Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Puas bergaduh dengan anak...
memang tak kan habis.
Bila-bila masa aja boleh meledak, meletus, berlerai...
Entah apa-apa lagi...

Tak mudah juga jadi ibu bapa zaman ini kan?
Cabaran koneksi terlalu luas tanpa batas juga pengaruhi si anak..
Lagaknya macam model/ikon yang dia selalu ikuti,
Cabaran koneksi kita dengan dia semakin menjarak..

Lalu macam mana lagi?
Adakah mereka sengaja mahu melawan kita?
Buat kita marah?
Sengaja trigger kita?

.
Apa yang perlu kita ketahui ialah:

1) Kita perlu bertenang dulu,

2) Rasional serasionalnya,

3) Memodelkan kebijaksanaan sebagai seorang dewasa yang ditiru si anak juga (selain model rakan sebaya dia yang lain),

4) 'Connect' dengan dia.. diam dulu kalau boleh, dan 'wonder why' - kenapa dia macam ni? Apa yang dia mahu atau perlukan sebenarnya?
Nanti kita bincangkan dan sambung dalam webinar akan datang,
InsyaAllah.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Sengajakah Anak Kita Buat Hal?

Keperluan memahami apa dia rasa dan paling perlukan ketika itu...
Adalah juga skil empati kita kepada situasi si anak..
Tidak mudah tetapi tidak mustahil kita boleh lakukan.

Bila kita sedang struggle dengan sesuatu di dalam diri,
Apakah yang paling kita hargai?

Ditemani tanpa kata apa-apa?
Diucapkan ayat menenangkan?
Diajak keluar berjalan-jalan di luar rumah?
Diajak berbual (nature orang dewasa) atau diajak bermain (nature kanak-kanak)

Atau

Dimarah
Dinafikan emosi sedang ditunjukkan
Dikecam
Dikritik kaw-kaw
Ditolak ke tepi.

Kita berempati kepada keperluan si anak.
Kita akan diempati keperluan kita oleh si anak.

What we give, we get back..

Webinar EQ: Ada banyak perkara yang kita belajar dari dalamnya.
Semoga kita menjadi ibubapa yang sentiasa upgrade dan laksana sedikit ilmu dipelajari.

Maznah Ibrahim.

https://maznahibrahim.com/product/eq/
Tiada siapa berhak melabel anda, kita, adalah ibu yang gagal.

Ada sebab, dan ada caranya untuk bangkit kembali.

Dengarkan mesej penting saya ini.

❤️ Kongsikan.

https://vt.tiktok.com/ZSeyYGFkL/
Kita membantu sewaktu mereka memerlukan bantuan...

Mereka akan membantu sewaktu kita tak sangka mereka boleh hulurkan bantuan kepada kita pula.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Saya doakan yang baik-baik untuk kita semua hari ini.

Semoga semua urusan kita lancar/mudah dan emosi kita baik dari saat ini hingga ke hujung hari :)

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Saya kongsikan tips cara luang masa 'special time' yang mahal bersama anak kecil kita.

Ia adalah kaedah child centered.

Dan ia sangat powefull.

Ia adalah fitrah.

https://vt.tiktok.com/ZSefdNqjj/
.
.
Bagaimana pula anak yang dah semakin besar dan tak ajak paksa kita main dengan dia dah 😁.

Haa.

Saya kongsikan caranya.

Kita nak kekal rapat dan penting dalam hidup dia selagi dia masih berada di bawah tanggungjawab kita di depan mata kita.

https://vt.tiktok.com/ZSefdRBMo/
.
.
Apa Lagi Kita Perlu Buat Untuk Kurangkan Masa Gajet Anak?

Suatu usaha yang perlu kita lakukan pada zaman ini...
Sebab kita berada dalam keluarga nukleus, yang kurang manusia sama usia anak,
Dan dikelilingi dengan alatan teknologi/skrin pula.

Maka ruang masa yang khusus dan terhad untuk tanpa skrin itu harus dirancang dan dilakukan secara 'trick' sekalipun adalah amat membantu anak-anak kita dan keluarga kita kelak (bonding/kerapatan, kesihatan mental dll).

:)
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Kekal berusaha berbuat baik kepada sesiapa jua, tidak kira orang tua mahupun anak kecil kita yang muda,
dan kepada binatang, tumbuh-tumbuhan dserta alam sekitar kita juga.


Maznah Ibrahim.

Telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di sini:
T.mazn.me/chan
Apabila Ibu Bapa Salurkan Stres Peribadi kepada Anak Sendiri di dalam Rumah...

Apa kesannya..? Dan bagaimana kendali dengan lebih baik.

https://vt.tiktok.com/ZSefHWGwM/
.
.
Makan-minum-mandi-rehat sebentar (RnR) juga merupakan penjagaan diri ('self care') asas.

Omputeh kata 'don't be hard to yourself, be kind to yourself', dan Allah juga menyarankan apabila kita berbuat kebaikan, faedahnya adalah untuk diri kita sendiri....

Keluarga ladang pahala.

Kalau mak sendiri pun tak dapat elemen keperluan orang dewasa (minat mak dalam me time) seperti anak dapat 'makanan' dia; bermain-buat sepah-menconteng dia, manakan mak mampu nak offer 4+1 tangki emosi yang terbaik untuk anak-anak dia. Ayah, penting untuk bantu juga ya.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan