Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati โค emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Tidak Perlu Rushing.

Percaya kepada Proses.

Salam Nuzul Quran,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Seminit lagi

*Tarikh: 20 April 2022 (Rabu)*
*Masa: 10.00 pagi - 12.00 tgh*
*Penceramah: Puan Maznah Ibrahim*
*Pautan: https://www.facebook.com/PKKAUPNM/videos/?ref=page_internal*
Saya nak share sesuatu hari ini.

Anak bermain, panjat, lari, nak cuba buat susu sendiri, nak buat macam-macam, kita akan katakan "Hati-hati..." aja, dan itu sudah memadai.

Dan inilah yang kita nak sematkan ke dalam diri kita, hati-hati nanti memandu pulang ke kampung halaman ya.

Saya hadiahkan X sebagai subscriber email saya, 2 video penting percuma ini.

P/S: nantikan dan buka email ya, sebelum pulang ke kampung. Selamat bersungguh-sungguh mengejar amalan akhir Ramadhan dan sekaligus membuat persiapan sambutan kemenangan 1 Syawal bersama keluarga tersayang nanti.. ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–
Plan.
Tidak membiarkan saja mengalir (ikut flow) arus persekitaran semasa.

Beritahu anak siap-siap apa mereka AKAN LALUI,
apa batasan mereka TIDAK boleh dan BOLEH lakukan,
agar mengurangkan kepeningan kita mengurus emosi dan tingkahlaku mereka.

Suasana tidak biasa untuk mereka,
Juga merupakan tidak rutin untuk kita (sedia cekap/efisien).

Namun sebagai individu yang lebih dewasa, matang dan lebih berpengalaman,
Kita bertanggungjawab LEBIH untuk
SABAR, dan MEMBIMBING suasana ke arah paling minima risiko tidak selamat..

Take care everyone.

๐Ÿ’š
Maznah Ibrahim

p/s:
๐Ÿ’– Selamat pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing,
๐Ÿ’– Puasa kita masih berbaki 3.5 hari, 3 malam dan 1 malam ganjil di bulan Ramadhan tahun ini, InsyaAllah.
๐Ÿ’– Sudah cek email - surat kasih sayang saya?
Percayalah, dengan pertambahan tahun setiap tahun, bulan dan hari,

Kita tetap bertambah kebijaksanaan dan hikmah dalam membimbing, mengurus tingkah laku dan emosi anak-anak.

Ibu ayah yang membaca ini BOLEH ๐Ÿ’ช๐Ÿ‘๐Ÿคฒ.

Semoga semua nya baik-baik, teratur dan menggembirakan semua ahli keluarga kita ya.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Nak Raya Ni, Sepanjang Masa Dengan 'Kanak-Kanak' Yang Ramai, Suasana Pula Bukan Biasa/Rutin untuk Mereka, Akan Ada Banyak 'Muzik dan Aksi Bising' Sebab Mereka 'Excited' Sebenarnyaa..... ๐Ÿ˜
.
5 ALTERNATIF KEPADA 'SAYING NO' agar anak-anak bijak kita boleh beri kerjasama dan kita pun aman dan baik-baik emosi.
.
1. Berbanding berkata tidak/jangan SAHAJA, beritahu apa yang BOLEH atau yang KITA MAHU DIA BUAT.

Cth :
Jangan panjat, katakan "Turun, sayang, sofa untuk diduduk. (Nanti petang kita gi panjat kat playground)".

Jangan sepak, katakan "Kaki untuk jalan atau lari bukan sakitkan badan orang lain".

Atau bila nak juga sebut TAK atau JANGAN tu, boleh, cuma biasanya saya katakan sebut TAK dulu kemudian disusuli YA.

"Tak payah lari... jalan elok-elok aja".

