Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
[Dalam Kekalutan, Ada Ketenangan]

Tarik nafas,
hembus,
lepas....
Senyum😊!

Sebut yang baik-baik bila hantar anak-anak ke sekolah/ center nya💝 ya

Maznah Ibrahim

Telegram Reminder Keibubapaan Kita Sehari-hari
T.mazn.me/chan
[Kita Sentiasa Ada Pilihan]

Nak marah atau tarik nafas.
Nak cengeh atau senyum.
Nak bising atau diam.

Mooga hati kita semua ibu ayah sentiasa dipandu untuk ada 'kesedaran', dan 'self control'.

InsyaAllah 🤲😍💪Boleh.

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari :

T.mazn.me/chan
[Sebab Apa Kita Tak Pandai ?]

Saya tak pandai nak cakap elok-elok dengan anak... (saya memang kasar)
Saya tak reti nak peluk anak... (saya rimas)
Saya tak reti nak ucap sayang dengan anak... (geli geleman lah)
Saya tak reti nak gurau dengan anak... (nanti anak tak hormat saya)
Saya tak reti nak senyum... (saya memang muka serius macam ni)
Saya tak reti nak masak makanan kegemaran anak saya tu... (saya memang tak pandai masak)

....dengan sejuta alasan boleh diberi. Just dari kepercayaan "Saya tak pandai".
.

Tak pandai, belajar!
dah belajar, buat, nanti pandai lah 😁😁😁.

Ada 'keyword' 'PANDAI' di situ. Memang 'powerful'.
.

"Adik ni busuk lah, tak mandi".
Anak pun sebut, Mama busuklah.
[Apa rasa dengar perkataan busuk?] ???? 🥲😆😅

"Adik yang comel ni tak mandi lagi, sebab tu 'tak wangi'...
Jum lah mandi, nanti wangi lah sedaaaaap Mama Papa nak peluk cium.."
Anak pun sebut, Mama ni 'TAK WANGI' lah. Bau kuali. 😅 (jujurnya sang anak),
Apa rasa beza perkataan BUSUK dan TAK WANGI?
- Pada perkataan ada 'pemberat makna yang membawa RASA'.
- Pemilihan perkataan yang baik rupanya perlu kita belajar, sebab kita tak biasa dan tak pandai.....
.

Sebenarnya bersama ujian 'tak pandai' itu ada solusi menanti,
Dan ada manfaat besar untuk diri sendiri bila dah berjaya atasi nanti.

Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, dan ada kemudahan... berganda (2x) kemudahan dan hasil manfaat apabila kita melihat dari sudut yang positif.. dan sudi pelajarinya... atasinya...

Saya juga tak pandai cakap/komunikasi baik-baik,
dan tak pandai juga kawalan emosi, selalu terbabas..
Saya belajar, untuk diri sendiri.

Manfaatnya besar, besar.
Bukan saja untuk diri, malahan untuk orang terdekat, dan untuk orang lain (klien dan staf) yang mahu dan perlu bersama-sama belajar juga...

Perkataan ganti yang lebih baik dan sesuai untuk atasi cabaran anak-anak sehari-hari:

https://hypnoscript.cc

"Kita berusaha menjadi ibu ayah dan pasangan yang lebih baik setiap hari".

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari:
T.mazn.me/chan
Saya dan tim sedang final tune kepada data survei ini.

Semoga input yang anda berikan bakal beri manfaat kepada para ibu ayah di luar sana juga kerana faktor 'kesamaan' isu kebanyakan kita.

Jemput menjawab bagi yang belum lagi.

Menjawabnya juga adalah terapeutik, sebab kita merefleksi diri,💆🏻‍♀️

Dan jawapan kepada persoalan/cabaran keibubapaan kita juga mungkin sudah ada dalam beberapa webinar-webinar saya.😍

*Boleh juga cek email untuk maklumat lanjut ya. 👌🏻👍🏻
*Kupon boleh guna berulang kali sehingga tamat malam ini bagi yang telah menjawab survei.

https://form.maznahibrahim.com/saya-nak-faham
[ Hormati Juga Entiti Kecil Tanggungjawab Kita ]

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari:

T.mazn.me/chan
[Anak2 Kita = Sang Bintang Itu] 😍😍😍

Sentiasa check and balance dengan anak untuk pastikan tiada tertinggal, salah faham, dsb.

.
Maznah Ibrahim

Telegram channel parenting reminder kita bersama:
T.mazn.me/chan
[Tips Rebonding atau Masa Nak Selami Hati Anak]

Laras Badan Sama
Laras Mata Sama
Laras Emosi Akan Lebih Dekat
Mesej Akan Lebih Sampai
Koneksi dan Percaya Meningkat

Semoga kita sentiasa DEKAT di hati anak ❤️

Maznah Ibrahim

Telegram channel keibubapaan reminder kita sehari-hari :-
T.mazn.me/chan


p/s saya selalu sarankan baring, sebab ia paling powerful, saya pun suka dan selalu buat yang 'baring' tu. Anda suka posisi mana satu ?
.
[Pandangan]

Bersyukurlah kita ada kuasa panahan mata
-bukan panahan marah/geram/sindir
-tapi pandangan penuh kebaikan

Maznah Ibrahim

p/s nantikan saya buka pendaftaran webinar baru untuk tingkatkan skil menangani anak kita sehari-hari,
pendaftaran awal biasanya sangat berbaloi-baloi nilaiannya, InsyaAllah

Telegram channel reminder harian keibubapaan kita:
T.mazn.me/chan
Parenting Maznah Ibrahim
Photo
Boleh lihat jawapan panjang saya di sini untuk isu yang sama ya, Terima kasih kerana bertanya secara umum di komen kepada Puan UmiSarah 😃😃😍
[Stres dan Uruskan]

Paling cepat lega/selesai buat masa itu ialah menerusi kaedah fizikal. 😃🏃Tak perlu fikir, just buat aja, asalkan aktiviti fizikal yang selamat ya. Selamat, bukan tak selamat (untuk diri, orang lain / benda sekeliling).

Kedua, mental (tukar cara berfikir). 🤔 Ia boleh bantu banyak, untuk lawan emosi semasa yang mengganggu. Keadaan semasa / ketika itu. Kekuatan manusia adalah pada fikiran waras/rasionalnya.

Ketiga, masih trigger, cepat stres, sebenarnya kaedah switch emosi atau processing emosi adalah sangat perlu, 💗
Ia perlu dengan kaedah tertentu yang bersesuaian dengan diri kita,
dan setiap orang tidak sama cara lega emosinya. Ada orang sesuai meluah dengan mulut, ada orang sesuai dengan menulis, melukis, menyanyi, 'membunga/kebun/pokok', dan aktiviti lain-lain lagi. Cara dia.
Dan, ia amat berkesan untuk bantu dalam jangka masa lama sedikit, agar trigger peristiwa sama tu akan kurang reaksi 'melatah emosi'nya.

Last, but not least.
Spiritual, ini memang long lasting, dalaman, powerful sekali.
Amalkan, rutinkan, insyaAllah protective layer paling anjal. 💪

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Telegram channel keibubapaan sehari-hari kita, di sini:
T.mazn.me/chan

Siap sedia nanti saya akan buka webinar khusus yang amat penting untuk kita sama-sama upgrade skil mengurus emosi semasa kita dalam mengatasi isu anak sehari-hari💆‍♀️, dalam waktu terdekat. Seperti biasa earlybird memang sangat berbaloi nilaiannya.... Sayang semua 🙌🌷
[Terima Kasih Ayah-Ayah Yang Sangat Baik]

dan terlibat dalam keibubapaan anak-anak kita semua.

Sememangnya ayah-ayah adalah 'Ketua Ibu Bapa' kepada tim orang dewasa yang bertanggungjawab mendidik, mengasuh, menjaga anak-anak.

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari:
T.mazn.me/chan

p/s: boleh cek email bagi informasi pendaftaran earlybird webinar terbaru yang sangat penting ya 🤩
[WEBINAR TERBARU]

Tenang Semasa Tegang:
- Bagaimana Kita Nak Kekal Tenang dalam Situasi Tegang dengan Anak?


Semua ibu ayah mahu kekal baik, tenang, dan respon dengan sangat rasional sewaktu anak menimbulkan situasi tegang melalui aksi kerenah nya 💥

Malangnya emosi dan tindakan mereka cepat saja melantun semula kepada diri kita 🔥
dengan kita turut sama melayan arus 'tegang', dan 'badai gelora' yang menghempas kuat 🌊,
ke atas dan bawah, ke kiri dan ke kanan...
Waduh... sakitnya tempiasnya.🤦🏻

Selepas itu, bila refleksi semula,
kita rasa menyesal.
Kita fikir, seharusnya tadi kita bertindak lebih baik,
lebih hormat,
lebih memahami.
Namun sukar!
Tak mudah!

Semua kita pernah mengalaminya.💆🏻‍♀️
Anak kecil usia 1+, anak usia 2-3 tahun, anak usia 6 tahun,
Anak usia sekolah rendah, anak usia remaja.
Geram.

Kecil tu boleh faham juga, bahasanya belum ada,
yang besar tu, aduh, mencabar sungguh.

Di sini saya membaca, saya menganalisis, saya memahami dan saya mencari bagaimana kaedah terbaik.

Semua orang kata memang sukar dan terlupa nak tarik nafas pun.

Walau tahu kena tarik nafas dalam-dalam 🌬💆

Jemput untuk bersama saya, dalam konten terbaru saya,
InsyaAllah sama-sama kita fahami lebih dalam, dan pelajari, perbuat lebih baik.

Seperti selalu saya tuliskan,
Anak belajar direct dari kita,
Dan tindakan kurang rasional kita memang melantun semula kepada dia untuk dia kepada kita dan adik beradiknya......
dan kita nak, dan telah berazam mahu perbuat lebih baik setiap hari.

Moga kunci tepatnya 🗝 kita ada, dan jalannya kita nampak ada sinarnya 🌈🌤

Daftar untuk join waiting list earlybird, di sini:

https://webinar.mazn.me/early-bird
https://webinar.mazn.me/early-bird
https://webinar.mazn.me/early-bird

❣️Konten yang unik, dan tepat untuk isu dan solusi kita.💪
❣️Share dengan kawan-kawan kita semua.
BH semalam.
Semoga semua kita mampu menjadi pendengar anak-anak kita dari kecil hingga besar.