Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Salam AidilAdha buat semua ibubapa yang dikasihi Allah dan Rasul,

dan disayangi didambakan oleh anak-anak.

Sandarkan sentiasa erti kasih sayang dan perlakuan kita kerana Allah, dan sunnah Rasul,

ceritakan kehebatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dalam melaksanakan perintah Allah.

Buat dulu, bantuan datang kemudian.

Anak akan terpana dengan kisah magis kisah sebenar para Rasul dahulu,

Sungguh pada kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi yang berfikir (12:111),
anak usia 4 ke atas sudah boleh mula berfikir...

Syabas kepada anda semua kerana berusaha bersabar dan mendidik anak dengan penuh berhikmah dan berhemah. Anda banyak sekali berkorban untuk anak, suami, dan keluarga,

Ganjaran pahala dan hujungnya pasti ada,
Janji Allah itu Benar.

Anak tanggungjawab kita, submodel kita,
Bukan lawan kita,

Doa selalu agar dibantu dan diberi jalan oleh Nya, dalam mencapai apa sahaja impian anda semua.

Salam AidilAdha,
Maznah Ibrahim.
Apa Erti Qurban?
.

Qurban dari perkataan Qarib, iaitu dekat.

Untuk dekat dengan Allah, memang perlu sanggup berkorban dan buat apa sahaja yang Allah suruh,

demi untuk mendapatkan redha dan sayang Allah pada kita,
.

Pemurahnya Allah pada semua manusia, perbuat atau tidak, Allah beri jua,
.

Untuk dapat 'Sayang Allah', ialah pabila kita perbuat apa Allah suruh, Allah lebih sayang. 😍
.

Macam guru pemurah beri ilmu kepada semua anak murid, sama rata, namun guru lebih sayang pada anak murid yang buat kerja seperti yang disuruh...


Refleksi,
Maznah Ibrahim
Setuji dengan semua fakta di dalam short video ini.

Kami menyaksikan kesan kepada kanak-kanak, hasil cara ibu/ayah yang style agresif begini. Dan ianya berpunca ibu/ayah ini di treat begitu dahulu.

Paling dahsyat ialah efek kat self esteem dan 'shame' and 'guilt'.

The matter of better choice. Do we have a better coice of how to say "dont do that", atau "I am so hurt with your behaviours".

Next,

Nanti kita buat live sharing mengenai 3 jenis tindakan,

1. Pasif
2. Agresif
(dua ni common, majoriti begini)
3. Asertif
(this is the best).

InsyaAllah kelapangan masa saya buat live sharing. Seawal /secepat malam ini.

Stay Tune :-*

Maznah Ibrahim.
Cerita tentang

Pasif
Agresif
Asertif

Alhamdulillah dapat buat sharing live tadi,

nanti tengok rakaman ya,

saya redah sahaja, rasa boleh On, saya On saja.

😁

Silakan Share mesej penting berkenaan tiga tindakan ini, dalam parenting kita, efek kepada anak, dan caragaya anak kelak adalah sama caragaya kita.
.


Break the Cycle,
Maznah Ibrahim.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=795497260624860&id=477691842405405
BERKENAAN SEXUALISED BEHAVIOUR
=================================

salam puan maznah, boleh tak jelaskan berkenaan seksualised behavior yg penah puan cakap masa puan live aritu... sy mohon diperjelaskan..

sebab banyak kanak2 yg sy nampak cendurung ke arah yg sama... seolah mcm tengah buat seks... sy jadi takut tengok dan nak tegur..

salah 1 contoh, berkenaan baby 2tahun 8bulan pandai bukak pampers sendiri dan mengesel2kan penis secara baring meniarap tue..

kemudian, ada yg sy nmpak bdk perempuan umur 7-8 tahun mengesel2kan kemaluan nya dan mengejangkan kakinya... cukup masa dia stop then buat berulang2 kali...

kemudian, ada yg sy nmpak bdk perempuan umur 7-8 tahun mengesel2kan kemaluan nya dan mengejangkan kakinya... cukup masa dia stop then buat berulang2 kali...

tolong bg solution mcm mana nk tegur parent atau penjaga budak2 ni...

