Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Anak yang masih belum matang (hingga usia lebih kurang 25 menurut pengkaji, yang mana barulah mereka boleh berfikir dengan lebih baik kerana pembentukan bahagian PFC prefrontal cortex nya sudah hampir penuh; -namun masih berbeza-beza ikut individu kerana pelbagai faktor),

masih memerlukan bimbingan berterusan,
bersekali dengan PELUANG untuk memperbaiki kesilapan,
kesilapan mereka dan kesilapan kita (apa maknanya bila anak kita buat silap? bermakna perlunya kita muhasabah diri kita),
dan bukannya hukuman jenis 'all or nothing'.

Saya sendiri pernah terguna kaedah 'all or nothing': kalau dulu, masa anak sulong kecil-kecil dulu, bila kecil hati dan sangat marah saya boleh berkata: Jangan cakap dengan mummy sampai bila-bila.

Cakap atau tak cakap.
Boleh cakap dengan mummy vs tak boleh bercakap dengan mummy, hmm eh tiada had hingga bila-bila? Apakah itu?

Bertuahnya saya ada suami yang selalu menegur dan mengingatkan.

Tidak sesuai sama sekali buat begitu, anak akan keliru, sebab otak mereka sendiri sudahlah memang hitam dan putih. Kalau tak bercakap dengan mummy, jadinya bagaimana? Endless, tiada penghujung.

Waduh...Terus saya buat u turn dan minta maaf serta beritahu perasaan sebenar saya (sangat marah), sebab ianya berlaku (lebih kepada diri sendiri dan aksi dia cuma trigger kita saja), dan boleh saja cakap dengan mummy :D.

Ha.. boleh bayangkan jika anak remaja kita buat silap besar dan kita buang dia ke tempat tertentu konon untuk melatih/membentuk peribadi, tetapi ia ibarat seperti 'dibuang negeri' lah, ke 'pulau'.

Dan apakah perasaan mereka bila tempoh sedang membesar, masih belajar itu, dan hormon sedang mencanak naik mencuba itu ini, meneroka itu ini, dan berbuat silap kerana pilihan tindakan tidak tepat, dan dalam masa dibuang terus dan duduk bersama orang lain, asing... tempat asing dan semua nya asing...

Sedih bukan? Lainlah bila diterima maafnya pastinya mereka happy dan sanggup terima konsekuens dan buat apa saja perkara yang perlu mereka lakukan (konsekuens=kesan dari tindakan silap mereka dan mereka bertanggungjawab untuk itu). Dan boleh jadi tinggal di satu tempat lain itu adalah konsekuens dia yang ada time limitnya namun selalu lah kita melawati mereka dan mendoakan mereka... kerana ada situasi ibu ayah sudah tidak mampu perbuat apa-apa lagi di dalam rumah dan itu pilihan terbaik ketika itu, tidak apa. Kita perbuat dengan usaha bukan elak tanggungjawab.

Maafkan dan kembalilah mendidik.
Mereka masih belum matang.
Hatta kita orang dewasa pun sangat ramai belum matang lagi emosinya, buat silap berulang kali, tersilap beli saham, labur sana sini, beli itu ini... apatah lagi anak kita sendiri.. nama pun remaja.
.

Persediaan untuk diri kita, menjawab 'di sana'.
ataupun menjawab kepada mereka yang telah dewasa dan 'membuang' atau 'ignore' kita pula,
namun ianya dalam keadaan sunyi sepi tanpa kata melainkan perbuatan yang menjauh diri dan mungkin terkasar kata bila bertemu.
.

Maafkan dan kembali ambil tanggungjawab, mendidik, dan ia tanggungjawab kita semua hingga kita mati. Ada sahamnya di situ, bila pelaburannya adalah untuk keseluruhan generasi dan circlenya, yang mana hidup tuanya kita adalah dalam era anak remaja ini adalah pemimpin dan pelaku ketika itu.
.
Refleksi,

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Apabila gaya keibubapaan kita mengikut fasa dan fitrah keperluan perkembangan anak-anak kita, kita akan kurang stres.