"Tak boleh lompat-lompat atas sofa, lompat kat lantai ni"
Dan lain-lain ya.
.
.
2. Berbanding JANGAN/BERHENTI MERENGEK, katakan:

"Cuba Adik cakap betul-betul apa yang Adik mahu, Mama akan lebih faham kalau Adik cakap elok-elok". (Seek to understand)

"Yeke... adik naaaak sangat XXYYZZ, bestnya kalau dapat kan.... Mama ada kayu sakti mesti mama terbangkan XXYYZZ tu sekarang jugak! Jum kita bawak sekarang XXYYZZ tu nak! ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ (Empati/TUNE IN)
.
.
3. Berbanding Mama TAKKAN BELIKAN X (apa yang anak nak sangat), katakan "Mama TAK DAPAT belikan barang X, TAPI APA KATA MAMA BELI yang Y ni atau kita buat Z sendiri ๐Ÿ˜".
.
.
4. Berbanding Jangan sedih/marah-marah, tetapi katakan :

"Mama kalau jadi abang, mama pun akan rasa saaaaaaaangat marah, geram, geram lagi. Tapi mama sabar sikit dan akan beritahu orang tu tak boleh rampas, minta elok-elok, .... Mama tak pukul dia". (Empati juga dan beri solusi skrip dan tindakan betul).
.
.
5. Berbanding "Papa tak boleh main dengan adik sekarang", katakan :

"BOLEH, kita main ABC selepas Papa siapkan sikit lagi kerja ini/ sembang 5 minit dengan uncle ni. Sementara tu adik main dulu / buat XXYYZZ dulu, ok. Adik ingatkan Papa kalau Papa terlupa. TQ Sayang!".
.
.
.
Beri RUANG,
ALTERNATIF & SOLUSI,
bukan tutup terus.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif:

T.mazn.me/chan
Taqabballahu minna wa min kum

Semoga Allah menerima amalan saya dan amalan kalian semua.

Mana yang baik, amalan sewaktu bulan Ramadhan, kita teruskan, untuk bulan-bulan seterusnya..

Maznah Ibrahim.
Ambil peluang momen Syawal ini untuk 'clear'kan apa yang terbuku di hati.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Kasihnya IBU Membawa ke Syurga...

Tanpa Ibu Siapalah Seorang Anak Itu,

Tanpa Ayah yang mendukung Ibu, kurang seimbanglah stereng yang memandu...

Tanpa Atuk dan Nenek, tiadalah cerita dan model tradisi lama untuk dicontohi...

Tanpa Ibu Saudara, Ayah Saudara yang bujang mahupun yang berkahwin, kurang meriahlah hidup anak-anak untuk bersandar...

Tanpa Ayah Tunggal yang Menggalas Tanggungjawab seorang Ibu, Kosonglah hidup seorang anak...

Tanpa 'Ibu' dan 'Ayah' di rumah perlindungan kanak-kanak, tiadalah pohon rendang menjadi teduhan si anak ini.....

Tanpa guru di sekolah, dan pengasuh menjadi 'Ibu' sementara anak-anak di sekolah dan pusat jagaan sementara, tiadalah tempat belajar dan selamat untuk anak-anak...

Tanpa orang awam, dan seluruh isi kampung yang menegur demi kebaikan seorang anak, tiadalah anak itu diberitahu apa yang betul mahupun yang salah sewaktu ibu ayah tiada di sampingnya....

Siapa jua anda,
Yang memegang secebis peranan sebagai seorang 'IBU'.
Terima kasih diucapkan.

Kami amat HARGAI segala jasa dan bakti yang dicurahkan selama ini dan semoga kalian kekal sihat, gembira, sejahtera dan dianugerahi kebaikan-kebaikan atas secebis kebaikan dilakukan kepada seorang anak...

SELAMAT HARI IBU 2022.

