Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
'Reconnecting' dengan Anak (3)

Setelah kita cuba untuk tidak lagi berfikir mahu ‘membaiki’ atau mengubah diri si anak, kini kita di fasa dua.

Terima diri kita seadanya.

Kita terlalu banyak ekspektasi kepada diri sebagai ibubapa, mahu menggiring ‘milestone’ anak seperti fasa awal kehidupannya, dan kalau boleh hingga dia dewasa. Hingga kita terlupa dia adalah entiti berbeza sebaik sahaja dia lahir dan dia adalah unik! Anak orang lain adalah lain dan anak kita adalah lain dan tetap hebat!

Benar, penerimaan radikal yang perlu kita lakukan kini adalah PERCAYA yang anak kita kini telah perbuat apa yang terbaik dirinya mampu, pada ketika ini, usia ini.

Dan terima fakta hakikat diri kita bukan Tuhan dan bukan berkuasa untuk segala-galanya, hanya pentadbir beramanah yang dipinjamkan harta ‘seorang anak ini, ini, ini’ di dunia ini.

Terima diri, kita adalah pemegang amanah dari Yang Maha Kuasa saja.
Besar peranan itu, tapi bukan fokus semata kepada anak, fokusnya adalah kepada Pencipta si anak, pemberi amanah, fokus kita kepada Dia : untuk ibadah. Lelah akan berpindah, tidak lagi merebah berat ke diri kita. Panjatkan rasa harapan dan kepercayaan kepada Dia, Yang Maha Kuasa Segalanya.

Relaks. Tenang. Bermohon, Berusaha dan Kembali Berserah.

.
Sambung.

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
'Reconnecting' dengan Anak (4)

Kini telah lebih relaks sedikit.
Bertenang.
Menerima anak kita seadanya, lebih dan kurang nya,
dan diri kita seadanya. Tugas kita.

Kini kita nak proses seterusnya.
Menjadi 'non judgemental'.
Tidak melabel, menilai tingkahlaku anak itu buruk atau label tertentu yang kurang enak.

Walaupun dia buat silap, elak label.

Label membuatkan kita 'fix'.
Melekat dengan label itu dan tidak ada ruang untuk kepercayaan yang anak boleh berubah.

Elak.
Elak sama sekali.

Kata-kata diulang menjadi kepercayaan, kepada si anak dan kepada diri kita juga.

Anak juga 'struggle', nak perbuat yang terbaik seperti kita hasratkan, mahu corakkan, dan mahu mereka jadi.

Mereka bukan robot. Boleh programkan dan baiki, ulang bentuk, dan jadi formulanya.
Mereka manusia ada hati nurani dan fitrah dinamik.

Mungkin formula jadi untuk diri orang lain, namun tidak semestinya jadi untuk diri kita, anak kita, keluarga kita.

Jawapannya ada pada diri kita.

Pencarian jawapan, kenapa, bagaimana, apa, semuanya ada dalam diri kita yang telah melalui kehidupan ini bersama si anak dari kandungan lagi hingga usia kini dia.

Tiada siapa yang salah, semua kita akan bertanggungjawab, kita lebih lagi sebab kita telah lebih dewasa.

Bantu, bukan matikan.

Sambung.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
'Reconnecting' dengan Anak (5)

Kita tertanya-tanya kenapa anak berubah.

Dulu dia tidak begini,
dulunya dia adalah bayi paling comel dan manis yang kita pernah lihat dalam dunia ini, dia anak kita yang paling mulus dan baik.

Kini?

Elakkan kenapa tetapi tanyakan apa kepada dirinya:

“Apa abang buat ni, apa maksud abang bila pukul badan adik?, Mama nak faham...”

Tertanya-tanya apa sebabnya ya?

Kenapa dia macam ni?

Pasti ada underlying 90% iceberg puzzle tingkahlaku dia ni.

Macam mana nak bantu?

Cek tangki emosi (5: perkataan, layanan, sentuhan, masa, dan material) dan keperluan fisiologi asasinya (makan, minum, rehat/tidur dan aktivitinya).