Sebab kita tahu bagaimana nak 'cater' ikut keperluan dia, kita belajar ikut 'flow' badai dia, dan perjalanan keibubapaan kita 'enjoy' aja, kan 😍👍.

Yang jadi sebaliknya ialah bila kita kekal tak berubah dan masih 'treat' anak seperti 'dulu', sama aja, sedangkan makin tahun dia makin berubah 🤗🤭.
.
Eh dulu pun kita suka char kuey teow sekarang dah suka spageti, kita pun berubah lah 🥳😄.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif
T.mazn.me/chan
Masalah Anak = Keperluan Tingkatkan Skil Keibubapaan Kita
Jaga diri, hati-hati semua.
Kita doakan.
Video pendek saya mengenai cegah buli, boleh dilatih sejak dalam rumah antara anak-anak dan anak latih dengan ibu bapa bagi kes anak dengan kawan di sekolah, sejak usia prasekolah.

Kongsikan



https://vt.tiktok.com/ZSe5moTL3/
.
.
Bagaimana kita boleh bantu keluarga dan kenalan kita dari sudut sokongan emosi...

1. Hadkan dari mereka melihat atau mengetahui terlalu banyak berita semasa, kecuali mereka sejenis yang suka nak tahu dan mampu serap info banyak-banyak. Jika jenis mudah cemas dan bimbang (anxiety), sedih banyak, tak perlu.

2. Bantulah mereka dapatkan bantuan asas kehidupan seperti bantuan makanan, minuman, dan maklumat orang tersayang sekiranya ada terpisah.

3. Bantu kelegaan ruang fizikal warga emas kita, dan kanak-kanak seadanya, asalkan mereka dapat bergerak; regangan, dan senaman duduk pun ok.. fizikal lega, emosi pun akan lega banyak.

4. Bantu dengan jadi pendengar cerita mereka, dan ajak mereka lakukan aktiviti relaksasi pernafasan (In: Tarik Nafas-Tenang dan Out: Hembus Nafas-Bimbang/resah/penat/sedih) dan juga relaksasi otot yang mudah.

5. Bantu mereka untuk dapat buat aktiviti rutin seperti penjagaan diri dan spiritual yang mereka perlu dan mahu lakukan, ini akan membantu melegakan mereka juga.


CARE,
Maznah Ibrahim.
Untuk mengisi masa kanak-kanak, banyak aktiviti mewarna dilakukan di PPS.

Untuk ibu ayah di rumah, boleh juga beri anak menenangkan diri dengan mewarna gambar.

Gambar yang saya sarankan adalah Mandala for kids, yang mana ia baik untuk emosi kanak-kanak, secara terapeutik (ada unsur pemulihan/'healing aspect') kerana:

Coraknya 'complete' (lengkap) di dalam bulatan, ia seimbang dan berpusat, gambarnya mudah dan menarik untuk kanak-kanak mewarnanya.

Galakkan mereka mewarna hingga habis corak di mandala itu, dan mereka sendiri akan rasa satu kepuasan apabila melihatnya. Secara tak langsung mereka akan mengisi masa secara tenang sendiri-sendiri... namun teraputik!

Boleh search keyword 'free mandala for kids', dan saya sertakan contoh sumber page/websitenya:

https://coloringhome.com/free-printable-mandala-coloring-pages-for-kids

https://www.bestcoloringpagesforkids.com/free-printable-mandalas-kids.html

*Boleh pilih yang unsur general, tidak berkait mana-mana unsur sensitiviti ok.

T.mazn.me/chan
Kadangkala cakap terus "mandi sekarang", "solat sekarang", "kemas katil sekarang", tak jalan; namun bila diselitkan dalam ayat utama lain dan jadi mesej 'secondary' barulah anak bergerak buat. Kenapa?

Sebabnya ada dalam poster ni 👆.

Penerangan lanjut ada dalam Webinar 'Therapeutic Storytelling' 😊😊 :

https://maznahibrahim.com/product/therapeutic-story-telling/
.
.
Kita Jaga Emosi Kita dengan fokus kepada 3 aspek ini.

Semoga semua urusan sahabat kita yang terjejas kerana banjir dipermudahkan oleh Nya. Kongsikan kepada sahabat kita.

