Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Ayat untuk diri kita...

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Pernah terfikir mengapakah kakak / abang sulong dalam sesebuah keluarga seperti berjauh hati, menjarak diri dengan ibu ayah nya?

Dan betapa kasihannya ibu ayah telah tua ini - usaha ntuk mengembalikan 'bonding' atau 'repair'? Perlu kah?

Nantikan video input dari saya untuk anda yang memerlukannya.


Maznah Ibrahim.
Tips Power Komunikasi Berkesan Ibu Bapa-Anak.

Cuba baru tahu.

Saya memang dah cuba sejak bertahun-tahun dahulu.

Walau anak usia 3 tahun boleh jawab soalan cepumas kita ini 😁😁😁👍❤️

https://vt.tiktok.com/ZSdY8tVoE/
Kenapa dan Apa Sebab.

Penggunaan perkataan ini sewaktu anak buat kesilapan, memang besar bezanya.

Beza impak kepada bukan saja anak, malahan kepada diri kita sendiri.
Kenapa makan tak habis?
Kenapa pukul adik?
Kenapa taknak pergi sekolah?
Kenapa tak mandi lagi ni?
(bertujuan ..... ) kita rasakan sendiri.

vs

Apa sebab abang makan tak habis ni...? (Mama nak faham) atau sebut je "Apa sebab abang makan tak habis ni... Mama nak faham.."
Apa sebab abang buat adik menangis? Mama nak faham.
Apa sebab kakak taknak pergi sekolah? Mama nak faham.
Apa sebab abang tak mandi lagi ni? Mama nak faham....

Cubalah ya.

Nantikan poster saya seterusnya 'Kenapa' yang positif digunakan waktu bila.

Maznah Ibrahim.

Telegram channel ibubapa kini untuk reminder kita bersama:

T.mazn.me/chan
[PERCUMA- Kelas Keibubapaan Premium]♦️

REBONDING DENGAN ANAK TELAH DEWASA

https://go.mazn.me/rebonding-anak-dewasa

❤️‍🔥 Kita mungkin ada terfikir atau tidak terfikir, mengenai hubungan abang/kakak kita dengan ibu ayah kita, yang renggang. Kadang tidak mahu balik kampung, bercakap kasar, tidak mengambil berat seperti sewajarnya, marah sangt kah mereka?

🤎 Ada ibu ayah yang sudah berusia pula mula menyedari kesilapan lampau, dek kekangan masa dan terlepas pandang, tidak sengaja, terlukakan hati si anak ini sewaktu kecilnya.

❤️‍🩹 Maka ada sesuatu yang boleh dilakukan, oleh ibu ayah ini, bagi menjernihkan suasana ini. Setakat mana mampu.

❤️‍🩹 Saya sediakan input kelas ini secara ringkas saja mudahan dapat membantu memberi sedikit idea kepada kita: aspek pencegahan (ibubapa muda - anak masih kecil) dan aspek usaha (ibubapa sudah berusia-anak sudah dewasa).

Silakan ya,

Akses 30 hari sahaja

Kelasnya pun pendek saja.

Daftar segera sementara masih percuma.

https://go.mazn.me/rebonding-anak-dewasa
Allahu akhbar, hidup-hidupan sangat banyak, dan tidak tersedar,
Hidupnya tetap tumbuh mekar serta membesar....

Anak-anak kita pula sangat sedikit, selalu terlepas pandang dan tersilap...
Sebab kita memang selalu bercakap kepada mereka 'directly'......

Semoga kita insyaAllah akan lebih sedar dan menahan perkataan tidak elok dari keluar dari mulut kita.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Selamat Bersahur semua sahabat 🤩💚

Pagi ini hari pertama anak kita bangun sahur untuk berpuasa 01 pada Ramadhan 2022 kali ini.

Ingat, sebulan berpuasa di bulan Ramadhan ada banyak karektor yang ingin dilatih kepada anak-anak -> satu proses latihan setahun sekali dan amat baik sebab persekitaran menyokong latihan ini!

☪️ anak belajar membentuk KAREKTOR, secara HOLISTIK pastinya :-

lapar dan dahaga (FIZIKAL/badan),

perasaan geram, marah, tak sabar, letih semua (EMOSI),

tingkahlaku (low energy banyak bersabar dengan adik-adik yang tidak berpuasa, dan dari melakukan aktiviti tidak bermanfaat) (PEMIKIRAN), dan

latih hafazan, solat sunat lebih, berdoa kepada Allah sewaktu niat berpuasa sebulan, niat setiap hari dan sewaktu berbuka (SPIRITUAL).

☪️ anak belajar SABARNYA dia kepada semua ini, ada REWARD pada hujung hari (kegembiraan yang sangat besar bagi orang berpuasa adalah sewaktu berbuka)

☪️ SOSIAL: di sekolah nanti guru akan mengukuhkan aspek berpuasa ini dan rakan-rakan juga ramai berpuasa juga. Challenge accepted!!! (anak berusia 7 ke atas).

☪️ BAGAIMANA ANAK KECIL BAWAH 7 TAHUN?, setakat 'sahur' sewaktu breakfast dan 'berbuka' sewaktu makan tengahari pun dah satu kejayaan besar harus diraikan, dan pastinya dia melihat abang kakak dan ibu ayah buat bagaimana sebenarnya. Ini semua satu proses pembelajaran tingkahlaku yang dirakam di minda mereka sejak mereka bayi bila bangun bersama kita sewaktu sahur dan menemani kita sewaktu berbuka tau.

Selamat menjalani latihan GEMBIRA ini bersama anak-anak kita!

Salam Ramadhan Kareem👏🌟
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
BANYAKKAN 'I' berbanding 'YOU' dalam komunikasi harian kita 😃

'Awak' ni akan buatkan orang yang ditujui mesej itu rasa diarah, silap-silap boleh memberontak, membentak, kurang harmonilah kiranya... walau budak kecil mahupun orang besar...

Dalam komunikasi berkesan, banyakkan sebut 'diri kita rasa, perlu dan minta apa' dan inilah yang sebaiknya... ownership kepada perkataan yang keluar dari lidah kita,
Dan kerjasama akan mudah diperolehi.. InsyaAllah.

Cubalah 😊👍

Kongsikan agar kita sama-sama memperingati sesama kita ya.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Ingatan kita bersama ....
Kita kasihani dan empati mereka dulu ya walau rasa sangat geram dan tak boleh 'reasoning' kenapa dia macam tu...

Tuning in first (empati), InsyaAllah selepas itu 80% cabaran kita dari dia akan berkurangan...

Saya selalu hadapinya... Memang tidak mudah dan sering terbabas. Tapi usaha juga turunkan ego kita demi nak 'tune in' dengan si anak yang keras ini.

"Kasihaaann adik, adik nak .....ya (gitu gini sebutkan perasaan dia, kemahuan dia, ekspektasi dia... Seolah kita di tempat dia). Mama / ayah nak adik (gitu gini) (harapan kita pula)".

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
[Kitalah yang Harus Memulakannya
Dalam Misi 'Break the Cycle' ini]
.

Tiada siapa yang tidak bersetuju dengan mesej, makna dan misi dari gambar ini.
.

Picture speaks thousand words,
berbeza rumah, berbeza pengalaman, beribu-beribu cerita.
.

Dari 100% alami perkataan tidak baik,
anda mungkin mewarisi 100% bila tak sedar ia tidak baik,
Atau warisinya 80% juga walau ada sedar, tapi tak tahu cara nak lakukan perubahan... Ia automatik respon....
.

Sekurangnya angkat 👍 jari pun dah ok (tak reti nak puji/ucap).

Ia tidak mudah, sungguh tidak mudah.

Akan mudah trigger. Tapi usaha. 💪👏👏👏.

