Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Pecah Kaca Boleh DiKemas,
Pecah Hati Macam Mana Nak Repair?

1️⃣ Tarik nafas panjang (tutup mulut, untuk induce sabar dan bertenang), hembus lepas...

2️⃣ Fokus kepada aksi SOLUSI ketika itu, contoh kita sama-sama tegakkan semula pasu / kita ambil kain untuk lap air, ok.
.
3️⃣ Pesan "Lain kali hati-hati, Okay".

Hakikatnya mana dia akan belajar lebih baik dari momen tersilap tu???

Fokus kepada aksi SOLUSI bukan MASALAH.

Fokus kepada tenang dan aras manusia rasional.
Bukan fokus kepada emosi marah/ kecewa/ penat/ terkejut.

Pilih yang baik dan terbaik untuk kini dan masa akan datang,

Apa dia belajar dari input spontan kita sehari-hari tu, akan menjadi output dia nanti.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
.

Telegram channel psikologi anak dan parenting:

T.mazn.me/chan
[UPDATE] Saya Nak Faham

Terima kasih kepada yang telah menjawab lengkap soalan survei dan merebut peluang kupon khas webinar. Masih boleh menjawab survei bagi yang belum berkesempatan menjawabnya ya.

...........................................................................

Saya dan team sedang menyusun topik-topik & merancang apa cara terbaik untuk pastikan semua perkongsian saya dapat sampai kepada sasaran & orang yg benar-benar memerlukannya.

Perancangannya nanti perkongsian tersebut dapat diberikan secara berkala melalui saluran yang sesuai.

Semoga dengannya sedikit sebanyak kehidupan keluarga yang membaca dan memahaminya dapat berubah kepada yang lebih baik, InsyaAllah.

Untuk mencapainya, saya perlu lebih faham keperluan & situasi yang mereka alami, bermula dengan diri anda sendiri.

Mahukah anda bantu saya untuk lengkapkan sedikit survei untuk saya lebih faham keperluan & cabaran yang anda sedang hadapi.

Supaya saya & team boleh membantu anda dengan memberi pengisian lebih baik & releven kehadapan?

Sebagai tanda terima kasih saya akan berikan kupon dengan diskaun 50% bagi webinar terdahulu saya.

Boleh terus ke link ini untuk survei:

https://form.maznahibrahim.com/saya-nak-faham

Semoga usaha kecil saya & team ini dapat membantu lebih ramai ibu bapa seperti anda.

Maznah Ibrahim
[Dah Peluk Erat-erat Setiap Anak Kita?]

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
[Self Care - Penjagaan Diri Kita Juga Penting]

✓Asas keperluan fizikal diri : makan, minum, bersih, tidur/rehat - mencukupi (tak lebih tak kurang)

✓Asas keperluan psikologikal diri : pelukan, penghargaan, masa me time aktiviti /hobi ringkas (ada diisi tangki emosinya)

✓ Asas tali spiritual /rohani diri : aktiviti asas spiritual, konsisten kita lakukan (siang malam, duduk, berdiri, berjalan, tidur, ada aktivitinya, kan).

❤️,
Maznah Ibrahim

Telegram channel 'reminder' keibubapaan Kita sehari-hari:

T.mazn.me/chan
[Dalam Kekalutan, Ada Ketenangan]

Tarik nafas,
hembus,
lepas....
Senyum😊!

Sebut yang baik-baik bila hantar anak-anak ke sekolah/ center nya💝 ya

Maznah Ibrahim

Telegram Reminder Keibubapaan Kita Sehari-hari
T.mazn.me/chan
[Kita Sentiasa Ada Pilihan]

Nak marah atau tarik nafas.
Nak cengeh atau senyum.
Nak bising atau diam.

Mooga hati kita semua ibu ayah sentiasa dipandu untuk ada 'kesedaran', dan 'self control'.

InsyaAllah 🤲😍💪Boleh.

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari :

T.mazn.me/chan
[Sebab Apa Kita Tak Pandai ?]

Saya tak pandai nak cakap elok-elok dengan anak... (saya memang kasar)
Saya tak reti nak peluk anak... (saya rimas)
Saya tak reti nak ucap sayang dengan anak... (geli geleman lah)
Saya tak reti nak gurau dengan anak... (nanti anak tak hormat saya)
Saya tak reti nak senyum... (saya memang muka serius macam ni)
Saya tak reti nak masak makanan kegemaran anak saya tu... (saya memang tak pandai masak)

....dengan sejuta alasan boleh diberi. Just dari kepercayaan "Saya tak pandai".
.

Tak pandai, belajar!
dah belajar, buat, nanti pandai lah 😁😁😁.

Ada 'keyword' 'PANDAI' di situ. Memang 'powerful'.
.

"Adik ni busuk lah, tak mandi".
Anak pun sebut, Mama busuklah.
[Apa rasa dengar perkataan busuk?] ???? 🥲😆😅

"Adik yang comel ni tak mandi lagi, sebab tu 'tak wangi'...
Jum lah mandi, nanti wangi lah sedaaaaap Mama Papa nak peluk cium.."
Anak pun sebut, Mama ni 'TAK WANGI' lah. Bau kuali. 😅 (jujurnya sang anak),
Apa rasa beza perkataan BUSUK dan TAK WANGI?
- Pada perkataan ada 'pemberat makna yang membawa RASA'.
- Pemilihan perkataan yang baik rupanya perlu kita belajar, sebab kita tak biasa dan tak pandai.....
.

Sebenarnya bersama ujian 'tak pandai' itu ada solusi menanti,
Dan ada manfaat besar untuk diri sendiri bila dah berjaya atasi nanti.

Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, dan ada kemudahan... berganda (2x) kemudahan dan hasil manfaat apabila kita melihat dari sudut yang positif.. dan sudi pelajarinya... atasinya...

Saya juga tak pandai cakap/komunikasi baik-baik,
dan tak pandai juga kawalan emosi, selalu terbabas..
Saya belajar, untuk diri sendiri.

Manfaatnya besar, besar.
Bukan saja untuk diri, malahan untuk orang terdekat, dan untuk orang lain (klien dan staf) yang mahu dan perlu bersama-sama belajar juga...

Perkataan ganti yang lebih baik dan sesuai untuk atasi cabaran anak-anak sehari-hari:

https://hypnoscript.cc

"Kita berusaha menjadi ibu ayah dan pasangan yang lebih baik setiap hari".

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari:
T.mazn.me/chan
Saya dan tim sedang final tune kepada data survei ini.

Semoga input yang anda berikan bakal beri manfaat kepada para ibu ayah di luar sana juga kerana faktor 'kesamaan' isu kebanyakan kita.

Jemput menjawab bagi yang belum lagi.

Menjawabnya juga adalah terapeutik, sebab kita merefleksi diri,💆🏻‍♀️

Dan jawapan kepada persoalan/cabaran keibubapaan kita juga mungkin sudah ada dalam beberapa webinar-webinar saya.😍

*Boleh juga cek email untuk maklumat lanjut ya. 👌🏻👍🏻
*Kupon boleh guna berulang kali sehingga tamat malam ini bagi yang telah menjawab survei.

https://form.maznahibrahim.com/saya-nak-faham
[ Hormati Juga Entiti Kecil Tanggungjawab Kita ]

Maznah Ibrahim

Telegram channel reminder keibubapaan kita sehari-hari:

T.mazn.me/chan
[Anak2 Kita = Sang Bintang Itu] 😍😍😍

Sentiasa check and balance dengan anak untuk pastikan tiada tertinggal, salah faham, dsb.

.
Maznah Ibrahim

Telegram channel parenting reminder kita bersama:
T.mazn.me/chan
[Tips Rebonding atau Masa Nak Selami Hati Anak]

Laras Badan Sama
Laras Mata Sama
Laras Emosi Akan Lebih Dekat
Mesej Akan Lebih Sampai
Koneksi dan Percaya Meningkat

Semoga kita sentiasa DEKAT di hati anak ❤️

Maznah Ibrahim

Telegram channel keibubapaan reminder kita sehari-hari :-
T.mazn.me/chan


p/s saya selalu sarankan baring, sebab ia paling powerful, saya pun suka dan selalu buat yang 'baring' tu. Anda suka posisi mana satu ?
.
[Pandangan]

Bersyukurlah kita ada kuasa panahan mata
-bukan panahan marah/geram/sindir
-tapi pandangan penuh kebaikan

Maznah Ibrahim

p/s nantikan saya buka pendaftaran webinar baru untuk tingkatkan skil menangani anak kita sehari-hari,
pendaftaran awal biasanya sangat berbaloi-baloi nilaiannya, InsyaAllah

Telegram channel reminder harian keibubapaan kita:
T.mazn.me/chan
Parenting Maznah Ibrahim
Photo
Boleh lihat jawapan panjang saya di sini untuk isu yang sama ya, Terima kasih kerana bertanya secara umum di komen kepada Puan UmiSarah 😃😃😍