Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
[Label Anak Sebagai 'Jahat'?]

Di hadapan Khairunnisa' itu (meja sebelah kami) ada sebuah keluarga.

Rupanya Khairunnisa' dan bayi di sebelah berkomunikasi universal mereka. Bayi lelaki itu memakai puting pula.

Saya berbalas senyuman dengan si nenek yang memegang si cucu (bayi) itu yang membantu mengagah si cucu bercakap dengan Khairunnisa'.

Kemudian saya bertanya berapa umur bayi itu kepada si nenek.

Kemudian si nenek memandang wanita muda di sebelah sana. Si Ibu muda pula menjawab, "lapan bulan".

Saya berkata oh, lebih kurang lah. Dia (anak saya) baru masuk 9 bulan.

Kemudian si Ibu menambah, "Tapi dia sangat 'Jahat' lor.." dengan sedikit wajah mencebik dan seakan mencemuh.

*dalam kepala saya serentak dengan itu ialah 'naughty' (nakal), bukan 'bad' (teruk jahat) ya.

Aduh!!!

[Perkataan Membentuk Karektor]

Saya terus berkata dengan tegas dan bersungguh-sungguh, menyampaikan mesej penting saya sehingga si Ibu percaya dan beritahu kepada si nenek dalam bahasa ibunda mereka.

1. Jangan sekali-kali melabel anak 'jahat'. Perkataan negatif ini memberi makna mendalam yang sangat boleh meruntuhkan self esteem anak.

Sebaik sahaja self esteem anak jatuh, sebenarnya ia termaktub di bawah 'penderaan emosi' dalam Child Act 2001 (satu dari 4 jenis penderaan Kanak-Kanak).

Bayangkan APA perasaan bayi ini. Jangan ingat dia tak faham yer. Walau dia tak faham secara kognitif (otak kiri), namun dia boleh 'merasa' secara emosi (otak kanan) makna perkataan ini dari segi alunan suara dan gaya layanan kita kepada dia semasa berfikir dan merasa dia ini jahat (saya rasa sangat sedih).

2. Sebaliknya tukar perkataan kepada anak ini sangat bijak, kreatif dan banyak idea (part banyak idea ini si Ibu mengangguk-angguk setuju).

3. Kebanyakan bayi zaman alaf baru ini memang sangat cekap, pantas, dan kreatif.

Last. Ingat, jangan sekali-kali berkata begitu. Tukar kepada yang positif!

Saya memikirkan bagaimana masa depan bayi ini jika 'belief system' si Ibu sudah begini sekarang (8 bulan yang mungkin sudah menjulur laju atau merangkak pantas), kerana kepercayaan begini mempengaruhi gaya didikan dan asuhan ibubapa kepada anak.

Jika bukan si Ibu sebagai 'support system' utama dan pertama si bayi / anak ini mempercayai potensi hebat anak, siapa lagi. Nak harapkan guru di sekolah kelak? Mereka nak 'handle' sekurangnya 15 murid jika tadika dan 40 murid di sekolah rendah.

Ibu bapalah orang PERTAMA dan UTAMA yang memimpin tangan si kecil untuk mereka meneroka dan merempuh dunia mendatang yang amat tinggi pancarobanya secara positif juga!

Zaman serba pantas dengan teknologi tinggi, juga faktor gaya hidup dan cara kita mengurus kerja, serta pemakanan, membuatkan anak kini memang sangat bijak, peka, cepat, efisien, kreatif dan inovatif.

Kita ibubapa yang zaman Y nilah yang perlu bijaksana menyesuaikan diri dengan kecerdasan pelbagai anak-anak generasi Alpha ini.

Maznah Ibrahim
10 Nov 2015
Penang Hill
Assalamualaikum wbt... dan Salam Sejahtera.

Sesi istimewa khas untuk para ibu ayah...
Ramai ada tanya soalan secara teks kepada saya, dan biasanya saya jawab secara teks juga.

Boleh kemukakan soalan di sini untuk saya jawab secara live (visual audio), pada hari Sabtu ini, 9.30 malam ya.

https://share.mazn.me/QnA-emosi-ibubapa
https://share.mazn.me/QnA-emosi-ibubapa
https://share.mazn.me/QnA-emosi-ibubapa

Sesi khas kita itu pada Sabtu, 9.30 malam di
di FB Page: fb.com/maznahibrahimofficial
"Ya, Encik / Puan, boleh ke tepi sedikit?..."
...
"Amin, hey, kamu ni....suka betul duduk tengah jalan ni! Huh".
...
Haish, kali ni 'treat' layan anak dan pasangan kita dengan sebaik-baik layanan lebih dari orang luar.

Tangki layanan atau khidmat, satu dari 5 tangki emosi anak kita,
dan bagaimana kita mahu dilayan oleh anak adalah bagaimana kita layan mereka kini di dalam rumah kita.

Jika kita fikir takda siapa nampak,
Allah dan Malaikat nampak - still kita rasa tak nampak,
mata kecil anak kita merakam dan meniru, sebab mereka nampak.

Pesanan untuk diri sendiri dan kita semua #IbuBapaKini
.
Maznah Ibrahim

Jemput ke telegram channel untuk reminder keibubapaan positif dan psikologi anak kita ya.

T.mazn.me/chan
.
.
Pagi, mulakan dengan niat yang baik, fokus dan tahu apa nak buat har ini (semalam punya plan).

Perkara pertama utama akan buat ialah yg berimpak tinggi sahaja.

Media sosial ni cuma rehat 5 minit dari podomoro 25 min :)

Selamat hari Jumaat!

Maznah Ibrahim.

Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam telah dibuka.

Segera daftar untuk earlybird ya:
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t211112
Macam Mana Nak Gunakan Permintaan dan Minat Anak Untuk Latihan Karektor dan Motivasi dia Menjadi 'Reward' untuk Dia Sendiri dan Penuhi Permintaan Kita Pula Kelak

Kuncinya 'Win-Win' Situation.

#videoparentingmaznahibrahim
#TheParentHut

https://vt.tiktok.com/ZSerss1xm/
.
.
Bila buat silap kat anak, sebenarnya anak belajar bagaimana kendalikan kesilapan dalam perhubungan mereka pula nanti (dengan sesiapa).

Maka, modelkanlah cara yang 'humble', dan dekat di hati manusia, bukan yang menjauhkan lagi hati-hati manusia kecil di rumah kita (rasa keliru, marah, dendam, kecewa) dengan kita ya.

Sementara anak kecil, dan perkara kita dan dia buat silap tu kecil, amalkanlah 5 'step' ini,
agar kelak tak bernanah atau berakar umbi pula bila sudah remaja dan dewasa...
.

1. Alamak, Mama tersilap tadi tinggi suara kat adik, Mama sebenarnya rasa penat dan marah kat ayah je tadi ... hmmm

2. Sorry ya adik....

3. TQ adik sebab memahami.. (dan maafkan mama yang khilaf ini huhu).

4. Jum adik nak ajak Mama main apa tadi tu?

5. (InsyaAllah lepas ni Mama akan berusaha urus emosi Mama dengan baik demi anak Mama yang Mama sayang ni. Mama kan rol model /cerminan adik).

Care,
Maznah Ibrahim
Telegram: T.mazn.me/chan
.....

Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam telah dibuka.

Segera daftar earlybird ya:
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t211112-2
Perasaan kita, kita aja lah yang rasa.

Tapi tindakan kita, orang boleh salah tafsir.

Jika kita sendiri pun kurang pasti apa kita 'rasa' (feel), maka sukar lah untuk kita terima diri sendiri,

Kerana sebenarnya sewaktu emosi tak ok, kita akan ada rasa penolakan, tidak berapa selesa dengan emosi tak ok itu.

Kini kita ketahui dan belajar yang kita perlu 'own'/rasa memiliki (ya ia milik aku, ya aku rasa itu: marah, kecewa, geram, terancam, sakit hati dsb) dan bertanggungjawab terhadap perasaan kita sendiri... walau rasa tak ok....

dan kemudian, uruskan 'ia' (perasaan itu) secepat mungkin. Jangan berlarutan dan jadi 'spark' penyakit dot dalam hati pula.. hmmmh.

.
Ada soalan berkenaan emosi kita ibu ayah? Boleh kemukakan soalan di sini untuk saya jawab secara live (visual audio), pada hari Sabtu ini, 9.30 malam ya.

https://share.mazn.me/QnA-emosi-ibubapa

Nanti jumpa Sabtu malam.

Moga baik-baik dan senang selalu.
InsyaAllah 9.30 malam ini adalah sesi temujanji kita.

Saya akan memilih dalam 7 soalan untuk dijawab, dan
semoga kita dapat manfaat dari perkongsian malam ini ya.

*boleh kongsikan dengan rakan-rakan kita yg lain ya.
*Live adalah di page FB: fb.com/maznahibrahimofficial

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

#urusemosiibubap
Kenapa Nak Pindah dari Kaedah 'Time Out' kepada Kaedah 'Time In' Sewaktu Anak Bertingkahlaku Silap?

Mari fahamkan. Kongsikan.

https://vt.tiktok.com/ZSeh6nRMa/
Macam Mana Nak Buat Kaedah 'Time In' Itu?
.

https://vt.tiktok.com/ZSehBLHLU/
.
.
Peluklah anak-anak
Kerana ia memberi manfaat besar bukan sahaja kepada otak mereka untuk perkembangan emosi dan kognitif,
Malahan juga beri banyak manfaat pada diri ibubapa itu sendiri.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Saya bimbang saya tak sempat cakap yang saya sayang kat anak saya, dan minta maaf atas kesilapan saya mengabaikan perasaannya dulu... Kini dia dah besar dan amat sibuk..

- Kita yang masih ada anak di sisi tanggungjawab kita, kita rendahkan ego kita dengan menjadi seorang ibu ayah yang riang, santai, tegas dalam hikmah, mendidik dan menyubur rasa kemanusiaan dalam diri anak dengan melaksanakan dahulu giat usaha menyubur sifat empati dan insani dalam diri kita sendiri.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Contoh maksud reward material yg sentiasa disekalikan dengan reward emosi dan spiritual yang selalu saya sebut dalam live,

maka anak akan faham buat kerja bukan saja dapat upah tapi ada benda lain lebih besar...

........
Anakanda tiba-tiba nak rakam, cakap. Kami tidak ada prepare apa-apa, dia terus cakap, rakaman shoot 1 min.

Biasanya dia Thinking memang taknak dirakam dan tak reti cakap sangat.

Paling saya tak sangka ialah bila dia sebut pasal 'syurga', dan 'syurga paling atas'... Memang terharu dan tak sangka dia boleh cakap macam tu.. Subhanallah. Semoga semua anak kita dapat merasai 'reward spiritual' dan tidak mengejar material semata...

*Video ini dengan izin anakanda untuk dikongsi/post.

https://vt.tiktok.com/ZSeh4TuF8/
Video:

https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/928402571102437

Reward Material untuk Anak Kita, Ok ke Beri?

Persoalan ini selalu ditanya, dan selalu saya jawab secara teks di telegram support group dan live webinar, cuma kali ni saya sempat menulis dan rakam video, asbab anakanda Fateh telah berkata sesuatu hari ini dalam video refleksinya...

Basically saya selalu kata boleh,
cuma tidak fokuskan ke situ semata sebab ia 'short term effect' (kesan sebentar/sementara) walau immediate effect (anak terus berubah tingkahlaku, kita pun bahagia).
.

Makanya sekalikan reward material yang dia request dengan reward tidak konkrit (tidak nampak namun bernilai tinggi) dalam 5 tangki emosi, sebab ia lebih long lasting, percuma dan beri kesan jangka masa panjang...

Memandangkan anak kecil memang kejar reward yang nampak (konkrit), maka kita BOLEH BERI sebagai permulaan, dan gunakan ia untuk bentuk karektor dan habit tingkahlaku baik dia: seperti dia buat kerja 1 mukasurat dia dapat aiskrim sedap (benda dia suka), dan macam mana nak bagi dia tetap gembira buat kerja sekolah walau tanpa 1 aiskrim itu.

Caranya, WAJIB sekalikan reward material yang dia request tu dengan 4 lagi (mana-mana) iaitu :

💖 pujian (puji spesifik usaha dia walau tidak sempurna)

💖 sentuhan (touch dia sambil cakap/puji kerja spesifik dia buat yg siap satu mukasurat tu),

💖 masa istimewa (bila nak puji memang ambil masa sebentar, apatah lagi waktu bersama-sama buat apa saja)

💖 layanan/khidmat (tetap sentiasa hormati kanak-kanak, perasaannya sebagai seorang manusia walau lebih muda, menyantuni mereka)
,

Dan ingatlah, sebab anak kecil belum mampu menilai dan timbang tara reward bukan konkrit (seperti ada masa me time, dapat urutan spa, dapat pergi kelas ilmu, atau bercuti masa istimewa) adalah jauh lebih penting daripada material, maka memang CONFIRM anak kecil akan kejar reward material tu. Ini terbukti bila saya buat kajian kecil bukan saintifik dan saya dapati hampir semua kanak-kanak ini hunger for tangki material 😅, manakala orang dewasa profesional ada hampir semua tidak hunger for material tapi hunger tangki lain 😊😊😊.

Tidak salah beri, sesuaikan, moderate, selayaknya, semampunya kita,

Cuma, wajib sangat sekalikan dengan reward emosi dan spiritual, yang pasti tidak akan rugi kita terapkan, sewaktu bawah 7 tahun.

p/s:
Alhamdulillah anakanda saya tiba-tiba sudi nak cakap sesuatu dan tak sangka dia sebut mengenai reward spiritual istimewa dia :) tanpa saya langsung beri apa-apa input kepada dia pun. Syukur sangat saya mendengarnya. Dan dia sudi saya kongsikan ke public ni...

Marilah kita usaha masukkan input emosi dan spritual kepada anak-anak kita sejak awal kanak-kanak lagi ya....

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Berkomunikasi dengan berkesan, memang ambil masa...

Banyak kita lakukan sehari-hari mungkin sekadar respon atau reaksi yang belum cukup 'engaging' dengan anak kita...

Mari kita buka hati, minda, mata, telinga untuk menjadikan momen bercakap dengan anak itu adalah terbaik dan tidak kerugian... Masa itu Pedang.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan