Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Hidup ini satu pilihan.
.

Emosi juga satu pilihan.
.

Pilih untuk rasa baik, positif, berbanding membiarkan rasa negatif menguasai diri bermaksud anda buat pilihan untuk rasa tak baik.
.

Usah berlamaan dalam mode ini.
.

SWITCH!!! (Petik Jari)
.

Katakan "Aku Mahu Bahagia, Tenang, Positif Saat Ini,
Kerana Aku Penting untuk Orang Yang Aku Sayangi"
.

*Teknik STOP dan SWITCH!!! adalah Teknik #06 dalam set Video Teknik Urus Emosi CTE saya yang bakal diterbitkan.
.
.
.

Maznah Ibrahim.
Sayu semasa menuruni tangga, dengan hujan membasahi bumi, terdetik,

satu sahaja, dalam fikiran saya,

perlu perkuatkan, pertambahkan bilangan anak hafizh quran...

perginya mereka tak terganti, tak sama,

namun spirit mereka boleh disambungi, diteruskan, diteladani....

tanggungjawab kita ibubapa laksanakan usaha ini.

moga Allah redha usaha kecil kita ini, sahabat sahabat yang mengajar anak awal usia.


Maznah Ibrahim.
Bakal terbit,
Dengan gembiranya,

Ia tak sabar mahu bertemu dengan anda semua...

Berkongsi rasa
Menyuntik inspirasi,
Membarakan aspirasi yang sama.

Kita semua sama.

"Wahai anak-anak,
Ibu usaha berubah,
Kerana ibu sayang kamu"

- Maznah Ibrahim
rasa nak pengsan, setelah tahu punca dan 'misteri 2 tong gas kuning itu'

.......

Allah

dahsyat

ini satu dari kisah anak anak, tekanan rakan sebaya, dan urus emosi, x selesai, dendam, pilih agresif. 😓

anak anak muda.

seksyen 302 KK memang utk pertuduhan bunuh, cuma usia tu jika bawah 16 boleh selamat lagi kot. 😬 KK juga boleh terpakai untuk budak selepas usia 10.

klu bdk kcil, idea dia ada - bunuh.

cmpur remaja bsr skit, idea bunuh bakar jadi realiti

teruk sgt sgt. beginilah anak muda yg rosak fikiran sbb dadah juga.

dadah sbbkan otak rasional xdpt berfungsi baik

dan otak emosi lebih kuat

ingat tak yg sy citer dlm tajuk agresif pasif, budak amin 10 thn, xsuka makcik ina dari singapura nak mai,

bdk usia 10 jawab, : bunuh makcik ina.
(tiada jawapan asertif dari anak anak ini, kerana tiada model asertif di kalangan dewasa kita).

sekadar idea tu mmg ada

melaksana tu. mmg master mind si 16,18 thn. sgt master.
.

bdk remaja tu xfikir pnjg. remaja, kan. sy duk fikir juga terapi utk yg msih hidup, pasti terkejut, marah, geram, sedih, kpd bdk2*pesalah tu. famili si mati berapa org ni, dan pastinya juga utk si pesalah ni.

...

Peranan kita, more to asuh didik anak kita dalam capaian kita,

dan modelkan kaedah asertif, luahan emosi positif, dan

tengok pergaulan ank anak kita. Siapa mereka bercampur.

Perihal mereka dalam kes ini, tanggungjawab negara untuk beri sokongan berterusan, post event/ intervention, dan

apakah program prevention sewajarnya sejak usia prasekolah, kerana kes emosi, buli, marah di kalangan anak dan rakan sebaya bermula sejak peringkat ini.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Kesakitan dan Emosi memainkan peranan dalam perkembangan dan kesejahteraan fizikal seseorang individu dan diri sosialnya. (Laventhal and Everhart, 1979).
.

Pernah alami tak?
.

Bila emosi tak ok, tak stabil, fizikal pun rasa tak elok. Macam sakit kepala, sakit bahu, sakit perut, sakit macam-macam.
.

