Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Semoga semua dalam keadaan baik-baik, dan terpelihara selalu ya.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Apabila Anak Bertingkahlaku Tak Ok

Kita cuba cari makna label lebih baik dari prasangka spontan yang selalu tak berapa baik kepada si anak..

Contoh : Anak pukul kakak selepas berebut barang mainan dengan kakaknya.

Pause, renung seketika.
Cari makna di sebalik itu (kita latih empati).

"Oh.. adik pukul kakak sebab adik nak jaga mainan adik punya tu.... (diam seketika).
Tak boleh lah macam tu adik, bagi tahu aja ELOK-ELOK dekat kakak, minta balik, ini adik punya, tak perlu pukul kakak, ok, kesian kakak, sakit tu..."

Haish, tak mudah tapi boleh latih.

Apalah 'coping skill' yang adik ada pada waktu dia rasa terancam macam tu selain bertindak agresif? Kitalah yang 'verbalise' kan apa dia rasa dan beritahu tindakan lebih baik untuk dia.

Kepada si kakak, kita jelaskan (sebab sesuai jelaskan untuk 'empower' skil kakak kemudian nanti), yang adik ni sebab nak 'memelihara' barang dia, sama macam kakak juga. Cuma kita kena tunjuk contoh yang baik dan cara yang betul saja.... ok.

Usaha selalu ya,
Maznah Ibrahim.

Dapatkan update setiap hari untuk keibubapaan positif kita di channel telegram:
T.mazn.me/chan
Tips mudah dan cepat untuk adik kepada anak berbeza usia...

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Kadang kita bersikap keras kepada anak, dan sebenarnya ia turut beri tempias kepada perasaan kita terhadap diri kita sendiri.

Bersikap baik kepada diri sendiri dengan bersikap baik kepada anak-anak dan pasangan kita. Do Good, Feel Good, for Our Own Good....

https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/posts/pfbid02R1kLHZbd5ckMk2AbLeF6Ts3ZVJ6QXHoiJUqL8rXPHn2rNBpqkQYLFV8g59L4PCk2l

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Bila Rasa Tak OK, Tiba Masa Kita Reset Diri Kita!

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
[ Momen Sekarang ]

Bertuah bagi yang anak-anak masih kecil, boleh diperbaiki sekarang juga apa yg tersilap; syaratnya bertanya lah kepada sang anak, tidak sangka-sangka saja.

Bagi yang anak telah menginjak remaja, dewasa, kita usaha kuat sedikit, selain dengar dan akui emosi kepada memori mereka, terus perkuatkan doa, dan mungkin perlukan orang luar membantu.

Selamat meluangkan masa berkualiti dengan ahli keluarga kita.

Maznah Ibrahim

Telegram reminder keibubapaan kita bersama.

t.mazn.me/chan
Bila masuk dalam dunia parenting ni, barulah kita faham dan nampak bahawa yang membuatkan gaya parenting kita ni sihat dan kuat adalah tak lain tak bukan : SUPPORT DARI SUAMI

Setuju kan mommy?

Walaupun setiap hari kita belajar perkara atau ilmu baru tentang parenting, tetapi jika pasangan kita tidak sehaluan dan tidak mahu bersikap terbuka menerima pendapat kita, kita pasti rasa usaha kita bagaikan "BACK TO SQUARE ONE".

Mulalah rasa beban di bahu dan bermula juga lah komunikasi bersama pasangan menjadi semakin dingin. Masing-masing bawa gaya parenting sendiri menjadikan si anak keliru untuk ikut siapa yang betul.

Paling parah jika dibiarkan, karekter anak terbentuk menjadi seperti yang tidak kita mahukan.
Jadi macam mana cara yang sesuai untuk berbincang hal parenting dengan pasangan kita?

Kali ini Cikgu Ayu bawakan tetamu istimewa, Puan Maznah Ibrahim selaku Pegawai Psikologi untuk berkongsi sedikit sebanyak tips & cara yang sesuai untuk bantu mommy yang mungkin buntu mencari jalan penyelesaian.

Save the date, 14 Ogos 2022, Ahad (8:00am - 9:30am) perkongsian secara tertutup yang sangat bermakna.