JAWAPAN SAYA :
.

1) Firstly, ia bukan keinginan seksual macam orang dewasa, tetapi sensualiti. Budak rasa pleasure bila disentuh atau sentuh alat sulit dan gesel, dia rasa pleasure. Ia dalam sensori sentuhan. Jarang dibincangkan sebab orang normal tak sentuh suka suka pun.

- kita as adults, betulkan dulu persepsi silap ini ya puan.
.

2) budak 2.8 thn tu, dia gesel di lantai, maybe dia ter explore dan experience sendiri, rasa pleasure, maka ia memang sexualised behaviour.
.

3) Sama budak girl 7-8 thn, juga sexualised behaviour, then jadi masturbation, rangsangan pleasure buat sndiri dalam konteks belum akil baligh. Memang ada budak kecil masturbate macam cucur air ke bahagian sulit dia. (ramai adu kes sebegini)

- masturbation ialah dalam bahasa melayunya Onani, iaitu individu yang rangsang seksual diri dengan alat kelamin sendiri.
.

4) Dua keadaan sahaja kanak-kanak boleh potray/menunjukkan sexualised behaviour,

i. dia melihat, yes, di tv smua tu atau live (terlihat/diperlihatkan/dipaksa lihat) orang dewasa lakukan. Ini namanya copy cat behaviour. Monkey see, monkey do.

ii. ada orang lain buat kat mereka, mereka telah alami, jadi mereka manifestasi dengan lakukan sendiri, lagi, sebab mereka dah rasa seronok, ala ala ketagih, kerana dirangsang - ini memang child sexual abuse & exploitation.

Cuma, observe adakah hingga tak buat aktvt kegemaran lain, hanya buat aksi aktiviti itu sahaja. Jika masih ada minat ke arah aktiviti kegemaran dia yang lain, dia still kategori ok, kategori self exploration saja.

cara:

1) Keep repeating touching rules yang 3 tu. (dlm video saya ada sentuh 3 tu in details, sila tonton yang belum).

Touching Rule No 1:

Tiada sesiapa boleh sentuh bahagian sulit badan saya kecuali untuk kebersihan dan kesihatan, dan tiada sesiapa boleh suruh saya sentuh bahagian sulit badan mereka.

--> Jadi keep beritahu anak yang self explore alat sulit badan dia,

"Adik, tak boleh sentuh alat sulit badan sendiri sebab peraturan sentuhan kata, sentuh HANYA tujuan bersih dan sihat. Adik sentuh tu untuk bersih dan sebab nak sihat ke?"

(struktur ayat peraturan: SEBUT APA TAK BOLEH DISUSULI APA BOLEH)

Touching Rule No 2:

Jika berlaku sentuhan tidak selamat (disentuh bahagian sulit/sentuhan tak selamat lain), saya akan berkata "Tidak/Jangan Sentuh Saya", Kemudian Lari pergi dari situ, dan Beritahu.

Touching Rule No 3:

Saya akan beritahu dan terus beritahu orang yang saya percaya, hingga saya mendapat bantuan.

2) Alihkan perhatian dan masa, minat mereka ke arah aktvt luar beramaian, sosial sihat. Ini kerana mostly yang musturbation ni buat berseorangan di ruang private. Yang buat di tempat awam ni samada terlalu muda, copy cat, tak tahu ia benda salah, atau ada satu jenis ni excessive sexualised behaviour, dah jadi ketagihan, ada budak bawah 6 jadi begini, akibat diperlakukan berpanjangan.
.

°°°°°°°°°°°°°

Video FB Live Berkenaan Seksualiti Kanak-kanak yang ditonton puan ini:

.

(1) - Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak, 0-6 Tahun, Apa Ibubapa Perlu Tahu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787123134795606&id=477691842405405
.
.

(2) Seksualiti Kanak-kanak: Personal Safety, Peraturan Sentuhan

https://m.facebook.com/st
ory.php?story_fbid=787200204787899&id=477691842405405
.
.