Kanak-kanak semuda prasekolah, sekolah rendah, juga alaminya. Komplen sakit kepala, sakit dada, sakit perut.
.

Psikosomatik namanya. Saya biasa berhadapan dengan individu yang sakit psikogenik, cek semua, sihat belaka, tetapi sakit kepala/dada/tangan/perut memang real sakit punya.
.

Iyerkan kesakitan mereka. Ia real dialami, dirasai mereka. Cuma tidak, pada sudut kesihatan fizikal.
.
.

Benar?

.

Bagaimana ubatinya,
.

Mudah sahaja, guna kan kuasa dadah CINTA.
.

Cinta sejati, kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bagi.
.

Brain scan untuk individu yang patah hati, penolakan cinta sama = dengan Cocaine Craving.
😱
.

Ia satu yang amat menyakitkan, dan menyeksakan. Sama macam pesakit ketagihan dadah.
.

Tanamkan cinta. Sebarkan cinta. Empati Sentiasa.
.

Maznah Ibrahim.
.

sumber gambar dan artikel mudah faham:

http://www.dailymail.co.uk/health/article-2877890/How-break-affects-body-chest-pain-drug-like-withdrawal-symptoms-reveal-real-effects-heartache.html?ito=whatsapp_share_article-masthead
Didoakan semua impian dan hasrat kita tercapai,
Walau perubahan kecil,
Ia satu hijrah yang besar dan benar,
Demi mencapai fitrah sifat al insan...

Salam Maal Hijrah semua.