Maznah Ibrahim
Kita ada kuasa memilih 😍 (hebat tu kuasanya).

Dulu pernah ajar anakanda, tentang dia ada kuasa, kuasa memilih, sebab zaman dia kecil tu sibuk kuasa superpower dari watak kartun kan.

Belajar pun dari sekolah dia juga.
Kuasa memilih, free will dari khalifah method.

Betapa bila dikaji memang ia satu kuasa yang asas ada pada manusia. Tapi selalu lupa / selective, sedangkan pandai guna bila nak membeli, pilih yang terbaik aja pada kualiti dan harganya 😄😁.

Anak buat kita marah,
kita ada pilihan,
nak handle dengan amarah atau
handle dengan tenang sewajarnya seorang manusia dewasa yang rasional, dan dicontohi mereka.
Kitalah Hero Heroin mereka 🥳😍.

Pilihlah yang baik dan mendekatkan diri kita dengan kebaikan, bukan hasil lebih membebankan apabila pilihan itu tidak dipilih tetapi dibiarkan ikut arus emosi.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Kita tak perlu ikut orang sebab setiap orang tidak sama keperluan, kondisi, cabaran dan kemampuannya kan?

Saya ni paling tak berapa rajin dan boleh guna buku planner tahunan. Asbabnya sejenis Intuiting gitu... tapi belinya selalu sangatlah bagi sedap hati.. 😁. Hujung tahun tengok tak guna pun ???? 🙈

Mudah untuk saya bila merenung dan menjawab beberapa soalan, tulis, dan sedar, dan kemudian niatkan aja dari kesedaran refleksi tahun 2021 ini; tahu apa yang saya kurang, apa yang telah saya capai, dan apa yang saya perlu baiki diri demi kebaikan diri dan keluarga akan datang.

Boleh cuba jawab dan catatkan soalan refleksi ini ya:

💝 5 perkara terbaik yang kita telah belajar pada tahun 2021 ini (cari kesyukuran dan hargainya)

🙋‍♀️ 3 perkara yang kita nak ucapkan selamat tinggal pada tahun 2021 ini (kekurangan kita untuk babai taknak buat dah tahun depan)

💐 1 pengalaman terbaru terbaik yang memberi kegembiraan kita pada tahun ini? (pencapaian utama yang nak dihargai)

📧 1 perkataan untuk tahun 2022: word of the year,
(InsyaAllah inilah yang akan kita pegang/pasak/ dan laksanakan tindakannya tanpa sedar dalam setiap langkah kita nanti pada tahun 2022)

(Contoh, pilih 1 saja: Fokus, Konsisten, Sabar, Tenang, Sabar, ..)

(menulis, sudah membantu diri 40% capai apa yang dihasratkan/matalamatkan itu ya, silalah tulis),
.

Tahun 2021 merupakan satu tahun yang penuh dengan warna warni kehidupan yang tidak pernah kita terbayangkan atau impikan..

Namun berita baiknya kita telah 'survive' dengan sebaiknya, semampunya.. dan kita tidak 'patah', kita 'tegak dan dikurniakan peluang kehidupan lagi'.

Tidak mengapa ikut acuan sendiri, namun perlu lebih baik dari diri kita yang lama itu aja ok 👌.
.
Mudahnya hari ini lebih baik dari hari semalam,
Dan hari esok adalah perlu lebih baik dari hari ini (simple 🤷‍♀️).

Hari semalam kita telah lalui dan tidak mungkin dapat kita ubah (berangan lah guna mesin masa dan nak ubah sana sini 😅 macam doraemon atau back to the future movie, kan, tak boleh yo)...

Maka HARI INI lah yang kita mampu pegang dan canai /perbuat sebaiknya bagi setiap momen yang kita ada
- 'the power of NOW itu', dan kerana Demi Masa itu (peringatan dari Allah, sumpahan demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian itu...).

Semoga hari ini adalah hari lebih baik untuk kalian yang saya sayangi..

Care 💖,
Maznah Ibrahim

Telegram channel keibubapan positif dan psikologi anak di sini:
T.mazn.me/chan