Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
[Anak Tetap Dekat dengan Kita]

Apa usaha kita buat sekarang bantu kita lebih tenang pada masa akan datang:-

🔑 Kita cipta momen dari aktiviti rutin yang berimpak tinggi

🔑 Kita prioritise aktiviti yang penting untuk seimbangkan kerja dan keluarga

🔑 Kita counter check / check n balance dengan anak selalu, tidak drag isu berlarutan tanpa penyelesaian

🔑 Kita usaha atasi cabaran kita dengan skil ilmu spesifik agar damage dapat dielakkan

🔑 Kita doa setiap hari agar dipandu tindakan kita ke arah yang betul dan baik, InsyaAllah

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari:

T.mazn.me/chan
[Aktiviti Selit yang Berkualiti untuk Anak]

Maznah Ibrahim

Telegram channel keibubapaan sehari-hari kita:
T.mazn.me/chan
[Bila Penat Ingat Sabar kepada Proses]

Proses membentuk diri
Proses membentuk anak
Proses memperbaiki diri
Dan semuanya pun proses
Tidak tiba-tiba je jadi

Maznah Ibrahim
Telegram channel keibubapaan kita sehari-hari
T.mazn.me/chan
[Apabila Si Kecil Merajuk]

Kadangkala kita biarkan, sebab kita dah tak mampu nak tampung emosi dia dengan emosi kita juga sudah penuh,

Bila ada ruang di hati sedikit, cubalah memujuk, apa salahnya, berlembut.

Sederhana, ada masa kita tegas (atau mungkin terlalu berkeras tanpa sedar), dan ada masa kita boleh cuba kaedah lembut.

Mudahan sama-sama boleh belajar komunikasi yang baik.
Mudahan anak mampu berempati kepada kita, pasangan dan anak-anak dia pula nanti.

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari:
T.mazn.me/chan
[Ada Mata Kecil Tapi Tajam Memerhati]

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari:
T.mazn.me/chan
Setuju 100% mengenai pertikaian hukuman fizikal, dari sudut budaya, apabila diperhalusi perspektif islam dan psikologi, ia harus berada di hujung selepas berbagai usaha dan proses pembentukan karektor dari kesalahan si anak.

Apabila dibaca buku Prophetic Parenting dan kajian berkaitan kaedah keibubapaan, sememangnya ia seiring, iaitu perlulah secara berhemah dan berhikmah.

Pengalaman mengendalikan kes kanak-kanak, remaja dan individu dewasa serta warga emas, jelas menunjukkan kesan dari kesinambungan cara menghukum fizikal, kepada mental dan emosi seorang anak, sehingga dewasanya.

Dan, kajian ACES (Adverse Childhood Experiences) lebih jelas untuk 'big data' bagi kajian kecil dan besar semenjak tahun 1995 lagi. Malahan kesan sehingga kepada aspek kesihatan fizikal.

Kita perlu belajar lebih banyak sabar dan kaedah pendekatan yang lebih berhemah dan berhikmah.

Doa dan usaha.

Terima kasih atas penulisan oleh Tuan Mohammad Mustaqim Malek dari IKIM di ruangan komentar BH pada 20 Januari 2023 lalu. Semoga lebih banyak penulisan dan kesedaran mengenai perkara ini.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2023/01/1054141/pendekatan-berhikmah-lebih-berkesan-disiplinkan-anak-murid
[Akar kepada Keibubapaan Kita]

Antara AKAR kepada keibubapaan kita juga adalah ILMI yang benar, SKIL yang dilatih hingga jadi muscle diri, dan kepercayaan serta kebergantungan kepada Allah (rujuk, tanya Allah sentiasa) kepada tindakan-tindakan kita sehari-hari (ESTIM DIRI KITA).

Yang dibimbangi juga adalah rasa bersalah, terikat dengan trauma kecil (atau besar) hasil pengalaman dan peristiwa lalu, dan tidak yakin kepada diri sendiri sebagai ibu ayah yang merupakan model dan tempat rujukan dipercayai anak-anak.

Webinar Live Februari kita insyaAllah akan bantu secara spesifik aspek ini. Nanti lihat email dalam masa terdekat ya.

InsyaAllah semua kita adalah ibu ayah terbaik pasangannya dengan anak-anak kita sendiri 💪🌱. Jika bukan kita, siapa lagi?

Maznah Ibrahim

Telegram reminder keibubapaan kita sehari-hari:
T.mazn.me/chan
.
.
[Kitaran Berulang]

Dulu abang suap adik baby,
Dah besar adik tu boleh suap abang, kan?
Anak juga suka suap ke mak ayahnya juga. Imitate.
What we give we get back.
Semoga kita dapat memberi yang terbaik, menjaga, menyirami, memelihara mereka sebaiknya. InsyaAllah.

Maznah Ibrahim

Boleh dapatkan ebook percuma Adik Beradik Ngam disini:

https://ebook.maznahibrahim.com/ngam

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari:
T.mazn.me/chan
.
Saya bercadang untuk buat webinar pertengahan bulan Febuari ini.

Bantu saya untuk pilih webinar mana yg anda perlukan, bergantung situasi anda sekarang:

Webinar 1:
Berkenaan Keibubapan Remaja - Pening Sudah Berubah - Apa Berlaku Kpd Anak saya? Tiba-tiba berubah tingkahlaku & emosinya.

Ibu bapa pun terkesan kerana cara biasa sebelum ini sudah tak berkesan, sehingga ada ibu bapa yang putus asa & menggunakan cara paksaan serta kekerasan untuk anak mendengar kata.

Apa yang akan bakal dikongsikan, sehingga ibubapa akan faham struggle yg sedang dihadapi anak remaja apabila masuk ke fasa ini sehingga solusi atau idea utk bantu anak akan hadir sendiri.