Maznah Ibrahim.
Gaduh baik gaduh baik gaduh baik
~~~~~~^_^~~~^_^~~~~~~~~~~

"Abang garang"- kata KN

"Abang cuma tegur.." - kata Fateh

"Fateh bagitahu la macam ni, Adik, abang tak boleh bagi adik main ni takut bercampur, tapi Adik boleh main ni" (explain, dan replace, beri option lain/alternatif)

1. Fateh mendengar sahaja, dan saya yakin dia rakam skrip jenis ini, dan akan guna nanti.

2. Sebab sebelum ni dia nya metod lama, cepat tarik Adik ke belakang dari TV dengan cara pegang kedua ketiak adik, Adik tak suka. Saya ajar alternatif, distract adik tengok ke belakang kemudian ajak dia ke belakang, memang itulah teknik distraction yang dia selalu guna selepas itu. - kat sini teknik alternatif memang perlu diajar kepada anak, dia tak tahu /ada idea langsung.

3. Fahami karektor dan style anak sulong kita, memang protector, dominan, leader, ditambah hormon kelelakian sedang peak di usia 5, dan Otak Thinking sah, suka jawatan, kuasa, tanggungjawab dan memang tegas straight to the point,

4. Raikan ciri anak lelaki sulong kita, bukan matikan dengan tak izinkan dia tunjuk kuasa keabangan dia, tapi bantu dia adjust tenaga dan teknik keabangan dia, dan bantu adik adjust dengan karektor strong si abang ni.

5. Ingat, semua anak berpotensi jadi leader nanti, cuma anak kedua belum ada adik untuk dia leading kan. Hakikatnya apa dia pelajari dari abang-adik kini, akan jadi konsep kendiri adik beradik mereka kelak, dan diwarisi turun temurun nanti.

6. Untuk Fateh mudah, dia sudah sangat FAHAMI si adik sedang peringkat egosentrik tinggi, emotional brain sedang peak (emosi dirasai - terus letus), dan dia faham dan percaya dirinya juga begitu masa usia 2, cuma dia tak tahu sebenar diri dia bagaimana sebab takda rakaman video atau saksi lain selain apa mami ayah dia cakapkan 😃. Bukti dia faham benar ialah bila dia kata kat mami dia "Mami, adik kan kecil lagi, budak kecil memang macam tu".

7. Untuk si adik ni, dia tetap rasa hormat abang, salam tangan abang bila lagu Omar dan Hana main sama2 kongsi mainan tu, dan terusan diasuh/educate untuk teknik asertif, beritahu abang apa dia nak, bukan terus menangis meledak dan mengadu pada ibubapa sahaja.... - yang ni makan masa untuk dia master skill asertif ni, pernah dia berjaya buat, kebanyakan masa dia terlupa dan tak berjaya buat.

#perkembanganFatehKN

Refleksi,
Maznah Ibrahim
Label yang baik,

1) Sebaiknya describe tingkahlaku spesifik yang baik seperti "pantas betul adik ni ambil mainan ya, moga jadi anak yang bijak untuk ummah",

- kerana label berbentuk umum, apa itu baik, apa itu jahat, bagaimana jadi 'baik', bagaimana dikatakan 'jahat'?

- sama seperti pandai, bodoh, cantik, hodoh, dsb.

- elak label, banyakkan describe/beritahu apa tingkahlaku yang betul, salah, disukai, tidak disukai ibu/bapa.

2) Tegur kesilapan anak kecil dengan nasihat yang baik, seperti "duduk elok2, makan satu-satu, main sama-sama", dsb.

- strukturnya, beritahu apa TAK boleh, disusuli apa BOLEH.

- contoh: tak boleh ambil makanan ibu, ambil makanan adik di sini (tunjuk pinggan dia).
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Pandang Anak Kecil Sebagai Individu 'Besar'
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Kisah Lama,

Bagaimana Mudahnya Kita 'Judge /Label' Kanak-Kanak Dari Luar.
.

In the days when an ice cream sundae cost much less, a 10 year old boy entered a hotel coffee shop and sat at a table. A waitress put a glass of water in front of him.

“How much is an ice cream sundae?”

“50 cents,” replied the waitress.

The little boy pulled his hand out of his pocket and studied a number of coins in it.

“How much is a dish of plain ice cream?” he inquired.

Some people were now waiting for a table and the waitress was a bit impatient.

“35 cents,” she said brusquely.

The little boy again counted the coins. “I’ll have the plain ice cream,” he said.

The waitress brought the ice cream, put the bill on the table and walked away. The boy finished the ice cream, paid the cashier and departed.

When the waitress came back, she began wiping down the table and then swallowed hard at what she saw.

There, placed neatly beside the empty dish, were 15 cents – her tip.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Peringatan Diri Juga,
.

Sentiasa layan semua orang dengan baik,
Ikhlas,
Dan kasih sayang.
.

Allah juga menegur N.Muhammad s.a.w. bab memilih kasih, tidak melayani orang buta dan miskin, dalam Surah A'basa.
.

Maka peringatan ini untuk diri kita juga, tidak memandang enteng kemampuan anak kecil kita dalam 'membaca' dan beri solusi untuk permasalahan kita.
.

Sungguh ujian dan petanda mencabar dari anak adalah teguran dan pendidikan dari Allah untuk kita, agar jadi lebih baik. Pasti.
.

Jadi bersyukur, dan berterima kasih kepada Allah dan anak yang merupakan guru kehidupan kita.
.

Ucapkan 3 Power Words ini:

Terima Kasih,
Maaf,
Kesyukuran Alhamdulillah.
.

[+] Terima kasih, Fateh dan Khairunnisa',
sebab mengisi ruang hidup Mummy dan Ayah hingga mampu menikmati rasa gembira dan bahagia. Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada Mummy menjadi seorang manusia yang lebih baik setiap hari.
.

[+] Maafkan Mummy bila Mummy ada tersilap dalam melayan dan mengajar Fateh dan Khairunnisa', Sungguh Mummy sentiasa berusaha menjadi Ibu Terbaik untuk kalian berdua.
.

[+] Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu, anak-anak soleh solehah yang banyak mengajarku, dan berilah bimbingan kepadaku (tunjukilah daku jalan yang lurus).

.

Refleksi,
Maznah Ibrahim


Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi kini kembali untuk harga jimat,

boleh ke link di bawah untuk segera dapatkannya ;)

share dengan ramai orang lagi.

Niat saya mahu ramai yang menanti harga jimat, milikinya dengan hati tenang.


https://taknakmarahanak.ml