(3) Seksualiti Kanak-kanak, Personal Safety, Peraturan Sentuhan (sambungan)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787215634786356&id=477691842405405

Maznah Ibrahim.

*terima kasih puan kerana sudi soalan jawapan ini di share ke umum.
Katakan Ya kepada Apa Yang Anda Idamkan,

Hasratkan,

Impikan,

Contoh:

kesembuhan anak,
sikap anak,
matlamat famili,
break the cycle,
dan bermacam lagi.

InsyaAllah,

(1) HATI - Emosi Full Mahu

bermula dengan niat,
Mahu diri berubah,
Mahu ia berubah,

(2) MINDA - FOKUS, doa

Doalah secara spesifik,
Fokus,
Jalan akan hadir depan mata.
InsyaAllah.....
.

(3) BADAN - Bergerak Laksana Perubahan

Perlu ada aksi/tindakan/gerakan.
.

KATAKAN BOLEH!
.

MOTIVATION : MOTIVE+ACTION
.

Maznah Ibrahim.

(motivasi diri sendiri) 😃

(Apa Jua Ujian)
(=Allah sayang kita)
SALURKAN EMOSI KECEWA, SEDIH, MARAH, LONELY KE AKTIVITI FIZIKAL YANG SIHAT, BERULANG-ULANG, ANDA AKAN DAPAT HASIL YANG SEBALIKNYA.
.

Di sinilah kekuatan emosi negatif.
.

Ia bukan negatif dan buruk sangat.
.

Ia sangat powerfull.
.

The matter of how we use and channel the energy. Energi dari peristiwa, pengalaman tak elok dalam kehidupan.
.

Ia ada nilai sesuatu.
.

Andalah yang tukarkan ia.
.

Konsep dan penerangan, dalam video teknik urus emosi CTE saya, dalam teknik ke 7, switch emosi negatif ke positif dengan body movement.
.

Video anak ini, amat menyentuh hati.
.

Dari diberi mesej kecil kertas 'Loser', kepada 'Teach Me' 😊😊😊
.

See?
.

Kita lah yang putuskan nak luahkan emosi negatif dengan aktiviti sihat selamat atau aktiviti rugi, tak sihat, tak selamat.

.
The power of choice.

.
.
Maznah Ibrahim.

Sila Tonton Video Anak Ini.

https://youtu.be/AO2K-oPRFY0
Baca catatan dari video, oleh Pn Eyza di sini:

Jzzkh Pn Eyza yang baik,

terima kasih daun keladi, hehe.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=798866573621262&id=477691842405405
Hidup ini satu pilihan.
.

Emosi juga satu pilihan.
.

Pilih untuk rasa baik, positif, berbanding membiarkan rasa negatif menguasai diri bermaksud anda buat pilihan untuk rasa tak baik.
.

Usah berlamaan dalam mode ini.
.

SWITCH!!! (Petik Jari)
.

Katakan "Aku Mahu Bahagia, Tenang, Positif Saat Ini,
Kerana Aku Penting untuk Orang Yang Aku Sayangi"
.

*Teknik STOP dan SWITCH!!! adalah Teknik #06 dalam set Video Teknik Urus Emosi CTE saya yang bakal diterbitkan.
.
.
.

Maznah Ibrahim.
Sayu semasa menuruni tangga, dengan hujan membasahi bumi, terdetik,

satu sahaja, dalam fikiran saya,

perlu perkuatkan, pertambahkan bilangan anak hafizh quran...

perginya mereka tak terganti, tak sama,

namun spirit mereka boleh disambungi, diteruskan, diteladani....

tanggungjawab kita ibubapa laksanakan usaha ini.

moga Allah redha usaha kecil kita ini, sahabat sahabat yang mengajar anak awal usia.


Maznah Ibrahim.
Bakal terbit,
Dengan gembiranya,

Ia tak sabar mahu bertemu dengan anda semua...

Berkongsi rasa
Menyuntik inspirasi,
Membarakan aspirasi yang sama.

Kita semua sama.

"Wahai anak-anak,
Ibu usaha berubah,
Kerana ibu sayang kamu"

- Maznah Ibrahim