Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Telah disetujui oleh ramai orang bahawasanya dalam mendidik anak-anak ini, kita sebenarnya mendidik diri sendiri dahulu. Mana mungkin kita yang sentiasa bercakap kasar mahukan anak yang bercakap lemah lembut...

Maka kita berlatih untuk pause: tarik nafas dalam (Nafas yang betul) dan diam, kemudian baru bercakap.

#refleksidirijuga

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Satu tugas atau proses kerja yang bukan main-main apabila membayangkan satu dunia yang kita akan inap bila tua nanti.

It takes the whole country to develop a good citizen (since a very young child) too. And it starts from us, parents, in our home.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Tugas ibu tidak mudah namun tiada yang mudah dan magic di dunia ini.

Kita hanya perlu sedikit usaha untuk memahami diri, empati diri dan bantu diri ....

Saya doakan semua ibu pagi ini, hari ini, akan sangat sabar dan bijak urus emosi insyaAllah. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’ͺπŸ’š

https://maznahibrahim.com/ibu-cepat-marah-punca-dan-cara-kendali-diri-anak/
Pillow Talk Session

Pagi tadi saya ada terbuat silap pada si anak pertama yang strong will dan menakluki kami ni, maka saya meminta maaf kepadanya dan selesaikan segera dengan kaedah Pillow Talk saya (sebab perlu explain lebih sedikit kepadanya punca trigger saya).

Ia jarang saya buat, sesekali buat tu maknanya memang amat penting dan perlu sekali. Saya taknak ia berbekas di hati dan berpanjangan / melarat.

Saya transfer ke bentuk poster untuk kita sama-sama peringat diri ya.😊😘

*sesuai untuk anak dah boleh berkomunikasi dua hala dan matang berfikir sedikit sekitar usia 5 ke atas

Poster:

https://www.facebook.com/477691842405405/posts/1996507340523840/


Telegram Channel parenting dan psikologi anak :

T.mazn.me/chan

Artikel panjang saya mengenai kaedah ini :

https://maznahibrahim.com/time-out-anak-buat-salah-dengan-kaedah-time-in-pillow-talk/
Puasa Skrin.

Apa lagi boleh buat?
Meh senaraikan di komen, usaha ibu ayah di rumah bila nak tarik anak ke aktiviti luar dari gajet.

Jum.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Semoga anak kita bersedia dan positif untuk ke sekolah Isnin nanti ya.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
HADIAH!
Kelas Keibubapaan Percuma: Elak Anak Taknak ke Sekolah/Taska.

Boleh dapatkan di bawah ini ya, 7 hari sahaja.


https://share.mazn.me/kelas-anak-tak-nak-sekolah
https://share.mazn.me/kelas-anak-tak-nak-sekolah
https://share.mazn.me/kelas-anak-tak-nak-sekolah
Kita urus diri kita dulu baru individu lain.

Selamat pagi yang ceria semua.

Maznah Ibrahim.

Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif di sini: T.mazn.me/chan
Kita ubah kepercayaan kita kepada anak (dari petanda tingkahlaku yang ditunjukkan dia),

Kepada satu kepercayaan/label yang baik.

Tiada lah si anak sengaja nak berbuat yang tak baik, tenaga dia pun penat bila buat hal,
Melainkan dia perlukan pemahaman dari kita ibubapanya.

Difahami hatinya - bukankah itu yang ramai kita manusia perlukan?
.

Maznah Ibrahim.

#CoachingEmosiAnak
Jum cari sumber terbaik untuk minta bantuan.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Alah bisa tegal biasa.
Maznah Ibrahim
Jumaat yang barakah !

Utuk semua ibu ayah
Kalian tidak akan goyah
Kekal melangkah gagah
Kita ada Allah....


Maznah Ibrahim,

T.mazn.me/chan
Ayat untuk diri kita...

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Pernah terfikir mengapakah kakak / abang sulong dalam sesebuah keluarga seperti berjauh hati, menjarak diri dengan ibu ayah nya?

Dan betapa kasihannya ibu ayah telah tua ini - usaha ntuk mengembalikan 'bonding' atau 'repair'? Perlu kah?

Nantikan video input dari saya untuk anda yang memerlukannya.


Maznah Ibrahim.
Tips Power Komunikasi Berkesan Ibu Bapa-Anak.

Cuba baru tahu.

Saya memang dah cuba sejak bertahun-tahun dahulu.

Walau anak usia 3 tahun boleh jawab soalan cepumas kita ini πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ‘β€οΈ

https://vt.tiktok.com/ZSdY8tVoE/
Kenapa dan Apa Sebab.

Penggunaan perkataan ini sewaktu anak buat kesilapan, memang besar bezanya.

Beza impak kepada bukan saja anak, malahan kepada diri kita sendiri.
Kenapa makan tak habis?
Kenapa pukul adik?
Kenapa taknak pergi sekolah?
Kenapa tak mandi lagi ni?
(bertujuan ..... ) kita rasakan sendiri.

vs

Apa sebab abang makan tak habis ni...? (Mama nak faham) atau sebut je "Apa sebab abang makan tak habis ni... Mama nak faham.."
Apa sebab abang buat adik menangis? Mama nak faham.
Apa sebab kakak taknak pergi sekolah? Mama nak faham.
Apa sebab abang tak mandi lagi ni? Mama nak faham....

Cubalah ya.

Nantikan poster saya seterusnya 'Kenapa' yang positif digunakan waktu bila.

Maznah Ibrahim.

Telegram channel ibubapa kini untuk reminder kita bersama:

T.mazn.me/chan