Hari ini, legasi esok dan sejarah masa akan datang.
Kita lakukan yang betul dan lebih baik setiap hari,
Agar yang diwarisi adalah yang benar dan perlu saja.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
โœ‰ [๐ˆ๐๐•๐ˆ๐“๐€๐“๐ˆ๐Ž๐] โœ‰
-----------------
MOTHERS ๐˜ฟ๐˜ผ๐™” Special Moms to Moms Virtual Session ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ƒ๐Ÿป๐ŸŒน
๐Ÿ—“ Date : 13th May 2022
โฐ Time : 9.30am-12.30pm
๐Ÿ’ป Via : Zoom
__

๐…๐‘๐„๐„ ๐‘๐„๐†๐ˆ๐’๐“๐‘๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ :[https://bit.ly/MDPMothersDay]
___

Dear all,

SELAMAT HARI RAYA! We missed you ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Today, I ๐˜„o๐˜‚๐—น๐—ฑ ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฒ ๐˜๐—ผ ๐—ฒ๐˜…๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ฑ my ๐—ถ๐—ป๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ฉ๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก (๐—ฉ๐—ถ๐—ฎ ๐—ญ๐—ผ๐—ผ๐—บ) in conjunction of MOTHERS ๐——๐—”๐—ฌ on ๐Ÿญ3th ๐— ๐—ฎy ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿต.๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐—ฎ๐—บ-๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐—ฝ๐—บ ๐Ÿฅฐ

We are excited for you to join me there ๐Ÿ’ƒ

The purpose of this session is to celebrate MOTHERS DAY, by gathering together virtually, ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฎ๐—น๐—น ๐—ผ๐—ณ ๐˜‚๐˜€ ๐˜๐—ผ ๐—ด๐—ฒ๐˜ ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—บ๐—ผ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐—ผ๐—ป ๐—ต๐—ผ๐˜„ mothers can ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐˜„๐—ฒ๐—ฟ other mothers and exploring through the experience and expertise of our respectable guest speakers. You will be surprised at how much fun and how much you will gain from this 3 hours session ๐Ÿ˜

To save your seat, ๐—ฝ๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐˜€๐—ฒ ๐—ฟ๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ here : ๐Ÿ“ฒ[https://bit.ly/MDPMothersDay] and feel free to share it with your friends ๐Ÿ™†๐Ÿปโ€โ™€๏ธโœ…

Any questions, please do not hesitate to contact Spread Love's team at : ๐Ÿ“ฒwasap.my/60179364323/MDP.MothersDay

Hope to see you there! ๐Ÿ˜˜

Have a great day! ๐Ÿฅฐ

๐™‹/๐™Ž : ๐™’๐™š๐™–๐™ง ๐™จ๐™ค๐™ข๐™š๐™ฉ๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ž๐™ฃ ๐™ฅink ๐Ÿ’—
___
๐š‹๐šข ๐š†๐š˜๐š–๐šŽ๐š— ๐™ผ๐šŽ๐š—๐š๐š˜๐š›๐š’๐š—๐š ๐™ฝ๐šŽ๐š๐š ๐š˜๐š›๐š”
๐™ฟ๐šŽ๐š›๐šœ๐šŠ๐š๐šž๐šŠ๐š— ๐š‚๐šŽ๐š–๐šŠ๐š›๐šŠ๐š” ๐™ฒ๐š’๐š—๐š๐šŠ ๐™บ๐šŠ๐šœ๐š’๐š‘
๐™ฐ๐™ณ๐™ป๐™ฐ ๐™ถ๐š›๐š˜๐šž๐š™ ๐š‚๐š๐š— ๐™ฑ๐š‘๐š
๐™ณ๐š› ๐™ป๐šŽ๐šŽ๐šฃ ๐™ท๐šŠ๐šœ๐šœ๐šŠ๐š—
Kita Perlukan Kerjasama Anak dengan Membuatkan Mereka Memahami Keadaan/Situasi Kita. Mereka askar kecil yang bijak dan suka bekerjasama dengan ibu bapa.

Maznah Ibrahim


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2039081246266449&id=477691842405405