Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
*Refresh penulisan 1 tahun lalu

Kita Rasa Anak Sengaja Mencabar Kita, Sebenarnya Tidak
==============================

Usia anak 2 tahun biasanya sangat 'musim panas'.

Macam-macam dibuatnya. Kadang tak tertahan, ada ibu bapa akan tercubit, terhukum dan macam-macam lagi hukuman diberi di atas tingkahlaku 'salah' pada mata dewasa kita.

Sebenarnya, untuk disiplin kan anak, ia perlu dilatih berpanjangan seiring usianya. Maafkan bagi anak usia bawah 3 terutamanya. Mereka tak akan salah apa-apa pun. Cakap pun dia tak akan faham kecuali bila dah tiba masanya.

Caranya?

Latih berterusan dengan sabar, sambil beritahu dan tunjukkan caranya, model kan, 6 bulan kemudian anak akan mampu capai tahap KPI anda.

Contoh latih makan tak tumpah, saya rasa orang dewasa pun masih makan tumpah-tumpah lagi kan😂😂

Jadinya jika masih tak capai KPI bermaksud kita belum cukup latih dan dia belum cukup faham maksud kita. Untuk faham tu, otak kiri tu usia dalam 3, 4 baru mula nak faham dan matang sikit-sikit. Itu pun tengok juga la kes individu.

Fasa 1 tahun lebih ni Khairunnisa' pun selalu ber eksperimen, Kelihatan 'selamba' /'sengaja' tuangkan kuah dari mangkuk ke lantai, atau main pindah-pindah cecair macam sup, air minuman dari satu bekas ke satu bekas.

Cakap saja ulang-ulang, ini makanan bukan untuk dimain, nanti air boleh main di bilik air masa mandi ya.

Real situasi, di tandas memang puas main air dan sediakan mainan untuk aktiviti pindah pindah air di bekas bekasnya.

Tips utama, silalah bawa ke luar rumah dan anda akan rasa ok untuk segala aktiviti bijak super mereka ni.

Elakkan menghukum.

Kita tak mahu dalam fikirannya, oh salah bila aku tuang air ke lantai. (sedangkan tadi aku sebenarnya nak tengok aja apa jadi bila aku tonggeng bekas ni). Hakikatnya mereka tak da skrip macam ni nak explain ke kita sebab kemampuan bahasa memberitahunya belum tercapai lagi.

Oh, tak naklah cuba lagi. Nanti kena hukum. Nanti kena buang. Tak faham lah. Mak tak sayang aku ke. Erikson theory, kanak-kanak usia 1.5-3.0 akan rasa ragu-ragu untuk mencuba cuba lagi. Nak ke anak usia dah masuk sekolah nanti sikit-sikit takut nak cuba. Sikit sikit takut nak cuba. Yalah takut salah/silap. Sedangkan dulu kita la yang kerap tak bagi itu ini.

Kolberg's Moral Theory, bayi/toddler tak tahu beza antara betul dan salah, mereka hanya nak elak hukuman. Besar sedikit baru buat sesuatu sebab nak kejar reward.

Jadi kalau anak tu belum matang dan buat aja tanpa lihat kita dahulu, jujur sebenarnya mereka tak tahu itu salah. Jika tahu salah memang mereka tak akan buat siap-siap sebab mereka kan nak elak hukuman.

Jadi elakkanlah menghukum anak kecil atas sesuatu yang dia tak tahu itu salah. Beritahu sahaja ulang-ulang apa yang betul dan salah. Jika terbuat, anda perlu balut semula kefahaman dan luka emosinya iaitu Rasa 'dibuang' sebentar tadi atas sesuatu yang dia tak tahu itu salah, dengan bahasa mudah dan ia memang makan masa berbulan kadang bertahun.

Time out?

Terpulang. Pada saya usia sesuai Time out ialah 4 ke atas. 4 minit untuk 4 tahun. Usia tu dah jelas salah silap dan boleh komunikasi kan semula maksud hukuman dan seriusnya ibubapa marah atas tingkahlaku mencabar mereka.

Refleksi,
MaznahIbrahim

**Ini gambar lama Fateh usia 2 agaknya. Selalu selalu bawa ke kebun ayahnya.
👆
refresh penulisan sendiri,
1 year ago,
Go go positive always, berbaik sangka pada anak kita, caranya :

1) hati kena bersih selalu

2) penuhi diri dengan kefahaman ilmu perkembangan kanak-kanak-kognitif, sosioemosi

3) latih sabar dengan TIDAK REACT TAPI RESPOND: puji dulu baru tegur, atau tegur dengan rule Tidak disusuli Boleh. "Tak boleh main air di sini tapi boleh kat bilik air".
.

Maznah Ibrahim.
Ada Yang Bertanya Pasal Time Out,

Begini cerita dan methodnya.

Penulisan penuh di sini beserta link artikel kajian berkenaan di dalam penulisan saya ini.

