Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Ingatan kita bersama ....
Kita kasihani dan empati mereka dulu ya walau rasa sangat geram dan tak boleh 'reasoning' kenapa dia macam tu...

Tuning in first (empati), InsyaAllah selepas itu 80% cabaran kita dari dia akan berkurangan...

Saya selalu hadapinya... Memang tidak mudah dan sering terbabas. Tapi usaha juga turunkan ego kita demi nak 'tune in' dengan si anak yang keras ini.

"Kasihaaann adik, adik nak .....ya (gitu gini sebutkan perasaan dia, kemahuan dia, ekspektasi dia... Seolah kita di tempat dia). Mama / ayah nak adik (gitu gini) (harapan kita pula)".

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
[Kitalah yang Harus Memulakannya
Dalam Misi 'Break the Cycle' ini]
.

Tiada siapa yang tidak bersetuju dengan mesej, makna dan misi dari gambar ini.
.

Picture speaks thousand words,
berbeza rumah, berbeza pengalaman, beribu-beribu cerita.
.

Dari 100% alami perkataan tidak baik,
anda mungkin mewarisi 100% bila tak sedar ia tidak baik,
Atau warisinya 80% juga walau ada sedar, tapi tak tahu cara nak lakukan perubahan... Ia automatik respon....
.

Sekurangnya angkat πŸ‘ jari pun dah ok (tak reti nak puji/ucap).

Ia tidak mudah, sungguh tidak mudah.

Akan mudah trigger. Tapi usaha. πŸ’ͺπŸ‘πŸ‘πŸ‘.

Perisai nya ? Coping strategies (yang macam kompang tu).. mungkin sampai hadiri sesi terapi dan belajar, cuba buat lagi, lagi dan lagi....
TAHNIAH!!!! πŸŽ‰πŸŽŠβœ¨
.

Dan setidaknya cucu cicit piut kita dapat manfaat nanti.
.

Break the cycle

Maznah Ibrahim

*malam ini Webinar khusus eksklusif FastTrack Hypnoscript. Siap sedia lepas Terawikh 9.45 malam ya πŸ˜πŸ’šπŸ’šπŸ’š. Hadiah Ramadhan tahun ini.
.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Hypnoscript untuk Diri Ibu Bapa Agar Sihat Mental dan Emosi Selalu
Suatu hari si ayah yang tua melawati anak perempuannya yang telah berumahtangga, mempunyai anak dan suami.

Si ayah tua ini duduk, sedang melayani cucu bermain, dan anak perempuannya pulang dari pejabat. Anak perempuannya ini bekerjaya dan sangat sibuk juga walau telah sampai ke rumah. Anak ini menguruskan semua kerja rumah tanpa bersungut sedikit pun, bermakna itulah rutin beliau...

kerja pejabat bersambung di rumah, memasak, menyediakan minuman suami, memandikan anak, mengemas mainan anak...semuanya.

Si ayah tua ini duduk, dam memerhatikan suasana yang berlaku. Di nun kejauhan sana kelihatan sang suami hanya duduk dan melayani cerita tv, bola mungkin, dan anak perempuan ini masih bergerak tanpa henti melakukan kerja rumah dan kerja pejabat (telefon).

Ayah ini menyedari.. yang dia telah tidak menunjukkan contoh yang betul, sehingga anak perempuan kesayangannya yang sukses akademik/kerjaya ini tidak erti untuk meminta bantuan suami pun, malah melakukan semua tugas secara automatik.

Pulangnya ke rumah kembali, ayah tua ini telah meninggalkan sepucuk surat meminta maaf kepada anak perempuannya akan keadaan yang berlaku kepada si anak, adalah sesuatu yang tidak wajar. Penat dan lelah nya 'sebelah' sahaja.

Ayah ini, sampai sahaja ke rumah, terus mengeluarkan pakaiannya dan melakukan sendiri basuhan pakaian, dan tidak lagi membiarkan si isteri tua melakukan seperti kebiasaannya.

Perubahan? Tidak perlu tunggu 'nanti'. Lakukan saja saat ini. Selagi masih ada nyawa dan peluang.

......

Bila kita dah tua, dan lihat bagaimana anak kita bertingkahlaku dalam menguruskan hal rumahtangga (mahupun hal anak-anak/ parenting),

Barulah kita sedar yang kita telah:

- mencetak di minda mereka SOP tindakan harian yang mereka ingat itu betul dan normal (pada budaya keluarga kita saja, tapi ia mungkin tidak cukup betul, dan masih boleh diperbaiki)

- maka anak rasa itu tugas mereka (kerja rumah), dan kalau cara didik anak marah direct dan tidak pernah ruang bersuara diberi, tidak pernah mesra/peluk anak, say I Love U, kaku keras, ego, maka itu jugalah yang kita akan nampak nanti anak kita buat kepada cucu kita...

- bahawa kita telah tersilap......Namun masa tidak boleh berpatah kembali. Hanya maaf sahaja yang boleh diungkapkan, dan doa...

- Maaf secara jelas adalah sangat baik, berbanding pendam kita-kita saja..dan rasa bersalah tinggi. Saya dihujani dengan warga ibubapa kepada anak dewasa yang membeli ebook untuk anak mereka parentingkan cucu mereka pula ....sebab kesedaran telah ada untuk zaman kita ini. Alhamdulillah. Syabas...

- Break the cycle. Sempat berubah. Moh kita ajar anak-anak meluah rasa, bertanggungjawab sama-sama melakukan kerja rumah, membantu pasangan, gembira dan sama rata peranan ikut kemampuan kita kan.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

https://youtu.be/wJukf4ifuKs

*Kredit kepada Ariel India, sangat baik video ini.
Bersabar dan terus perbuat, akhirnya pasti ada hasil.

Lakukan aktiviti kecil-kecil, dan konsisten, akhirnya selesai dengan baik.
Kalau diperhatikan yang cepat cepat, banyak yang damage/rosak,
sebab proses tak ada.

Proses pembuatan. Proses penghasilan.

Tak ada yang magic dalam perubahan tingkahlaku anak,
cepat dan drastik, sewaktu bersekali dengan besarnya tenaga kita sewaktu melempiaskan emosi amarah kepada anak,

Pindahkan kepada besar tenaga banyak sabar untuk proses dan usaha berubah sedikit demi sedikit kita itu, usah mengalah, walau perlu solat sunat taubat setiap malam sekalipun, tak mengapa... Yakin dan percaya, Tuhan bantu.

Selamat menjalani proses seterusnya dalam bulan Ramadhan ini dengan penuh sabar dan hikmah.

Bulan yang baik sekali untuk niat, dan perbuatan baik.

Amin untuk hasrat semua.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Permudahkan keadaan bila ada isu dengan orang lain (anak-anak, pasangan, dll),

Fokus kepada diri kita, apa yang kita boleh kawal...

Didoakan agar kita semua terus sabar dan chill, lebih-lebih lagi kepada anak-anak kita yang masih dalam peringkat pembinaan karektor dan pandangan mengenai dunia ini,

Kitalah dunia kecil dia buat masa ini, kan?
Banyak yang dia belajar dari respon kita kepada dia saban masa.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Bila rasa penat dan hampir mengalah,
hanya ingati semula perkara besar yang lebih penting -
APA TUJUAN hidup kita dan perbuatan / usaha kita selama ini.
Kita tidak perlu terlalu melekat dengan 'permasalahan',
kerana masalah/cabaran itu bukanlah diri kita.
Kita adalah diri kita.

Teruskan perbuat yang betul dan lakukan secara konsisten
Dan semoga semuanya akan lebih baik - alah bisa tegal biasa...

Hypnoscript anak dengan sabar dan sebut yang elok-elok sehingga meresap ke dalam separa sedar dia akan kebaikan yang kita ingin terapkan agar menjadi kepercayaan dia ya.

Anda boleh!!!

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
*JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM CERAMAH WARGA SEJAHTERA: PENAT EMOSI (URUS EMOSI IBU BAPA) ANJURAN BERSAMA PEJABAT PENDAFTAR DAN PUSAT KAUNSELING, KERJAYA & ALUMNI (PKKA), JHEPA UPNM*

Assalamualaikum WBT,

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklummkan bahawa Pejabat Pendaftar dengan kerjasama PKKA, JHEPA UPNM akan mengadakan Program Ceramah bertajuk PENAT EMOSI (URUS EMOSI IBU BAPA) pada ketetapan seperti butiran berikut:

*Tarikh: 20 April 2022 (Rabu)*
*Masa: 10.00 pagi - 12.00 tgh*
*Penceramah: Puan Maznah Ibrahim*
*Pautan: https://www.facebook.com/PKKAUPNM/videos/?ref=page_internal*

Justeru itu, pihak penganjur ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk turut serta dalam menjayakan program yang diadakan ini. Segala kerjasama yang diberikan bagi perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.
Asbab Ramadhan kita usaha perbuat amalan yang baik-baik, kan?

Dan betapa anak-anak juga terpalit.

Usahalah agar yang dididik yakni diri kita itu tanpa sedar telah memberi manfaat melalui mata kecil yang melihat dan merasainya.

Latih diri kita, tahan diri kita.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Tidak Perlu Rushing.

Percaya kepada Proses.

Salam Nuzul Quran,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Seminit lagi

*Tarikh: 20 April 2022 (Rabu)*
*Masa: 10.00 pagi - 12.00 tgh*
*Penceramah: Puan Maznah Ibrahim*
*Pautan: https://www.facebook.com/PKKAUPNM/videos/?ref=page_internal*