Perisai nya ? Coping strategies (yang macam kompang tu).. mungkin sampai hadiri sesi terapi dan belajar, cuba buat lagi, lagi dan lagi....
TAHNIAH!!!! 🎉🎊
.

Dan setidaknya cucu cicit piut kita dapat manfaat nanti.
.

Break the cycle

Maznah Ibrahim

*malam ini Webinar khusus eksklusif FastTrack Hypnoscript. Siap sedia lepas Terawikh 9.45 malam ya 😍💚💚💚. Hadiah Ramadhan tahun ini.
.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Hypnoscript untuk Diri Ibu Bapa Agar Sihat Mental dan Emosi Selalu
Suatu hari si ayah yang tua melawati anak perempuannya yang telah berumahtangga, mempunyai anak dan suami.

Si ayah tua ini duduk, sedang melayani cucu bermain, dan anak perempuannya pulang dari pejabat. Anak perempuannya ini bekerjaya dan sangat sibuk juga walau telah sampai ke rumah. Anak ini menguruskan semua kerja rumah tanpa bersungut sedikit pun, bermakna itulah rutin beliau...

kerja pejabat bersambung di rumah, memasak, menyediakan minuman suami, memandikan anak, mengemas mainan anak...semuanya.

Si ayah tua ini duduk, dam memerhatikan suasana yang berlaku. Di nun kejauhan sana kelihatan sang suami hanya duduk dan melayani cerita tv, bola mungkin, dan anak perempuan ini masih bergerak tanpa henti melakukan kerja rumah dan kerja pejabat (telefon).

Ayah ini menyedari.. yang dia telah tidak menunjukkan contoh yang betul, sehingga anak perempuan kesayangannya yang sukses akademik/kerjaya ini tidak erti untuk meminta bantuan suami pun, malah melakukan semua tugas secara automatik.

Pulangnya ke rumah kembali, ayah tua ini telah meninggalkan sepucuk surat meminta maaf kepada anak perempuannya akan keadaan yang berlaku kepada si anak, adalah sesuatu yang tidak wajar. Penat dan lelah nya 'sebelah' sahaja.

Ayah ini, sampai sahaja ke rumah, terus mengeluarkan pakaiannya dan melakukan sendiri basuhan pakaian, dan tidak lagi membiarkan si isteri tua melakukan seperti kebiasaannya.

Perubahan? Tidak perlu tunggu 'nanti'. Lakukan saja saat ini. Selagi masih ada nyawa dan peluang.

......

Bila kita dah tua, dan lihat bagaimana anak kita bertingkahlaku dalam menguruskan hal rumahtangga (mahupun hal anak-anak/ parenting),

Barulah kita sedar yang kita telah:

- mencetak di minda mereka SOP tindakan harian yang mereka ingat itu betul dan normal (pada budaya keluarga kita saja, tapi ia mungkin tidak cukup betul, dan masih boleh diperbaiki)

- maka anak rasa itu tugas mereka (kerja rumah), dan kalau cara didik anak marah direct dan tidak pernah ruang bersuara diberi, tidak pernah mesra/peluk anak, say I Love U, kaku keras, ego, maka itu jugalah yang kita akan nampak nanti anak kita buat kepada cucu kita...

- bahawa kita telah tersilap......Namun masa tidak boleh berpatah kembali. Hanya maaf sahaja yang boleh diungkapkan, dan doa...

- Maaf secara jelas adalah sangat baik, berbanding pendam kita-kita saja..dan rasa bersalah tinggi. Saya dihujani dengan warga ibubapa kepada anak dewasa yang membeli ebook untuk anak mereka parentingkan cucu mereka pula ....sebab kesedaran telah ada untuk zaman kita ini. Alhamdulillah. Syabas...

- Break the cycle. Sempat berubah. Moh kita ajar anak-anak meluah rasa, bertanggungjawab sama-sama melakukan kerja rumah, membantu pasangan, gembira dan sama rata peranan ikut kemampuan kita kan.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

https://youtu.be/wJukf4ifuKs

*Kredit kepada Ariel India, sangat baik video ini.