👇👇👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=741145909393329&id=477691842405405
.

suka quote dlm ayat artikel berkenaan:

"Misbehavior is often a cry for help calming down, and a bid for connection".

- ingat pasal iceberg yang selalu saya bentangkan, misbehaviour / tingkahlaku mencabar anak adalah satu petanda di atas iceberg (10%), dan puncanya ialah dalaman mereka, ada sesuatu yang mereka perlukan tak dipenuhi (90% punca adalah bawah dari iceberg kelihatan itu),

1) hayati berkenaan 5 tangki emosi?
2) do self reflection / muhasabah diri selalu,
3) TIME IN selalu.
.

Maznah Ibrahim.
Kerja kita adalah beri peluang anak melunaskan tenaga seharian mereka (slps berpisah dengan kita, duduk di pengasuh/school).

Sebaiknya outdoor time setiap hari.

Beritahu limitasi masa siap-siap.

Before (penstrukturan) :
Mami boleh beri 15 minit saja ya,

Semasa (remind) :
(tapi biasanya total masa adalah lebih pabila diberitahu masa tinggal 10 minit lagi, tinggal 5 min lagi, 2 min lagi diberitahu).

After (closure) :
Babai taman permainan,
Nanti kita jumpa lagi ya..
Terima kasih gelongsor, terima kasih buaian, terima kasih jongkang jongkit,
Nanti kita main lagi.

Mudah berpisah,
Tiada drama.

Perhatikan emosi mereka,
Outdoor vs Indoor,

Better mana,
mudah, percuma, emotional release yang cepat


Maznah Ibrahim.

#emosianak
Bagaimana Bentuk Self Esteem anak dari 0-6 tahun
----------------------------------------------------

Kajian menunjukkan kanak-kanak usia 5 tahun sudah kukuh, dan ada self esteem. Kebanyakannya mempunyai self esteem yang baik, mahu yang elok, baik untuk diri, label elok untuk diri, tahu beza label good and bad.

Tapi tak mustahil ada segelintir anak memiliki self esteem yang lebih rendah dan negative self concept, hasil corakan ibubapa sendiri (teringat kisah benar My Name Is Idiot 😞😞😞).

Artikel ini menerangkan lebih lanjut.

http://www.washington.edu/news/2015/11/02/childrens-self-esteem-already-established-by-age-5-new-study-finds/

Saya mendapati ia logik, kerana 5 tahun pertama adalah golden age, iaitu 90% otak kanak-kanak sudah developed, dari keseluruhan dewasanya.

Kanak-kanak usia 5, pabila masuk sekolah, sudah ada self esteem, bukan dibentuk di sekolah, tetapi pastinya bermula di rumah, bukan?

It is start at home.

Last week ada alumni ehsabar bertanya saya bagaimana nak bentuk self esteem anak,

InsyaAllah saya akan buat live sharing di FB page saya berkenaan ini,

bagaimana membina self esteem anak dari usia 0 tahun hingga 6 tahun, mengikut usia mereka,

saya kata sebenarnya ia tak sukar mana, secara fitrah sahaja, dan ia selari dengan peranan ibubapa memenuhi tugas perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, mengikut usia.
.

Nantikan hari ini,

12.00-1.00 tengahari
23 Ogos 2017, Rabu.

Maznah Ibrahim.
Jemput,

Perkongsian Live saya berkenaan Bagaimana Bentuk dan Bina Estim Diri Anak kita seiring dan sesuai dengan usia mereka, 0-6 Tahun,

Memandangkan usia 5 sudah established, sudah terbina self esteem untuk seorang individu,

Apa peranan kita,
Bagaimana, apa nak buat, how to respond not react,
Dari mereka lahir sampai 6 tahun.

InsyaAllah,
Rabu, 12 Tengahari ini.

Maznah Ibrahim

*Sharekan dengan kenalan dan sahabat anda ya
😃
*Apa apa boleh tonton rakaman nanti ya.
*Boleh sediakan soalan juga
ONLY ONE WORD YOU CAN DESTROY YOUR CHILD
--------------------------

Hanya dengan react kepada perbuatan silap anak,

dengan perkataan tak baik, melabel dan seangkatan dengannya,

anda mungkin akan termusnahkan hidup anak anda besar nanti.

Sebab ia berkaitan emosi, kognitif (pemikiran) semasa mereka mengalami situasi itu,

dan ia jadi permanent learning dan belief system (sistem kepercayaan, skrip hidup dia) sampai besar.
.
.

Video ini saya dapat semalam semasa bengkel. Dr Sara tunjukkan, dan ia sangat sangat relate dengan apa saya cakapkan dalam sharing FB Live semalam, tengahari berkenaan bagaimana bentuk atau bina self esteem anak usia 0-6 tahun.
.

😱
.
Saya terkesima. Ini sangat bagus dan relate dengan mesej saya nak disampaikan. Alhamdulillah.
.

