Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Berkomunikasi dengan berkesan, memang ambil masa...

Banyak kita lakukan sehari-hari mungkin sekadar respon atau reaksi yang belum cukup 'engaging' dengan anak kita...

Mari kita buka hati, minda, mata, telinga untuk menjadikan momen bercakap dengan anak itu adalah terbaik dan tidak kerugian... Masa itu Pedang.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Jemput Menonton Video Tips Keibubapaan, di akaun TikTok Baru Saya Di Sini Ya (Hanya 1 Akaun Sahaja):

https://www.tiktok.com/@imaznah.ibrahim

Boleh Follow dan Share dengan Rakan-Rakan Kita Yang Lain.
Kan dah kata kita lebih dulu makan garam?
Apalah sangat silap anak bila dia buat kerja tak sempurna macam kita buat?

Hmm... maka kita memaafkan dan mereflek diri kita, untuk tanggungjawab membimbing bukan menuding.

Perbetulkan diri sebelum perbetulkan tingkahlaku anak..
Baikkan emosi diri sebelum boleh tingkatkan koneksi dengan anak.

Keibubapaan adalah mengenai kerjasama dan perhubungan (koneksi) kita dengan anak,
dan ia melibatkan perasaan anak terhadap diri kita.

Baik perasaan dia terhadap kita, baiklah koneksi kita dengan dia, maka kuatlah kerjasama kita dengan dia dan baiklah tingkahlaku dia.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan

...............

Webinar Penat Emosi masih dibuka, segera dapatkan seat anda:
Daftar di sini:
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t211117
Ayat untuk Tegahan kepada Anak,

Sebaiknya, jelas apa yang TIDAK dan susulilah sekali dengan apa yang YA dia BOLEH buat ya.
..

Anak bercakap kasar, menjerit, melawan dan sebagainya,

Kita hanya katakan:

"Tak perlu menjerit, Abang, (TEGAHAN TIDAK),
Cakap elok-elok aja, (SARANAN YA, BUAT).
Semua orang boleh dengar (PENEGASAN HASIL NANTI)".

Sebab anak perlu tahu 2 side; apa yang TIDAK BOLEH dan APA YANG BOLEH.

.
Cubalah ya.
.

Maznah Ibrahim.

Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif;
T.mazn.me/chan
Anak dari bayi pun amat sesuai diselitkan perkataan emosi,
kerana mereka mendengar dan merakam dengan penuh.

Biar mereka tahu, sedar, setiap rasa itu ada namanya,
ada cetusan penyebabnya,
Dan boleh diatur/diurus dengan baik...
...

😍Adik sukaaa (emosi anak kelihatan suka gembira) bila Mama main ba ba chak dengan Adik.

🥰Mama rindu (perasaan Mama) nak main dengan adik...

😱Ayah bimbang (perasaan Ayah) Adik lari laju sangat tadi, lari hati-hati ya...

😊Kita walau kalah dan rasa sedih (perasaan anak) kita still rasa puas dan berjaya (perasaan kita) sebab kita telah mencuba 😉, yeay!!!.
...


Selitkan saja perkataan emosi dalam situasi harian anak bersama kita,
Sebab momen ini semuanya ada nama.
.

Maznah Ibrahim.

Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif di sini:
T.mazn.me/chan
Kenapa Penting Kita Proses Semula Momen / Pengalaman Tidak Baik Anak
Lebih Lagi Yang Kita Buat Silap Kepada Mereka.
.
Kongsikan.

https://vt.tiktok.com/ZSekg7Tv6/
.
Untuk anda yang mahu memasukkan nilai mengenai kemenangan, kekalahan, 'competition', dan EQ kepada anak kita,

Saya menyarankan untuk menonton bersama anak filem ini. Filem yang amat baik garapan penceritaannya, dan berkualiti. Sarat dengan nilai dan pelajaran untuk seisi keluarga.

Koki-Koki Cilik.

Ia mengenai momen-momen di kem oleh sekumpulan kanak-kanak di 'Cooking Camp' bagi meraih kemenangan sebagai chef cilik.

Penuh dengan pelajaran kehidupan, unsur kekeluargaan, persahabatan, perhubungan, niat/objektif/target, usaha gigih, kerjasama dalam satu pasukan, erti persahabatan, dan nilai atau makna 'menang' dalam erti kata 'menang' sebenarnya.

Boleh ditonton di Netflix ya. Boleh ceritakan semula kepada anak untuk memahami dengan lebih baik akan aspek nilai yang kita mahu masukkan.

Selamat menonton!

Maznah Ibrahim.

Telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak:
T.mazn.me/chan
Hypnoscript Ibu Bapa

Untuk kita hari ini, niatkan, ucapkan/sebutkan, hingga percayainya... sambil bernafas dalam atau sambil bersenam pun boleh.


Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Skrip hari ini, Selasa, huruf C.
Luka Kecil Emosi Anak

- boleh berlaku walau dari reaksi spontan kita seperti menjerit, yang sebenarnya lebih kepada sebab emosi kita sendiri seperti terkejut, marah, kecewa, hasil dari ekspektasi kita sendiri etc.
.
.

Bila termarah anak semata kerana air tumpah / pasu tertumbang/ cawan pecah etc (insiden dan momen sehari-hari),

Ingat ini.

Adakah emosi dan 'self esteem' mereka boleh dinaikkan semula, atau dilap /balut semula, digam semula dengan mudah?

Sedang jeritan sederhana kuat dan nyaring spontan pun boleh memberi kesan kepada otak anak kecil (sebab dia terkejut, panik, cemas, takut, rasa bersalah) apatah lagi jeritan kuat yang semata-mata kerana marah mereka dari emosi amarah kita. Ia meningkatkan risiko masalah perkembangan dan psikologi anak-anak yang mana bila secara kerap diperlaku, kanak-kanak belajar untuk survive dengan perlu menjadi agresif atau defensif serta ada kajian menunjukkan apabila remaja mereka menunjukkan simptom depresif dan masalah tingkahlaku,

Ianya perlukan balutan khas dan pantas untuk rawatan luka emosi.
Urgent.
Bukan luka fizikal darah aja perlu urgent treatment.

Hmm..

1️⃣ Tarik nafas panjang (tutup mulut, untuk induce sabar dan bertenang)

2️⃣ Berkomunikasilah dengan sebaiknya, sejujurnya, penuh humble dan ikhlas

- dengan meminta maaf (kalau bersuara tadi), jelaskan reaksi kita tadi itu bukan sebab salah dia, tidak mengapa,

3️⃣ Fokus kepada aksi SOLUSI ketika itu, contoh kita sama-sama tegakkan semula pasu / kita ambil kain untuk lap air, ok.
.

Hakikatnya mana dia akan belajar lebih baik dari momen tersilap tu???

Fokus kepada aksi SOLUSI ke atau fokus MASALAH?

Fokus kepada tenang dan aras manusia rasional ke atau fokus kepada emosi marah/ kecewa/ penat/ terkejut tu?

Pilih yang baik dan terbaik untuk kini dan masa akan datang,

Apa dia belajar dari input spontan kita sehari-hari tu, akan menjadi output dia nanti.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
.

Telegram channel psikologi anak dan parenting:

T.mazn.me/chan

Kelas webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 27 November 2021, 8.30 malam masih dibuka ya, klik untuk maklumat lanjut :

https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t211123
Untuk anak sek rendah, yang selalu buat kita pening bab nak motivasikan mereka gerak buat sesuatu perkara, boleh cuba pendekatan reward emosi dan spiritual di sebalik memenuhi reward material yang mereka minta.

https://www.tiktok.com/@imaznah.ibrahim/video/7030775784583335169?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6938417084351940098