Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Ajar Anak Teknik Berdiplomasi / Musyawarah Sesama Mereka
.

Sejak Khairunnisa' @KN usia dekat 2 tahun masa dia masuk fasa autonomi (nak ikut cara dia), kami train dia untuk bernafas 'breath in', dan asertif : tanya dan minta sendiri dengan abangnya, apa apa dia mahu. Bukan menangis sahaja mengadu.
.

Contohnya dalam giliran duduk di kerusi kecil selamat di belakang basikal besar yang ayahnya kayuh,
.

Macam biasa Fateh yang tegas akan men dominasi, dia saja menang. KN juga keras, dan ada hasrat. KN cuba minta dengan suara halusnya, tak berjaya, meledak menangis terus dia. πŸ˜…
.

Latihan demi latihan diberi semasa setiap situasi berlaku.
.

Ajarkan skrip "Abang, Adik nak minta xxyyzz, BOLEH?"
.

Juga ajar skrip sama pada si Abang. "Adik, BOLEH tak abang nak xyz dan adik aabbcc". (pandai dia 'exchange' sebab nak dapat apa dia mahu) πŸ˜†
.

Biasanya bila ayat asertif bermula dengan perminta "BOLEH" atau "MINTA", pihak satu lagi akan terus kata "Boleh!".
.

Ini teknik 'leading'. Kita halakan atau tentukan fokus kepada perkara yang kita mahu.
.

Semalam lepas Maghrib, Fateh tak jadi ikut ayahnya keluar 'meeting', Fateh dah kebuntuan tak ada teman, ayah beri idea ke Fateh untuk 'bincang' / 'negotiate' dengan Mummy, nak tengok cerita 'movie' kartun apa. Jenis Fateh Te (Thinking ekstrovert dalam STIFIn) ni tak boleh seorang, kena ada orang teman 'together gather' dengan dia.
.

Saya nak tidurkan si Adik.
Saya kata tak boleh la Fateh sebab Mummy kena tidurkan Adik, gosok gosok adik ni gatal, ekzema, kecuali Adik pun tengok sama.
.

Tetiba Adik segar dan nak tengok sekali.
.

Kelihatannya dua-dua nak tengok cerita lain pula.
.

Saya tinggalkan mereka berdua. Saya kata : "Fateh BINCANG dengan Adik". Saya berlalu pergi buat kerja lain.

*Satu lagi 'keyword' kami selalu guna ialah 'bincang' atau 'sembang' (discuss).
.

Tak lama kemudian mereka berdua keluar dari bilik tidur dan Fateh beritahu, Adik nak tengok cerita Boss Baby.
.

Saya kata Fateh okay ke, dia kata dia tak berapa suka, boring, tapi tak apa lah (asal dia ada teman tengokπŸ˜‚).
.

Jauh di sudut hati, syukur, mereka boleh berbincang berdua, bernegosiasi, dan 'give in', walau keduanya Thinking, keras tegas belaka.
.

Beza satu perempuan, kecil sedikit usia, boleh dibentuk lagi, makan saman untuk dipengaruhi si abang. Si besar lebih dominasi namun boleh turun ke 'level' lebih rendah. Seorang ekstrovert memang nak berteman 'sparing partner' sokmo, seorang lagi tak kisah boleh seorang diri (introvert).
.

Alhamdulillah.
.
.

* NOTA *:
.

1⃣ Dah tahu semua anak / adik beradik akan ada sahaja 'conflict of interest', saya persiapkan, 'bonding'kan mereka sejak KN dalam kandungan: Ebook Adik Beradik Ngam : PERCUMA (https://ebook.maznahibrahim.com/ngam).
.

2⃣ Sebaik adik pandai bercakap / tiru percakapan kita, saya ajarkan teknik negosiasi, asertif, bertoleransi. Biar mereka 'settle' sesama mereka untuk belajar kendali konflik perhubungan.
.