Banyakkan ‘wondering’ dan ‘curiosity’, bukan ‘labelling’ terus jatuh hukum (baca post sebelum ini).

Hmm… apa sebenarnya yang dia tak cukup ya?..... (jawapannya ada, setiap persoalan ada jawapannya, mohon pada Tuhan untuk ilhamkan).
.
Sambung.
.

Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
'Reconnecting' dengan Anak (6)

Fokus.
Fokus kepada kebaikan kecil anak di sebalik ‘jutaan’ ibaratnya kesalahan anak.

Jadi mata lebah bukan mata lalat, orang kata. Mata lalat mencari sampah walau di kebun bunga indah, manakala mata lebah mencari madu walau di hutan belantara semak.

Apa kita fokuskan akan menjadi semakin besar.
Fokus kepada permasalahan anak, maka semakin membaralah emosi kita geram kepada si anak.

Fokus kepada kebaikan kecil dia,
maka semakin banyak kebaikan dan nikmat memiliki anak ini yang mampu kita cas kan, jana kan.

Cari, cari, cari, fikir, fikir, fikir, sebut, sebut, sebutkan.

Oh… walau anak aku selalu main games siang malam, alhamdulillah dia masih sihat walafiat dan aktif.

Oh walaupun dia saban hari kacau adik kakak, dia bijak panjang akal dan banyak betul tenaga dia.

Oh walau dia selalu melawan, dia berani menyatakan ketidaksetujuan dia dan tidak pendam saja…

Sambung.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
'Reconnecting' dengan Anak (7)

Diri kita sebenarnya boleh menjadi 'partner' kepada si anak.
Dengan cara masuk ke dalam dunianya.

Bila dia usia 9 dan banyak kacau kakak, dia 'mastermind' dalam geng mengganggu, boleh lah aku jadi 'thinking partner' dia macam mana nak bagi kakak adik suka kat dia, geng dengan dia dulu.

Bila dia usia 14 tahun selalu melawan kata dan banyak ber'online friends/games', boleh lah aku masuk dalam dunia dia dan jadi 'online friend/game partner' dia.

Berbanding aku jadi lawan dia, baik aku jadi geng dia.

Sama-sama berfikir untuk minat dia dan kemudian bolehlah pengaruhi dia untuk perkara lain yang bermanfaat pulak. Mainlah atau luangkanlah masa dengan dia walau 10 min berfokus pun.

Pasti banyak yang kita boleh fahami dunia uniknya. Rendahkan diri dan jadi 'thinking partner/ game partner/ lanun partner' dan apa-apa lah.

Sebab kita nak dekati dia,
'rebonding' dengan dia.

Tamat.

Mudahan bermanfaat.

Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
Hari-hari adalah Hari Ibu.

Ibu, perlu jaga emosi dia saja, maka semua jadi ok (cuaca rumah).

Pancarannya besar ke seluruh isi rumah.

Namun, ketahuilah emosi ibu akan amat mudah stabil bila ayah main peranan yang baik dalam keibubapaan (80%).

Jum, ayah, bantu ibu agar anak cinta sama ibu semaksimanya.

Maznah Ibrahim.

Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif T.mazn.me/chan

Webinar keibubapaan kita pada bulan November ini, nantikan,
saya buka kembali Webinar Penat Emosi: Pengurusan Emosi Ibu Bapa. Link akan dibuka dalam masa terdekat. Tarikh pada 27 November, malam. Refresher pun boleh join dengan harga istimewa ya.
Hari-hari Juga Adalah Hari Ayah...

Mana mungkin anak tak rasa sayang kat ayah dia.

Ayah selalu ada pada waktu anak memerlukan teguran, bimbingan, kasih sayang, dan teman bermain mahupun diskusi.

Cuma ayah yang proaktif tetap ikut fitrah ciri kebapaan yang disanjungi...

Dan... pemimpin utama dalam keluarga dan keibubapaan tetap AYAH.
Tidak perlu terlalu keras dan dingin untuk ditakuti si anak.

Kami sayang ayah.

Maznah Ibrahim.
Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif T.mazn.me/chan