1. Memahami sudut pandang remaja (tekanan dihadapi)
2. Apa terapis lakukan (sedikit bantuan)
3. Apa fasa perkembangan remaja dari sudut fizikal, kognitif dan psikososial
4. Gaya keibubapaan
5. Kunci / strategi / solusi

Sesuai untuk ibu bapa dengan anak berusia 10-17 tahun.


Webinar 2:
Bagaimana Ibu bapa untuk move on apa bila terperangkap dengan cycle rasa bersalah kepada anak & diri kerana kerap mengulangi cara sama (marah-marah,pukul dsb) walaupun sudah tahu/belajar bermacam kaedah dan teknik keibubapaan.

Sehingga timbul rasa tidak yakin diri untuk membimbing anak dan anak mula menunjukkan respon yang negatif - memberontak,melawan, tidak dengar kata dsb.

Sesi terapeutik khas dengan 80% adalah sesi praktikal hands on.

Kita akan pergi mendalam untuk meleraikan isu ini sehingga ibu bapa boleh forgive & let go. Berlaku dalam 2 sesi.

Sesuai untuk semua ibubapa tanpa limit usia anak.

Sila undi webinar 1 atau webinar 2.
Pilih webinar 1 atau webinar 2
Anonymous Poll
38%
Webinar 1
62%
Webinar 2
Kita sudah ada keputusannya!

Webinar 2 mendapat undian tertinggi 👍🎉🎉

Jadi saya dan team sudah buat keputusan untuk lancarkan webinar 2 dalam masa terdekat.

Untuk webinar 1 juga kami buat keputusan untuk juga laksanakan pada bulan seterusnya. Insyaallah.

Nantikan pengumuman dan maklumat lanjut berkenaan webinar 2 malam ini.

Terima kasih kerana mengambil bahagian. 🥰
[Webinar Keibubapaan Live Terbaru - Febuari]

Webinar Keibubapaan: Unstuck
Bagaimana Ibu bapa mahu 'move on' apabila terperangkap dengan 'cycle' rasa bersalah kepada anak & diri.

Pengenalan:
Bagaimana Ibu bapa mahu 'move on' apabila terperangkap dengan 'cycle' rasa bersalah kepada anak & diri kerana kerap mengulangi cara sama (marah-marah, pukul dsb) walaupun sudah tahu/belajar bermacam kaedah dan teknik keibubapaan.

Sehingga timbul rasa tidak yakin diri untuk membimbing anak dan anak mula menunjukkan respon yang negatif - memberontak, melawan, tidak dengar kata dsb.

Sesi terapeutik khas ini adalah sesi praktikal hands on 80%.

Kita akan pergi lebih mendalam untuk meleraikan perkara ini sehingga ibu bapa boleh 'forgive & let go'.

Berlaku dalam 2 sesi.

Sesuai untuk semua ibubapa tanpa limitasi usia anak.

Daftar Minat di sini:
>> https://webinar.maznahibrahim.com/early-bird-waiting-list

Supaya anda tak terlepas webinar ini & tawaran early bird nanti.
[Kita Marah Sebab Kita Nak Lindungi Diri Dari Terluka]

Terluka sebab rasa bersalah kepada anak, diri sendiri dsb.

Contoh kita tak sempat masak sarapan untuk anak ke sekolah, anak bangun lambat, kita pun mungkin bangun lambat...

Semua rasa bersalah itu tidak membantu apa-apa malahan buatkan kita tak dapat grow... Tumbuh lebih tinggi, jauh...

Meh kita hadiri Webinar 2 minggu lagi untuk urus rasa kesal & bersalah kita, agar kita tak terus-terusan terperangkap dengan emosi tak ok kita.

Sini, untuk alert bagi pendaftaran earlybird ya:

https://webinar.maznahibrahim.com/early-bird-waiting-list
.
[Mendengar]

Bukan mudah nak betul-betul mendengar apa nak dikatakan si anak.

Kadangkala kan, kita tak sedia, tak sesuai, tak mahu pun dengar. Kita ada agenda lain lebih utama.

Namun, ia boleh dilatih..
Besar manfaat bila berjaya mendengar dengan baik dan berkesan.

Active listening namanya.

Anak rasa dihargai, dirinya penting, dia percaya kepada kita untuk dia bercerita lagi. Momen itu, bila dikhianati, bimbang sedikit demi sedikit terhakis kepercayaan mereka kepada kita .. tak mahu ada orang luar yang tak betul menjadi tempat mendengar si anak ....

Bagaimana Mendengar yang Efektif?

Mendengar bukan saja kepada perkataan, lebih lagi adalah mendengar dengan MATA HATI, iaitu melihat kepada petanda bukan lisan, nada suara dia, memek muka dia, empati dulu baru respon dengan idea solusi.

Selalu kita terus beri solusi
Solusi kebiasaannya bukan yang diperlukan sewaktu anak bercerita. Tapi kefahaman. Seek to understand first, then others will follow you ...

Cumanya dalam konteks ibu bapa dan anak, orang dewasa lebih bertanggungjawab untuk tune in, ubah suai diri, sebab kita kan lebih tua berpuluh tahun 💁.

Niat jadi pendengar yang diperlukan si anak,
Ok.

Refleksi,

Maznah Ibrahim
.

P/s : [Webinar Keibubapaan Live Terbaru - Febuari Unstuck: Bagaimana Ibu bapa mahu 'move on' apabila terperangkap dengan 'cycle' rasa bersalah kepada anak & diri. Daftar earlybird waiting list :
https://webinar.maznahibrahim.com/early-bird-waiting-list
.