3⃣ Sentiasa ajarkan skrip meminta ('request') bukan mengarah. Orang tak suka diarah. Tapi fitrah suka memberi sebenarnya. Mereka tidak tahu ayat apa, bagaimana nak diucapkan. Kerap modelkan dan ajarkan cara guna keyword 'terima kasih', 'maaf', 'tolong', 'boleh xyz' atau 'minta xyz'.
.

4⃣ Sentiasa mendengar keduanya, yang salah tetap ditegur teknik kesalahan walau anak kecil/besar (jika si abang, usaha tegur secara berasingan pada waktu lain untuk jaga maruah dia di depan adik).
.

5⃣ Teknik Nabi : Teknik Menegur Kesalahan: Nyatakan apa tak boleh / tegahan, disusuli apa boleh : Adik tak boleh pukul abang bila marah, tapi beritahu aja baik-baik: "Boleh abang bangun ini kerusi adik, adik nak duduk" (tambah skrip toleransi).
.

6⃣ Anak-anak sentiasa perlukan model yang positif, dari ibubapanya, bertindak adil saksama dan bijak berhemah kepada mereka.

.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
5 Mac 2018
.

Jemput ke Webinar Persiapan Anak Remaja Kita pada 28 Jan 2022, Jumaat ini 9 malam di sini:

https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1
.
InsyaAllah saya akan repeat webinar separa jalan semalam, pada malam ini.

Pasti ada hikmah dari peristiwa semalam, dan saya amat optimis.

Jum. File pdf note telah saya decide untuk beri kepada semua peserta agar peserta ibu ayah boleh fokus kepada mendengar, melihat dan memahami, catat tambahan learning point saja. Tengahari note dan link baru akan diberi, akses dalam webinar room ya 😊.

Yang belum mendaftar, haa sempat daftar untuk webinar malam ini ya.
.

https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1
"Ayah BIMBANG, kita tak dapat .... (kegembiraan cikna dan abg kakak),
So CikNa kena makan madu... supaya batuk CikNa elok.."
.

CikNa's reaction: Senyum.
.

"OK, CikNa minum air lemon dengan madu saja", kata dia dengan tegasnya anak Ti.
.

Berjaya. Haha sebelum ni dia sudi minum lemon+halia sebab nak baik dan taknak makan ubat batuk, masa tu madu belum sampai. Harini awal nya mati-mati dia taknak πŸ˜„.
.
Skrip strategi berjaya :

i. Mulakan dengan Ayah, BUKAN Cikna (Me not You),

ii. Nyatakan perasaan :

BIMBANG is concern bukan menyalahkan anak tapi kongsi perasaan ayah.

Ini selalu kami guna untuk menyampaikan hasrat dan mahu pengaruhi anak-anak ...

Kuasa KATA kan (Intuiting) 😁
Semua Kata Kunci ini ada dalam Ebook Hypnoscript Anak tu, dah dapatkan ke semua?

https://ebook.hypnoscript.cc/
Semalam saya sempat rakam 15 min, tips dalam pemilihan buku cerita untuk anak kita. Silakan tonton dan share dengan rakan kita ya.

https://fb.watch/b2EkI09FI8/
Cuba fahamkan dari stories ini...

Saya ambil masa juga nak memahaminya,

ada perkara penting di sini yang saya nak ibu ayah sama-sama perhatikan...

- kuasa perkataan perkataan baik vs tak baik

- menanam 'KUNCI PERKATAAN BAIK' kepada anak dan bagaimana ia jadi PERISAI dan UBAT yang power kepada anak pada waktu dia down, masa kanak-kanak dan masa dia dewasa.

- dan lebih hebat lagi bagaimana dari manfaat perkataan kita ucapkan kepada anak, memberi impak kepada rakan si anak, dan rakan ini pula mampu membantu anak kita semula...

- 'break the cycle', kebaikan berbalik kepada diri, dan bagaimana 'circle' atau dunia anak kita dewasanya nanti?

Marilah kita mulakan!!!

Perkataan yang baik,
Pada waktu yang tepat,
dan sentiasa....

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan

Kongsikan reflection dan kata KUNCI yang anda dapat.