Benar, fasa mencuba walau silap, ada sesuatu yang amat besar dan impak.

ingat dalam sharing live saya berkata:
.

1) anda tak boleh ganti feeling dihargai (bentuk self esteem anak) semasa dia lakukan eksperimen atau sesuatu yg 'good for her/him' sebab try buat sendiri,

tetapi wrong for us, sebab tak capai kpi standard orang dewasa,
.
puji selepas 5 tahun kemudian atau dia dah besar, tak sama dia rasa semasa dia lakukan satu satu perkara itu, walau salah di mata kita, betul pada fikiran dia yang belum capai aqal itu,
.
.

2) pada saat anak mencuba, di saat itulah dia sedia untuk belajar sesuatu,

hatta memegang dan mengoperasikan pisau, saya beri untuk anak saya sejak bawah usia 2 semasa dia mahu cuba,

dan saya pantau 100%, insyaAllah memang selamat tak berlaku apa apa sebab 100% buat bersama atau pantau lihat

=> hasilnya anak kenal bahaya lebih baik,
anak belajar lebih baik, cara hands on begitu,
dan cekap fungsikan alatan orang dewasa guna macam pisau, blender, alu lesung, sudip panas, kacau air, buat air sendiri, mengemop, memvacuum semua,

semua ni kerja biasa dalam rumah, mereka minat sebab mereka didedahkan, mereka lihat, esok masuk asrama dah tak berapa lihat, ketika tu kita pula sibuk paksa bising masukla dapur, atau hantarla pinggan sebiji ke sinki mengapa tak reti hantar sendiri. Fikirkan mengapa sendiri.
.

3) Pabila anak nak cuba, ia hanya 5 saat pertama / 5% dari keseluruhan kerja anda, then dia akan let go sebab tak mampu pegang etc, dan dia rasa puas dapat cuba buat! Anda pun sambungla murnikan lagi ikut standard KPI anda.
.

Feeling puas (sense of satisfaction, and achievement) di saat dia eager nak tu tak boleh diganti semula saat lain, pabila anda pula eager nak ajar anak memasak, dia tak minat dah masa tu, dan anda bising dia 'malas', tak masuk dapur dsb. Semuanya bermula masa usia 1 tahun +, fasa autonomi - mereka mahu cuba buat sendiri.
.

Video ni saya andaikan Fasa Inisiatif, usaha laksana idea sendiri, masak sendiri telor dalam pan. Namun terhangit la kan. Heheh. Saksikan bagaimana anak ini excited beritahu dia dah buatkan breakfast untuk mama dia. Dan seterusnya... kesan REACT kita kepada mereka bila mereka dewasa dan hadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan....

Tonton video ini,
lihat kesannya,
tag pasangan dan kenalan anda.
.

*Ingat lagi Fateh pertama kali ketuk telor atas lantai, lepas tu pecah, dia ingatkan begitu caranya pecahkan telor, sebab lihat neneknya ketuk telor dah rebus (yang dia ketuk tu telor belum masak😂, sabar sabar), tapi di situ untuk anak pertama kali memang akan lakukan kesilapan, dan dia belajar lebih banyak dari pengalaman itu.

Maznah Ibrahim.

Video Life Sharing untuk self esteem anak 0-6 tahun di sini (cuba usaha tengok sampai habis ya, ada mesej penting sangat saya nak sampaikan tu)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=790122307829022&id=477691842405405
Posting lama Fateh @ 3.8 tahun.

Cegah anak luka dan double up mengamuk,
Ialah refleksi selalu diri,
Ada pernah janji apa-apa kepada anak?

Jika ada,
Kotakan KATA kita.

InsyaAllah anak akan jadi anak yang mudah dengar kata dan bekerjasama dengan ibubapa.
.

Maznah Ibrahim.


👇👇👇👇👇👇

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=792612627579990&id=477691842405405
Selamat Merdeka!!!

Bebaskan diri dari belenggu emosi negatif yang menghantui diri, 😓

merdeka dari kisah lalu yang tidak bermanfaat melainkan utk pelajaran dan teladan diri. 🙌❤️❤️❤️
.

Kerana anda berhak untuk tenang dan bahagia,
.

Breathe, Breathe, Breathe.
.

Bernafas dengan betul, emosi dan kawalan diri akan jadi lebih baik,
.

InsyaAllah.
.
.

Nantikan Video Coaching saya Urus Emosi CTE (Cepat Tepat Efektif),
.

Khusus untuk anda yang sedar diri dan mahu ubah diri, jadi lebih positif dan ringan emosi.
.

Salam Emosi Hebat Bebas dan Merdeka,
Kita Ni Hanya Insan Biasa,
Tiada Seindah Ucapan Doa, Minta kepada Nya,
Kerana Hanya Dia Yang Berkuasa.

.

Maznah Ibrahim.