
.

Ada juga soal jawab berkenaan isu marah anak.
.

Free kan masa anda, jum tonton.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=811182952389624&id=477691842405405
Maaf lama tak menulis, santapan emosi dan ilmu untuk kita semua. Saya sedang dalam fasa ujian sedikit, dan insyaAllah tetap merindui untuk menulis.


Penulisan kecil hari ini untuk anda. ❤️