SEE YOU THERE!
Klik link , daftar sekarang 👇🏽

https://brilliantel.onpay.my/order/form/talkshow
[ Biasakan Benda Baik Walau Tak Biasa, Bila Kita Tahu Ia Adalah Penting ]

Ada yang bertanya bagaimana nak mulakan, rebonding dengan anak yang sudah tunjukkan tanda 'jauh'. Syukurlah belum masuk sekolah menengah lagi. Syabas sebab ada kesedaran dan mahu mulakan sesuatu yang baik...

Saranan saya selitkan pada waktu rutin yang 'on the go'. Sebab kita malu nak mulakan dengan berbahasa basi, kan?

Contoh mudah, amalkan peluk anak, sebelum kita lepaskan dia ke sekolah (wakil Allah ialah kita di muka bumi, wakil kita adalah guru dan persekitaran sekolah / rumah pengasuh/ taska/tadika anak),

Lepaskan anak dengan sentuhan baik+perkataan baik (serentakkan 2 in 1).

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil)
(anak perempuan: faqqihha)

“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

*peluk kuat-kuat beberapa saat dan sebut potongan ayat ini, dia tak faham tak apa, kita pun tak reti nak buat ayat canggih, kan, hafal je potongan ini.

Kalau rajin, tambah lagi "I Love Abang/Kakak, Jaga diri".

Terus dia beredar, so tak ada lah kekok sangat, ok.
.

[5 waktu boleh selitkan peluk anak ini tanpa nampak kekok sangat]:

1) waktu kejut dia bangun pagi, atau sebaik dia bangun dan datang kat kita, kita peluklah dia beberapa saat dan sebut ayat salam penuh aja pun ok (assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh kakak).

2) waktu hantar dia ke sekolah/ lepaskan dia keluar dari rumah bagi ibu home manager: ayat atas tadi

3) waktu dia balik sekolah, sambut dia, peluk dan puji dia: nampak happy/ bersemangat, atau nyatakan concern kita, nampak macam mood tak ok aja, ada apa-apa berlaku di sekolah? cuba ceritakan kepada mama/ayah, mama nak faham.

4) waktu lepas solat jemaah keluarga Maghrib, satu persatu dipeluk juga oleh ibu dan ayah,

5) waktu sebelum dia tidur...

Kan mudah aja,

Bila kita rasa 5 kali selit tu terlalu banyak, mulakan 1 kali sehari dulu, paling minima..

Alah bisa tegal biasa, kan.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Telegram ingatan kita bersama untuk keibubapan positif:

T.mazn.me/chan
[ Bagaimana Ibu Ayah Boleh Jaga+Baja Kesihatan Emosi Sendiri ]

Maznah Ibrahim.

Sentiasa bersama dalam peringatan keibubapaan kita setiap hari di telegram channel ini:

T.mazn.me/chan
[ Hadiah Keyakinan Diri Anak dari Ibu Ayah ialah DOA ]

Maznah Ibrahim.

Telegram channel keibubapaan reminder kita bersama:
T.mazn.me/chan
[ Jauh Sekejap-Sekejap Itu Wajar/Perlu, Dekati Allah Itu Wajib Berlaku ]
.

Maznah Ibrahim.

Telegram keibubapaan kita untuk ingatan bersama:
T.mazn.me/chan
[ Peringatan Bersama untuk Jaga Tindak Tanduk Kita ]

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
🚀Jemput ke 'flash sale' ; webinar parenting Puan Maznah Ibrahim, 'happy hours', pagi ini 8 pagi - 12 tengahari ini (harga akan berubah selepas itu):

https://maznahibrahim.com/marketplace/

Flash sale akan berlansung hingga Isnin 15 Ogos 2022,
11.59 malam sehingga 40%
[ Penat Buat Baik ]

Teruskan berusaha perbuat yang lebih baik setiap hari kepada anak-anak dan pasangan kita. Proses itu tidak diharapkan memberi hasil 'magic', tapi satu 'investmen' betul yang perlu konsisten perbuat aja....

🌹💪[Gigih Buat Yang Betul dan Baik]

Maznah Ibrahim.
.................💞.................

Peluang dapatkan webinar lalu saya dengan less 40% sehingga malam ini saja ya (11.59 malam, Isnin 15 Ogos 2022).

https://maznahibrahim.com/marketplace
https://maznahibrahim.com/marketplace
https://maznahibrahim.com/marketplace