*Tips nya baca simbol kunci 'πŸ‘1st' yang muncul 3 kali tu 😊

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1971939359647305&id=477691842405405
Semoga komunikasi kita dengan anak sehari-hari semakin baik ya.

Jaga diri dan kesihatan semua.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Kita tetap idola anak-anak kita, walau buruk atau baik kita ni kan.

Kita usaha menjadi lebih baik setiap hari.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Semoga semua kita yang sedang diuji beroleh kekuatan dalaman yang positif ya, insyaAllah.


Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
InsyaAllah kita sedang membina dunia anak kita yang mana itulah dunia yang akan kita hidup nanti.

What we give we get back.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Semoga kita sentiasa menjadi ibu ayah yang ada kesedaran diri, boleh bertindak rasional sewaktu anak buat silap.

Apabila kita memaafkan, anak belajar yang ibu ayahnya memiliki sifat 'PEMAAF' dan seorang penunjuk cara yang baik,

Bukan seorang yang masih ingat kesalahan lampau anak dan tak 'move on' ("dulu pun pecahkan pinggan mama juga, ini buat lagi, buat lagi").

Kita Yang Berusaha,
Maznah Ibrahim.

Jemput ke telegram channel keibubapaan positif kita sehari-hari:
T.mazn.me/chan
|Konferens Keibubapaan 2022|
Fahami Zaman Mereka, Sokongi Keperluan Mereka

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar al-Khatab (muftiwp.gov.my).

Betapa pada zaman ini terlalu besar pengaruh persekitaran serta tidak kurang juga terdapat cabaran di dalam keluarga itu sendiri yang menguji kepimpinan keibubapaan kita pada zaman digital kini.

Justeru PSIKEM mengambil inisiatif untuk menganjurkan Konferens Keibubapaan Siri 1 pada tahun 2022 ini pada 12 Mac 2022, dengan pengisian ringkas namun cukup padat serta mendalam mengenai isu khusus berkait keibubapaan masa kini.

Semoga dengan perkongsian dari pakar dan kehadiran ramai ibu bapa secara bersama, dapat membantu memberi maklumat secara terus kepada orang ramai di luar sana yang terlibat dengan kanak-kanak dan remaja, iaitu para ibu bapa, guru, terapis dan kakitangan yang terlibat dengan kanak-kanak dan remaja.

Maklumat Program :

πŸ’12 Mac 2022 (Sabtu)
πŸ’8.00 pagi hingga 2.00 petang
πŸ’Secara atas talian (Zoom/Youtube Unlisted)

Penyampai merupakan individu yang pakar dalam bidang dan topik dipilih iaitu bidang β€˜creative arts and play therapy’, bidang trauma /kecemasan dan pornografi di Malaysia, bidang perkembangan kanak-kanak dan gajet, serta intervensi dan perawatan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja.

Namun kesemua pakar ini akan mengupas dan berkongsi kepakaran mereka dari aspek peranan keibubapaan yang boleh kita mainkan sehari-hari😊. Masa itu EMAS! Pasti ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk aspek pencegahan dan intervensi di rumah.

Maklumat lanjut boleh PM di no tertera di poster.

Link Pendaftaran: https://bit.ly/ParentingPsikem
Link Pendaftaran: https://bit.ly/ParentingPsikem
Link Pendaftaran: https://bit.ly/ParentingPsikem

🌈Daftar bertiga untuk jimat ok πŸ˜‰πŸ’πŸ’ͺ.
🌈Workbook Program Konferens akan diberikan.
🌈Pertanyaan lanjut boleh pm no tertera di poster.

Terima kasih.

P/S: Bantu kami sebarkan kepada seramai mungkin kenalan anda.

#konferenskeibubapaan2022
#kongsiemosiadasolusi
#psikemparenting
Selamat malam semua.
Semoga hari esok adalah hari yang terbaik buat sahabat ibu ayah semua.
Terus cekalkan diri dan kuatkan diri kerana Nya.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Mari kita buat perubahan kecil yang konsisten.
Ia sudah cuuuukup baik dan terbaik.

Terbaik!!!!

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan