Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
'Reconnecting' dengan Anak (6)

Fokus.
Fokus kepada kebaikan kecil anak di sebalik ‘jutaan’ ibaratnya kesalahan anak.

Jadi mata lebah bukan mata lalat, orang kata. Mata lalat mencari sampah walau di kebun bunga indah, manakala mata lebah mencari madu walau di hutan belantara semak.

Apa kita fokuskan akan menjadi semakin besar.
Fokus kepada permasalahan anak, maka semakin membaralah emosi kita geram kepada si anak.

Fokus kepada kebaikan kecil dia,
maka semakin banyak kebaikan dan nikmat memiliki anak ini yang mampu kita cas kan, jana kan.

Cari, cari, cari, fikir, fikir, fikir, sebut, sebut, sebutkan.

Oh… walau anak aku selalu main games siang malam, alhamdulillah dia masih sihat walafiat dan aktif.

Oh walaupun dia saban hari kacau adik kakak, dia bijak panjang akal dan banyak betul tenaga dia.

Oh walau dia selalu melawan, dia berani menyatakan ketidaksetujuan dia dan tidak pendam saja…

Sambung.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
'Reconnecting' dengan Anak (7)

Diri kita sebenarnya boleh menjadi 'partner' kepada si anak.
Dengan cara masuk ke dalam dunianya.

Bila dia usia 9 dan banyak kacau kakak, dia 'mastermind' dalam geng mengganggu, boleh lah aku jadi 'thinking partner' dia macam mana nak bagi kakak adik suka kat dia, geng dengan dia dulu.

Bila dia usia 14 tahun selalu melawan kata dan banyak ber'online friends/games', boleh lah aku masuk dalam dunia dia dan jadi 'online friend/game partner' dia.

Berbanding aku jadi lawan dia, baik aku jadi geng dia.

Sama-sama berfikir untuk minat dia dan kemudian bolehlah pengaruhi dia untuk perkara lain yang bermanfaat pulak. Mainlah atau luangkanlah masa dengan dia walau 10 min berfokus pun.

Pasti banyak yang kita boleh fahami dunia uniknya. Rendahkan diri dan jadi 'thinking partner/ game partner/ lanun partner' dan apa-apa lah.

Sebab kita nak dekati dia,
'rebonding' dengan dia.

Tamat.

Mudahan bermanfaat.

Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
Hari-hari adalah Hari Ibu.

Ibu, perlu jaga emosi dia saja, maka semua jadi ok (cuaca rumah).

Pancarannya besar ke seluruh isi rumah.

Namun, ketahuilah emosi ibu akan amat mudah stabil bila ayah main peranan yang baik dalam keibubapaan (80%).

Jum, ayah, bantu ibu agar anak cinta sama ibu semaksimanya.

Maznah Ibrahim.

Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif T.mazn.me/chan

Webinar keibubapaan kita pada bulan November ini, nantikan,
saya buka kembali Webinar Penat Emosi: Pengurusan Emosi Ibu Bapa. Link akan dibuka dalam masa terdekat. Tarikh pada 27 November, malam. Refresher pun boleh join dengan harga istimewa ya.
Hari-hari Juga Adalah Hari Ayah...

Mana mungkin anak tak rasa sayang kat ayah dia.

Ayah selalu ada pada waktu anak memerlukan teguran, bimbingan, kasih sayang, dan teman bermain mahupun diskusi.

Cuma ayah yang proaktif tetap ikut fitrah ciri kebapaan yang disanjungi...

Dan... pemimpin utama dalam keluarga dan keibubapaan tetap AYAH.
Tidak perlu terlalu keras dan dingin untuk ditakuti si anak.

Kami sayang ayah.

Maznah Ibrahim.
Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif T.mazn.me/chan
Anak bergaduh, dimarah
Anak menangis kuat, dimarah
Anak main kejar-kejar happy, dimarah

Usah ditanya kenapa berulang perlakuan 'kurang menyenangkan hati kita' itu berulang.

Anak bergaduh, dua-dua ditegur namun dikukuhkan / noticed tingkhlaku betul salah seorang itu, walau kebaikan kecil => dipuji.

Anak menangis, diempati kemudian dinyatakan sekali kekuatan si anak waktu lain yang kuat semangat dan tenang sekali => diingatkan kemampuan kekuatan emosinya tetap ada.

Anak main kejar-kejar, ditegur dan diarahkan 'lari hati-hati' di kawasan lain, dan turut dipuji semangat dan banyaknya tenaga mereka waktu ini => diperkukuhkan dan dichannelkan ke solusi lebih baik.
.

Fahami Pengukuhan Positif atau 'Positive Reinforcement' untuk Anak Kita di Rumah

Semoga kita sentiasa menjadi #ibubapakini yang mampu menawarkan ganjaran positif banyak-banyak dan besar-besaran berbanding ganjaran negatif sehingga anak amat suka, mengejari dan sukarela untuk berbuat tingkahlaku yang baik, berbanding tingkahlaku kurang enak itu ya.
.

Maznah Ibrahim

Telegram Channel Psikologi Anak dan Keibubapaan Positif:
T.mazn.me/chan

Malam ini saya buka pendaftaran untuk Webinar Penat Emosi, 27 Nov 2021 ya. Nantikan.
.
Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam baru dibuka.

Harga istimewa pembukaan.

https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live


*Limited seat untuk REFRESHER, kod kupon khas akan diberi melalui email, nantikan ya.😍
Walau kecil, kita nikmatinya dan nyatakan kesyukuran kita.
Alhamdulillah, dapat ....

Semoga hari ini baik-baik dan lancar untuk sahabat semua ya.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
'Rule' Marah Ini Boleh Terpakai untuk Diri Ibu Bapa dan Anak Kita.

Fahami asasnya:

marah adalah satu emosi benar (real), tidak salah sama sekali. Ia menunjukkan kita manusia biasa dan ada reaksi dari dalam dan persekitaran luar ('trigger / push button' kita)

beza kita otak emosi manusia dengan otak emosi binatang ialah kita mampu berfikir untuk pilihan lebih baik dan selamat yang melibatkan komuniti terhampir kita: anak, pasangan, keluarga, kejiranan, tempat kerja dsb.

maka bermaksud, anak manusia boleh ditunjukkan model, cara, pilihan yang lebih baik dan selamat, bukan agresif semata tetapi dibantu menghala emosi amarah mereka ke tempat lebih selamat (cth angry corner, release corner, buatlah aktiviti lebih baik bukan mudarat diri dan persekitaran orang dan barang)

dan bila sudah cool, kita akan 'wrap' balik dengan komunikasi / perbincangan, refleksi, kongsi emosi kita, pemikiran kita kepada anak, agar sama-sama ambil peluang tambah baik diri kita. Ini bertujuan untuk 'break the cycle', jika tidak, pasti ia berulang lagi dan mungkin lebih teruk sebab tiada refleksi / kesedaran kendiri dan persekitaran dan input belajar.

mudahnya anak juga trigger dengan reaksi kita, tindakan kita, dan belajar dari cara kita luah emosi kita, nak salahkan siapa? Bukan salah siapa-siapa, tetapi tanggungjawab kita belajar urus emosi dan educate anak kita 🙂
.

Anda boleh.
Kita boleh.
Kita makhluk pembelajar.....
.

Maznah Ibrahim.

Channel telegram psikologi anak dan keibubapaan positif :
T.mazn.me/chan
.....

Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam telah dibuka.

Harga istimewa pembukaan, untuk 100 orang pertama ya :

https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t211110